Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, March 5, 2019

RAFIZI BOLEHLAH TERUSKAN DEDAHKAN MAKLUMAT-MAKLUMAT SULIT PERBANKAN ATAU TRANSAKSI BANK LAWAN-LAWAN POLITIKNYA SUPAYA PERBANKAN MALAYSIA MUFLIS DAN PELABUR TERUS LARI!!!



Maka tidak hairanlah apabila para pelabur menjauhkan diri dari Malaysia. Malah pelabur-pelabur sedia ada yang telah menyumbang pendapatan negara yang besar, turut keluar sebaik-baik sahaja Kerajaan Barisan Nasional kalah pada 9 Mei 2018. 

Tindakan dan keputusan Kerajaan Malaysia menerusi Peguam Negara, Tommy Thomas membebaskan Rafizi Ramli daripada kesalahan BAFIA, jelas telah menyebabkan para pelabur melihat Malaysia bukanlah destinasi pelaburan yang selamat. (RUJUK SINI)

Dan kini, Rafizi Ramli yang dibebaskan oleh Tommy Thomas, buat hal lagi. 

Justeru, seorang pemimpin PAS Marang, Zakaria Ismail mendakwa, mereka yang menjadi saingan atau musuh politik Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan Rafizi akan berhadapan dengan keselamatan perbankan mereka dicabul dan dicerobohi. 

"Dalam era Malaysia baru, sekiranya anda adalah pesaing Anwar dan Rafizi, atau anda berkawan dengan musuh-musuh politik mereka, maklumat transaksi perbanka anda akan diceroboh pada bila-bila masa, mengatasi kuasa Bank Negara dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang negara," katanya dalam satu kenyataan yang turut disiarkan oleh Harakah Daily. 

Menurut Zakaria, tindakan Rafizi mungkin terdorong untuk mendedahkan kebenaran, tetapi pada masa yang sama, tindakan dan gelagatnya bertentangan dengan undang-undang dan memberikan implikasi yang sangat besar kepada negara.

Perkembangan terbaru ini amat tidak sihat dan menakutkan bagi setiap pemegang akaun bank di negara ini, kata Zakaria lagi. 

Pada 1 Mac, Rafizi mendakwa telah mengenalpasti pemilik akaun Bank Islam yang didakwa digunakan untuk memindakan RM1.4 juta fi perundangan kepada Sarawak Report, selain turut menyertakan nombor akaun penuh dan nama pemilik akaun terbabit. 

Zakarian menegaskan, mana-mana pegawai bank dan kakitangan institusi kewangan sepatutnya tahu, perincian mana-mana individu pemegang akaun bank adalah maklumat rahsia yang tidak boleh didedahkan kepada awam.

"Akaun individu itu hanya boleh dicerobohi oleh mereka yang terlibat mengawal institusi-institusi kewangan seperti Bank Negara atau agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan sekiranya disyaki melakukan transaksi perbankan yang meragukan. 

"Atau pun oleh agensi-agensi penguatkuasaan seperti polis dan SPRM apabila ianya melibatkan jenayah kewangan dan rasuah, yang berdasarkan kuasa yang diberikan berdasarkan Akta atau selepas mendapat perintah mahkamah," katanya lagi. 

Menurut Zakaria lagi, dakwaan Anwar kononnya dia tahu tentang transaksi perbankan melibatkan PAS dan UMNO, jelas menunjukkan bagaimana sistem perbankan di negara ini tidak lagi selamat atau mudah dipergunakan untuk tujuan politik. 

PAS menafikan tentang transaksi RM1.4 juta itu dan menafikan membuat sebarang bayaran kepada Sarawak Report, manakala individu yang dinamakan oleh Rafizi pula, terus mendiamkan diri sehingga ke hari ini.

Menurut Zakaria lagi, tidak dapat dipastikan sama adalah transaksi RM1.4 juta yang didakwa oleh Rafizi itu berlaku menerusi akaun individu, dan berkata, tiada sebarang arahan sehingga kini dari pihak berkuasa terhadap individu berkenaan untuk memberikan penjelasan. 

Zakaria turut menyoal sekiranya pendedahan yang dibuat oleh Rafizi itu adalah disebabkan kebocoran maklumat-maklumat penting perbankan atau ianya berdasarkan kepada dakwaan peribadi Rafizi semata-mata.

"Kalau dalam kategori pertama, Bank Negara seharusnya menyiasat bagaimana maklumat berkenaan boleh bocor ke tangan Rafizi. Kenalpasti bagaimana ianya bermula dan hukum mereka yang terlibat," katanya. 

Sekiranya dalam kategori kedua, Zakaria berkata, Bank Negara dan agensi penguatkuatkuaan perlu memberi memberi amaran kepada mereka kerap mendakwa mempunyai pengetahuan tentang maklumat transaksi perbankan pesaingnya agar berhenti menyebarkan fitnah dan cerita bohong selain merosakkan reputasi mereka yang diserang.

Sesuatu yang pasti ialah, Rafizi dan penyokongnya sudah tentu berbangga kerana dapat membuat pendedahan tersebut. Mereka akan mempersetankan kesan-kesan negatif kepada sektor perbankan dan pelaburan negara biarpun tindakan Rafizi itu sebenarnya memberikan gambaran, Malaysia bukanlah sebuah negara yang boleh dipercayai.

Barangkali Rafizi sudah mempunyai pelan untuk menyediakan berpuluh juta peluang pekerjaan dan membangunkan sektor kewangan dan perbankan Malaysia tanpa bergantung kepada dunia luar selain Malaysia?


No comments:

 
Blogger Templates