Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, May 7, 2018

KEDAH BAKAL SAKSIKAN KERAJAAN NEGERI CAMPURAN BN-PAS YANG PERTAMA SELEPAS PRU-14?



Semenjak PRU-12 tahun 2008 lagi, parti-parti politik di Malaysia memberikan keutamaan kepada cubaan mereka untuk memenangi undi golongan mereka memandangkan golongan muda dianggap sebagai penentu kemenangan. 

Di Kedah juga, tidak terkecuali. Walaupun Kedah menyaksikan ramai pengundi mudanya kelihatan aktif dan ambil tahu tentang politik negara serta negeri, tetapi faktor kemenangan di Kedah lebih banyak dipengaruhi oleh pengundi saluran 1, 2 dan 3. Pengundi ketiga-tiga saluran ini merangkumi 57% daripada keseluruhan pengundi di Kedah yang berjumlah 1,146,492 orang. 

Kebanyakan daripada golongan berusia pertengahan dan golongan yang lebih berusia tinggal di kawasan luar bandar dan pinggir bandar.

Pengundi atas pagar yang berusia antara 41 sehingga 60 tahun pula, kebanyakannya masih condong kepada Barisan Nasional, manakala mereka yang berusia lebih 61 tahun pula cenderung kepada Pakatan Harapan. 

Kebanyakan pengundi tua dilihat masih menyokong BN terutama di kawasan yang didominasi oleh parti pemerintah itu. Bagaimanapun, terdapat trend terbaru yang menunjukkan mereka yang berusia lebih 60 tahun mulai condong kepada Pakatan Harapan. Besar kemungkinan kerana faktor Dr. Mahathir. 

Kebanyakan daripada mereka hidup pada zaman Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri. Justeru, mereka mempunyai kecenderungan untuk menyokongnya dan kebanyakan daripada penyokong setianya adalah dari UMNO. Manakala kebanyakan penyokong berusia dalam PAS turut menunjukkan sikap yang serupa apabila pemimpin-pemimpin heavyweight seperti Mahfuz Omar berpindah kem dari PAS ke PAN. 

Justeru, persaingan di Kedah, tidak hanya melibat dan bertumpu kepada pengundi-pengundi muda sebaliknya akan turut ditentukan oleh pengundi-pengundi daripada saluran yang lebih tua. Dan sekiranya Dr. Mahathir berjaya memperolehi sokongan mereka, pasti BN akan berhadapan dengan masalah untuk mempertahankan Kerajaan Negeri yang dikuasai semenjak tahun 2013.

Acap kali digambarkan bahawa undi daripada pengundi-pengundi Melayu saluran 1, 2 dan 3 akan lebih berpihak kepada BN. Manakala parti-parti pembangkang pula akan meraih sokongan daripada undi golongan muda. 

Dan itulah sebenarnya yang cuba ditukarkan oleh Dr. Mahathir di Kedah. 

Dr. Mahathir selagi boleh cuba mendapatkan perhatian dan sokongan daripada pengundi-pengundi saluran 1, 2 dan 3 terutama yang masih bernostalgia tentang pentadbirannya yang seringkali digambarkan sebagai 'ZAMAN TIDAK SUSAH' walaupun sebenarnya adalah sebaliknya. Manakala anaknya, Mukhriz Mahathir pula menggunakan isu-isu seperti kenaikan kos sara hidup, pengangguran, GST dan ekonomi negara yang lebih diminati oleh golongan muda sebagai modal bagi mendapatkan sokongan. 

Mukhriz Mahathir sekalipun tidak terserlah sebagai seorang pemimpin, tetapi propaganda yang dibuat ke atas dirinya, menjadikan dia seolah-olah seorang PENYELAMAT KEDAH walaupun telah gagal selama menjadi Menteri Besar Kedah apabila lebih banyak 'bercuti' daripada bekerja untuk rakyat. 

Disebabkan itulah, terdapat petunjuk, sebahagian besar daripada pengundi muda akan memilih Pakatan Harapan hanya kerana Mukhriz Mahathir dan Dr. Mahathir. Manakala PAS dan BN pula akan kekal bergantung kepada pengundi-pengundi setia mereka walaupun saiznya mungkin sudah sedikit mengecil. 

Kebanyakan orang Melayu luar bandar tidak begitu mempercayai Pakatan Harapan yang bertanding menggunakan logo PKR kerana faktor DAP. DAP seringkali dilihat dan telah membuktikan tentang permusuhan, kebencian serta provokasi mereka terhadap apa-apa sahaja yang berkaitan Islam dan Melayu di negara ini. Sikap terus-terang DAP tentang mereka hanya memperkudakan Dr. Mahathir dan Mukhriz dalam usaha untuk meraih sokongan pengundi-pengundi Melayu terserlah dalam klip video ucapan Nga Kor Ming dan Hew Kuan Yau. Sebelum ini pun, beberapa insiden yang membabitkan kebencian DAP terhadap Islam dan Melayu, turut dipertuturkan termasuklah desakan Ngeh Kor Ham agar umat Islam dibenarkan murtad dari agama Islam dan pengubahan ayat-ayat al Quran oleh Lim Kit Siang ketika dia menyerang JAKIM.

Sebenarnya di Kedah, pengundi muda lebih cenderung kepada PAS kerana PAS dilihat sebagai satu-satunya parti yang memperjuangkan Islam dan melindungi kepentingan umat Islam, meskipun dua PRU lalu, PAS bergandingan dengan DAP membentuk Pakatan Rakyat. RUU355 yang dibentangkan oleh Presiden PAS dan disokong kuat oleh Ahli-Ahli Parlimen UMNO, menjadi bukti kepada mereka bahawa PAS benar-benar mengotakan janji mereka dalam politik. 

PAS pernah memerintah Kedah pada tahun 2008 tetapi pentadbiran PAS yang diketuai oleh Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak 'dirosakkan' oleh parasit-parasit PAS yang kini telah pun melompat masuk PAN. Kerosakan besar yang dilakukan oleh parasit-parasit tersebut pada tahun 2008 sehingga 2013, bukan sahaja gagal dipulihkan oleh pentadbiran Mukhriz bahkan dirosakkan semakin teruk apabila orang-orang Mukhriz pula bertindak sebagai lintah darat dan lanun bermata satu.

Apabila Mukhriz digulingkan dan Ahmad Bashah menggantikannya, pemimpin yang kerap kali dilabelkan oleh Mukhriz sebagai 'PEMIMPIN KAMPUNG' itu cuba memperbetulkan semula kepincangan yang telah melanda Kedah sepanjang dua penggal pentadbiran PAS dan Mukhriz. Banyak program yang telah dibuat oleh Ahmad Bashah bagi tujuan tersebut. 

Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP tetapi menjadikan PPBM sebagai boneka, dilihat berpeluang besar untuk 'merampas' undi masyarakat Siam yang seramai 35,000 orang dengan menjadikan isu-isu ekonomi selain kekangan terhadap hak Bumiputera kerana karenah birokrasi dan red-tape. 

Masyarakat Siam masih lagi tertakluk kepada sistem kuota apabila mereka cuba memasuki pusat-pusat pengajian tinggi awam seperti UiTM, kegagalan membeli hartanah di kawasan Tanah Rezab Melayu dan mereka tidak menikmati potongan diskaun 5% yang diperuntukkan kepada Bumiputera apabila membeli rumah. 

Daripada 1.1 juta pengundi di Kedah, 20.79% adalah bukan Melayu, 14.32% pula adalah Cina dan 6.47% adalah India. 

BN dan PAS mungkin tidak perlu bimbang tentang DAP-PKR kerana DAP-PKR sekadar meletakkan calon-calon mereka di kawasan-kawasan bandar seperti Alor Star, Sungai Petani, Padang Serai dan Kulim. Bagaimanapun, PPBM dan PAN pula telah ditugaskan oleh DAP untuk memecahkan dominasi UMNO-PAS di kawasan-kawasan luar bandar bermodalkan batang tubuh Mahathir dan Mukhriz. 

Justeru, kubu-kubu kuat UMNO-BN seperti Padang Terap, Terap, Baling, Sik, Merbok dan Pendang serta kubu-kubu kuat PAS seperti di Pokok Sena, Jerai dan Kuala Kedah, dilihat sedikit terjejas sekiranya faktor-faktor di atas diambil kira. 

Ramai yang melihat pertarungan sebenar PRU-14 kali ini adalah antara BN dengan PH. Bagaimanapun, PAS mampu menjadi pengacau yang cukup berkesan dan berjaya menawan banyak kerusi yang kemudian akan dijadikan sebagai sandaran untuk pasca PRU-14.

Disebabkan itulah, sudah ada ura-ura yang melihat akan wujud Kerajaan Campuran di Kedah antara UMNO-BN dengan PAS. Sekaligus menjadi yang pertama dalam sejarah Malaysia. 

Beberapa pihak menjangkakan, BN hanya akan menang 16 kerusi DUN daripada 36 kerusi DUN. PH pula akan menang 12 manakala bakinya iaitu 8 kerusi akan dimenangi oleh PAS. 

Pada 10 April lalu, Dr Mahathir mengumumkan, PPBM diperuntukkan 14 kerusi DUN untuk ditandingi, PKR 10 kerusi, PAN 10 kerusi dan DAP mempertahankan 2 kerusi yang dimenanginya pada PRU-13.


No comments:

 
Blogger Templates