Semuanya gara-gara kehadiran Najib Abdul Razak, mantan Perdana Menteri.
Malam tadi, bakal Timbalan Perdana Menteri, Azmin Ali dengan sombong dan bongkaknya ketika merasmikan Bilik Gerakan Wanita Pakatan Harapan PRK Semenyih mencabar Najib datang dan menunjukkan diri di Semenyih. Katanya, dia sendiri akan mengejar Najib Abdul Razak.
Tetapi apa yang berlaku malam tadi, jauh berbeza daripada apa yang dikatakan oleh Azmin Ali. Azmin Ali sendiri tidak kelihatan langsung di Tesco Semenyih untuk mengejar Najib Abdul Razak seperti yang diikrarkannya.
Azmin gelarkan Najib sebagai 'PENCURIKU' tapi di Tesco Semenyih, Najib bertukar menjadi 'PENCURI HATIKU'. Tagline itu juga nampaknya bermaharajalela di LIVE FBnya selain 'BOSSKU' yang dilaungkan oleh orang ramai dan ditulis oleh pengkomen LIVE FB.
Sukar untuk Pakatan Harapan dan Kerajaan yang diterajui oleh Pakatan untuk menafikan, rakyat semakin bosan dan muak dengan gelagat bodoh sombong mereka sekarang. Terlalu banyak kesilapan yang dilakukan oleh Pakatan, sama ada kerana mereka tidak berpengalaman atau barangkali kerana mereka terlalu seronok menjadi kerajaan.
Laungan 'Bossku', 'Malu Apa' dan 'Hidup' selain takbir 'Allahu Akbar' memenuhi udara sebaik-baik sahaja Najib tiba di pekarangan Tesco Semenyih pada jam lebih kurang 8:40 malam tadi.
Apa lagi yang Azmin nak katakan? Azmin tak mahu turun ke Tesco Semenyih untuk buktikan dia lebih mampu menarik perhatian dan kerumunan orang ramai ke? Kan dia pernah jadi Menteri Besar Selangor yang hebat?
13 comments:
Org dtg tengok sarkas la kat tesko tu
We love you Najib, keep it up!!!
Kalau nak katakan DSN pencuri pun ,apa sebenarnya yg dia curi?.Wang 1MDB?.Berapa banyak?.Pembangunan TRX pun dah bernialai RM40 billion,Wang derma sudah di pulang sepenuhnya,Bandar Malaysia belum di masuk kira lagi,Kem tentera yg di bena oleh 1MDB sudah siap,subsidi Petronas kpd IPP pula sudah terhenti kerana 1MDB.beribu rakyat kurang mampu pula dapat menunaikan haji atas tajaan 1MDB,trif letrik juga tidak di naikan kerana 1MDB tapi sekarang sudah mula di naikan oleh PH,Harta yg di sita oleh PDRM pula adalah hadiah org kenamaan selama puluhan tahun DSN jadi menteri ,TP dan PM( mana satu yg di curi dari rakyat?).Jadi apa yg DSN curi sebenarnya?.Rakyat yg berfikir tentunya terus tertanya-tanya.
Kepada anon 14 feb 10:48am,
Terima Kasih atas penghinaan dari pihak tuan terhadap"Bossku".
AZMIN BARUA!!!
Sarkas da buka kat Putrajaya...
Komen macai Penghidu Hancing.
Haha dah malu...
Anon 10.48 . Awak tokei Damacai ke .
Alhamdulillah...Allah Maha Berkuasa menunjukkan kekuasaanNya kepada Hamba-hambaNya....diatas perbuatan mereka sendiri
Allah Hu
Rakyat yg berkuasa memilih pemimpin mereka
Alhamdulillah...Allah Maha Berkuasa menunjukkan kekuasaanNya kepada Hamba-hambaNya....diatas perbuatan mereka sendiri
Sarkas kat tesco sarkas yang berjiwa rakyat. Sarkas yang satu masa dulu membela rakyat. Tapi ada lagi 1 sarkas terbesar yang buat persembahan dah lebih 9 bulan asal buat persembahan je bau hancing.
Post a Comment