Oleh kerana orang Melayu seringkali dikaitkan sebagai petani miskin dan nelayan papa yang perlu mengharapkan bantuan kerajaan, maka Menteri yang paling layak untuk mengalirkan air mata, memburu simpati dan rasa bersalah orang Melayu sendiri adalah Menteri Pertanian.
Menteri Pertanian sekarang adalah Salahuddin Ayub.
Berita Harian Online memaparkan sebuah berita tentang bagaimana sayunya dan tersentuhnya hati Salahuddin Ayub apabila membaca sepucuk surat yang diutuskan oleh seorang petani bernama Ibas Hamud yang merupakan wakil petani dari Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Besar.
Ibas Hamud turut berada di atas pentas bersama-sama Salahuddin ketika Menteri Pertanian itu membaca suratnya.
Dan seperti biasalah, sebagai orang politik yang enggan mengakui kegagalan serta ketidakpekaan dan ketidakpeduliannya, Salahuddin beretorik kononnya dia akan membantu kaum petani dengan seberapa daya yang mungkin.
Sungguh kelakar melihat gelagat Salahuddin Ayub.
Masakan dia baru tahu tentang masalah yang membelenggu kaum petani? Takkan dia sebagai anggota kabinet tidak tahu, dasar-dasar dan polisi-polisi yang diamalkan oleh kerajaannya bukan sahaja cuba membunuh kaum petani malah, melianglahad dan seterusnya memupuskan terus sektor pertanian negara?
Dan lebih ralat lagi, masakan Salahuddin yang mengambil alih jawatan tersebut daripada Ismail Sabri selepas kekalahan BN pada 9 Mei 2019 langsung tidak menyedari bahawa kerajaan BN di bawah Najib Abdul Razak telah menyediakan pelbagai insentif, peruntukan dan bantuan kepada kaum petani. Malahan, kaum petani juga diberikan wang sara hidup bagi tempoh terutama apabila cuaca dan bencana menjadi penyebab mereka kehilangan sumber pendapatan.
Bukankah sebaik-baik sahaja Pakatan mengambilalih kerajaan, perkara pertama dan utama yang mereka lakukan adalah memotong dan melupuskan semua bentuk bantuan tunai kepada petani, nelayan, pekebun kecil dan penoreh?
Bukankah Salahuddin sendiri yang bercakap kononnya ada 3 bilion ikan kembung di laut Malaysia yang tidak sepatutnya menyebabkan nelayan jatuh papa kerana tidak ada bantuan dari kerajaan?
Sekarang, Salahuddin nak raih sokongan dengan air mata seperti yang dilakukan oleh Mahathir? Dia sudah lupa, berapa puluh ribu petani, nelayan, pekebun kecil dan penoreh yang kehidupan mereka sangat-sangat terjejas kerana kepincangan kerajaan sekarang?
Bukankah lebih baik kalau Salahuddin berterus terang sahaja, dia minta maaf kerana dia tidak dapat mempertahankan bantuan kepada petani, nelayan, pekebun kecil dan penoreh getah seperti yang diberikan oleh Najib Abdul Razak, kerana dia sangat takut dengan Lim Guan Eng dan dia sangat takut kehilangan jawatan yang baru dipegangnya!!!
10 comments:
Sepatutnya dia menangis sama2 dengan Jemin dalam JAMBAN! Bukan buat drama murahan!!!
Uwekk.. Menangis.. Kononnya sedey lar tu.. Air mata x dpt bantu petani n nelayan.. Uuwekkk
Nangis depan petani tu bukan dia boleh buat apa. Pegi Nangis depan Atok atau Lim Gone End.
Serupa teater sebab depan ada penonton . Tutup tirai habis la air mata boya tu . Menyampah sangat2 .
Saya tgh berjimak turut menangis bersama2 isteri dengan bacaan berita ini.
Sedih tak habis lagi ni...
gilababi punye wayang harbi mentri ph
kutty taek tak ajak nangis sekali ke
itu paria besar perosak negara
Bulan lepas jumudkan bantuan kpd petani' penternak Dan nelayan' bulan berikutnya puluhan jota duit mereka mengalir ke sekolah cibeng...masa tu dio "Kene bius"
Pelakun terbaik 2019...heh..hehhh..boleh bagi award ni..
Salahuddin ni bagus lemah lembut orgnya masa dlm pas. Bila termakan hasutan puak pan terus jd tak betul. Dimenangis sebab baru dia tahu susahnya nak laksanakan tanggungjawab bila jadi menteri boneka terpaksa ikut telunjuk tuan besar. Semua yg dirancang kalau ada kebaikan untuk melayu islam susahlah nak dilaksanakan timbullah hutang 1trilion. Tapi sekolah cina yg tiada hak dibantu tiap2 bulan turun duit. Tahniah pada melayu yg taksub pada ph dap.
http://khairulryezal.blogspot.com/2019/02/menteri-menangis-semalam-rupanya-hanya.html?m=1
Post a Comment