Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, December 1, 2019

MELETUP PULA SKANDAL TENDER DAN PENGANIAYAAN TERHADAP PENJAWAT AWAM... HARAP-HARAP WARDINA TOLONGLAH BERSIHKAN NAMA MASZLEE MALIK!!!



Selepas pendedahan skandal di Kementerian Pertanian dan Kementerian Belia dan Sukan, kini sedang viral dan didedahkan pula skandal berhubung tender Makanan Bermasak dan Pembersihan Sekolah melibatkan Kementerian Pendidikan yang menterinya adalah Maszlee Malik.

Dari semalam lagi, netizen mula mendedahkan skandal tersebut yang turut membabitkan TKSU dan KSU Kementerian Pendidikan yang diugut oleh Pegawai Khas Maszlee bernama Ezree Abdullah kerana tidak menyokong tindakan menteri yang membatalkan tender bernilai RM3 bilion merangkamui lebih 1300 tender (pembersihan, pembekalan makanan dan kawalan keselamatan) di seluruh negara. Untuk rekod, pembatalan keputusan tender tersebut telah berlaku sebanyak dua kali iaitu pada Januari 2019 dan Jun 2019.



Beberapa orang penyokong Maszlee Malik cuba memperbetulkan tanggapan tersebut dan menggunakan UMNO sebagai perisai dalih mereka. Alasan yang diberikan ialah, yang mengamuk sekarang kerana tender tersebut dibatalkan oleh menteri adalah orang-orang UMNO kerana tidak lagi dapat merompak dan mencuri wang rakyat. 



Secara tidak langsung, para penyokong Maszlee itu juga mengakui bahawa memang wujud skandal dan campurtangan langsung dalam keputusan Tender Makanan Bermasak dan Pembersihan Sekolah. Alasan kononnya syarikat-syarikat milik orang UMNO memenangi tender dan kemudian dihujah pula kartel-kartel UMNO yang menguasai tender tersebut dengan bantuan 'orang dalam' merupakan hujah yang tidak boleh diterima akal.

Atau dalam bahasa yang lebih mudah, mereka yang ditugaskan untuk membela dan membersihkan nama Maszlee Malik dalam skandal yang meletup ini, sebenarnya tidak tahu prosedur pemilihan yang mengandungi beberapa jawatankuasa berbeza dari peringkat awal sehingga akhir, termasuklah jawatankuasa audit yang kerja mereka hanya mencari loophole sepanjang proses berkenaan. 

Para penyokong Maszlee cuba menggambarkan bahawa proses berkenaan dikuasai dan keputusan dibuat oleh seorang penjawat awam sahaja!

Secara tidak langsung, mereka turut menggambarkan bahawa Maszlee mungkin telah dipergunakan oleh orang-orang berkepentingan di sekelilingnya!


Ketika UMNO dan BN masih menjadi Kerajaan Persekutuan, banyak syarikat-syarikat yang bukan milik orang UMNO memenangi tender dan kontrak. Tiada sebarang masalah selagi mana syarikat-syarikat berkenaan ikut peraturan dan menepati spesifikasi tender dan kontrak.

Namun apabila Pakatan menguasai Kerajaan, lain pula sikap mereka. Bagi mereka, semua kontrak dan tender hanya untuk golongan mereka sahaja. Seolah-olah dalam Malaysia ini, hanya mereka yang membayar cukai. 

Melihat tahap jawapan para penyokong PPBM itu, maka besar kemungkinanlah dakwaan berhubung skandal dalam Kementerian Pendidikan adalah benar. Mungkin melibatkan Menteri tetapi tidak mustahil, sebenarnya melibatkan pegawai-pegawai Menteri tanpa pengetahuan Menteri!

Pun begitu tidak mustahil juga dakwaan bahawa Menteri campurtangan dalam mengubah keputusan tender seperti yang berlaku dalam Kementerian Pertanian dan Kementerian Belia dan Sukan sebenarnya telah mendedahkan tentang 'deep state' di kalangan para penyokong dan pegawai Menteri sehingga sehingga mereka jadi kelam-kabut memberikan jawapan yang menembak kaki sendiri. 

Seandainya segala dakwaan kononnya berlaku penipuan dan terdapat syarikat yang tidak menepati spefikasi dalam memenangi tender berkenaan, seharusnya Kementerian Pendidikan dan menterinya sudah pun mengeluarkan kenyataan rasmi.

 

Tindakan menggunakan pihak ketiga yang kononnya bersumberkan dalaman Pejabat Menteri dilihat sebagai usaha mengawal kerosakan imej semata-mata, bukannya menjelaskan atau menyampaikan kebenaran. Anehnya mereka mendakwa, tender dibekukan. Sedangkan yang berlaku ialah, bukan tender dibekukan sebaliknya keputusan tender yang telah dibekukan kerana sebab-sebab yang boleh dijangkakan.

Lebih menarik lagi, Kerajaan Pakatan Harapan cukup berbangga dengan Tender Terbuka. Tetapi apabila keputusan tender tidak menyebelahi mereka, lain pula tindakannya. Seringkali diberitahu kepada orang ramai, di dalam jawatankuasa tender ada pegawai SPRM yang membuat pemantauan supaya tidak berlaku rasuah dan penyelewengan kuasa.

Apabila keputusan Jawatankuasa Tender itu ditangguhkan atas alasan syarikat tidak cukup kelayakan, adakah itu bermaksud pegawai SPRM dalam Jawatankuasa Tender berkenaan tidur atau turut menerima rasuah? Takkanlah pegawai Pejabat Menteri lebih hebat berbanding pegawai-pegawai SPRM dalam mengesan penipuan kelayakan?

Persepsi apakah yang sedang dimainkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan terhadap penjawat-penjawat awam ini?


1 comment:

Pak yop said...

Ksu kp tungu ja la..nk kena coldstorage atau kena transfer..
Biar betul sekali pun..mahkamah pun duorang bole konar.

 
Blogger Templates