Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, December 14, 2019

RINTIHAN CLARE REWCASTLE BROWN, DIA TAK MAMPU BAYAR RM100 JUTA KALAU KALAH SAMAN FITNAH DYMM SULTANAH NUR ZAHIRAH... PADANLAH MUKA KAU!!!



Ingat lagi dengan wanita British yang mendakwa dia dilahirkan di Sarawak dan mengendalikan portal Sarawak Report? 

Sarawak Report pada asalnya adalah sebuah portal berita atau lebih tepat lagi laman sesawang yang menyerang Abdul Taib Mahmud yang pada ketika Ketua Menteri Sarawak dan sekarang ini merupakan Yang Dipertua Negeri Sarawak. Sarawak Report ditubuhkan untuk mempertahankan tindakan pencerobohan dan penjarahan yang dilakukan oleh Bruno Manser di hutan Sarawak walaupun alasan klise lelaki Switzerland itu adalah menyelamatkan hutan, balak dan kaum Penan. Bruno Manser yang merupakan aktivis asal Switzerland dilaporkan hilang di Hutan Bukit Batu Lawi pada tahun 2000.

Beroperasi di bawah Bruno Manser Fund, Sarawak Report mula beroperasi di London pada tahun 2010 oleh Clare Rewcastle-Brown yang merupakan ipar kepada bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown. Tumpuan dan sasaran Sarawak Report adalah melaporkan tentang skandal rasuah, penyelewengan kuasa serta salahguna kedudukan di kalangan pemimpin-pemimpin utama Barisan Nasional, khususnya dari kalangan UMNO dan PBB.


Sarawak Report dihalang siarannya di Malaysia pada tahun 2015 sehingga 2018 kerana melaporkan tentang skandal 1MDB. Namun walaupun dilarang siarannya, Sarawak Report tetap menjadi punca maklumat utama tentang 1MDB dan 'salahguna' serta 'penyelewengan' Najib Razak. 


Pada 4 Ogos 2015, satu waran tangkap telah dikeluarkan terhadap Clare Rewcastle-Brown oleh PDRM atas dakwaan menjalankan kegiatan yang mengancam demokrasi di Malaysia. Dia juga dikehendaki kerana menerbitkan laporan palsu yang boleh mengganggu ketenteraman awam. (RUJUK SINI)

Bagaimanapun, dengan nada sinis, Clare berkata, dia tidak boleh diekstradisi ke Malaysia kerana tidak mempunyai cara walaupun telah mengeluarkan waran tangkap ke atasnya. Katanya, 'jenayah' yang dituduh oleh polis Malaysia ke atasnya itu, tidak wujud di United Kingdom mahupun di negara-negara lain. (RUJUK SINI


Nama Clare Rewcastle-Brown semakin popular ketika Xavier Justo, bekas eksekutif PetroSaudi ditangkap di Thailand. Dalam keterangan yang diberikan oleh Xavier Justo, Clare merupakan antara orang penting selain Tony Pua yang menemukannya dengan pemilik The Edge Media Group, Tong Kooi Ong dan Ho Kay Tat. (RUJUK SINI)

Berdasarkan dokumen siasatan pihak berkuasa Thailand, Rewcastle -Brown yang bertindak sebagai Broker Justo dalam penjualan data yang dicuri daripada PetroSaudi, menghubungi Justo pada Februari 2015 dan memberitahu beliau bersama Pua, sudah mengatur mengatur penjualan data dicuri itu kepada pemilik The Edge Media Group, Datuk Tong Kooi Ong.




Nama Pua timbul beberapa kali dalam pengakuan bertulis Justo dan Transkrip mesej WhatsApp selama tiga bulan membabitkan Rewcastle Brown, Justo dan pengurusan kanan The Edge, Kooi Ong serta Ho Kay Tat yang didakwa memulakan perbualan itu.

Dalam satu perbualan WhatsApp antara Justo dan Rewcastle Brown (mereka menggunakan nama samaran Fullerton dan Athene Ban) bagi membincangkan bayaran dijanji kepada Justo tetapi belum dilunaskan, Rewcastle-Brown memberitahu Justo (terjemahan):”Saya sudah meminta Tony mengatur pertemuan dengan Tong’.

Setelah usaha bersungguh-sungguh Tony Pua membabitkan Clare, Sarawak Report dan Justo, akhirnya Kerajaan Najib Razak tumbang pada 9 Mei 2018.

Kekalahan Najib dan kerajaan disambut gembira oleh Clare Rewcastle-Brown yang datang ke Malaysia pada 20 Mei 2018 untuk meraikan kejayaannya, selain menerima laba daripada Pakatan Harapan kerana peranan yang dimainkannya. (RUJUK SINI)


Sebelum itu pada November 2017, Presiden PAS menyaman ke atas Clare Rewcastle-Brown kerana fitnah RM90 juta yang kononnya rasuah Najib dan UMNO kepada PAS. Kes fitnah berkenaan difailkan di mahkamah London. Bagaimanapun, pada Februari 2019, PAS telah menemui persefahaman dengan Clare untuk menyelesaikan kes saman mereka di luar mahkamah. (RUJUK SINI)

Keterujaannya kerana berjaya menggulingkan Najib Abdul Razak dan Kerajaan UMNO-BN menerusi pendedahan 1MDB yang turut membantu Mahathir dan DAP untuk berkuasa di Putrajaya, membolehkan Clare menerbitkan sebuah buku berjudul, The Sarawak Report: The Inside Story of 1MDB Exposé pada 8 September 2018 yang majlis pelancarannya turut dihadiri oleh Tony Pua di Hotel Sheraton, Petaling Jaya. (RUJUK SINI)


Dan kerana tulisannya di dalam buku itulah, DYMM Sultanah Terengganu menerusi Tetuan J.S Pillay & Mohd Haaziq pada Rabu 21 November 2018 menyaman Clare Rewcastle-Brown, selain pengedar buku tersebut di Malaysia Gerakbudaya Enterprise dan pencetaknya, Vinlin Press Sdn. Bhd selaku defendan bersama dengan Clare. (RUJUK SINI)

Ternyata kali ini Clare bersendirian tanpa bantuan Tony Pua, DAP mahupun Mahathir. Sekaligus menyaksikan perubahan format Sarawak Report yang kembali menghentam Kerajaan Malaysia, walaupun Kerajaan itulah yang dibantunya untuk berkuasa pada 9 Mei 2018. (RUJUK SINI)


Kerajaan Pakatan kelihatan seperti lepas tangan dalam isu saman DYMM Sultanah Terengganu Nur Zahirah ke atas Clare.lebih-lebih lagi selepas mahkamah pada 13 Disember 2019 memutuskan bahawa Clare perlu membela diri setelah mahkamah mendapati ada asas fitnah yang dilakukan oleh pemilik Sarawak Report itu ke atas baginda Sultanah. (RUJUK SINI)

Reaksi menarik yang diberikan oleh Clare sejurus selepas Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim memutuskan yang dia perlu membela diri, dia berasa sedih kerana 'dihadiahkan' dengan keputusan mahkamah itu selepas kerja kerasnya membuat pendedahan tentang skandal 1MDB. (RUJUK SINI)

Seperti sudah tahu, kekalahan akan menimpanya, Clare mengeluh yang dia tidak mungkin akan mampu membayar RM100 juta seperti yang dituntut oleh DYMM Sultanah Johor itu.


Belum pun lama lagi, sebahagian besar daripada kita tentu masih ingat dengan kegembiraannya kerana segala kerja kerasnya semakin membuahkan hasil apabila Kerajaan UMNO-BN dan Najib Razak dibenci oleh rakyat Malaysia. Malahan pelbagai cerita tentang 1MDB, lebih banyak diambil daripada cerita-cerita karangan Clare berbanding daripada maklumat rasmi. 

Yang dinantikan ialah peranan Tony Pua, Tong Kooi Ong dan Ong Kay Tat... dalam isu penggunaan Justo, Clare adalah orang hubungan utama mereka. Menerusi Clare jugalah, mereka berjaya memperolehi matlamat mereka menumbangkan Najib dan menyingkirkan Kerajaan UMNO-BN dari Putrajaya. 

Adakah dengan saman fitnah ini, mereka akan menggembelengkan tenaga dan membantu Clare secara senyap-senyap supaya tidak kelihatan seperti mereka menentang institusi kesultanan Melayu? Atau selepas 1MDB, khidmat Clare tidak lagi diperlukan dan dia perlu berdiri di atas kakinya sendiri?



3 comments:

Anonymous said...

padan muka...
pemfitnah nombor satu..
nanti dia akan mintak tolong atok

Anonymous said...

Hahahaha, kasi kaw2 getah 1 billion

haras-haziq said...

Kasih hantar balik ke negara asalnya

 
Blogger Templates