Dan seperti biasalah, kesempatan itu segera diambil oleh Lim Kit Siang untuk memperlekehkan apa-apa sahaja kepercayaan orang Islam.
Sumpah Mubahalah merupakan sebahagian daripada ritual dalam ajaran Islam sesuai dengan Ayat 61 Surah Al-Imran yang bermaksud:
"Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya): "Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta." (Ali 'Imran 3:61)
Tafsir Al-Jalalain tentang ayat ini adalah seperti berikut:
Nabi saw. telah mengajak utusan Najran untuk itu, yakni tatkala mereka membantahnya dalam hal tersebut. Jawab mereka, "Kami akan memikirkannya dulu, kemudian akan datang kepada anda."
Kata salah seorang yang berpikiran sihat di antara mereka, "Tuan-tuan telah mengetahui kenabiannya, dan tidak suatu pun kaum yang mengadakan mubahalah dengan seorang nabi kecuali mereka akan celaka."
Ditinggalkannyalah orang tadi, lalu mereka berpaling. Mereka datang lagi menemui Nabi saw. yang ketika itu sudah keluar siap bermubahalah bersama Hasan, Husein, Fatimah dan Ali. Nabi saw. berkata kepada orang-orang Nasrani Najran, "Jika saya berdoa, aminkanlah."
Tetapi ternyata pihak lawan tidak bersedia berkutuk-kutukan itu hanya minta berdamai dengan membayar ufti.
Riwayat Abu Na`im dan diterima dari Ibnu Abbas, katanya, "Seandainya orang-orang Nasrani Najran itu bersedia meneruskan mubahalah niscaya mereka akan kembali ke negerinya sedangkan harta dan keluarganya tiada lagi." Diriwayatkan pula bahwa sekiranya mereka bermubahalah niscaya akan terbakar. (Tafsir Al-Jalalain, Ali 'Imran 3:61)
Doa Mubahalah bukanlah qazaf atau li'an seperti yang cuba digambarkan oleh sesetengah pihak yang cuba memperlekehkan usaha Najib Abdul Razak itu. Walaupun ritual doa mubahalah tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti atau masukan dalam fakta di mahkamah, namun mereka yang berpegang kepada agama Islam, pasti akan tahu konsekuens daripada perbuatan tersebut, sebagaimana yang telah menimpa Mirza Ghulam Ahmad, pendiri agama Ahmadiyah atau Qadiani.
Justeru, orang kafir seperti Lim Kit Siang tidak akan faham kepentingan doa mubahalah kerana orang kafir sepertinya bukan sahaja tidak akan percaya dengan konsekuens doa tersebut, sebaliknya jauh lebih besar lagi, mereka tidak percaya langsung dengan Allah Taala dan Kuasa-Nya.
Memperlekehkan doa mubahalah seperti yang dilakukan oleh Lim Kit Siang sebenarnya merupakan rutin dan teras perjuangan DAP. Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Islam, para pemimpin DAP akan cuba menjadi Iblis yang akan mempertikaikannya. Bahkan Lim Kit Siang suatu ketika dahulu, pernah meminta agar ayat-ayat al Quran yang membabitkan tentang orang kafir, dipinda atau dimansuhkan. (RUJUK SINI)
Namun, apabila dirasakan terdesak, mereka tidak segan silu akan memetik ayat-ayat al Quran seperti yang kerap dilakukan oleh Nga Kor Ming, seorang evangelis yang sekarang ini merupakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat selain juga merupakan Ahli Parlimen dan ADUN di Perak. Malahan Lim Kit Siang juga pernah memetik ayat-ayat al Quran ketika dia mahu mengajar bekas Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali. (RUJUK SINI)
Mungkin sesetengah orang kembang dengan apa yang dilakukan oleh Lim Kit Siang dan gerombolan DAPnya, tetapi bagi lebih ramai orang Islam yang waras dan beriman dengan Allah Taala dan rasul-Nya, perbuatan Lim Kit Siang itu sebenarnya adalah cubaan untuk memperlekehkan dan menghina agama yang dianuti oleh orang Islam.
Sesuatu yang amat menarik ialah bagaimana sikap yang ditunjukkan oleh para penyokong Pakatan dalam isu ini amat bertentangan dengan apa yang mereka laungkan.
Apabila Ahli Parlimen Pasir Salah mempersendakan vibuthi (debu suci) yang dipakai oleh RSN Rayer, bukan main lagi mereka mengutuk, mengeji dan memperlekehkan Tajuddin Rahman. Malahan Tajuddin disifatkan sebagai tidak sensitif dan beberapa laporan polis telah dibuat terhadapnya kerana menghina agama serta ritual yang diamalkan oleh RSN Rayer.
Begitu juga apabila Raja Petra Kamaruddin menulis tentang serban Amar Singh, kaum Sikh mengamuk sakan sehingga memburunya ke Manchester. Malahan beberapa kumpulan agama lain di Malaysia pun turut menghentam Raja Petra Kamaruddin secara beramai-ramai.
Kalau Vibuthi ada kena-mengena dengan Hindu, turban atau serban pula dengan agama Sikh, bukankah sumpah mubahalah juga ada kena-mengena dengan Islam, bahkan dinyatakan di dalam al Quran?
Apa yang malunya nak amalkan apa yang ada di dalam al Quran kalau kita mengaku kita orang Islam?
RASISME?
Jangan buat lawaklah! Takkan rasisme itu hanya membabitkan penghinaan orang Islam kepada bukan Islam sahaja. Bagaimana dengan orang bukan Islam yang sibuk nak jadi pengajar kepada orang Islam tentang Islam?
1 comment:
memang sikap kafir harbi....tapi bgi
penyokong dikalangan org yg mengaku Islam...tunggu jer balasan dri Allah...
Post a Comment