Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, November 22, 2019

NAFAS DIBELA KERANA KUOTA BUMIPUTERA TAPI LTAT ELOK PULA DIJAHANAMKAN!!!




Para penyokong dan tukang propaganda Pakatan sedang bermain dengan isu perkauman dalam isu membabitkan skandal RM1.4 bilion NAFAS. Lebih menarik lagi ialah bilamana Salahuddin Ayub diangkat sebagai pembela kaum peladang kerana skandal RM1.4 bilion.

Alasan mudah yang mereka berikan ialah, MCA sakit hati kerana peruntukan untuk NAFAS itu untuk Bumiputera dan peladang.

Sedangkan Wee Ka Siong ketika mendedahkan di Parlimen pula menyatakan, bukan peruntukan untuk NAFAS yang dipertikaikan, sebaliknya penyalahgunaan dan penyelewengan RM1.4 oleh orang politik dalam NAFAS yang didedahkan.

NAFAS merupakan sebuah agensi yang atau Pertubuhan Peladang Nasional telah dilancarkan pada 31 Mac 1972 oleh bekas Perdana Menteri Kedua Malaysia, Allahyarham Tun Haji Abdul Razak. Agensi yang didaftarkan di bawah Akta Persatuan Peladang 1967 itu bertindak sebagai badan induk kepada peladang-peladang di seluruh negara.

Sehingga 2019, NAFAS telah dianggotai oleh 14 buah Pertubuhan Peladang Negeri, yang dianggotai oleh 279 Pertubuhan Peladang Kawasan, yang dianggotai oleh 921,931 ahli peladang di seluruh negara melengkapkan struktur tiga peringkat pertubuhan peladang.


Sesuai dengan peranan NAFAS sebagai induk Pertubuhan Peladang, NAFAS telah menceburkan diri dalam pelbagai aktiviti perniagaan dan pelaburan khususnya dalam bidang pertanian. Pada awal penubuhannya, NAFAS telah menjalankan perniagaan peruncitan, pemasaran baja dan pemasaran jentera pertanian.

Bagaimanapun, fungsi NAFAS mulai berubah apabila Kerajaan Pakatan Harapan mengambilalih tampuk pentadbiran negara. Dengan menterinya adalah Salahuddin Ayub, NAFAS serta beberapa agensi lain dilihat menjadi tempat meletakkan para pemimpin Parti Amanah Negara atau PAN bagi berkongsi harta rampasan perang.

1 Jun 2018, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di bawah Kerajaan Pakatan Harapan telah menggantung operasi NAFAS di atas dakwaan, wujudnya masalah serius tadbir urus terutama aspek kompetensi, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam barisan kepimpinan. (RUJUK SINI)

Alasan seperti yang diberikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menggantung operasi NAFAS itu, merupakan alasan standard Pakatan Harapan sepertimana yang mereka lakukan terhadap LTAT, Tabung Haji, Felda, Felcra, Khazanah dan pelbagai agensi serta entiti yang berkaitan Bumiputera yang lain.

Dalam bahasa yang lebih mudah, semua syarikat GLC, GIC mahupun GILC semuanya kena tapau atas alasan yang serupa dan menyaksikan perlantikan orang-orang yang tidak berkelayakan tetapi mempunyai kedudukan dalam parti-parti kerajaan.

Contoh terbaik ialah membabitkan kesemua 6 GILC (Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan) iaitu Khazanah, KWSP, Tabung Haji, LTAT, KWAP dan PNB, perlantikan politik merupakan asas dan teras kepada Kerajaan Pakatan, khususnya membabitkan DAP dan PPBM selepas kesemua enam GILC ini dikatakan bermasalah, malahan di dalam Parlimen pun, menteri masih tebal muka mengatakan, kerajaan Pakatan mewarisi masalah creative accounting Kerajaan lalu yang menyembunyikan kerugian dan penyelewengan kesemua 6 GILC itu.


Dalam pendedahan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Ayer Hitam, Wee Ka Siong, 3 isu diperkatakan dalam ucapannya iaitu:

1. Pembatalan beberapa syarikat tempatan yang sebelum ini telah pun dipersetujui sebagai pentender secara item mengikut Zon 1, 2 dan 3 bagi tender membekal, menghantar dan menjalankan Kerja-Kerja Pengapuran Bagi Kapur di bawah Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) untuk tempoh 3 tahun dengan tawaran berjumlah RM52.4 juta menerusi surat bernombor tender QT190000000058589.

2) Isu yang lebih besar hasil rentetan daripada pembatalan pemilihan syarikat disebutkan di atas.

Wee Ka Siong mendakwa terdapat satu surat daripada Menteri Pertanian kepada Perdana Menteri yang bertarikh 7 November 2019 untuk memohon melantik secara RUNDINGAN TERUS bagi pembekalan input pertanian sektor padi kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bagi tempoh 3 tahun iaitu (2020-2022) dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion.

c) Pertanyaan berkenaan tempahan bilik hotel yang direkodkan atas nama NAFAS sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai baru-baru ini. Pimpinan NAFAS yang berpakaian berwarna oren pun turut berkampung di Tanjung Piai sedangkan NAFAS merupakan pertubuhan peladang kebangsaan bukannya pertubuhan milik parti politik

Wee Ka Siong turut mempersoalkan mengapa NAFAS yang sudah kalah di peringkat rundingan terbuka tiba-tiba, mendapat perolehan tender secara terus. Mengapa menganiaya syarikat-syarikat yang telah terlebih dahulu memohon tender dan membatalkan pemilihan mereka selepas dipersetujui Lembaga Perolehan Kementerian, seterusnya menganugerahkan kepada NAFAS?

Umum mengetahui Menteri Pertanian telah menjadikan agensi kerajaan di bawah kementeriannya sebagai lubuk ghanimah PAN.

Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS ialah YB. Dato' Haji Phahrolrazi Bin Mohd Zawawi, Pengerusi PAN Kedah. Selain itu, 4 orang lagi Ahli Jemaaah Pengarah NAFAS ini merupakan pemimpin PAN yang dilantik oleh Menteri;
a) Wan Kharizal Wan Khazim (PAN Perlis)
b) Mohd. Hisyamuddin Ghazali (PAN Kelantan)
c) Normah Yusof (PAN Pahang)
d) YB Muhamad Said Jonit (ADUN PAN Mahkota)

Secara tidak langsung, Wee Ka Siong mendedahkan bagaimana Menteri Pertanian ini menjadikan NAFAS, Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) sebagai kenderaan politik PAN melalui lantikan politik yang dibuat olehnya dapat menguasai secara majoriti pertubuhan peladang tersebut.


Isu yang hampir serupa sebenarnya turut melibatkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang merupakan GILC. LTAT menerusi beberapa syarikatnya seperti Pharmaniaga memperolehi konsesi pembekalan ubatan dan peralatan hospital telah ditamatkan kontrak mereka atas alasan, pembekalan perlu melalui tender terbuka. Kepentingan lebih 150,000 orang anggota tentera berpencen, tidak pula dijadikan sebagai isu sepertimana para penyokong perbuatan dalam NAFAS.

Ironinya, semasa PRU-14, mereka jugalah yang lantang memperjuangkan sistem tender terbuka. Tetapi apabila terkena ke batang hidung sendiri, mereka mempersoalkan Wee Ka Siong dan MCA yang kononnya sakit hati kerana mempersoalkan peruntukan untuk Bumiputera dalam NAFAS. 

Lebih ironi lagi, PERUNTUKAN dengan PENYELEWENGAN pun mereka tak dapat beza.

No comments:

 
Blogger Templates