Memang teringin sangat Anwar dengan jawatan Perdana Menteri. Keinginan yang tidak pernah disembunyikan semenjak tahun 1997 lagi. Keinginan yang menyebabkan tercetusnya perpecahan besar dan kemudian muncullah pelbagai drama antara Mahathir dengan Anwar.
Sehingga kini, kesan daripada keinginan besar Anwar untuk jawatan Perdana Menteri tidak pernah pulih. Dan menariknya, Anwar juga tidak pernah pulih dari sakitnya ingin menjadi Perdana Menteri.
PRU-14 sepatutnya merupakan medan Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri. Namun keberadaannya di dalam penjara kerana jenayah liwat, menyebabkan Anwar sekadar menelan air liur, apatah lagi kemenangan Pakatan Harapan pada PRU-14 menggunakan lambang dan logo mata lebamnya.
Lebih malang lagi ialah apabila musuh utamanya yang menjadi pemangkin kepada keinginan membara Anwar untuk menjadi Perdana Menteri pula yang terpilih sebagai Perdana Menteri. Anwar hanya mampu bersenang hati dengan janji kononnya, Mahathir akan meletak jawatan dalam tempoh dua tahun dan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.
Sewajarnya Anwar Ibrahim menjadikan sejarah sebagai panduannya.
1 September 1998, di Pulau Pinang, Mahathir mengulangi kata-katanya bahawa dia sudah pun memilih pengganti. Penggantinya adalah Anwar Ibrahim.
Tak sampai 24 jam kemudian iaitu pada 2 September 1998, Mahathir memanggil satu sidang media untuk memaklumkan pemecatan Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan semua jawatan kerajaan yang disandangnya. Bukan itu sahaja, Anwar Ibrahim juga dipecat dari parti dengan alasan, masalah moral.
Hanya sekelompok kecil sahaja pemimpin PKR seperti Wan Azizah, Nurul Izzah, Rafizi Ramli dan Abdullah Sani yang masih berharap Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri. Dan harapan mereka nampaknya semakin pudar apabila Mahathir yang licik, mula mengatur strategi lain yang lebih mengukuhkan kedudukannya.
Anwar sebenarnya sudah terlambat. Dia mempunyai peluang yang sangat besar untuk menjadi Perdana Menteri ke-8 ketika UMNO-BN memberikan isyarat akan menolongnya untuk ke jawatan tersebut. Pada ketika itu, UMNO-BN masih ada 79 orang Ahli Parlimen. Anwar juga secara tradisinya mempunyai sokongan dari PAS. PAS memiliki 18 kerusi Parlimen. Komponen utama Anwar adalah DAP yang memiliki 42 kerusi Parlimen. Dicampur dengan Ahli-Ahli Parlimen dari PKR sendiri, senang-senang sahaja Anwar Ibrahim mendapat lebih 2/3 majoriti sokongan.
Dengan perkembangan terkini, kedudukan Mahathir jauh lebih kukuh berbanding Anwar Ibrahim. Anwar Ibrhaim sendiri dilihat sebagai sudah tidak relevan dan ketinggalan. Idea-idea dan hujah-hujah Anwar, bukan sahaja tidak mampu menarik minat, bahkan ditertawakan oleh penyokong-penyokongnya sendiri.
Dan apabila Anwar mengutuk PAS di hadapan wartawan, Anwar Ibrahim sebenarnya sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada jawatan Perdana Menteri dan dia sudah boleh mendaftar di mana-mana hospital untuk mengubati penyakit meroyannya!!!
Lebih-lebih lagi kalau PPBM menang pula dalam PRK DUN Semenyih, Anwar Ibrahim boleh menangis di bucu katil sambil mengongoi, 'Aku Nak Jadi PM! Aku Nak Jadi PM!'
2 comments:
Yang sakit najib...meroyan Gila merata tempat...kesan sumpahan bekas isteri dan anak dan bekas laki rosmah...Dan rakyat...insyallah sampai masa najib isim dan biol...Amin....Chini pekan pahang
Hahaha memang betullah yg ko tulis ni. Aku pun pening kepala tgk anwar ni menggila nak jd PM. Muak pun ada. Mula2 ok la, aku mls nk pikir sgt, semua org pun mmg tau anwar tergila2 nak jd pm dari dulu lagi. Tapi akhir2 ni makin menjadi2 pulak, naik benci pulak aku tgk parti PKR ni. Ni dah bln Julai dah, penyakit nuar makin menjadi2.
Terus terang, aku antara pengundi PH masa PRU14. Bukan kerana nak si nuar jd PM, sekadar nak BN memperbetulkan parti mereka yg dah parah dan lari dari perjuangan asal.
Lps undi PH, aku mmg x kisah sesiapa pun jd PM, mahathir ke, anwar ke, wan jijah ke... tp bila tgk perangai anwar yg gila meroyan melampau2 nk jd PM, naik menyampah pun ada. Drpd tak kisah, sekarang aku dah jd kisah. Harap2 si gila bernama anwar berahim ni takkan jd PM sampai bila2. Dia punya kemaruk tu kdg2 aku terpikir jgk, apa yg dia nk buat kat negara ni yg dia beriya sgt nk jd PM tu....habis negara aku dia jadikan macam PKR...pilihanraya parti pun main baling2 kerusi bertumbuk macam samseng, inikan pulak nak jaga negara. Bodoh punya parti, sama bodoh dgn pengasas parti.
Post a Comment