Bantuan Sara Hidup Bujang 2019 diumumkan pada jam 4:10 petang. Jumlahnya adalah RM100 berbanding RM450 yang diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional menerusi BR1M untuk golongan bujang dan dijanjikan RM600 selepas Mei 2019. Bagaimanapun, kekalahan Barisan Nasional pada 9 Mei 2019, menyaksikan Kerajaan Pakatan memansuhkan bayaran insentif untuk golongan bujang.
Gelombang penolakan oleh golongan muda terhadap Pakatan Harapan semakin lama semakin besar di seluruh negara. Media-media sosial yang sebelum PRU-14 sangat memihak kepada Pakatan, kini tidak ubah seperti kubur besar Pakatan Harapan. Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Pakatan Harapan, termasuklah sokongan yang diberikan oleh artis-artis negara kepada Pakatan, akan menjadi tempat berkerumun anak-anak muda, mengeji dan mencerca Pakatan terutama sekali Lim Guan Eng dan DAP.
Dan lebih malang lagi ialah, anak-anak muda yang suatu masa dahulu cukup membenci Najib Abdul Razak, dilihat kini menjadi tonggak kekuatan dan kemunculan kembali bekas Perdana Menteri itu.
Dua pilihanraya kecil sedang menanti Pakatan iaitu PRK DUN Semenyih dan PRK DUN Rantau.
Namun nilai yang diberikan pula, bukanlah RM450 sebaliknya RM100 yang dilihat ramai sebagai satu penghinaan besar kepada golongan muda oleh Menteri Kewangan dan Kerajaan Pakatan.
Cepat betul u-turn!
Umum dulu, kaji kemudian sudah jadi penyakit berat Kerajaan Pakatan.
No comments:
Post a Comment