NGA KOR MING ENGGAN MOHON MAAF KENYATAAN 'NEGARA TALIBAN'
PARLIMEN: 18 Mac - Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming hari ini enggan memohon maaf berhubung kenyataannya sebelum ini yang menyifatkan bahawa negara ini akan menjadi "Negara Taliban" sekiranya pakatan UMNO-PAS berkuasa.
"Apa yang nak dimohon maaf?" katanya ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.
Awal hari ini, Pemuda PAS Selangor berkata, pihaknya akan menganjurkan himpunan besar-besaran jika tiga pemimpin DAP - Nga, Lim Guan Eng, dan Chew Chong Sin - tidak memohon maaf atas kenyataan mereka yang disifatkan sebagai "melampau".
Nga bagaimanapun berkata Pemuda PAS mempunyai hak untuk berhimpun.
"Biar polis yang kendalikan (himpunan itu). Kita hormati kedaulatan undang-undang, dan kita juga hormati kebebasan berekspresi.
"Mereka boleh menganjurkan perhimpunan selagi ia mematuhi undang-undang," katanya.
Tiga hari kemudian, Lim mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan kerjasama Umno-PAS "perisytiharan perang" terhadap golongan bukan Melayu. Beliau kemudian membuat pembetulan dengan menukar frasa "perisytiharan perang" dengan "menyasarkan".
Sekurang-kurangnya 58 laporan polis dibuat terhadap Lim dan siasatan kini masih berjalan.
Sementara itu, Adun Mengkibol Chew Chong Sin berkata serangan keganasan di masjid di New Zealand - yang mengorbankan 50 nyawa - patut dijadikan pengajaran di Malaysia dalam soal isu kaum dan agama dengan menjadikan kerjasama UMNO-PAS sebagai contoh.
Beliau kemudian menarik balik kenyataan itu atas sebab ia telah mengakibatkan "salah faham".
SUMBER
No comments:
Post a Comment