Mampukah Peja Azumu bertahan dan mempertahankan jawatan Menteri Besar Perak yang sedang disandangnya sekarang?
Semalam, viral satu klip video yang memperlihatkan Aziz Bari, ADUN DAP Tebing Tinggi yang berkongsi penyakit meroyan dengan Anwar Ibrahim, berusaha memujuk tiga orang ADUN UMNO agar menyokongnya sebagai Menteri Besar Perak yang baru, sekaligus 'memancung' Peja.
Dalam video lima minit yang dimuatnaik di YouTube oleh penulis blog, Raja Petra Kamarudin, Aziz didengar merujuk kepada seorang lelaki PPBM yang bergelar “Haji”, yang memberitahunya mereka mahu menggantikan Faizal.
“Dia cadangkan saya (sebagai menteri besar baru), saya kata ‘okaylah’. Lepas jumpa ada orang yang cukup ini, akan jumpa dengan Tuanku (Sultan Perak),” kata Aziz yang berdepan seseorang yang tidak dikenali.
Dia juga mendakwa ada bercakap dengan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub bagi mendapat sokongan daripada enam Adun parti itu di Perak.
Katanya, dengan sokongan PKR, dia boleh mendapat sokongan 28 Adun Perak.
Aziz juga berkata rakan-rakan exconya, bekas menteri beasr Mohamad Nizar Jamaluddin serta Asmuni Awi, yang kini bersama Amanah, tidak layak untuk jawatan MB.
Bagaimanapun, Aziz Bari yang diajukan pertanyaan tentang perkara tersebut, menafikannya dan menyifatkan isu 'memancung' Peja itu sebagai isu lama dan dia mempunyai banyak kerja yang perlu dibuat. Malahan menurutnya, dia sedang menantikan masa untuk muncul bersama-sama Peja bagi menjelaskan komplot menggulingkan Peja itu hanyalah khabar angin dan fitnah politik semata-mata. (RUJUK SINI)
Ketika membantu kempen calon PPBM di PRK Tanjung Piai pada 7 November lalu, Peja memberitahu pengundi kononnya dia berseorangan dan bersendirian melawan DAP di Perak dalam mempertahankan hak-hak dan tanah orang Melayu.
Pengakuan Ahmad Faizal itu ditularkan dalam media sosial ketika beliau turun padang berkempen bersama calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Karmaine Sardini.
Rakaman video klip berdurasi dua minit 46 saat itu kemudiannya dimuat naik ke Facebook.
Pengakuan Peja tersebut mengundang kecaman dan serangan bertali arus daripada PKR dan DAP sehingga memaksa Muhyiddin Yassin mengatakan, Peja mengeluarkan kenyataan tersebut berdasarkan pengalaman peribadinya. (RUJUK SINI)
DAP menerusi Howard Lee pula mendesak agar Peja dirujuk ke Lembaga Disiplin. Manakala Lim Guan Eng pula menyifatkan Peja sebagai kawan yang bersikap seperti lawan.
Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Perak sekarang ini hanya bergantung kepada belas ihsan ADUN-ADUN UMNO sahaja. Dua orang ADUN UMNO yang kemudiannya melompat menyokong Peja, membolehkan Pakatan menjadi Kerajaan Negeri Perak.
Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Perak sekarang ini hanya bergantung kepada belas ihsan ADUN-ADUN UMNO sahaja. Dua orang ADUN UMNO yang kemudiannya melompat menyokong Peja, membolehkan Pakatan menjadi Kerajaan Negeri Perak.
2 comments:
Hebat aziz bari hina anak raja makan bersuap. Kurang ajarnya sama dengan kurang ajar dap pada raja raja melayu.
Cdgn Bernas...! Peja + 2 + Melayu lain...Join Umno...= jadi MB lagi...Yeyyyy...Mantop...
Post a Comment