Sehingga sekarang, barisan kepimpinan tertinggi PPBM yang diketuai oleh Dr. Mahathir hanyalah berstatus penaja.
Begitu juga dengan UMNO, sentiasa diingatkan bahawa PAS bukanlah kawan dan sekutu yang baik.
Namun baik di Sabah apatah lagi di Sarawak, PPBM hidup segan mati tak mahu. Malah kedudukan PAS di Sabah dan Sarawak jauh lebih baik berbanding PPBM di kedua-dua negeri di Borneo itu.
Kekuatan PPBM kini hanya bersandarkan kepada kewujudan Dr. Mahathir. Muhyiddin Yassin selaku Presiden PPBM hanya tinggal nama. Muhyiddin tiada fungsi, sama seperti dia tidak mempunyai sebarang otak untuk memajukan partinya. Muhyiddin tidak boleh memintas Mukhriz Mahathir apatah lagi Dr. Mahathir.
Mahathir melihat Perpaduan Ummah sebagai satu kekuatan baru. Gabungan UMNO-PAS sekiranya direalisasikan sehingga ke PRU-15 akan menyingkirkan PPBM, PAN dan PKR dengan mudah terutama di kerusi-kerusi dominan Melayu dan Bumiputera.
PPBM, PAN dan PKR terpaksa terus bersandar kepada DAP dan kekuatan undi bukan Melayu, khususnya Cina dan India semata-mata.
Disebabkan itulah, isu penulisan khat dan jawi diangkat. Mahathir segera bertindak sebagai hero dan pejuang apabila menyatakan secara tegas bahawa kurikulum jawi dan khat akan diteruskan oleh Kerajaan. DAP yang sebelumnya kuat menghasut orang Cina khususnya untuk menentang kewujudan mata pelajaran Jawi dan khat, juga tiba-tiba bertukar menjadi pelakon serba boleh apabila Lim Kit Siang berkata, sepanjang dia berada di dalam penjara ISA, dia telah mempelajari tulisan Jawi dan tulisan Jawi menurutnya tidak akan membuatkan seseorang berubah agama.
Dalam satu kejadian, seorang lelaki Cina membaling dan menyerang Pusat Perkhidmatan ADUN Menglembu kerana berang DAP menyokong tulisan jawi dan khat. Ramai yang terpesona dan ketawa senang walaupun sebenarnya itu semua hanyalah lakonan DAP semata-mata.
Mahathir tahu, kedudukannya selaku Perdana Menteri semakin goyah. Disebabkan itulah, Mahathir terpaksa memanggil pemimpin UMNO, PAS dan GPS untuk memberikan persepsi bahawa dia lebih disukai berbanding Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Anwar Ibrahim pula begitu sibuk menjelajah dari setiap negeri untuk mengumpulkan kekuatan dan sokongan agar dia dapat menjawat jawatan Perdana Menteri secepat mungkin.
Difahamkan, satu usul akan dibuat di Parlimen pada Sidang Parlimen Oktober nanti. Usul tersebut adalah untuk membolehkan Mahathir terus memegang jawatan selaku Perdana Menteri Malaysia. Sekaligus membuatkan Anwar Ibrahim terkulat-kulat dan menelan air liur kerana kempunan.
Mahathir memulakan kempen dengan lakonan sebagai pejuang kepentingan Melayu dan Bumiputera menerusi pembelaan ke atas kurikulum Jawi dan Khat. Menjelang Oktober nanti, Piagam Perpaduan Ummah antara UMNO-PAS akan dirampas, sama seperti yang Mahathir lakukan terhadap Pakatan Harapan menerusi Deklarasi Rakyat menjelang PRU-14.
Berbanding kenyataan PAN yang memberi amaran agar PAS dan UMNO tidak menjadikan tulisan Jawi sebagai bahan politik, sebenarnya Pakatan Harapanlah yang menjadikan tulisan Jawi dan Khat sebagai kempen politik mereka dalam perebutan jawatan terutama sekali membabitkan kem Mahathir dan kem Anwar Ibrahim.
3 comments:
Setuju dgn ulasan diatas , jika ada isul hendak memanjangkan hayat mahadet sebagai pm pembangkang wajib keluar dewan . Lain lah kalau dibuat undi tidak percaya . Biar parlimen panas langsung dibubar untk memanggil pilihan raya baru .
Itulah kebijaksanaan TM...strategi beliau memang licik...
Yeaa mmg licik, dok kalut la ni nasib anak2 dia lpaih ni kebuloq projek kena sailang Bang non..panaih2 ....
Post a Comment