Satu petisyen atas talian telah dibuat untuk mendesak Latheefa Koya meletak jawatan. Turut menandatangani petisyen tersebut adalah Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju, Tan Yee Kew. Beberapa orang Ahli Parlimen PKR yang lain seperti Nik Nazmi turut meragui dan mempersoalkan perlantikan Latheefa Koya.
Yang tidak banyak komplen malahan menyokong kuat perlantikan Latheefa Koya adalah Azmin Ali dan bloknya.
Manakala Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man pula mencadangkan, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam digantung sehinggalah Pakatan Harapan menghormati janji-janji mereka sendiri.
“Malangnya di dalam episod ini, PH sekali lagi memahat ke sanubari rakyat bahawa janji mereka tidak boleh diambil secara serius,” katanya. (RUJUK SINI)Sementara itu, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pula mempertikaikan sikap segelintar Ahli Parlimen dan pemimpin PKR yang mempersoalkan perlantikan Latheefa Koya yang dipilih oleh Dr. Mahathir menerusi kuasa prerogatifnya sebagai Perdana Menteri.
Menurutnya, terpulanglah kepada Perdana Menteri untuk memilih sesiapa sahaja untuk mengisi jawatan-jawatan seperti Ketua Pesuruhjaya SPRM.
"Kalau kepimpinan Pakatan Harapan boleh pilih dia (Mahathir) sebagai Perdana Menteri, mengapa pula, Perdana Menteri tak boleh pilih Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM?" katanya. (RUJUK SINI)
"The whole point of Pakatan Harapan’s election manifesto promise is to ensure a check-and-balance, and transparency in such appointments by setting up a Parliamentary Select Committee on Public Appointments." (RUJUK SINI)
Gobind Singh Deo pula walau bagaimanapun, cuba melindungi isu sebenar tentang perlantikan Latheefa Koya iaitu manifesto dan janji Pakatan sendiri dengan berkata, Latheefa Koya merupakan calon yang paling sesuai untuk jawatan tersebut.
"Saya tidak terkejut dengan pelantikannya... beliau pasti seorang yang berkebolehan, berpengalaman dan mempunyai pemahanan dan pegangan mengenai perundangan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Kompleks Seri Perdana. (RUJUK SINI)
Manakala Aziz Bari, orang yang beria-ia mahu menjadi Menteri Besar Perak pula berkata, perlantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin dibuat tanpa perbincangan bagi mengelak perlantikannya menjadi sukar.
Abdul Aziz Bari dengan mengambil contoh cadangan pelantikan bekas Ketua Pengarang The Rocket iaitu media DAP, Wan Hamidi Hamid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).
Menurutnya, apabila ada perbincangan untuk pelantikan Wan Hamidi, ia akhirnya gagal kerana penglibatan Wan Hamidi dalam akhbar The Rocket diperbesar-besarkan.
"Apakah trick (helah) itu diambil untuk memastikan Latheefa berjaya dilantik (sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM) dan tidak gagal seperti Wan Hamidi?" katanya (RUJUK SINI)
Ironinya, beberapa orang pemimpin UMNO pula kelihatan seperti terpinga-pinga dan tidak tahu atau lebih tepat lagi tidak faham isu tentang perlantikan Latheefa Koya. Ada di kalangan mereka yang mempersoalkan tentang kedudukan dan keberadaan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru menggantikan Shukri Abdul dan mempertikaikan keputusan Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri meskipun sebenarnya mereka juga tahu bahawa kuasa melantik Latheefa Koya adalah kuasa prerogatif Perdana Menteri.
Dengan kata-kata lain, mereka sendiri pun tidak tahu bagaimana hendak membalas, menjawab dan mematahkan kritikan bertali arus berhubung keputusan kuku besi Mahathir dari segenap penjuru termasuklah dari kalangan mereka sendiri!
No comments:
Post a Comment