Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, May 26, 2019

TINDAKAN TERDESAK TOMMY THOMAS UNTUK PENJARAKAN SHAFEE ABDULLAH DAN NAJIB ABDUL RAZAK BILA DIA DIDAKWA SOROK SURAT SHAFEE DARIPADA PENGETAHUAN HAKIM!!!



Peguam Negara, Tommy Thomas dalam satu tindakan terdesak bagi mempengaruhi hakim agar memenjarakan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, sekaligus memincangkan pasukan pembelaan Najib Abdul Razak, didakwa 'menyembunyikan surat pembebasan dari tuduhan dan kenyataan yang dibuat oleh peguam tersebut pada 8 Ogos tahun lepas.

Tommy Thomas mahu memastikan, hakim yang mendengar permohonan untuk mengenakan Shafee kerana menghina mahkamah, tidak tahu tentang kandungan surat pembebasan dari hukuman yang ditulis oleh Muhammad Shafee.

Itu yang disebut oleh Peguam David Mathews, yang bertindak bagi pihak Shafee. Menurut David Mathews, Tommy Thomas cuba mengenakan Shafee kerana menghina mahkamah menerusi perintah ex-parte bagi memastikan hakim yang mendengar permohonan tersebut tidak akan tahu kandungan yang terdapat surat pembebasan dari tuduhan dan kenyataan Shafee pada 8 Ogos. Mathews turut memberikan alasan mengapa perintah ex-parte diajukan oleh Mahkamah Tinggi pada 1 Mac untuk mensabitkan Muhammad Shafee ke penjara kerana menghina mahkamah, perlu diketepikan dan ditolak.

Mathews menegaskan, Peguam Negara sewajarnya menyertakan semua maklumat relevan untuk pertimbangan mahkamah dalam membuat keputusan. Bagaimanapun, Peguam Negara menurutnya, secara sengaja telah menyembunyikan kandungan surat yang ditulis oleh Shafee kepada Ketua Hakim Malaya bertarikh 8 Ogos 2018 dan juga kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Shafee pada hari yang sama di mahkamah terbuka.

Menurut Mathews lagi, salinan surat tersebut telah dihantar kepada hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mengendalikan prosiding terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam perbicaraan penyelewengan RM42 juta wang SRC International Sdn. Bhd. Menurutnya, anak guamnya telah berulang-ulang kali melahirkan kenyataan terhadap hakim Mohd Nazlan dalam mengendalikan kes SRC dalam surat berkenaan.

Kegagalan Peguam Negara untuk memasukkan surat pembebasan dan kenyataan-kenyataan itu merupakan tindakan yang disengajakan, katanya.

"Apabila mahkamah telah menerima surat pembebasan hukuman dan kenyataan-kenyataan itu, kami telah menfailkan bahawa arahan ex-parte tidak boleh dibuat memandangkan Shafee telah menegaskan keyakinannya kepada hakim Nazlan," kata Mathews lagi.

Mathews turut memberitahu tentang soalan-soalan sebenar yang telah ditanya oleh wartawan kepada Muhammad Shafee semasa sidang media selepas perbicaraan SRC Najib pada 7 Februari yang mendorong kepada jawapan yang kemudiannya dianggap sebagai menghina mahkamah oleh Peguam Negara dan mempunyai natijah hukuman penjara ke atas Muhammad Shafee.

Tommy Thomas membuat permohonan ex-parte kepada Mahkamah Tinggi pada Februari bagi prosiding komital terhadap Muhammad Shafee atas kenyataan-kenyataan medianya berhubung kes SRC Najib Abdul Razak. Muhammad Shafee telah dinamakan sebagai defendan tunggal.

Dalam permohonan tersebut, Tommy Thomas berkata, Muhammad Shafee adalah peguambela dan peguamcara yang mewakili Najib yang telah didakwa di Mahkamah Tinggi dengan lebih 40 dakwaan berhubung skandal 1MDB.

Baca Seterusnya DI SINI...


1 comment:

Anonymous said...

tun mintak kalau buat masjid jangan minta sumbangan... buat sendiri guna duit sendiri..

dah bersepah org mesia buat dah tun.
kat luar negara ramai org mesia buat masjid guna duit sendiri lagi. tak payah nak menyibuk sangat tunjuk islam tu. anak pempuan sibuk ke gereja bapak suruh buat masjid. niaga roti lingkup mintak kroni sumbangan bailout lagi ada lah...

betulkan akidah anakcuvu COMANGO toksik baru cakap pasal islam. srjak bapak jadi PM marina gereja lansung senyap sunyi ... takut kegiatan gereja G25 comango toksik gay lgbt
di ketahui ramai bagi gambaran bapak nya pejuang islam suci.

slogan islam dah cipta bole la jaja slogan islam pulak nanti

 
Blogger Templates