Malah mereka memberikan isyarat bahawa, Mahathir sekalipun Perdana Menteri dan mempunyai kuasa prerogatif untuk melatik Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, tetapi selepas dia menjadi Perdana Menteri dengan bersandarkan kepada logo PKR pada PRU-14 lalu, dia tertakluk kepada PKR untuk sebarang keputusan melibatkan pentadbiran.
Atau dalam bahasa yang lebih mudah, PKR mahu Mahathir akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh Pakatan Harapan.
Sudah pastilah, keputusan PKR untuk membuat petisyen tersebut, merupakan keputusan belah bahagi dengan sebahagiannya menyokong petisyen tersebut yang memberikan kelebihan kepada Anwar Ibrahim, manakala sebahagian lagi menyokong penuh keputusan Mahathir untuk melantik Latheefa Koya kerana ia akan memberikan banyak kelebihan kepada Azmin Ali.
Laporan Malaysiakini menyebut, Wakil Rakyat PKR terbaharu yang menyertai lebih 1000 orang menandatangani sebuah petisyen atas talian yang mendesak supaya Latheefa Koya berundur dari jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah Ahli Parlimen Wangsa Maju, Dr. Tan Yee Kew.
Menurut Dr. Tan, dia menggesa penyokong Pakatan Harapan dan orang ramai supaya menandatangani petisyen itu sebagai isyarat pendirian tegas.
"Ia tidak ada kaitan dengan integriti dan keupayaan Latheefa. Dia bersama-sama kami (PKR) selama lebih dua dekad dalam meneruskan pembaharuan institusi. Tetapi lantikannya sendiri bertentangan dengan pembaharuan institusi yang kami ditolak," katanya sambil menambah Latheefa telah mengkhianati perjuangan mereka.
Latheefa Koya telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu berkuatkuasa 1 Jun lalu menggantikan Mohd Shukri Abdul yang memilih untuk memendekkan kontrak perkhidmatannya. Perlantikannya telah diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri sebelum Aidil Fitri.
Malah menurutnya, dia melihat kepada tindakan jangka panjang termasuk juga pendidikan bagi mewujudkan satu budaya yang tidak bertoleransi kepada rasuah. Katanya, adalah hak asas setiap rakyat Malaysia untuk dibenarkan hidup, bekerja dan makmur dalam satu persekitaran yang bebas rasuah.
4 comments:
Korang juga yang buat perjanjian dengan hanturaya, itulah korang dapat. Takkan nak salahkan Najib Razak kut?
Bagus la koya..tegak kan prinsip membenteras jenayah rasuah..cuma jangan la di pihak kerajaan ko buat tak tau..file simoan baaah karpet..di pihak yh lagi satu ko korek kelubang cacing..tegas dan beretika la
Klu tak mmg kena sumpah seranah laa..
Great post.
berjanji dengan syaitan mana mungkin manusia mendapat untung?
Post a Comment