Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, December 17, 2019

BILA SEBUT ALTANTUYA, MAKA 'SKANDAL' SCORPENE AKAN MUNCUL DENGAN MAHATHIR, DAIM DAN MOKHZANI TERKAIT SECARA DISENGAJAKAN!!!



Walaupun sudah 13 tahun dan sudah selesai perbicaraan melibatkan semua peringkat mahkamah dengan keputusannya, Azilah Hazri dan Sirul Azhar didapati bersalah serta dihukum gantung sampai mati, namun kes ini jugalah yang direkodkan sebagai mempunyai plot, sub-plot serta twist yang paling hebat.

Sepanjang perbicaraan, tiada langsung nama Najib Razak disebut. Namun apabila mendapat tahu bahawa Sirul dan Azilah pernah menjadi bodyguard Najib walaupun sebelum itu mereka juga adalah bodyguard Mahathir dan Abdullah Badawi, bermulalah nama Najib dikaitkan, malah para pemimpin PKR seperti Tian Chua dan Anwar Ibrahim berterus-terang menuduh Najib adalah orang yang mengarahkan pembunuhan Altantuya kerana mahu melindungi skandal kapal selam Scorpene.

Versi mereka yang sangat meluas dan dipercayai pada waktu itu ialah Altantuya adalah jurubahasa dan terlibat dengan pembelian kapal selam Scorpene di Perancis yang tak boleh menyelam. Walaupun fakta-fakta telah diberikan sekaligus menafikan plot cerita ciptaan pemimpin PKR dan DAP, namun orang ramai sangat percaya dengan cerita bohong tersebut.


Malah sampai ke hari ini pun, masih ada yang percaya, kedua-dua kapal selam yang dibeli oleh Kerajaan Malaysia itu, tidak boleh menyelam dan hanya menjadi hiasan di Sepanggar sahaja.

Lebih mudah, kita perhatikan kronologi pembunuhan Altantuya ini mengikut karangan Pakatan DAP dahulu.

Mula-mula mereka kata Razak Baginda yang merupakan kawan baik Najib Razak yang bunuh Altantuya untuk melindungi hubungan sulitnya dengan Altantuya daripada pengetahuan anak isterinya sendiri.

Tidak lama selepas itu, ROSMAH MANSOR dikatakan telah mengarahkan Sirul dan Azhar bunuh Altantuya kerana Najib Razak ada skandal seks dengan Altantuya. Dari cerita Rosmah Mansor arahkan bunuh, muncul pula cerita Rosmah Mansor sendiri yang menyaksikan pembunuhan tersebut di sebuah kawasan di Bukit Cherakah sebab dia hendak memastikan yang Altantuya benar-benar mati.

Cuba dengar penjelasan Zulkifli Nordin bekas orang kuat PKR yang juga merupakan peguam Anwar Ibrahim serta Azilah Hadri.




Selepas itu muncul pula SD PI Bala yang membuat surat sumpah serupa sebelum dia 'dihantar' ke India bersama-sama keluarganya.

Bekas IGP, Tan Sri Musa Hassan turut terpalit apabila dituduh menyorok bukti pembunuhan Altantuya. Musa Hassan telah membuat satu sidang media untuk menafikan tuduhan tersebut. Malahan dalam sidang media itu juga, Musa Hassan menyatakan pihak polis tidak menemui sebarang bukti pembabitan Najib Abdul Razak atau Rosmah Mansor dalam kes berkenaan.




19 Julai 2018, kertas siasatan kes pembunuhan Altantuya Shiiribu yang dibuka semula telah selesai dan kertas siasatan tersebut telah diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya. Namun sehingga ke hari ini, tiada sebarang tindakan daripada Pejabat Peguam Negara mahupun Peguam Negara sendiri. (RUJUK SINI)

Tuduhan demi tuduhan yang tiada hentinya yang dilakukan oleh DAP terutama oleh Lim Kit Siang, membuatkan pada 11 Oktober 2018, Najib sendiri mengarahkan pembantunya membuat laporan polis agar PDRM mengadakan siasatan semula kes pembunuhan Altantuya. (RUJUK SINI)


3 hari sebelum SD Azilah Hadri muncul, Mat Sabu yang merupakan Menteri Pertahanan telah menyatakan bahawa Kerajaan akan mengadakan tender terbuka untuk kontrak penyelenggaraan dua kapal selama Scorpene pada tahun 2021. Dalam jawapan bertulis kepada Senator PPBM Suhaimi Abdullah bertarikh 9 Disember itu, Mat Sabu berkata, proses pra-kelayakan akan dilakukan mengikut polisi kerajaan. (RUJUK SINI)

Kenyataan Mat Sabu mengejutkan banyak pihak terutama sekali yang terbabit dan terkait dalam keselamatan negara memandangkan yang hendak dibuat penyelenggaraan secara tender terbuka tersebut aset-aset strategik negara.



16 Disember 2019, Liew Chin Tong yang merupakan Timbalan Menteri Pertahanan dari DAP pula mengeluarkan kenyataan bahawa kos selenggara kedua-dua kapal selam tersebut adalah RM100 juta setahun. Lebih menarik ialah kenyataan Liew Chin Tong bahawa Malaysia tidak bercadang untuk menambah bilangan kapal selam walaupun Singapura dan Indonesia telah menambah bilangan kapal selam mereka sebanyak 5 buah manakala Vietnam pula 6 buah. (RUJUK SINI)
Dan sekali lagi, keputusan serta kenyataan Kementerian Pertahanan bukan sahaja dikecam tetapi dilihat sangat aneh terutama kesungguhan Kerajaan Pakatan mahu pihak asing menguasai dan menjadi sebahagian daripada pengurusan serta penyelenggaraan aset-aset strategik negara atas alasan OPEN TENDER.



Justeru, apa kaitan antara SD Azilah Hadri dengan kes ini semua?

INI ADALAH SKRIP TAHUN 1997-1998 DI MANA KAEDAH TERBAIK MENGALIHKAN PERHATIAN RAKYAT DENGAN PELBAGAI ISU EKONOMI DAN PEREBUTAN KEPIMPINAN ADALAH DENGAN MEMBAWA CERITA LAIN.


Apabila nama Altantuya disebut, secara tidak langsung, ia adalah tentang dua buah kapal selam Scorpene yang cuba dijadikan senjata oleh DAP-PKR untuk menjatuhkan Najib dan Kerajaannya sebelum PRU-14 lagi. (RUJUK SINI)

Dan orang yang paling terkesan dalam 'skandal' ini sebenarnya bukanlah Najib Abdul Razak, sebaliknya Mahathir Mohamad!

Ketika kemuncak tuduhan bahawa Najib adalah perancang sebenar pembunuhan Altantuya Shiiribu oleh Mahathir, Sirul Azhar Umar menjadi watak yang menjadi tumpuan. Walaupun Kerajaan Australia telah bersetuju untuk membenarkan Sirul dibawa pulang ke Malaysia selepas Sirul sendiri berjanji akan mendedahkan siapakah perancang sebenar pembunuhan tersebut jikalau Kerajaan Malaysia memberikan pengampunan penuh kepadanya (RUJUK SINI) namun Mahathir pada 8 Jun 2018 menyatakan dia tidak berminat untuk membenarkan Sirul Azhar Umar pulang ke Malaysia. (RUJUK SINI).


Mengapa Mahathir kelihatan tidak berapa bersetuju dengan cadangan membawa pulang Sirul? Bukankah Mahathir mengulangi taktik dan alasan yang serupa dalam isu Jho Low yang sepatutnya menjadi perungkai utama Skandal 1MDB dan SRC International Sdn. Bhd. yang sekarang ini memaksa Najib ke mahkamah.

Di sinilah, kes ini kembali kepada pembelian kapal-kapal selam tersebut!




Rancangan pembelian kapal selam itu telah mula dibahaskan di Parlimen seawal tahun 1993 lagi. Bagaimanapun, Mahathir dalam beberapa keadaan menafikan perkara tersebut dan mengatakan dia tidak tahu menahu tentang rancangan pembelian kapal selam berkenaan walaupun hansard Parlimen membuktikan sebaliknya.

Bekas Pegawai Penyiasat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kapten (B) Abdul Rahman Tun Haniff membuat pendedahan, orang yang mencadangkan pembelian kapal selam tersebut adalah Mokhzani Mahathir bersama-sama Ibrahim Mohd Noor yang pada waktu itu merupakan CEO BERNAS yang juga bertindak sebagai proksi Daim Zainuddin. (RUJUK SINI)

Rundingan dilakukan menerusi Syarikat Perimekar Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat Ombak Laut yang dimiliki sepenuhnya oleh Abdul Razak Baginda. Manakala pengarah-pengarah Syarikat Perimekar pula ialah:

1. Laksamana Muda (B) Hussin Tamby
2. Mazlina Makhzan yang juga merupakan isteri Abdul Razak Baginda.

Disebabkan itulah, pada tahun 1997, dalam Pameran LIMA 97, ada pembabitan kapal selam dari Perancis di Langkawi. Kemudian pada tahun 1998, Mahathir dan Perdana Menteri Perancis berutus surat berkaitan pembelian kapal selam itu. 6 tahun selepas itu, pada tahun 2002, kontrak pembelian kapal selam bernilai RM3.7 bilion diluluskan oleh Perdana Menteri pada waktu itu. (RUJUK SINI)


Mahathir adalah Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan manakala Menteri Pertahanan pada waktu perancangan pembelian kapal selam selepas cadangan Mokhzani Mahathir, adalah Syed Hamid Albar. (RUJUK SINI) Manakala Timbalan Menteri Pertahanan dari tahun 1995 sehingga 1999 adalah Abdullah Fadzil Che Wan. Najib Abdul Razak pula adalah Menteri Pendidikan dari tahun dari 4 Mei 1995 sehingga 14 Disember 1999. (RUJUK SINI)

Altantuya Shiiribu sebenarnya tidak terlibat langsung dalam rundingan pembelian kapal selam Scorpene. Nama Altantuya hanya digunakan untuk mengaitkan Najib selain 'menyembunyikan' pembabitan Mahathir dan anaknya, Mokhzani. Apatah lagi isu kapal selam Scorpene tidak boleh menyelam, cukup popular pada zaman Najib sebagai Perdana Menteri.

Dalam keterangannya kepada mahkamah, Abdul Razak Baginda memberitahu yang dia hanya mula mengenali Altantuya pada akhir tahun 2004. Rundingan pembelian kapal selam Scorpene pula telah bermula pada tahun 2000. Manakala perjanjian pembelian dua buah Scorpene itu dimuktamadkan menerusi Mahathir, dua tahun kemudian iaitu pada tahun 2002. (RUJUK SINI)

Walaupun Altantuya dikatakan sebagai orang tengah dan jurubahasa dalam proses pembelian tersebut, namun sebenarnya jurubahasa dalam proses tersebut adalah seorang warga Inggeris bernama Martin Hill kerana kefasihannya dalam Bahasa Perancis. (RUJUK SINI)

Bagaimana pula dengan SIRUL AZHAR UMAR? 

Antara fakta yang kurang diperkatakan ialah, Sirul Azhar pernah menjadi bodyguard Mahathir semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri. Perkara tersebut diakui oleh Mahathir dan Mahathir seperti terkesan berkata, semasa Sirul menjadi bodyguardnya, Sirul tidak pernah membunuh sesiapa. Dengan kata lain, secara tidak langsung, Mahathir cuba meletakkan kesalahan jenayah Sirul kepada Najib Abdul Razak kerana jenayah tersebut berlaku semasa Sirul menjadi bodyguard Najib walaupun hubungan Mahathir dengan Sirul jauh lebih rapat berbanding Najib Abdul Razak. (RUJUK SINI)


Ini adalah kerana selepas tugas Sirul sebagai bodyguard kepada Mahathir, tugas seterusnya selepas Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri, adalah sebagai bodyguard Abdullah Badawi. Memandangkan Sirul adalah seorang bodyguard Perdana Menteri iaitu Mahathir dan Abdullah Badawi sehinggalah dia ditangkap atas tuduhan membunuh Altantuya pada tahun 2006, maka terlalu mustahil Najib yang merupakan Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, mengeluarkan arahan kepada Sirul untuk membunuh Altantuya.

Najib hanya dilantik menjadi Perdana Menteri pada bulan April 2009 iaitu tiga tahun selepas Sirul dan Azilah ditahan atas tuduhan membunuh Altantuya.

Bagaimanapun, pada 30 Januari 2016, Sirul Azhar Umar yang sedang berada dalam tahanan di Australia menafikan pembabitan Najib dalam jenayah pembunuhan tersebut. Malahan Sirul juga bersumpah, Najib tidak terlibat langsung, sebaliknya dia faham cerita yang mengaitkan Najib adalah usaha pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan Najib. (RUJUK SINI)



Dua kenyataan daripada Menteri Pertahanan dan Timbalan Menteri Pertahanan tentang kapal selam Scorpene itu sebenarnya mempunyai signifikan besar dalam perebutan jawatan Perdana Menteri. Walaupun secara luaran, kita melihat ianya ada kaitan dengan PRK Kimanis serta cubaan mengalihkan perhatian terhadap kegagalan Peguam Negara dalam cubaan mengenakan Najib dalam kes mahkamah 1MDB dan SRC International Sdn. Bhd dengan mengalihkan pula kepada hukuman lebih berat menanti Najib sekiranya bersalah, iaitu gantung sampai mati, namun ianya lebih terarah kepada cubaan besar menghalau Mahathir dari Putrajaya untuk digantikan oleh Anwar Ibrahim.

Beberapa minggu ini, pasukan Anwar Ibrahim dan Mahathir berbalas-balas serangan menggunakan isu liwat dan video semburit membabitkan Azmin Ali serta Akuan Bersumpah Mohammed Yusoff Rawther.

Scorpene adalah fokus DAP-PKR untuk menunjukkan berlakunya penyelewengan dan rasuah dalam perolehan aset-aset strategik ketenteraan Malaysia. Dan urusan pembelian kapal selam tersebut turut melibatkan anak Mahathir serta rakan karibnya yang menggunakan proksi. Najib dan Rosmah Mansor pula hanyalah kambing hitam yang perlu dikorbankan dalam usaha mengorbankan Mahathir dan dinastinya.


Sementara itu, peguam yang mewakili Najib Abdul Razak, Tan Sri Shafee Abdullah menyatakan  rasa hairan bagaimanakah seseorang yang sudah dijatuhkan hukuman gantung boleh diberikan akses untuk bertemu seorang individu ternama ‘VVIP’ di luar penjara Kajang.

“Pertemuan antara Azilah dan VVIP ini telah mengambil tempat pada awal Februari tahun ini. Bagaimanakah seorang banduan hukuman gantung boleh keluar dan bertemu VVIP ini di luar? Bagaimana ini berlaku?"

Dalam pada itu, Shafee juga mendakwa ada beberapa individu termasuk ejen Malaysia serta wartawan Australia yang telah melawat seorang lagi bekas anggota polis, Sirul Azhar di pusat tahanan di Australia awal tahun ini.

Dakwa Shafee, kumpulan ini dipercayai cuba ‘memujuk’ Sirul supaya membuat kenyataan hampir serupa seperti Azilah terhadap Najib.

“Semua ini adalah plot terancang seseorang yang mahu mengenakan Najib sebenarnya.

“Saya juga tidak akan sesekali terkejut seandainya selepas ini Sirul pula bertindak seperti Azilah. Memang ada pihak termasuk ejen Malaysia dan wartawan Australia yang cuba memujuknya,” dakwanya. (RUJUK SINI)

Dakwaan Shafee itu hampir bersamaan dengan pendedahan yang dibuat oleh Kamarul Hisham Kamaruddin, peguam yang mewakili Sirul Azhar Umar pada 31 Disember 2015 bahawa terdapat beberapa pihak bukan sahaja membuat panggilan dan mengganggu Sirul, bahkan cuba menemui Sirul atas tujuan yang rasa-rasanya ramai yang sudah tahu. (RUJUK SINI) Begitu juga dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh RPK, pemilik blog Malaysia-Today.



Pada 24 Februari 2015, Mahfuz Omar melakonkan gaya menghubungi Sirul dalam satu sidang telesidang yang turut dihadiri oleh wartawan. (RUJUK SINI)



Sementara itu, ketika ditanya wartawan ekoran dakwaan Shafee Abdullah bahawa ada VVIP yang berjumpa Azilah di luar penjara, Mahathir hanya mampu tersenyum sambil menggeleng ketika ditanya sama ada dia adalah orang yang berjumpa dengan Azilah Hadri yang sedang menunggu hukuman gantung sampai mati sebelum meninggalkan sidang media yang diadakan susulan lawatannya ke Bandar Malaysia selepas menyaksikan majlis permeteraian perjanjian antara TRX City Sdn. Bhd (TRXC) dengan IWH CREC Sdn. Bhd. (RUJUK SINI) selepas IWH Crec Sdn. Bhd, dilantik semula oleh Kerajaan Malaysia ketika pentadbiran Mahathir-Pakatan Harapan pada 19 April 2019.

IWH Crec Sdn. Bhd merupakan syarikat pemaju yang dimiliki oleh kroni Mahathir, Lim Kang Hoo yang memperolehi semula projek Bandar Malaysia selepas pentadbiran Najib membatalkan perjanjian dengan IWH Crec Sdn. Bhd pada 3 Mei 2017. (RUJUK SINI)


2 comments:

Anonymous said...

kes azilah dan sirul dah habis . skg ni hal sd azilah perlu di disiasat olih pihak yg berwajib

Hamba ALLAH. said...

Siapa yg tlg uruskn SD bg pihak Azilah...atau SD Azilah dibuat tanpa pengetahua Azilah sendiri... Pihak polis sendiri pun belum tengok lg..tapi dah bising satu Malaysia... Satu2nya org yg disyaki ialah MAHA????..Jeng3...

 
Blogger Templates