Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, May 29, 2019

UNDANG-UNDANG TAK BENARKAN NETIZEN KOMEN DI PORTAL BERITA, NAMPAKNYA BAKAL DIWUJUDKAN SEGERA KERANA IMEJ KERAJAAN SEMAKIN TERUK!!!



Semakin hari, netizen semakin aktif menzahirkan kekecewaan mereka terhadap prestasi Kerajaan Pakatan Harapan yang seringkali disifatkan sebagai lebih banyak mengelat daripada bekerja untuk negara dan rakyat. Kenyataan-kenyataan para pemimpin Pakatan Harapan, mahupun Perdana Menteri sendiri, atau lebih-lebih lagi Menteri Kewangan dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi seringkali menjadi sasaran kemarahan netizen.

Portal-portal berita seperti Utusan, Berita Harian, Malaysiakini, Star Online dan sebagainya menjadi sasaran dan tumpuan netizen. Kecuali Malaysiakini yang giat 'membersihkan' komen-komen yang menghentam kerajaan dan sebaliknya membiarkan komen-komen jelek terhadap para pemimpin pembangkang, kebanyakan portal-portal berita yang lain menyaksikan kebangkitan kemarahan rakyat dan netizen secara keseluruhannya.

Berbeza dengan keadaan sebelum PRU-14 yang menyaksikan bagaimana kebanyakan netizen meluahkan kemarahan, kebencian, kejijikan dan rasa meluat terhadap Kerajaan Barisan Nasional, UMNO dan Najib Abdul Razak secara lebih khusus. Dan kini seakan-akan satu fenomena, ianya berlangsung tetapi dalam keadaan sebaliknya.

Selain portal-portal berita, antara figur-figur politik penting yang seringkali menjadi bahan kecaman adalah Rafizi Ramli. Status-statusnya yang dimuatnaik biarpun 3 tahun lalu, tetap menjadi sasaran manakala para penyokongnya di dalam ruang komen, tidak sahaja dikecam dan dibidas kerana keadaan di bawah Kerajaan Pakatan Harapan jauh lebih teruk berbanding zaman Najib Abdul Razak dan BN, malah semua formula-formula yang diberikan oleh Rafizi termasuklah formula penurunan harga minyak dan formula penurunan tarif elektrik, kini menjadi bahan lawak dan kutukan.

Anda boleh baca komen-komen dalam status Rafizi Ramli seawal 3 tahun lalu DI SINI

Atau anda boleh baca komen-komen dalam mana-mana status dari portal berita seperti di bawah.




Atau seperti di bawah:



Semuanya langsung tidak menyebelahi kerajaan. Paling menyedihkan bilamana para penyokong Pakatan Harapan yang dahulunya amat aktif dan agresif di media-media sosial, khususnya di Facebook, kini seolah-olah telah terkambus dalam air kencing para pemimpin mereka. Kalau ada pun yang masih bersuara, kebanyakannya boleh dilihat mempunyai satu ciri iaitu BERBAYAR.

Turut menjadi tumpuan adalah Facebook peribadi para pemimpin DAP khususnya sehinggakan DAP yang dahulunya lantang bercakap tentang kebebasan bersuara, kini begitu aktif menyekat mana-mana netizen yang mengkritik, mengutuk, menghentam dan memperolok-olokkan sebarang kenyataan para pemimpin DAP seperti Nga Kor Meng dan Lim Guan Eng.

Status mereka yang dahulunya mengundang ratusan kalau tidak puluhan komen, kini tidak ubah seperti pemilik akaun FB yang baru buka akaun. Lihat sahajalah contohnya.




Internet merupakan medium yang paling rapat dan paling akrab dengan golongan muda walaupun sebahagiannya adalah golongan yang telah berusia lebih 50 tahun. Kesan kepenggunaan Internet boleh dilihat daripada peningkatan jumlah pengundi untuk Pakatan Harapan pada PRU14 pada tahun 2018.

Dan kini Internet jugalah yang menjadi rujukan kepada pelbagai janji-janji manis Pakatan Harapan selain penjelasan berfakta dan berdata seperti yang dilakukan oleh Najib Abdul Razak untuk menyanggah pembohongan para pemimpin Pakatan Harapan. Dek kerana itulah, Azmin Ali merupakan pemimpin Pakatan yang dahulunya aktif menggunakan Internet, kini tidak ubah seperti cicak tertelan kapur apabila pendedahan demi pendedahan yang dibuat menerusi Internet, boleh memerangkapnya seperti yang berlaku kepada Lim Guan Eng.

Satu-satunya cara untuk membuatkan netizen terlupa apa masalah yang dicetuskan olehnya ialah dengan dia mendiamkan diri dan tidak memberikan sebarang respons. Kalau ada pun respons yang diberikannya, dia tidak akan memanjang-manjangkannya. Bahana itulah yang berlaku kepada Lim Kit Siang yang sangat obses dengan Najib Abdul Razak sehingga mencabar Najib Abdul Razak untuk berdebat, dan dia sendiri memberikan tajuk, malah dia juga yang mahukan perbahasan dalam Bahasa Inggeris, tetapi akhirnya terpaksa menarik diri apabila melihat respons Netizen sangat negatif.

Bukannya negatif kepada perdebatan tersebut sebagaimana yang didakwanya, tetapi skandal-skandal yang melibatnya anaknya, Lim Guan Eng sepertimana yang dimomok-momokkan oleh netizen, boleh menyebabkan DAP malu besar kepada masyarakat Cina yang merupakan pengundi teramai dan penyokong terkuat DAP.

 Justeru, tidak hairanlah cadangan untuk mewujudkan satu undang-undang yang menghalang netizen daripada memberikan komen di portal-portal berita seperti yang diura-urakan oleh Gobind Singh Deo yang merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia pada 24 Mac 2019, akan dikuatkuasakan bagi mengekang penurunan dan kemuruduman pengaruh DAP dan Pakatan Harapan (RUJUK SINI). Apatah lagi, walaupun di portal berbahasa Cina dan Bahasa Inggeris, yang sebelum ini dikuasai oleh para penyokong Pakatan dan DAP, kini turut mengundang kebanjiran netizen yang menghentam kerajaan Pakatan.


No comments:

 
Blogger Templates