Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, January 27, 2019

NAJIB SERANG LIM GUAN ENG LAGI... KADAR MAKANAN DI SBP DAN TARIF ELEKTRIK YANG DINAIKKAN SERTA REBAT YANG DIMANSUHKAN!



Antara yang menjadi kepantangan besar kepada para pemimpin Pakatan, khususnya Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang adalah Najib Abdul Razak.

Setiap kali Najib menulis di media sosialnya, sama ada di Twitter apatah lagi di Facebook, tulisannya seakan-akan ditunggu oleh ramai 'peminatnya'.

Namun yang paling pasti, ramai yang tertunggu-tunggu, apa lagi isu yang akan disebut dan dibangkitkan oleh Najib.

Kerana setiap kali Najib membangkitkan sesuatu isu, setiap kali itulah, Lim Guan Eng akan sibuk membuat u-turn dan cuba memperbetulkannya semula. Seolah-olah Najib telah membuka tembelang dan temberangnya, dan demi menutup tembelang serta temberang tersebut, Lim Guan Eng yang seringkali cuba menunjukkan dia seorang yang bijak, terpaksa ikut cakap Najib.

Paling ketara adalah tentang harga minyak apabila Najib membangkitkan isu bagaimana Lim Guan Eng menyebat duit rakyat menerusi harga minyak yang sepatutnya telah diturunkan ekoran penurunan harga dunia. Pada ketika itu, harga minyak RON95 yang dijual di Malaysia adalah RM2.20 seliter, harga yang sama ketika harga minyak dunia masih mahal ketika kali terakhir Najib bergelar Perdana Menteri.


Ketika harga minyak dunia telah turun lebih rendah, sepatutnya harga kepada rakyat Malaysia juga perlu direndahkan. Tapi Lim Guan Eng mengekalkan harga RM2.20 menjadikan rakyat terpaksa membayar lebihan RM0.30 bagi setiap liter yang dibeli. Sekaligus membolehkan Kerajaan merompak lebih RM200 juta setiap minggu selama tiga bulan.

Malu kerana terdedah pembohongan dan rompakan dilakukan, akhirnya Lim Guan Eng terpaksa menggunakan kaedah yang telah pun diperkenalkan oleh Najib iaitu pengapungan harga mingguan.

Dan Najib tidak berhenti setakat itu sahaja.

Terkini, Najib membangkitkan isu, ketika Sekolah-Sekolah Persendirian Cina memperolehi lebih RM12 juta tanpa melalui prosedur kewangan negara dan tanpa dibentangkan untuk mendapatkan persetujuan Ahli Dewan Rakyat, pelajar-pelajar di Sekolah Berasrama Penuh yang majoritinya adalah Melayu-Bumiputera pula terpaksa berhadapan dengan pemotongan belanja makan. 

Apakah kali ini Dr. Maszlee Malik yang merupakan Menteri Pelajaran yang lebih dikenali sebagai Menteri Kasut dan Stokin Hitam akan memberikan jawapan sama seperti jawapan tentang peruntukan gelap untuk sekolah-sekolah persendirian Cina itu iaitu, potongan tersebut tidak dibuat menerusi kementeriannya?

Najib turut membangkitkan tentang rebat caj bil elektrik RM20 yang telah dimansuhkan dan pengguna berkenaan yang sebelum ini tidak perlu membayar bil, di bawah pentadbiran Lim Guan Eng, perlu mengeluarkan belanja lebih. Terutama sekali apabila pada Mac nanti, tarif elektrik akan dinaikkan!


1 comment:

Anonymous said...

PENYOKONG PH MEMANG BUTA HATI/MATA/PERUT SETELAH MENDAPAT KUASA SECARA MEMFITNAH DAN MEMBOHONGI RAKYAAT. LU LIM GUAN ENG AND THE 40 ROBBERS TUNGGULAH PRU 15 TAHULAH UNTUNG NASIB KORANG. SEBAGAI TAMBAHAN MINTAK DSNAJIB PERSOALKAN DARI MANA WANG YANG DIBELANJAKAN OLEH KERAJAAN PAKATAN DINEGERI-NEGERI YANG MEREKA KUASAI TERMASUK DIWILAYAH PERSEKUTUAN KL UNTUK MENERBIT AKHBAR MINGGUAN YANG MERUPAKAN MEDIUM PROPANGANDA POLITIK MEREKA YANG DIEDAR DISETIAP MASJID PADA SETIAP JUMAAT. JIKA MEREKA MENGGUNAKAN DANA ATAU WANG YANG DISATUKAN (WANG RAKYAT) PERKARA ITU HENDAKLAH DIHENTIKAN KERANA MENYALAHGUNA KUASA. SAMA JUGA DENGAN PERUNTUKAN SEKOLAH SWASTA CINA/INDIA.

 
Blogger Templates