Ritual Islam yang berasaskan kepada Ayat 61 dalam Surah Al-Imran itu, akan dilaksanakan di Masjid Jamek Kampung Baru.
Apa itu Sumpah Laknat atau MUBAHALAH?
Sumpah laknat secara harfiahnya bermaksud 'sumpah melaknat' atau sumpah yang dibuat oleh seorang Muslim kepada Allah Taala, meminta petunjuk-Nya dalam bentuk laknat ke atas pihak atau orang yang menuduhnya berbohong atau melakukan fitnah.
Dalam Undang-Undang Syariah Malaysia, Sumpah Laknat Mubahalah tidak diterima pakai walaupun pentadbiran agama berbeza dari satu negeri ke negeri yang lain.
Sumpah laknat berbeza daripada sumpah yang dibuat dalam mahkamah syariah. Sumpah di mahkamah-mahkamah syariah biasanya membabitkan kes-kes pertikaian perwarisan harta di kalangan ahli keluarga di mana mereka bersumpah dengna nama Allah bagi kenyataan yang telah mereka buat.
Bagaimana seseorang melaksanakan 'sumpah laknat'?
Sumpah laknat tidak hanya terhad di Malaysia, malahan ia diamalkan di seluruh dunia, terutama di negara-negara Islam. Dalam istilah Bahasa Arab, sumpah laknat adalah mubahalah. Tiada sebarang ritual standard yang telah ditetapkan oleh Islam walaupun perkara ini disebut di dalam al Quran.
Ulama-ulama Islam mempunyai perbezaan pendapat tentang bagaimana ritual mubahalah dilaksanakan. Namun dalam beberapa kes, orang Islam yang melakukan sumpah laknat ini akan bersumpah dengan nama Allah dan dengan memegang al Quran atau Surah Yassin.
Pada tahun 2019, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Zulkifli Mohamad menulis dalam laman sesawangnya bahawa bersumpah dengan al Quran 'adalah dibenarkan', selagi mana sumpah tersebut dilaksanakan dengan nama Allah terlebih dahulu. (RUJUK SINI)
Kebanyakan ulama bersetuju bahawa mubahalah kali pertama disebut menerusi Ayat 61 Surah Ali Imran yang terjemahannya adalah seperti berikut:
"Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya): "Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta."
Ayat tersebut turun kepada Nabi Muhammad s.a.w selepas delegasi Nasrani dari Najran menolak ajaran Nabi Muhammad s.a.w yang mana antara lain adalah tentang Nabi Isa a.s (atau Jesus) yang juga merupakan salah seorang nabi serta rasul dalam Islam. Islam mengajarkan bahawa Nabi Isa a.s adalah seorang utusan Allah Taala, seorang manusia bias adan bukannya Anak Tuhan sebagaimana yang diimani oleh kaum Nasrani.
Bagaimanapun delegasi Nasrani dari Najran itu memperlekehkan ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Pad aketika itulah Nabi Muhammad s.a.w mengusulkan agar mubahalah dilaksanakan bagi membuktikan baginda bercakap besar. Ketakutan kerana tanda-tanda kerasulan dan kenabian terdapat pada Nabi Muhammad s.a.w, delegasi Nasrani tersebut enggan bermubahalah dan kemudian berdamai dengan baginda.
Ramai ulama bersetuju bahawa mubahalah hanya boleh dilakukan sebagai jalan akhir, selepas kedua-dua pihak buntu selepas masing-masing memberikan bukti-bukti kukuh untuk membuktikan mereka adalah yang benar.
Sesetengah ulama pula berpendapat, mubahalah hanya boleh dilaksanakan untuk perkara-perkara membabitkan kebenaran agama atau akidah dan tidak boleh digunakan untuk perkara-perkara keduniaan.
Sesetengah ulama pula berpendapat mubahalah, sama seperti sumpah biasa di mahkamah-mahkamah syariah, hanya boleh dilaksanakan sebahagian daripada prosiding perundangan dalam mahkamah-mahkamah syariah dan diadili oleh hakim syariah.
Lebih afdal sekiranya, mubahalah membabitkan dua pihak - yang dituduh dan yang kena tuduh - dengan kedua-dua belah pihak bersumpah dengan nama Allah yang pihak lawan akan mendapat laknat sekiranya mereka berbohong.
Di Malaysia, sumpah laknat merupakan antara ritual yang digunakan dalam kaitan dengan skandal seks, sama ada untuk mengesahkan yang dituduh itu tidak bersalah atau yang dituduh itu melakukan sepertimana yang dituduh.
Pada 5 Ogos 1997, Azizan Abu Bakar telah membuat sumpah laknat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bahawa dia adalah mangsa hubungan sejenis (homoseksual) dengan Anwar Ibrahim yang pada ketika itu memangku jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Pada tahun 2011, trio terkenal 'Datuk T' yang membabitkan Abdul Rahim Thamby Chik, Shazryl Eskay Abdullah dan Shuib Lazim berkata, mereka pada bila-bila masa sanggup menjalani sumpah mubahalah dan di mana-mana termasuklah di Makkah untuk menegaskan bahawa video seks yang mereka tularkan, sememangnya membabitkan Anwar Ibrahim.
Pada April 2011, Shazryl kemudiannya bersumpah laknat dalam sebuah masjid di Sentul selepas solat Jumaat dengan kehadiran ramai dengan ketiga-tiga mereka hadir sambil mengenakan rompi anti peluru di bawah baju Melayu yang mereka pakai.
Dalam satu kejadian yang lebih menggemparkan, pada Ogos 2008, bekas pembantu Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan membuat sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan di mana dia secara rinci menggambarkan apa yang telah dilakukan dan berlaku kepadanya.
Dalam sidang media pada Mei 2013, Saiful berkata, dia telah membuat sumpah laknat sekali lagi di Makkah. Menurutnya, tiada apa-apa yang berlaku kepadanya sekaligus membuktikan dia tidak bersalah. (RUJUK SINI)
Lain-lain sumpah laknat yang mendapat perhatian termasuklah:
Sumpah laknat oleh Syed Rosli Syed Harman Jamalullail yang bercita-cita hendak menjadi Ketua Pemuda UMNO tetapi kalah di tangan Khairy Jamaluddin pada 23 September 2013.
Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin yang mencabar Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhammad Baderudin Ahmad untuk bersumpah laknat namun tidak disahut oleh Mufti Kedah. Asri mendakwa dia telah difitnah oleh Mufti Kedah sebagai penyebar ajaran Wahabi. Kejadian berlaku pada November 2013.
Disember 2017, penyanyi Noorshila Amin dan anak perempuannya Nurrul Admiena Norrizan membuat sumpah laknat dalam linangan air mata di hadapan orang ramai. Anak beranak tersebut bersumpah yang mereka tidak menipu wang lapan orang artis yang lain. Penuduh mereka, pelakon Lana Nodin bagaimanapun tidak hadir.
Jun 2018, Khairuddin Abu Hassan mencabar Ahmad Zahid Hamidi membuat sumpah laknat selepas Zahid secara bersumpah dengan nama Allah yang dia telah dirayu untuk bertemu dengan Mahathir yang merupakan Perdana Menteri Malaysia selepas PRU-14.
5 comments:
go and do 1000x sumpah laknat at us sec com in washington. nobody care about it.
KEMPEN BACA YASSIN SELURUH NEGARA
Lepas sumpah laknat 'Jom kempen Baca Yassin seluruh negara' sekali kan solat hajat sekali ...hentikan fitnah kotor
Kempen baca yassin setiap malam setelah sumpah laknat untuk hentikan politik kotor fitnah jijik
Suma yang dah menyampah dengan politik fitnah jijik selama 22++ tahun ... jom semua baca yassin setiap pembaca dlm blog ini dan sebarkan.. kita ramai ramai baca yassin supaya sang fitnah memgelupor kepanasan bersama anak cucu...
sebarkan pada blog blog lain... ayoh rakyat malaysia hentikan politik kotor fitnah jijik oleh pemimpin fitnah ini.. Kalau kempan solat hajat dan baca yassin sekali pun ok jugak ...
ayohh sebarkannn...!!!
Siapa lagi, kalau bukan Najib sendiri. Sumpah laknat tahun 2007nya dah termakbul. Najib hilang segala-galanya. Hanya orang takbur sahaja tak dapat menerima, kekalahan umno adalah laknat Allah ke atas Najib seperti yg dipinta dalam sumpahnya.
Maaf Tuan Admin, saya baru meneliti Akuan Sumpah Azilah di Astro Awani dan MalaysiaKini
Saya lihat ada para (1) hingga (60) dan (62) sahaja.
Persoalan mwngapa para (61) tercicir keluar ??
wow. be careful. you are bordering sirik. only allah knows. remember ayatul kursi
Post a Comment