Kegilaan menjual harta negara nampaknya semakin berleluasa. Seolah-olah tiada sesiapa pun yang dapat menahan mereka.
Pada masa yang sama, hutang negara yang mereka sering jadikan sebagai alasan, tidak pula berkurangan, malahan meningkat secara drastik walaupun baru 10 bulan Pakatan berkuasa. Aset-aset negara pula semakin banyak yang terjual. Projek-projek infra untuk rakyat telah dipotong dan dibatalkan. Peruntukan-peruntukan dan insentif-insentif untuk rakyat juga telah dikurangkan bahkan dihapuskan sama sekali. Projek-projek mega yang akan menjanakan pendapatan negara, juga telah disekat, dipotong, dirombak dan perjanjian atau MOU yang telah ditandatangani oleh kerajaan sebelum ini juga telah dibatalkan.
Sebenarnya, apa yang kalut sangat para pemimpin Pakatan ni?
Adakah mereka sebenarnya hanya sedar, mereka sekadar Kerajaan Sepenggal. Dan oleh kerana itulah, mereka perlu menjual apa-apa sahaja yang boleh terjual sebelum mereka menghilangkan diri ke luar negara beramai-ramai bersama hasil jualan yang dirompak secara besar-besaran?
Diberitakan Khazanah Nasional Berhad rugi RM6.271 bilion buat kali pertama semenjak tahun 2005. Antara faktor utama kerugian yang dialami oleh Khazanah ialah disebabkan dividen yang kurang dan susut nilai saham yang tinggi. Nilai portfolio Khazanah telah merosot dari RM116 bilion kepada RM91 bilion berbanding tahun sebelumnya. (RUJUK SINI)
Hanya dalam tempoh kurang 10 bulan!
Nilai aset bersih Khazanah Nasional turun RM25 bilion kepada RM91 bilion pada akhir tahun 2018 berbanding RM116 bilion pada tahun sebelumnya. Sekaligus ini mencatatkan penurunan sebanyak 21.6% daripada hasil polisi dan dasar ekonomi serta kewangan kerajaan yang bobrok seperti Pakatan.
Khazanah turut merekodkan kerugian sebanyak RM6.3 bilion untuk tahun 2018 berbanding untung RM2.986 bilion tahun sebelumnya ketika di bawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional.
Dalam tempoh sepuluh tahun atau lebih tepat lagi sepanjang pentadbiran Najib Abdul Razak, nilai aset bersih Khazanah naik RM82.3 bilion (244%) dari RM33.7 bilion pada akhir tahun 2008 kepada RM116 bilion pada akhir 2017.
Namun sebaik-baik sahaja Pakatan mengambilalih pentadbiran negara, nilai Khazanah terus jatuh RM25 bilion menjadi RM91 bilion.
RM25 bilion bukanlah angka yang kecil. Namun ia juga bukanlah satu perkara baru, Bloomberg menggelarkan kes ini sebagai MAHATHIR'S SLUMP yang menyaksikan pelabur-pelabur utama dan penanam-penanam modal lari keluar dari Malaysia semenjak 9 Mei 2018. (RUJUK SINI) (juga DI SINI)
Secara ringkasnya, apa yang dimaksudkan dengan Mahathir's Slump?
Itulah padahnya bila rakyat memilih kerajaan yang bodoh sombong!
Gobind Singh Deo konon-kononnya nak ubah dasar internet, hasilnya harga saham Telekom Malaysia merudum jatuh dan sekarang ini, sebahagian daripada ekuiti dan aset Telekom Malaysia perlu dijual murah-murah!
Lim Guan Eng nak batalkan MRT, hasilnya, harga saham GAMUDA, MMC jatuh bergolek-golek dan akibatnya, ramai yang kehilangan kerja, manakala 30 syarikat berkepentingan Melayu-Bumiputera dan Islam yang melabur dalam GAMUDA, MMC termasuklah Tabung Haji mengalami kerugian besar.
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) turut berhadapan dengan risiko muflis apabila beberapa lagi konsesi mereka dibatalkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan termasuklah Pharmaniaga dan AES. LTAT merupakan tabung untuk bekas-bekas tentera.
Apa lagi yang KERAJAAN BODOH ni nak jual selepas ini, sebelum masing-masing melarikan diri bersama wang jualan harta negara?
No comments:
Post a Comment