Dalam kenyataan awalnya, Chew Chong Sin berkata tragedi yang menimpa masyarakat Islam di Christchurch, New Zealand, berikutan kejadian tembakan di dua buah masjid di kawasan tersebut harus dijadikan pengajaran agar gejala ekstremis seperti itu dapat dibendung.
Anehnya, kenyataan tersebut disusuli dengan satu rujukan yang tidak masuk akal terhadap permuafakatan politik yang berjaya dikecapi bersama-sama oleh PAS dan UMNO, yang menurut Chew, adalah membimbangkan kerana kedua-dua parti tersebut pekat dengan naratif yang bersandarkan bangsa dan agama.
Chew Chong Sin yang merupakan pemimpin BERSIH yang dipilih oleh DAP untuk menyertai parti tersebut sebagai calon DUN Mengkibol pada PRU-14 lalu, bagaimanapun, memohon maaf dan menarik balik kenyataannya.
Dan seperti biasalah, apabila berlaku keadaan seperti DAP dan para pemimpinnya akan segera berlakon dan berpura-pura kononnya mereka mengecam tindakan Chew Chong Sin. Konon-kononnya mereka tidak pernah terlibat dalam sebarang provokasi melibatkan bangsa dan agama. Malah, semua provokasi agama dan kaum di negara ini, akan mempersalahkan UMNO dan PAS.
Dengan kata lain, DAP suci murni!
Hakikatnya, Chew Chong Sin sekadar pak turut kepada Lim Guan Eng dan Nga Kor Ming yang lebih awal mengisytiharkan perang ke atas orang Melayu dan menganggap perpaduan umat Islam sebagai perang melibatkan Taliban.
Lim Guan Eng pada 6 Mac menerusi Malaysiakini menyatakan, perpaduan antara UMNO-PAS bermakna perisytiharan perang ke atas bukan Islam. Kenyataan tersebut kemudiannya 'diperbetulkan' beberapa jam kemudian oleh Malaysiakini yang bertajuk baru, 'Perpaduan UMNO-PAS Akan Mensasarkan Bukan Melayu'.
Sama ada tajuknya, Isytihar Perang atau pun Mensasarkan, kedua-duanya membawa maksud negatif yang sama!
Dan Lim Guan Eng sedikit pun tidak meminta maaf. Bahkan tiada seorang pun pemimpin DAP yang pantas mengecam Lim Guan Eng sebagaimana Liew Chin Tong mengecam Chew Chong Sin.
Begitu juga dengan kenyataan Nga Kor Ming pada 8 Mac yang mengaitkan perpaduan UMNO-PAS dengan Taliban. Meskipun teruk dikecam di media-media, bahkan di Dewan Rakyat, Nga Kor Ming sedikit pun tidak meminta maaf mahupun menyatakan kekesalan, sebaliknya cukup bangga kerana kenyataannya itu turut disambut oleh seorang lagi rakannya, Chong Chien Jen, Pengerusi DAP Sarawak yang menyokong penuh kenyataannya.
Dalam usaha untuk menyelamatkan Lim Guan Eng daripada terus menjadi mangsa kecaman masyarakat, Liew Chin Tong yang merupakan pakar strategi DAP cuba mengalihkan perhatian masyarakat kepada Chew Chong Sin.
Menurut Liew Chin Tong, walaupun Chew Chong Sin telah menarik balik dan memohon maaf sebanyak tiga kali, kenyataannya tetap memberikan kesan yang serius.
“Nasi sudah menjadi bubur dan saya menegur sikap beliau yang tidak sensitif. Parti ini memandang serius insiden (serangan masjid di Christchurch) ini.
“Kami mengambil pendirian Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mewakili parti itu mengutuk setiap serangan terhadap masjid di Christchurch yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kecederaan kepada ramai pihak.
“Ia bukan hanya satu jenayah ke atas komuniti Muslim di Christchurch, tetapi satu jenayah kemanusiaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Chin Tong berkata, apa yang berlaku di Christchurch adalah perbuatan pengganas dan DAP mengutuk perbuatan itu.
“Tiada agama yang membenarkan keganasan kepada orang yang tidak bersalah dan apa yang berlaku bertentangan dengan ajaran semua agama,” katanya. (RUJUK SINI)
“Ia bukan hanya satu jenayah ke atas komuniti Muslim di Christchurch, tetapi satu jenayah kemanusiaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Chin Tong berkata, apa yang berlaku di Christchurch adalah perbuatan pengganas dan DAP mengutuk perbuatan itu.
“Tiada agama yang membenarkan keganasan kepada orang yang tidak bersalah dan apa yang berlaku bertentangan dengan ajaran semua agama,” katanya. (RUJUK SINI)
No comments:
Post a Comment