Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, February 23, 2019

UMUM CADANGAN HAPUS 'TOL' GANTI 'CAJ KESESAKAN' BUKTI KERAJAAN TERDESAK DAN RAKUS HENDAK MEROMPAK WANG RAKYAT!!!



Kalau tak menipu, mereka merompak!

Kalau mereka nak merompak, mereka akan mulakan mukaddimah dengan menuduh dan melabelkan orang lain sebagai perompak dan pencuri. Mereka cuba tanamkan persepsi di dalam otak rakyat bahawa mangsa mereka itulah sebenarnya perompak dan pencuri, walaupun sebenarnya yang sedang merompak adalah mereka sendiri.

Ini adalah modus operandi yang diamalkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan sekarang.

Hari ini keluar satu pekeliling membabitkan tol lebuhraya.

Kesemua lebuhraya tersebut adalah pada zaman Mahathir selaku Perdana Menteri. Kesemua lebuhraya berkenaan diberikan konsesi tol dengan perjanjian berat sebelah pada zaman Mahathir. Dan pada zaman Najib, kepentingan dalam konsesi tersebut telah dibeli oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuklah KWSP, Tabung Haji dan Tabung Angkatan Tentera.

Dengan kata lain, lebuhraya-lebuhraya bertol tersebut yang asalnya dimiliki oleh syarikat swasta atau entiti yang rapat dengan Perdana Menteri waktu itu, di bawah pentadbiran Najib telah diambilalih oleh Kerajaan menerusi GLC. Sekaligus merupakan pelaburan kepada GLC-GLC berkenaan yang memberi manfaat kepada ahli-ahlinya.

Apa yang cuba dilakukan oleh kerajaan sekarang adalah MENIPU RAKYAT dan CUBA MENGABURI HAKIKAT SEBENAR.

Tol-tol di lebuhraya yang dinyatakan TIDAK AKAN DIBATALKAN. Bahkan wujud caj-caj sesak bagi tempoh 6 jam yang sudah pasti digunakan untuk menanggung tempoh tol percuma dari jam 11 malam sehingga 5 pagi.

Atau dalam bahasa yang lebih mudah faham, mereka yang bekerja pada sebelah siang akan terpaksa mengeluarkan kos dan perbelanjaan lebih banyak untuk tol kerana caj sesak berkenaan.

Untuk melunakkan rakyat atau lebih tepat lagi menipu rakyat, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan Kerajaan sekarang sedang berunding dengan GAMUDA. Walhal Gamuda adalah entiti berkaitan kerajaan.


GAMUDA dimiliki oleh rakyat menerusi KWSP, Lembaga Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad, Amanah Saham Bumiputera, KWAP dan sebagainya.

Apa yang cuba dilakukan oleh kerajaan dan Kementerian Kewangan yang dikuasai oleh DAP sekarang adalah membangkrapkan semua pelaburan yang membabitkan kepentingan rakyat bagi membolehkan dikuasai oleh syarikat-syarikat kroni seperti yang dilakukan terhadap Tabung Haji menerusi RM19.9 bilion wang pelaburan pendeposit Tabung Haji kepada syarikat SPV yang berada di bawah kuasa Menteri Kewangan.

M.O yang sama dilakukan seperti dalam kes Tabung Haji. Kerajaan Pakatan akan memaksa GAMUDA yang merupakan wang pelaburan rakyat untuk membeli konsesi tol berkenaan. Dan apabila dibeli, kejatuhan harga saham GAMUDA akan membolehkan syarikat-syarikat kroni menguasainya.

Hanya sekadar sedap telinga mendengar, TOL HENDAK DIHAPUSKAN... tapi hakikatnya penghapusan tol tersebut tidak berlaku, bahkan rakyat rugi besar. Mereka yang melabur dalam Amanah Saham Bumiputera dan Tabung Haji khususnya akan berhadapan dengan pengecilan dan penurunan dividen kerana pelaburan 'rugi'.

Kita tak payah lagi bercerita tentang apa yang tertulis dalam PARA 6 sehingga PARA 8 yang jelas-jelas membuktikan kepada kita kecenderungan dan niat Kerajaan Pakatan untuk menekan rakyat menerusi kadar tol yang baharu!

Alang-alang nak hapuskan tol, hapus betul-betul macam yang dibuat oleh Najib sebelum ini!




4 comments:

Anonymous said...

Kerajaan pakatan ni ingar rakyat ni bodoh sangat ke?..lagi bertambah menyampah...11mlm -5 pagi waktu org tido..big deal

Anonymous said...

Penipuan tak malu....yang malunya tak dapat tipu rakyat...maka macam macam lah penipuan dan putar alam..sinajib .....chini pekan pahang

raja kamarhisham said...

Bila yg Najib hapuskan tol? Yg Tol Sg Rasau dan Padang Jawa tu mmg tempoh dia dah matang. Hapuskan sangat. Sbnrnya sama je Mahathir dan Najib ni. Bezanya, Najib goblok

raja kamarhisham said...

Not a big deal but still a deal. Sy penah kena speed trap pukul 2.30 pagi. Kalu ikut mentality yg kata tengah malam no big deal tu, why bother buat speed trap pukul 2.30 pagi?

 
Blogger Templates