Hari ini, Jabatan Penjara telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa banduan akhir hukuman mati, Azilah Hadri tidak pernah dibawa keluar sepanjang tahun 2019. Azilah Hadri juga tidak pernah dibawa keluar semenjak 15 April 2015. Dan kali terakhir dia dibawa keluar adalah pada 15 April 2015 bagi menghadiri perbicaraan di Mahkamah Majistret Sepang.
Menurut Jabatan Penjara lagi, berdasarkan rekod juga, Azilah tidak pernah dibenarkan dibawa keluar untuk apa-apa jua maksud. Manakala rekod lawatan pula menunjukkan, dia hanya dilawati sebanyak 34 kali oleh ahli keluarganya, dan 15 kali oleh peguamnya sejak setahun yang lalu.
Justeru menurut Jabatan Penjara, sebarang kenyataan yang mendakwa Azilah telah dibawa keluar untuk bertemu dengan VVIP sepanjang tahun ini adalah tidak benar sama sekali.
Akuan Bersumpah Azilah Hadri telah menjadi tumpuan utama sekaligus mengalihkan perhatian sebahagian besar rakyat Malaysia daripada pelbagai masalah yang sedang melanda negara ini kesan daripada kelemahan dan kepincangan pentadbiran serta pengurusan negara dalam pelbagai sektor terutama sekali ekonomi dan kewangan oleh Kerajaan Pakatan Harapan.
Dia menyatakan perkara itu ketika ditanya adakah polis akan membuka kertas siasatan berhubung kemunculan Akuan Bersumpah Azilah Hadri. (RUJUK SINI)
Malah kemunculan kenyataan rasmi dari Jabatan Penjara turut menimbulkan kekeliruan memandangkan peguam Azilah sendiri, Datuk Hazman Ahmad percaya, Akuan Bersumpah itu sebenarnya telah dideraf oleh pihak lain bagi pihak Azilah dan bukannya datang dari Azilah sendiri. Hazman juga tidak tahu, peguam manakah yang dilantik oleh Azilah untuk menfailkan permohonan semakan penghakiman Mahkamah Persekutuan pada Oktober lalu. (RUJUK SINI)
Menurutnya, arahan melupuskan musuh tidak boleh dikeluarkan oleh seorang Timbalan Perdana Menteri. Di bawah Seksyen 20(1) Akta Polis 1967 memperuntukan bahawa;
‘Tiap-tiap pegawai polis hendaklah mematuhi semua arahan yang sah berkenaan dengan pelaksanaan jawatannya yang mungkin diterimanya dari semasa ke semasa daripada pegawai atasannya dalam pasukan.'
Oleh itu, menurutnya, seorang pegawai polis hanya menerima arahan daripada pegawai atasannya, dan pegawai atasan polis tertinggi adalah IGP (Ketua Polis Negara). Harus diingati, Najib ketika itu hanyalah TPM (Timbalan Perdana Menteri), bukan PM (Perdana Menteri) atau Menteri KDN (Kementerian Dalam Negeri).'
“Cerita Cif Inspektor tak masuk akal! Arahan melupuskan musuh takkan boleh diberi oleh TPM? Azilah tak check dengan pegawai atasan diakah?" tanya Shamsher. (RUJUK SINI)
Oleh itu, menurutnya, seorang pegawai polis hanya menerima arahan daripada pegawai atasannya, dan pegawai atasan polis tertinggi adalah IGP (Ketua Polis Negara). Harus diingati, Najib ketika itu hanyalah TPM (Timbalan Perdana Menteri), bukan PM (Perdana Menteri) atau Menteri KDN (Kementerian Dalam Negeri).'
“Cerita Cif Inspektor tak masuk akal! Arahan melupuskan musuh takkan boleh diberi oleh TPM? Azilah tak check dengan pegawai atasan diakah?" tanya Shamsher. (RUJUK SINI)
Penafian Jabatan Penjara, kenyataan peguam Azilah Hadri sendiri serta fakta-fakta kes yang dikeluarkan sepanjang kes perbicaraan pembunuhan Altantuya Shiiribu membabitkan Azilah dan Sirul yang sama sekali bertentangan dengan kenyataan terbaru Azilah Hadri dalam Akuan Bersumpahnya itulah yang membuatkan ramai mempersoalkan Akuan Bersumpah tersebut.
Manjeet Singh Dhillon berkata, perbicangan mengenai dakwaan Azilah bersifat prejudis terhadap perbicaraan satu saman sivil yang difailkan oleh keluarga Antantuya Shaariibuu, warga Mongolia yang dibunuh oleh Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar sewaktu mereka berkhidmat dalam Unit Tindakan Khas polis.
Semasa perbicaraan kes tersebut, mahkamah diberitahu bahawa Altantuya mempunyai hubungan dengan Razak. (RUJUK SINI)
Dalam pada itu, Mahathir seperti biasa, menafikan pengetahuannya berhubung Akuan Bersumpah Azilah Hadri. Malahan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh PMO menyebut, Mahathir tidak pernah bertemu dengan Azilah Hadri (RUJUK SINI) biarpun pada 29 Jun 2018, Mahathir awal-awal lagi telah membayangkan bahawa kes pembunuhan Altantuya akan dibuka semula dan Najib akan didakwa.
Mahathir menyatakan perkara tersebut ketika mengadakan perjumpaan bersama warga Malaysia di Jakarta sempena lawatan rasmi beliau ke Indonesia. (RUJUK SINI)
4 comments:
ni nama dia pelupa..klu dh banyak sangat di cakap..ada yg akan kita lupa..bulan jun cakap kes antutuya akan di bicara kan semula..
SD bulan october..mana satu wey..
Tak kisahlah mana dulu, mana kemudian.Buka balik kes ni. Apa yg kamu takutkan,...???? Semua orang nak tahu, KENAPA AZILAH & SAIRUL bunuh pompuan yg tak dikenalinya.....?????
Kalau boleh, tentu korang nak tuduh Tun Mahadirkan...kan...kan?
Kahkahkah....sudah terang lagi bersuluh. Puiiiii
Ko ada kuasa nak buka balik atau tidak.
Kalau kau kata nak buka bik kes ini tetapi tak buka2, orang akan menuduh ko sebenarnya terlibat sama.
Najib pun minta kes tersebut di buka balik.
Ko ada kuasa nak buka balik atau tidak.
Kalau kau kata nak buka balik kes ini tetapi tak buka2, orang akan menuduh ko sebenarnya terlibat sama.
Najib pun minta kes tersebut di buka balik.
Post a Comment