Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, December 14, 2019

KURANGKAN KAKITANGAN AWAM 5% SETAHUN... DAH DIPERINGATKAN BERKALI-KALI, DAP MEMANG NAK BUANG KAKITANGAN AWAM, TETAP JUGA PILIH PAKATAN!!!



Ingat lagi tak dengan poster di atas? Poster yang mensasarkan penjawat awam agar mengubah undi mereka dari Kerajaan Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan, agak popular sebelum PRU-14. Poster yang dijaja dan dicanang-canangkan itu menggalakkan penjawat awam menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional tanpa ragu-ragu dengan alasan-alasan yang diberikan yang difikirkan wajar. Malahan ramai penjawat awam yang menyambut kempen poster tersebut dengan gembira, bersemangat dan penuh harapan.


Kebanyakan penjawat awam, lupa atau tidak ambil tahu tentang kata-kata Tony Pua membabitkan penjawat awam.

Pada 11 November 2011, Tony Pua selaku Ketua Publisiti DAP mencadangkan kerajaan pusat mengurangkan jumlah penjawat awam di Malaysia. Perhidmatan mereka akan ditamatkan jika tidak efisyen sebagaimana negara China. Tapi disanggah oleh Setiausaha MCA Selangor, Wong Koon Mun. MCA mencabar kerajaan Pakatan Rakyat melaksanakannya di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan malah, di Kelantan. (RUJUK SINI)

\
Bagaimanapun, selepas menerima kecaman hebat dari pelbagai pihak, selain kesukaran bagi DAP untuk memujuk golongan penjawat awam agar mengundi DAP pada PRU, menyebabkan DAP terpaksa memberikan alasan dan menukar kenyataan Tony Pua kepada 'kesalahan UMNO-BN'.(RUJUK SINI)

Pada 25 Ogos 2016, sekali lagi Tony Pua menzahirkan cita-cita besarnya mahu mengurangkan sebahagian besar penjawat awam kerana penjawat awam baginya adalah satu bebanan kepada kewangan negara.


“Membenarkan mereka mengambil gaji tanpa bekerja, lebih baik daripada mereka bekerja dan membebankan kerajaan,” kata Tony Pua dipetik Mkini pada forum berbahasa Mandarin bertajuk “Menganalisis Bajet 2017” di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur. (RUJUK SINI)

Apabila Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP mengambilalih pentadbiran negara, ramai yang menjangkakan keinginan besar Tony Pua akan segera dilaksanakan. 

Bagaimanapun, dalam sidang Dewan Rakyat pada 7 Mac 2017, Anthony Loke yang pada ketika itu Ahli Parlimen Seremban telah menafikan yang DAP mahu mengurangkan jumlah penjawat awam. 



Ketika kali pertama Tony Pua menyatakan buah fikirannya, Tony Pua berkata, jikalau Pakatan dapat memerintah Kerajaan Pusat, akan dikemukakan satu projek yang dinamakan 'Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam' untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun. 

Katanya lagi, Pakatan tidak akan gunakan budaya lama yang diamalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional dengan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan, sebaliknya Pakatan akan membuat penambahan kakitangan awam yang berkualiti tinggi dan memilih kakitangan awam yang mempunyai daya saing. (RUJUK SINI)


Pada ketika itu, ramai yang tidak percaya, DAP akan benar-benar mengotakan cadangan Tony Pua terutama sekali dari kalangan kakitangan awam. Sebaliknya ramai pula yang berkata, kakitangan awam yang cemerlang tidak perlu gusar dengan cadangan tersebut. Malah, ia bukanlah sesuatu yang besar berbanding usaha UMNO menakut-nakutkan penjawat awam tentang 'ancaman' DAP.

Sabtu 14 Disember 2019, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah membuat kenyataan yang jelas telah merealisasikan impian Tony Pua. Bezanya, kenyataan tersebut beralas sama seperti ketika DAP mempertahankan cadangan Tony Pua di Dewan Rakyat pada 7 Mac 2017.


Menurut Borhan Dolah, mulai tahun 2020, lantikan baharu dalam perkhidmatan awam mungkin tidak lagi dibuat di bawah skim tetap dan berpencen sebaliknya digantikan dengan skim lantikan kontrak yang ditambahbaik. Langkah itu menurutnya, telah diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa khas pembaharuan perkhidmatan awam pada Oktober 2018 yang mahukan perkhidmatan awam dikecilkan secara berfasa dan berdasarkan keperluan, selain mengurangkan bebanan pencen yang kini mencecah RM28 bilion. (RUJUK SINI)

13 Disember 2019, Timbalan Menteri Undang-Undang, Hanipa Maidin mengesahkan bahawa Kerajaan Pakatan akan membuat pengurangan perjawatan awam sebanyak 5% setiap tahun. 


"Jumlah keseluruhan perjawatan perkhidmatan awam sehingga suku ketiga 2019 adalah sebanyak 1.7 juta dengan peratus pengisian sebanyak 91.26 peratus bersamaan dengan 1.57 juta orang merangkumi perkhidmatan awam persekutuan, badan berkanun persekutuan, perkhidmatan awam negeri, badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan.

"Daripada jumlah keseluruhan perjawatan sebanyak 1.7 juta tersebut, 62 peratus merupakan perjawatan di sektor kesihatan, pendidikan, tentera dan polis," katanya dalam jawapan bertulis parlimen kepada soalan BN Senator Ibrahim Shah Abu Shah minggu lalu. (RUJUK SINI)

Yang dituai oleh kebanyakan penjawat awam, kini telah pun berhasil. Namun, beras yang disangkakan, padi usang pula yang penuh kepuk. 

Begitu mudah ditipu dengan alasan-alasan klise, bahkan ketika DAP dan Pakatan Harapan menambahbanyakkan lagi perlantikan politik dalam GLC, GLIC, PLC dan sebagainya, keputusan untuk mengurangkan sejumlah besar kakitangan awam, masih lagi tidak dipandang serius. Kesan daripada keputusan kerajaan tersebut yang akan menambahkan beban kerja kepada kakitangan sedia ada, tidak begitu dirasakan sekalipun pada masa yang sama, rakyat yang menggunakan perkhidmatan awam termasuklah perkhidmatan hospital dan perubatan, mengeluh tentang tempoh masa yang dibazirkan terlalu panjang ekoran kekurangan kakitangan awam di sektor terbabit.

Inilah satu-satunya manifesto Pakatan yang ditunaikan. Pengurangan dan pembuangan penjawat-penjawat awam... dan seperti yang dikatakan oleh KPPA, Borhan Dolah, 

"...lantikan kontrak yang akan diperkenalkan lebih dinamik dan bersesuaian dengan generasi Y yang tidak begitu 'setia' dan memberi mereka opsyen untuk keluar daripada perkhidmatan awam dengan mudah selepas berkhidmat untuk tempoh tertentu." (RUJUK SINI)
Ironinya, DAP menerusi Tony Pua sendiri, memperbanyakkan lagi pengambilan kakitangan propaganda yang bertujuan mempertahankan DAP di Putrajaya dengan tangga gaji yang lebih lumayan berbanding perkhidmatan awam setelah DAP terutama sekali Lim Guan Eng, semakin teruk dikecam, dicerca, dimaki hamun dan disumpah seranah kerana kegagalannya sebagai Menteri Kewangan.

1 comment:

Anonymous said...

yg dah kena buang tak blh cakap apa dah...nyesal pun tak guna....yg belum sampai giliran kena buang siap sedia lah...yg teraniaya ialah yg tak undi ph....

 
Blogger Templates