Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, July 30, 2019

SIAPA SEBENARNYA PEGAWAI DI MAJLIS BANDARAYA ALOR STAR YANG BENARKAN KEWUJUDAN SPORT TOTO DI POKOK SENA?



Ramai yang menyalahkan pihak berkuasa kerana kewujudan premis Sport Toto di Taman Angsana, Pokok Sena. Ramai juga yang menyalahkan Mahfuz Omar dan Lim Guan Eng atas kewujudan premis judi tersebut.

Betullah Mahfuz Omar Ahli Parlimen Pokok Sena. Betullah juga Lim Guan Eng Menteri Kewangan yang judi merupakan salah satu daripada bidang kawalan tugasnya. Namun menyalahkan kedua-duanya dalam kes premis Sport Toto di Pokok Sena, macam tak kena langsung.



Baik salahkan Mahathir terus sebab Vincent Tan, pemilik Sport Toto itu adalah kroni utamanya!

Seperti yang dikatakan oleh Mahfuz Omar, ia adalah suatu yang amat malang apabila premis berkenaan dibenarkan wujud di Taman Angsana, Pokok Sena memandangkan kawasan tersebut adalah bermajoritikan umat Islam dan orang Melayu.


Berdasarkan maklumat yang diterima, lesen premis berkenaan sudah wujud di Jalan Pegawai, Alor Star. Memandangkan premis di Jalan Pegawai telah ditutup, syarikat perjudian tersebut berpindah ke Pokok Sena berdasarkan perkembangan dan pembangunan yang wujud di Pokok Sena.

Permohonan Stimulus Dollars Sdn. Bhd untuk memindahkan premis agensi nombor ramalan Sports Toto dari alamat No.9, Susuran Sultan Abdul Halim, Jalan Pegawai Alor Star ke lokasi baru di alamat No.212, Ground Floor, Taman Angsana Poko Sena adalah di atas sebab pembatalan perjanjian sewa premis yang sedia ada.

Walaupun kewujudan premis berkenaan perlu mendapat pandangan daripada PDRM terutama IPD Kota Star, namun kuasa sebenar untuk izin wujud terletak di tangan Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS).

Sudah pasti syarikat perjudian tersebut berhubung dengan MBAS sebelum memindahkan premis operasi mereka ke Pokok Sena. Sudah pasti jugalah keizinan diperolehi daripada MBAS untuk berpindah terlebih dahulu sebelum papan pemidang dinaikkan walaupun PDRM tidak memberikan kebenaran berdasarkan isu-isu setempat.

Polis Kota Star merupakan antara IPD yang paling aktif membanters dan menyerbu tempat judi di Malaysia. Proses dan operasi tersebut berterusan sehingga ke hari ini.

Sebenarnya, masalah seperti ini bukannya berpunca dari PDRM atau pun IPD Kota Star, mahupun IPK Kedah. Juga bukannya berpunca daripada Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar mahupun Lim Guan Eng.


Masalah ini sebenarnya berpunca dari Majlis Bandaraya Alor Star sendiri. Berdasarkan senarai Ahli Majlis MBAS 2018-2019, tiada seorang pun Ahli Majlis dilantik dari kalangan PDRM, Kesihatan mahupun Jabatan Bomba. Sedangkan ketiga-tiga unit tersebut merupakan elemen terpenting bagi kebenaran atau kelulusan sesuatu premis. Kuasa Ahli-Ahli Majlis sekarang pula nampaknya seakan-akan melampaui kuasa PDRM, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Bomba, tetapi apabila sesuatu masalah timbul, taichi akan dibuat ke arah PDRM, Kesihatan dan Bomba sedangkan ketiga-tiganya tiada dalam hierarki kuasa Kerajaan Tempatan.

Pastinya setiap rujukan yang dibuat kepada PDRM, khususnya IPD Kota Star dalam kes ini, akan diberikan nasihat berdasarkan logistik, situasi, sensitiviti, budaya, adat, agama serta penerimaan selain faktor-faktor keselamatan oleh IPD Kota Star.

Namun seperti dalam kebanyakan kes yang lain, kebanyakan nasihat awal PDRM biasanya dilangkau dan tidak dipedulikan. Hanya apabila berlaku kekecohan seperti di hadapan premis Sport Toto Taman Angsana Pokok Sena, maka barulah kelibat PDRM dituntut.




Gambar Semalam dan di bawah pula 
Gambar Hari Ini



Daripada maklumat yang diperolehi, seramai 150 orang penduduk tempatan telah berkumpul di hadapan premis berkenaan untuk membantah kewujudannya. Panggilan untuk berhimpun dibuat pada jam 11 pagi menerusi WhatsApp dan menjelang 5;00 petang, orang ramai sudah berkumpul.

Hari ini, dengan desakan penduduk setempat di hadapan premis tersebut selain pendedahan di media sosial oleh netizen, papan tanda Sport Toto Pokok Sena telah diturunkan

Satu lagi kejayaan kepada rakyat!

Dan satu lagi pendedahan menunjukkan yang mengkhianati dan tidak sensitif dengan masyarakat sekeliling adalah PBT!

Berita yang baru diterima, Datuk Bandar telah menarik balik lesen premis judi berkenaan.

1 comment:

Anonymous said...

Baru ahli majlis lantikan, tu belum lagi buat pilihanraya PBT

 
Blogger Templates