Orang yang paling menunggu-nunggu keputusan tersebut sudah tentulah Anwar Ibrahim dan konco-konconya. Kekalahan besar PPBM di Tanjung Piai bermakna Mahathir dan partinya, PPBM bukan sahaja sudah tidak relevan malahan telah menjadi liabiliti kepada Pakatan Harapan.
Anwar Ibrahim sendiri dalam statusnya di FB berkata, majoriti yang diperolehi oleh calon BN merupakan satu kejutan besar, sekaligus memberikan mesej yang sangat jelas kepada seluruh kepimpinan Pakatan. Menurutnya lagi, Pakatan harus mengambil pengajaran dan iktibar daripada keputusan tersebut.
Isyarat yang diberikan oleh Anwar Ibrahim hampir senada dengan kata-kata Syed Husin Ali bahawa Mahathir perlu berundur dan melepaskan jawatan Perdana Menteri selain bertanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan yang ditanggung oleh PPBM di Tanjung Piai.
Dari kem DAP, antara terawal yang menyambut gembira kekalahan PPBM adalah Lim Lip Eng, Ahli Parlimen Kepong yang memberitahu dengan megahnya, sejurus selepas dia mengumumkan kekalahan besar PPBM di Tanjung Piai, orang yang mendengar ceramahnya dalam satu majlis makan, bertepuk tangan dan bersorak dengan gembira.
Kenyataan Lim Lip Eng itu adalah yang paling berterus-terang. Sekaligus menggambarkan pendirian sebenar DAP terhadap Mahathir dan PPBM.
"It's time for Mahathir to go." (Sudah sampai masanya Mahathir berundur)
Semua kesalahan akibat kekalahan tersebut kini ditudingkan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad. PKR dan DAP secara khusus menuduh, Mahathir adalah faktor utama kekalahan tersebut walaupun sebenarnya rakyat tidak buta, tidak pekak dan tidak bodoh sebagaimana sangkaan mereka.
Majoriti 15,086 yang diperolehi oleh calon BN itu memberikan isyarat jelas dan lantang dari rakyat kepada kerajaan agar memperkemaskan kembali pentadbiran negara atau melepaskan jawatan kerana rakyat sudah tidak boleh bertoleransi lagi dengan kebodohan demi kebodohan yang ditunjukkan oleh kerajaan.
Isu sebenar rakyat adalah membabitkan kocek, perut, tembolok dan dompet.
Itu masalah sebenar, bukannya masalah Anwar tak jadi Perdana Menteri. Bukan masalah, Lim Guan Eng memerlukan Anwar Ibrahim untuk terus bermaharajalela dalam pentadbiran negara!
Naik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekalipun, sekiranya kekal Lim Guan Eng dan DAP dalam pentadbiran negara, keadaan akan menjadi lebih teruk berbanding terus mengekalkan Mahathir sebagai PM.
No comments:
Post a Comment