Tiba-tiba Semenyih jadi destinasi dan lokasi utama Pakatan Harapan untuk membuktikan kewujudan Malaysia Baru.
Tiba-tiba Semenyih dijanjikan limpahan projek.
Tiba-tiba Semenyih bakal dijadikan destinasi rekreasi berbasikal.
Tiba-tiba Semenyih jadi terkenal di kalangan pemimpin-pemimpin Pakatan!
Syed Saddiq adalah yang terawal datang berkempen. Dan menepati kata-kata Muhyiddin, calon PPBM yang akan dipertandingkan nanti adalah seorang yang muda, kacak dan segak. Muhyiddin bagaimanapun, tidak pula berani menyatakan bahawa calon PPBM nanti adalah seorang yang terpelajar kerana hampir setiap hari, Netizen mendedahkan pembohongan dan penipuan para pemimpin Pakatan yang berbangga dengan ijazah dan kelulusan palsu, atau lebih tepat lagi, Ijazah Terbang.
Paling menarik ialah apabila Muhyiddin Yassin mula bercakap tentang perjuangan Melayu dan Islam walhal PPBM secara jelas, terang dan nyata memang gagal mempertahankan hak-hak Melayu-Bumiputera dan Islam sepertimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Ketika DAP terutamanya memperlekehkan raja-raja Melayu, apa yang PPBM telah buat? Ketika para penyokong DAP menghina dan memperlekehkan Islam, apa suara yang PPBM keluarkan?
Langsung tidak ada!
PPBM seperti dikepit oleh DAP dan hanya dibenarkan bercakap mengikut kehendak Lim Kit Siang semata-mata.
Sudah tentulah Muhyiddin Yassin bercakap tentang Melayu dan Islam di Semenyih kerana bahaya yang timbul daripada kesungguhan kerjasama antara PAS-UMNO dan BERJASA di DUN berkenaan sekarang ini. Dengan 69.3% pengundi Melayu, mahu tidak mahu taktik seperti Cameron Highland tidak terpakai.
Kalau di Cameron Highland, mukaddimah perkaumannya dimulakan oleh calon DAP dengan memperlekehkan Melayu dan Orang Asli kerana DAP berasakan undi Cina dan India di Cameron Highland sudah cukup untuk memenangkan calon mereka. Di Semenyih pula, PPBM dilihat mengambilalih peranan utama berkempen dengan menyebut tentang peri pentingnya Melayu dan Islam.
Dengan pelbagai masalah yang sedang melanda, dengan kezaliman yang dilakukan ke atas rakyat, termasuklah menyusahkan penerima BR1M yang kini ditukar nama kepada BSH, dengan penghapusan dan larangan terhadap peniaga-peniaga kecil Melayu di Kuala Lumpur sepanjang Ramadan nanti, dengan harga barang yang bukan sahaja tidak turun tetapi terus naik, dengan penipuan hampir setiap hari didedahkan oleh netizen sendiri... masih mampukah PPBM wujud dan bertanding di Semenyih?
Apakah PPBM dan Pakatan akan terus menanam modal penipuan untuk menggamit hati dan menawan undi pengundi-pengundi di Semenyih?
Penduduk dan pengundi di Semenyih rasa-rasanya, tidaklah sebodoh seperti yang disangkakan oleh Pakatan Harapan. Dan Melayu-Islam termasuklah Orang Asli di Semenyih juga, bukannya tidak nampak apa yang telah dilakukan oleh DAP dan tidak mampu dikekang, dinasihati apatah lagi dilarang oleh PPBM.
1 comment:
Kali ni mampus lagi PH...
Parti Hancing (PH)...hari2 kencing rakyat....
Post a Comment