Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, May 1, 2018

KES BATAL CALON PKR DI DUN BUKIT PASIR OLEH SPR, SIAPA YANG BUAT DOKUMEN PALSU YANG DIBAWA OLEH PIZI JIHAT?!!!



Isu calon-calon Pakatan Harapan yang kertas pencalonan mereka ditolak oleh SPR masih lagi diperkatakan. Para penyokong Pakatan khususnya, menjadikan SPR sebagai bahan hentaman dan cacian mereka. SPR dikatakan bersikap berat sebelah dan hanya mahu memastikan kemenangan calon-calon Barisan Nasional.

Antara calon-calon Pakatan yang sedang dijadikan modal kempen hodoh Pakatan adalah Dr.Streram, calon DUN Rantau yang gagal membawa pas SPR untuk dirinya, pencadang dan penyokongnya.

Menerusi penjelasan yang diberikan oleh Streram sendiri, dia telah cuba mengambil pas SPR pada jam 6:30 petang iaitu ketika pejabat telah pun ditutup. Justeru ramai yang melihat kegagalan membawa pas SPR itu sebenarnya tidak lebih daripada lakonan semata-mata selepas PKR tidak mempunyai peluang langsung di DUN Rantau. Kemenangan percuma yang diberikan kepada Mohamad Hasan yang merupakan penyandang dan MB Negeri Sembilan, kemudian dijadikan moda untuk membangkitkan menanam kebencian antara kaum dalam kempen Rafizi dan PKR di Negeri Sembilan.


Seorang lagi calon Pakatan Harapan yang sedang dijadikan modal berkempen memburuk-burukkan SPR adalah Pizi Jihat, calon PKR untuk DUN Bukit Pasir. Pencalonan Pizi telah ditolak oleh pegawai SPR setelah didapati dia masih berstatus BANKRAP.

Semuanya bermula apabila pada 28 April 2018, pada jam 9:17 pagi di Pusat Penamaan Calon (PPC) Komples Sukan Pagoh apabila Pizi dirujuk oleh Penolong Pengurus Pegawai Pilihanraya (RO) kepada Pegawai Insolvensi Muar untuk membuat semakan status kebankrapan.

Hasil daripada semakan, Pegawai Insolvensi tersebut mendapati Pizi merupakan seorang bankrap. Pengurus Pegawai Pilihanraya (RO) kemudiannya telah memanggil Pizi. Pizi kemudiannya mengemukakan keputusan carian rasmi kebankrapan bertarikh 27 April 2018 jam 10:08 yang menunjukkan keputusan TIDAK BANKRAP.

Namun semakan yang dibuat pula mendapati keputusan carian yang dikemukakan oleh Pizi mempunyai keganjilan kerana terdapat satu cop Jabatan Insolvensi Cawangan Kuala Lumpur. Sedangkan carian rasmi tidak mempunyai sebarang cop jabatan atau Cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia.


Pegawai Insolvensi Muar itu kemudiannya menghubungi Ketua Cawangan Jabatan Insolvensi Muar untuk memaklumkan tentang keganjilan dalam carian berkenaan. Setelah Ketua Cawangan Muar menghubungi Pengarah Insolvensi Negeri Johor, Pegawai Insolvensi Muar itu telah mendapat arahan untuk memaklumkan kepada RO bahawa status Pizi adalah BANKRAP.

Ekoran status BANKRAP dalam rekod Jabatan Insolvensi, pihak RO telah menolak pencalonan Pizi kerana gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh SPR.

Satu laporan polis telah dibuat oleh Pegawai Insolvensi Muar yang bertugas pada hari penamaan calon untuk meminta pihak polis mengenalpasti pihak yang terlibat mengeluarkan carian semakan tersebut sekiranya laporan berkenaan adalah palsu.


Apakah sebenarnya Pakatan yang sekarang ini menggunakan logo PKR sedang dilanda ketakutan sehingga terpaksa mementaskan dan melakonkan babak-babak sedih sebegini rupa hanya semata-mata untuk mendapatkan perhatian dan undi simpati daripada pengundi? Apakah dengan mengecam SPR dan menuduh SPR sengaja mengalahkan PKR dengan cara melucutkan keabsahan calon-calon PKR untuk bertanding, sebenarnya melambangkan kebimbangan mereka untuk mengharungi satu lagi kekalahan dalam PRU setelah selama 5 tahun tanpa henti mereka berkempen agar Pakatan dipilih dan Barisan Nasional ditumbangkan?



6 comments:

Anonymous said...

Melihat penamaan calon baru2 ini, rakyat melihat pegawai2 SPR bergitu berketerampilan, berkredibiliti, telus dan profesional. Mana2 pihak yg tidak bepuas hati boleh bawa kes kemahkamah, biar mahkamah tentukan. Kepada SPR teruskan khidmat pofesional anda....

Anonymous said...

Kenapa pegi selepas pejabat di tutup..atau pun tk yakin menang...

Anonymous said...

Cuba nok tipu,tapi tak panday.
PRU PALING KOTOR

Anonymous said...

memang kena dgn namanya, Pakatan HaprakPAN.. he he

Johan said...

Perhatikan hanya parti PKR, PPBM dan Parti PAN yg bermasalah....dan tidak parti DAP...

Anonymous said...

Kat malaysia ni hanya BN Pas Dap shj level pro..
Lain tu semua auta jer lebih..kencing kuat

 
Blogger Templates