Nga Kor Ming dan wakil rakyat DAP di Dewan berang apabila Noh Omar mengaitkan Nga Kor Ming dan DAP dengan komunis. Namun yang sangat jelas ialah, sepertimana laporan ASTRO AWANI, Nga Kor Ming ketakutan apabila Noh Omar berterusan menengkingnya, membuatkan Nga Kor Ming terpaksa mematikan mikrofon dan menggunakan kuasanya sebagai Timbalan Speaker untuk menghalau Noh Omar keluar.
Nga Kor Ming dalam usaha melindungi ketakutannya, berkata, tindakan Noh di Dewan Rakyat adalah melanggar Peraturan Mesyuarat Dewan.
"Berdasarkan kelakuan Tanjong Karang yang tidak senonoh dan jelas sengaja melakukan perbuatan yang menghina majlis mesyuarat atau tidak mengendahkan kuasa pengerusi, tohmahan yang dilemparkan menuduh pengerusi tidak layak memegang jawatan adalah satu perbuatan menghina majlis mesyuarat.
"Oleh yang demikian, berdasarkan kuasa yang diberi di bawah Perkara 43 dan 44, saya dengan ini memerintahkan Tanjong Karang keluar dari majlis mesyuarat bagi tempoh bagi tiga hari iaitu hari ini 19 Mac, 20 Mac dan 21 Mac. Saya sarankan Tanjong Karang ambil iktibar tidak ulangi kelakuan menghina majlis mesyuarat pada masa akan datang dan berharap ahli majlis yang lain menjaga tertib," kata Nga Kor Ming tanpa sedikit pun merujuk kepada dirinya sendiri yang menjadi punca Noh Omar naik angin.
Dengan kata lain, dia mahu rakyat melihat kerjasama UMNO-PAS sebagai Taliban of Afghanistan dan bukan Islam di negara ini perlu mengisytiharkan perang ke atas umat Islam di negara ini kerana kerjasama tersebut akan menzalimi bukan Islam.
Nga Kor Ming jelas cuba menghasut dan melakukan provokasi perkauman dan agama.
Itu yang cuba ditanya oleh Noh Omar. Namun Nga Kor Ming berbelit-belit dan enggan menjawab pertanyaan Noh Omar sama ada dia ada mengeluarkan kenyataan tersebut atau sebaliknya.
Agak aneh, DAP boleh menggelarkan kerjasama antara UMNO-PAS sebagai TALIBAN tapi apabila DAP dikaitkan dengan KOMUNIS, tahu pula marah. Maknanya, hanya DAP sahaja yang boleh dan bebas menggelarkan atau melabelkan sesiapa sahaja yang tidak mereka sukai dengan pelbagai gelaran, tetapi apabila DAP dilabelkan dengan standard yang serupa, mereka akan menggelinjang kepanasan?
Dan yang paling penting, tahu pula Nga Kor Ming menggunakan kuasa untuk menutup cerita sebenar.
Noh hanya mahu mendapatkan penjelasan Nga, yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan berkenaan laporan kenyataannya yang membandingkan Umno-PAS dengan Taliban. Kalau serang peribadinya (selaku Timbalan Yang Dipertua), bolehlah dianggap menghina Dewan dan guna kuasa dia, tetapi ini mempersoalkan tindakannya di luar Dewan dan tiada kena mengena dengan tugasnya sebagai Timbalan Yang Dipertua.
Nga Kor Ming tidak gunakan kuasa sebagai Timbalan Yang Dipertua untuk mempertahankan tindakan salahnya di luar Dewan.
Tapi bak kata Najib, kita sedar dan iktiraf kuasa besar yang dimiliki oleh DAP sekarang.
1 comment:
Dah lama kita bgtau, cina ni,,bila dia hendak sesuatu drpd org melayu, dia akan tunjuk hormat dan sanjung org melayu. Bila dah dapat kuasa,,baru dia tunjuk sikap sebenar betapa mereka sangat2 membenci org melayu dan benci islam. Mana dia harga diri org melayu, cina kafir laknatullah boleh diangkat jadi tim speaker bagi sebuah negara yg umat islam ialah majoriti. Mana maruah org melayu bila cina dap senang2 boleh perleceh org melayu dan label mereka dgn label2 keji?. Padan muka org melayu, khysusnya anak2 mudah yg bodoh menyokong ph jadi kerajaan.
Post a Comment