Sebelum-sebelum ini, kalau ada mana-mana pihak yang mengeluarkan semula cerita tentang 13 Mei, pasti akan ada macai-macai yang berkata, 'Move On... semua itu dah jadi sejarah. Sekarang kita cipta sejarah baru."
Tapi selepas 9 Mei 2018, lain sudah ceritanya.
Awal-awal lagi, dalam bukunya Kua Kia Soong langsung tidak menyebut tentang permulaan tercetusnya pergaduhan tersebut menerusi perarakan GERAKAN, DAP, Parti Buruh yang memasuki Kampung Baru dan menghina setiap orang Melayu yang mereka temui. Gambar-gambar perarakan menggunakan penyapu berlambangkan DAP sebagai simbolik untuk menghalau dan menghapuskan orang Melayu dari Kuala Lumpur, langsung tidak digunakan oleh Kua Kia Soong, sebaliknya dia menulis:
"When people were still assembling for the parade, trouble broke out in the nearby Malay section of Kampung Baru, where two Chinese lorries were burnt. The ensuing carnage at Kampung Baru and Batu Road quickly spread elsewhere in Kuala Lumpur.
The foreign correspondent noted the curfew that was imposed was not fairly applied to all.
“In the side streets off Jalan Hale, I could see bands of Malay youths armed with parangs and sharpened bamboo spears assembled in full view of troops posted at road junctions. Meanwhile, at Batu Road, a number of foreign correspondents saw members of the Royal Malay Regiment firing into Chinese shophouses for no apparent reason.”
Kua Kia Soong turut menyatakan punca sebenar 13 Mei 1969 adalah kerana cubaan merampas kuasa dan menggulingkan Tunku Abdul Rahman oleh beberapa orang pemimpin UMNO terutama sekali golongan 'THE YOUNG TURKS' yang dianggotai oleh Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Ke-4 dan 7 Malaysia.
Namun berbeza dengan catatan-catatan lain. Tan Sri Mubin Sherpard dalam tulisannya, Tunku: His Life and Times, mencatatkan, punca sebenar 13 Mei 1969, telah bermula beberapa hari sebelum 13 Mei. Sebagai contoh, kempen boikot PRU-3 oleh Parti Buruh yang telah menubuhkan satu pasukan 'gerila Cina' dari kampung baru di Kepong. Pada subuh 4 Mei, sekumpulan pemuda Cina Kepong telah dihantar untuk mengecat 'Boikot Pilihanraya' dengan huruf besar di jalan utama. Sepasukan tiga orang anggota polis peronda telah melihat mereka dan cuba memberkas mereka. Pemuda-pemuda Cina Kepong itu melawan dengan menggunakan kayu dan besi yang mereka bawa. Akibatnya salah seorang anggota polis itu telah menembak dan tembakannya telah terkena salah seorang pemuda Cina berkenaan.
Kawan-kawannya segera mencempungnya dan membawa komrad mereka yang cedera. Kemudian mereka menghantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan tetapi mati ketika dalam perjalanan.
Berita kematian pemuda itu merebak dengan pantas di Kepong dan kemudian diambil kesempatan oleh penyokong-penyokong komunis untuk mewujudkan persepsi dan peluang keemasan yang mereka tunggu-tunggu selama ini.
Bapa si pemuda Cina yang mati ditembak tersebut telah dinasihatkan agar menyerahkan semua urusan pengkebumian anaknya kepada ahli-ahli Parti Buruh Cawangan Kepong. Berbanding membawa mayat itu ke rumah, mayat itu telah diambil rumah mayat hospital ke 'Death House' yang terletak di Jalan Sultan, di tengah-tengah kawasan perniagaan Cina Kuala Lumpur.
Permit perarakan mayat diperlukan memandangkan mayat itu hendak diarak di tengah-tengah bandar. Bagaimanapun, bapa si mati tidak memohon permit sehinggalah pada 6 Mei dan apabila dia memilih tarikh untuk berarak pada 10 Mei, polis tidak membenarkannya kerana 10 Mei 1969 adalah hari mengundi dan pilihanraya umum.
Perarakan tetap diteruskan pada 9 Mei. Kesempatan itu kemudiannya digunakan oleh kumpulan-kumpulan subversif Cina yang kemudian masuk ke Petaling Street dan menggunakan penceramah-penceramah terlatih Cina untuk berceramah terutama kepada orang Cina yang berbaris di tepi jalan. Potret-potret Mao Tze Tung dan kata-kata dari Buku Merahnya diulang-ulang dan dibawa. Nama Tunku, Kerajaannya dan Polis Diraja Malaysia dikutuk dan dihina. Dalam tempoh tidak sampai sejam, orang yang mengambil bahagian dalam perarakan mayat itu telah bertambah menjadi 5000 orang.
Tengah hari 9 Mei, perarakan mayat itu telah sampai ke persimpangan utama Jalan Tunku Abdul Rahman. Perarakan itu kemudiannya disertai oleh penunggang motosikal. Kata-kata provokatif dan penghinaan mula diulang-ulang terhadap anggota-anggota polis Melayu yang mengawal dan mengawasi perarakan tetapi tiada sebarang tindakan diambil.
Perarakan pada 11 dan 12 Mei oleh GERAKAN, DAP dan Parti Buruh sebenarnya menjadi punca utama kemarahan orang Melayu.
Leon Chomber dalam tulisannya, 13 May 1969 pula menyatakan, walaupun pilihanraya 1969, Perikatan telah menang, tetapi peningkatan jumlah penguasaan kerusi di kalangan parti pembangkang, khususnya GERAKAN dan DAP telah menyebabkan mereka mengadakan 'PERARAKAN KEMENANGAN (VICTORY PARADE) di Kuala Lumpur dan sebahagiannya tanpa kebenaran polis. Sesetengah penyokong DAP dan GERAKAN telah ke rumah Dato Harun Idris, Menteri Besar Selangor dan Pengerusi UMNO Selangor dan menyuruhnya letak jawatan kerana dia bukan lagi Menteri Besar... kemudian mereka masuk ke Kampung Baru yang merupakan penempatan Melayu terbesar di Kuala Lumpur, menghina setiap orang Melayu, meludah dan berkata, 'Melayu Sudah Jatuh', 'Kuala Lumpur sekarang Cina punya', 'Ini negeri bukan Melayu punya', 'Kita mahu halau semua Melayu'
Ramlah Adam dalam BIOGRAFI POLITIK TUNKU ABDUL RAHMAN pula menyatakan, rasa terhina dan marah terhadap ejekan orang bukan Melayu, khususnya Cina dan India dalam perarakan dari 9 Mei sehingga 12 Mei telah mendorong orang Melayu membuat tindak balas. Pada petang 13 Mei 1969, sekumpulan orang Melayu telah berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor, untuk mengadakan perarakan menunjukkan bantahan mereka terhadap penghinaan orang Cina seharis yang lepas. Ini kemudiannya diikuti oleh beratus-ratus orang Melayu dari beberapa tempat lain. Sokongan itu dibuat kerana mereka percaya bidang kuasa dan kedudukan politik orang Melayu telah dicabar oleh orang Cina.
Mereka berarak dengan tenang pada mulanya walaupun semangat mereka membara tetapi apabila perarakan orang Melayu itu diganggu, maka tercetuslah pergaduhan besar membabitkan Melayu dan Cina di beberapa tempat di Kuala-Lumpur.
Beberapa tahun sebelum itu, iaitu pada September 1965 yang menjadi antara kempen utama pilihanran pada 1969 dan banyak mempengaruhi masyarakat khususnya orang Cina sekaligus memberikan kelebihan kepada DAP-Gerakan.
Ketika kemuncak Konfrontasi dengan Indonesia berlangung, enam orang pemuda Cina dari Pontian telah direkrut di Sumatera dan kemudian dihantar balik ke Labis menggunakan payung terjun pada September 1965. Mereka kemudiannya diberkas tidak lama kemudian oleh Angkatan Tentera Malsyia dan kemudian didakwa di mahkamah dengan tuduhan menderhaka dan dijatuhi hukuman mati.
Rayuan-rayuan mereka gagal tetapi MISS P.G. LIM (adik perempuan atau kakak) kepada seorang Ahli Parlimen pembangkang terkenal, telah menfailkan rayuan untuk pengampunan. Hal ehwal keenam-enam pemuda Cina itu kemudiannya diambilalih oleh Dr. Tan Chee Koon, Ahli Parlimen Batu.
Rayuan yang difailkan oleh MISS P.G. LIM dan kabel yang digunakan oleh Tan Chee Koon gagal memperolehi pengampunan untuk keenam-enam pemuda Cina itu.
Keenam-enam pemuda Cina itu mengakui mereka telah direkrut oleh seorang ahli Barisan Sosialis di Pontian dan kemudian dihantar ke Sumatera untuk berlatih menggunakan senjata dan mereka diturunkan dari pesawat dengan payung terjun.
Tan Chee Koon kemudian 'menjaga' lima orang lagi pemuda Cina yang juga telah disabitkan, dijatuhi hukuman mati dan hanya menunggu perlaksanaan hukuman, juga di Johor. Sekaligus menjadikan kesemua mereka adalah 11 orang.
Kesemua ini tidak ditulis oleh Kua Kia Soong mahupun penulis-penulis DAP lainnya. Sama seperti penafian yang seringkali dibuat oleh Lim Kit Siang bahawa dia tidak terlibat dengan tragedi 13 Mei meskipun dia merupakan antara penceramah utama yang telah enam kali ditahan ISA, sebelum 13 Mei, dan semuanya kerana mempersoalkan kedudukan Melayu-Bumiputera dan Islam selain menghasut orang Cina untuk 'bangkit' melawan sistem negara.
Ada banyak rujukan dan catatan tentang Tragedi Berdarah 13 Mei 1969 yang semuanya sepakat meletakkan beban kesalahan dan punca sebenar tragedi tersebut kepada DAP-GERAKAN-PPP yang turut melibatkan komunis, kongsi gelap, sindiket, kumpulan penjenayah, kumpulan sosialis mahupun anarki lain. Dan hampir kesemua rujukan dan catatan tersebut bertentangan dengan apa yang ditulis oleh Kua Kia Soong dalam buku 13 Meinya, kononnya telah memperolehi maklumat yang telah dinyahklasifikasikan.
Kemenangan Pakatan Harapan yang didominasi oleh DAP pada 9 Mei 2018, menjadi peluang terbaik untuk DAP 'memperbetulkan' sejarah dan membersihkan nama DAP mahupun Lim Kit Siang seperti yang sedang mereka lakukan hari ini menerusi propaganda tersusun Malaysiakini.
Agak aneh, selama 50 tahun UMNO terus berusaha untuk menutup perkara ini bagi menutup aib rakan kongsi mereka dalam Barisan Nasional iaitu GERAKAN dan PPP yang memang terlibat secara langsung dalam perarakan pada 11 dan 12 Mei selain sebilangan ahli-ahli kedua-dua parti tersebut menghina orang Melayu secara terbuka, sehingga pada malam 12 Mei 1969, Presiden GERAKAN dan PPP telah membuat permohonan maaf secara terbuka kerana gelagat ahli-ahli mereka.
Manakala DAP dan Lim Kit Siang sehingga ke hari ini kekal tidak mengaku bersalah dan tidak pernah meminta maaf walau sedikit pun, bahkan menggunakan ahli-ahli akademik mereka seperti Kua Kia Soong untuk mengubah fakta sejarah.
6 comments:
DAP pakar dalam mengubah sejarah Tanah Melayu. Hanya kaum ini mempunyai perayaan PERKAUMAN@RASIS terbesar didunia... Rasis akan tetap rasis selama2nya!
Apa lagi nak diminta oleh DAP? Saperti biasa peminpin melayu dalam PH sepi seribu bahasa
Nk buat mcm mna Melayu memang BODOH. tak ktak kira lah dari umno atau ph
Sejarah terbentang luas menunjukkan kejahatan cina, tp parti Melayu terus bodoh mengampu cina konon takut hilang undi.
Cina boss besar, melayu hanya pengemis dikaki cina
Hanya bangsa yang lemah akan dijajah oleh kaum pendatang. Kukuhkan perpaduan UMMAH, insyaAllah berjaya.
Betul tu. Dahlah BODOH, PEKAK pulak tu.
Kalau nak kuat mesti cari ubat kuat yg hnya terdapatl kat Encik Kuat.
Post a Comment