Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, May 28, 2019

SEBENARNYA CUKUP BUKTI ATAU TAK ADA BUKTI SAMPAI TERPAKSA SERBU IBU PEJABAT DELOITTE MALAYSIA, WAHAI TUAN PEGUAM NEGARA?!!!



Sehari dua ini, cerita tentang Tommy Thomas kembali hangat diperkatakan, di celah-celah kehangatan dan kemarahan rakyat terhadap kenaikan tarif elektrik yang diterjemahkan dengan bil elektrik yang tinggi oleh TNB serta penjelasan TNB yang hanya melepaskan batok di tangga selain memperbodoh-bodohkan masyarakat pengguna.

Tommy Thomas memberikan respons berhubung desas-desus media sosial yang menyatakan, dia telah mengaku kepada Dr. Mahathir dan Daim yang pihaknya tidak mempunyai bukti-bukti kukuh untuk mensabitkan Najib Abdul Razak dalam kes-kes membabitkan SRC International dan 1MDB. Justeru, pihaknya dikatakan terpaksa mencipta lebih banyak tuduhan terhadap Najib dengan harapan, persepsi umum akan terbentuk dan mempercayai, kalau tidak salah dan tidak ada kes, mengapa terdapat puluhan kes yang menentang Najib.

5 hari lepas, PDRM telah menyerbu Ibu Pejabat Deloitte Malaysia di Taman Tun Dr. Ismail dan 11 buah kotak dokumen telah dirampas yang mengikut laporan media, kesemua kotak-kotak tersebut mengandungi dokumen yang berkaitan dengan 1MDB.

Selepas 5 hari kejadian, Peguam Negara Tommy Thomas dilihat cuba menafikan yang pihaknya ketiadaan bukti dengan berkata, berita yang tular di media sosial beberapa hari sebelum ini bahawa pihak berkuasa sebenarnya TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG BUKTI YANG KUKUH untuk mengaitkan Najib Abdul Razak dengan aktiviti-aktiviti penggubahan wang haram dan Criminal Breach of Trust yang kini sedang dibicarakan di mahkamah.

Alasan yang diberikan oleh Tommy Thomas untuk menafikan ketiadaan bukti kukuh itu, dilihat ramai terlalu tidak berasas. Malah kalau kita ikuti kronologi perkembangan kes 1MDB secara teliti pun, memang macam ada sesuatu yang tidak munasabah membabitkan pihak-pihak berkuasa dan Peguam Negara sendiri. Macam ada sesuatu yang tidak beres.


Kes 1MDB telah disiasat dan mengambil masa yang panjang. Dari zaman Najib yang dikatakan oleh Pakatan sebagai melindungi jenayah yang dilakukan oleh Najib sehingga mendorong Lim Kit Siang mencadangkan agar diwujudkan RCI untuk menyiasat apa yang digelarkannya sebagai 'Week of Long Knives Operation in July 2015' (RUJUK SINI), sehinggalah ke zaman Pakatan Harapan menjadi Kerajaan Malaysia, yang sekarang ini sudah berusia setahun, untuk mengumpulkan bukti dan maklumat, tempoh yang sangat panjang ini sudah lebih dari cukup. Mungkin Pakatan Harapan boleh memberikan harapan kononnya, Najib menggunakan kuasanya untuk menyekat sebarang maklumat dan bukti tetapi sekarang, Pakatan yang berkuasa dan dengan dendam serta kemarahan Mahathir serta Lim Guan Eng terhadap Najib Abdul Razak, tidak mungkin mereka sukar untuk mendapatkan maklumat dan bukti yang kukuh.

Namun apa yang berlaku ialah, sehingga kini, isu Skandal 1MDB masih lagi dalam peringkat MENCARI BUKTI!

Peringkat awal kerajaan dan pihak berkuasa dilihat seperti sudah cukup yakin apabila menang sahaja Pakatan sebagai Kerajaan pada 9 Mei 2018, serbuan demi serbuan, rampasan demi rampasan dibuat bagi sebarang premis yang berkaitan dengan Najib Abdul Razak dan isterinya, Rosmah Mansor. Sehinggakan siling rumah ibunya, Tun Rahah juga dipecahkan demi mencari bukti. Malahan kasut cucu Najib juga diangkut sebagai bahan bukti. Lebih menyeronokkan lagi bilamana melihat anggota-anggota dan pegawai-pegawai polis dari Jenayah Komersial mengangkut keluar berpuluh-puluh kotak yang mengandungi beg tangan mewah dan barangan mewah yang lain termasuklah wang beratus juta ringgit.


Jadi, sekiranya bukti sudah cukup untuk Peguam Negara bertindak, malah Tommy Thomas juga berkali-kali memberitahu, Najib akan kena kerana bukti  yang dimiliki Pejabat Peguam Negara sangat kukuh, mengapa pula selepas setahun, Deloitte Malaysia diserbu tanpa sebarang pemberitahuan kepada Deloitte sendiri?

Perlu diingat, Deloitte bukanlah syarikat sembarangan. Deloitte merupakan antara BIG-4 syarikat perakaunan dunia yang sudah pasti mahu menjaga reputasi dan integriti mereka dalam bidang perakaunan dan auditing. Sebarang urusan dengan pihak berkuasa, pasti akan diberikan kerjasama sepenuh dan sebaik-baiknya tanpa menyembunyikan apa-apa demi reputasinya di seluruh dunia.

Serbuan sebegitu hanya dibuat oleh kongsi gelap dan ah long saja. Ataupun apabila TIADA BUKTI KUKUH bagi pihak Peguam Negara untuk menyokong kes pendakwaannya.

Dalam apa-apa proses sekalipun, pendakwaan hanya akan berlaku apabila pihak pendakwa iaitu Peguam Negara mempunyai bukti yang kukuh dan sempurna. Bukannya dakwa dahulu, kemudian menggunakan kuasa media untuk mewujudkan persepsi salah selain melakukan perbicaraan menerusi media sehinggalah cukup yakin, persepsi awam sudah berpihak baru kes dibawa ke mahkamah sebenar.

Inikah yang dinamakan sebagai RULE OF LAW Kerajaan Pakatan atau sebenarnya Kerajaan Pakatan RULE THE LAW?

Perlukah Peguam Negara Tommy Thomas mengeluarkan kenyataan untuk menafikan 'khabar-khabar angin yang disebarkan menerusi media sosial oleh netizen sedangkan pada masa yang sama, netizen sedang melihat urusan pembuktian oleh Peguam Negara yang masih tidak beres menerusi siasatan demi siasatan dan serbuan demi serbuan seperti yang dilakukan terhadap Deloitte dan beberapa syarikat tempatan lain?


No comments:

 
Blogger Templates