Azmin berkata malahan sedangkan dia yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR tidak memiliki akses terhadap maklumat sedemikian.
"Ini sudah tentulah mencemaskan. Kepimpinan mestilah memutuskan untuk menyiasat perkara tersebut.
"Kumpulan WhatsApp (yang menyebarkan video itu) mengandungi semua nombor telefon pemimpin cabang dan juga pemegang jawatan lebih rendah pada peringkat cabang (PKR).
"Saya tidak ada akses terhadap maklumat sedemikian. Jadi soalannya sekarang, siapa yang menyediakan maklumat ini dan siapa yang menubuhkan kumpulan WhatsApp ini?
"Terdapat kumpulan (WhatsApp) untuk Sabah, satu kumpulan untuk Sarawak dan satu lagi untuk Semenanjung, jadi ini memerlukan penjelasan kepimpinan," kata Azmin kepada pemberita hari ini selepas hadir majlis rumah terbuka Aidilfitri DUN Gombak Setia. (RUJUK SINI)
Ketika ditanya sekiranya beliau akan menggesa lembaga disiplin PKR mengambil tindakan berhubung perkara ini, Azmin berkata terserah kepada badan itu untuk memutuskan apa yang terbaik untuk parti.
"Jika kita mahu memastikan parti ini masih relevan dan diterima orang ramai, maka sesuatu perlu dilakukan," katanya lagi.
Beliau juga mengulangi pendiriannya yang tiada hasrat untuk mengambil cuti kerana hal itu menunjukkan "seolah-olah beliau telah melakukan kesalahan."
Hubungan antara Azmin Ali dengan Saifuddin Nasution yang juga merupakan Penasihat Strategik Lim Guan Eng walaupun merupakan Setiausaha Agung PKR (RUJUK SINI), tidak pernah baik. Pada hari terakhir Kongres Nasional PKR 2018, Azmin dan Saifuddin dilaporkan berbalas-balas sindiran berhubung pendapatan siapa lebih tinggi. (RUJUK SINI)
Persoalannya ialah, siapa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Azmin Ali?
Kenyataannya itu kemudiannya digunakan untuk mengheret Rafizi sekali ke dalam kemelut ini terutama apabila Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Sabah, Blisson Zainuddin menuduh Rafizi Ramli terlibat secara langsung dalam pembuatan dan penyebaran klip-klip video berkenaan. (RUJUK SINI)
7 comments:
Bila anda naik dengan menggunakan fitnah dan hasutan maka anda tidak akan aman. Inilah antara yg anda perlu hadapi.
Jom semua rakyat Malaysia bersama2 Malaysia Baharu membina semula negara dan masyarakat DUBUR MENDUBURI, LIWAT MELIWAT, FITNAH MENFITNAH, TIPU MENIPU dan LBGT. Sama2 kita jayakan diera Malaysia Baharu...
Lepas video ni kluar, Anwar dengan beraninya guna title PM ke 8 (dalam masa menunggu) dalam poster... so do you see who's behind the game..
Biar pihak berkuasa yang terlibat jalankan siasatan sebagai orang yang berfikiran logik dan matang keputusan sesuatu perkara itu bukan dibuat atas apa yang kita lihat mengambilkira kesemua perkara dan disebalik perkara ini ada dalang yang merupakan musuh politik ingin menjatuhkan beliau kalau ingin naik berkuasa buatlah cara baik dan diterima rakyat bukan buat sesuatu dengan cara kotor
Pelakun dalam video tu kau atau bukan???.Kalau bukan saman le. Bukannya sibuk cari siapa yang menyebar dan terlibat edar video. Orang nak tau samada kau buat atau tidak!!!!Bahalol.
Joooooommm ....apa tggu lg
Mmg bahalol pn, lain tnya lain yg jwb. Kes org kne cabul, yg tlg mangsa buat report, yg tlg kne msuk lokap sbb tlg, bknnya nk cr spa yg cabul haramjadah pnyaa Jemin al semburiti mcm Tok Wa Al Juburi ... Mat Sabu yg kata, aku igtkn ajeee
Post a Comment