Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, February 1, 2019

SELEPAS KEMENANGAN GABUNGAN PAS-UMNO DI CAMERON HIGHLAND DENGAN MAJORITI BESAR, TIBA-TIBA SELURUH PEMIMPIN DAP SAYANGKAN UMNO DAN INGATKAN TENTANG BAHAYANYA PAS!!!



Tak sangka...

Sayang sungguh DAP dan para pemimpinnya kepada UMNO.

Dalam sehari sahaja, berkali-kali para pemimpin UMNO diingatkan oleh para pemimpin kanan DAP tentang 'bahayanya' PAS. Berulang-ulang kali para pemimpin DAP yang diketahui amat memusuhi UMNO dan kedudukan orang Melayu-Bumiputera serta Islam di negara ini, mengingatkan yang PAS bukanlah sekutu yang boleh dipercayai dan boleh menyebabkan UMNO lumpuh kalau terus bekerjasama dengan PAS.

Semuanya kerana UMNO-PAS berjaya mengalahkan DAP di Cameron Highland pada pilihanraya kecil minggu lepas. Majoriti yang diperolehi oleh calon DAP yang sudah tiga kali dicalonkan di Cameron Highland, semakin merosot dan gabungan UMNO-PAS juga bukan sahaja berjaya menambah jumlah majoriti tetapi juga membangkitkan semangat yang sama di seluruh Malaysia, kalau tidak pun di seluruh Semenanjung.

Data-data dan fakta-fakta dari PRU-14 lalu menunjukkan kemenangan Pakatan Harapan yang menggunakan lambang PKR sebenarnya adalah disebabkan perpecahan undi antara Barisan Nasional, PAS dan Pakatan. 126 kerusi Parlimen, kalau undi PAS dan Barisan Nasional digabungkan, Pakatan Harapan hanya tinggal harapan.

Secara tidak langsung, kalau sewaktu PRU-14 lalu PAS dan UMNO bekerjasama membentuk satu pakatan sepertimana pada tahun 1973 lalu, tidak ada seorang pun pemimpin Pakatan dan PAN yang boleh menjadi Menteri Kabinet pada hari ini.




Pada masa yang sama, tidak ada sesen pun duit negara dari cukai rakyat yang diberikan kepada sekolah-sekolah persendirian Cina sepertimana yang dilakukan oleh Lim Guan Eng sekarang.

Lebih daripada itu, tidak mungkin akan wujud provokasi melampau seperti salib besar di Jelutong, Pulau Pinang.

DAP mula menikmati kuasa apabila PAS bertahaluf siyasi dengan mereka pada tahun 2008. Dengan promosi percuma yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin dan penceramah-penceramah PAS untuk DAP terutama di kalangan orang Melayu-Islam, akhirnya DAP berjaya meletakkan diri sebagai antara parti politik paling berjaya di Malaysia tahun-tahun kebelakangan ini.

PAS walau bagaimanapun disepak keluar dari gabungan Pakatan Rakyat yang dibentuknya oleh DAP selepas DAP secara berterus-terang enggan mengakui ketuanan DAP pada penghujung 2015 selepas DAP berjaya memperolehi keyakinan hampir 100% daripada pengundi-pengundi Cina dan India di seluruh Malaysia. Walau bagaimanapun, sebahagian besar pemimpin PAS yang kuat menyokong DAP dan kalah dalam pemilihan walaupun ditaja oleh DAP, keluar PAS dan menubuhkan Parti Amanah Negara (PAN) yang diketuai oleh Mat Sabu.

Pada 17 November 2014, Allahyarham Nik Aziz Nik Mat yang pada ketika itu merupakan Mursyidul Am PAS menempelak Lim Guan Eng kerana mengecam Abdul Hadi Awang, Presiden PAS kerana enggan hadir mesyuarat Pakatan atas alasan keuzuran. (RUJUK SINI)

Sebelum itu, pada 9 Ogos 2014, Allahyarham Nik Aziz Nik Mat menyokong penuh sebarang keputusan Abdul Hadi Awang selepas Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS (RUJUK SINI), mulai runtuh selepas Lim Guan Eng secara peribadi dan sebagai kuasa utama DAP menerajang PAS keluar dari Pakatan Rakyat. (RUJUK SINI dan SINI)

Biarpun hanya 1% undi Cina diperolehi pakatan UMNO-PAS di Cameron Highland, ianya sangat membimbangkan DAP memandangkan jumlah kerusi di mana majoriti orang Melayu di seluruh negara sebagai pengundi jauh lebih tinggi berbanding kerusi yang bermajoritikan Cina dan India walaupun digabungkan.

Maka disebabkan itulah, DAP terpaksa menukar taktik serangan mereka. Daripada memberikan tumpuan kepada serangan terhadap UMNO dan Najib Abdul Razak, sasaran utama sekarang ialah bagi memastikan PAS tidak bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional.


Hari ini, P.Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang yang pernah dikaitkan dengan kumpulan pengganas Tamil Eelam dan merupakan antara penentang kuat Zakir Naik di Malaysia, menyertai Lim Kit Siang untuk mengingatkan UMNO tentang 'bahayanya' PAS. (RUJUK SINI)

Malah P.Ramasamy berkeyakinan penuh, gabungan PAS-UMNO akan gagal di Semenyih walaupun komposisi kaum melebihkan Melayu memandangkan pengundi Cina dan India merupakan satu pertiga daripada pengundi di seluruh Selangor.


16 Januari lalu, menerusi satu kenyataan media oleh Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, PAS memberikan laluan kepada UMNO-BN untuk meletakkan calon memandangkan pada PRU-14 lalu, calon BN memperolehi undi lebih besar berbanding calon PAS.

Dan selaras dengan itu, PAS telah menggerakkan jentera propaganda dan kempennya untuk membantu Barisan Nasional dalam PRK Semenyih kali ini.

1 comment:

Anonymous said...

Dap kan selamanya akan cuba pecah belah org islam especially melayu
Dari dulu takut sgt umno pas collabrate
Sangat takut. Tapi sayang collabration umno pas patut lebih awal seblm pru14.
But masih belum terlambat. Allah nak bagi org islam dimalaysia ni saksikan sendiri betapa jahatnya dap ni

 
Blogger Templates