Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, February 17, 2019

PRK SEMENYIH JADI TITIK MULA PENGGEMPURAN KUBU KEBAL PAKATAN DI SELANGOR LIBATKAN UMNO-PAS!!!



PRU-14 lalu mencatatkan prestasi yang paling buruk untuk PAS dan UMNO di Selangor. Pada PRU-13 tahun 2013, PAS berjaya menguasai 15 kerusi DUN setelah bertanding di 21 kerusi DUN. Manakala UMNO pula menguasai 12 kerusi DUN setelah bertanding di 56 kerusi DUN Selangor.

Namun pada 9 Mei 2019, jumlah yang diperolehi pada PRU-13 bukan sahaja gagal dipertahankan, bahkan UMNO dan PAS hampir 'pupus' di Selangor.

UMNO hanya berjaya memperolehi 4 kerusi DUN walaupun meletakkan calon di semua kerusi DUN di Selangor. Manakala PAS pula hanya tinggal 1 sahaja kerusi DUN setelah meletakkan calon di 49 kerusi DUN. 

Menariknya, UMNO dan PAS kalah di kebanyakan kerusi-kerusi yang mana mereka bertembung. Perpecahan undi antara PAS dan UMNO telah memberikan kelebihan kepada Pakatan Harapan yang berlogokan Mata Lebam PKR. 


DUN Sabak contohnya, perbezaan antara ketiga-tiga calon yang bertanding terlalu kecil. DUN Sabak pada PRU-14 lalu ditandingi oleh Ahmad Mustain Othman mewakili Pakatan, Sallehudin Mohd Iskan mewakili Barisan Nasional dan Sallehin Mukhyi mewakili PAS.

Keputusannya ialah, Ahmad Mustain Othman berjaya memperolehi 6981 undi, manakala Sallehudin Mohd Iskan memperolehi 6851 dan Sallehin Mukhyi memperolehi 6183 undi. Pemenangnya adalah Ahmad Mustain Othman dengan majoritinya 130 undi. 

Begitu juga dengan DUN Sementa. Dr. Daroyah Alwi berjaya memenangi kerusi tersebut dengan 17,867 undi mengalahkan calon BN, Saroni Judi yang memperolehi 12,497 undi dan Wan Hasrina Wan Hassan yang memperolehi undi 7696 undi. Daroyah Alwi menang dengan 5,370 undi.

PRK Cameron Highland yang baru lepas, telah membuktikan sesuatu biarpun dua pilihanraya kecil di Selangor sebelum itu, gabungan PAS dan UMNO yang baru bekerjasama ketika itu, kalah. Namun di Cameron Highland di mana Barisan Nasional berjaya mengekalkan kemenangan ke atas kerusi Parlimen berkenaan dengan jumlah majoriti yang lebih besar, menunjukkan kerjasama serius antara PAS dan UMNO boleh membuahkan hasil yang lebih baik.

Justeru di PRK DUN Semenyih, PAS dan UMNO bergerak lebih awal mempamerkan kerjasama erat antara mereka walaupun cuba digoyang oleh Pakatan termasuklah oleh DAP, PKR dan Dr. Mahathir sendiri. 

Ramai yang menaruh keyakinan, berdasarkan kepada sambutan pengundi dan orang ramai di Semenyih, calon muda PPBM dilihat tidak mampu mengekalkan kemenangan arwah bapa mertuanya sebelum ini.


Berdasarkan perkembangan semasa itulah juga, seharusnya PAS dan UMNO sudah mula bergerak secara bersama-sama dengan mensasarkan kerusi-kerusi DUN di seluruh Selangor yang berpotensi untuk mereka rebut dan menangi pada PRU akan datang. UMNO boleh belajar dari PAS bagaimana penyusupan akar umbi dilakukan tanpa perlu mendabik dada atau bermegah-megah. PAS juga boleh belajar dari UMNO bagaimana menggunakan kelebihan media bagi mendapatkan liputan atau persepsi yang baik.

Kerusi-kerusi bermajoriti Melayu seperti di Lembah Jaya, Bukit Antarabangsa dan Gombak Setia sebenarnya cukup kritikal kepada Pakatan tetapi pertembungan antara PAS dengan Barisan Nasional (UMNO) pada PRU-14 lalu telah memberikan kelebihan kepada Pakatan. 

Kerosakan yang dilakukan oleh Pakatan setelah memenangi PRU-14, seharusnya menjadi modal yang cukup besar kepada PAS dan BN (UMNO). Bahkan ia juga seharusnya menjadi titik persamaan kepada kedua-dua induk Melayu itu untuk bekerjasama merampas semula negeri Selangor kalau tidak pun mengurangkan majoriti penguasaan Pakatan di Selangor.

Tiada yang rugi bagi PAS dan BN (UMNO) di Selangor kerana Selangor merupakan kubu kuat Pakatan, terutama sekali Azmin Ali dan konco-konconya.

Namun perlu diingatkan juga, Azmin Ali dan PKR-DAP berjaya menguasai Selangor bermula dari tahun 2008 lalu hasil daripada kerjasama dengan PAS. 

Orang Melayu-Islam sebenarnya tersangat ingin melihat kerjasama antara PAS dan UMNO (BN)!

No comments:

 
Blogger Templates