Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, June 23, 2015

ALAHAI HASAN MALEK!!! CEPAT BENAR BUAT ANDAIAN, BAPA TUNGGAL YANG BERGANTUNG KEPADA KERUSI RODA, TAK DAPAT BANTUAN SEBAB HIDUP TERPENCIL!!!



KUALA LUMPUR: Menyara tiga orang anak yang bersekolah dengan wang bantuan persekolahan sebanyak RM300 sebulan merupakan bebanan hebat buat Rosli Hamid yang lumpuh kedua kakinya selepas terlibat dalam kemalangan motosikal.

Rosli, 46, kini terpaksa bergantung harap sepenuhnya kepada wang Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan selain berdoa mendapat bantuan wang zakat yang sudah dipohonnya sejak tahun lepas.

Beban Rosli yang kini menetap di Kampung Air Itam, Terachi, Kuala Pilah itu dilihat semakin berat selepas dikatakan terpaksa berpindah dari rumah sewa yang didudukinya dengan kadar RM100 sebulan kini.

"Anak ada tiga, seorang darjah tiga, seorang darjah satu dan seorang lagi pra-sekolah.

"Mereka mendapat bantuan persekolahan sebanyak RM300 sebulan, jadi tiga anak ini akan berkongsi RM300 untuk wang belanja serta keperluan sekolah sehari-hari," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.


GALERI FOTO: Kasih ayah sepanjang masa, pengorbanan ayah tiada tandingan

Rosli terlibat dalam satu kemalangan motosikal sewaktu dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Kajang ke rumahnya di Kuala Pilah pasa tahun lepas.

Sejak itu, dia hanya terbaring di atas katilnya setelah seharian mencari rezeki ala kadar dengan kerja-kerja kampung.

BACA: Zakat Rohingya: 'Ramai lagi rakyat kita yang susah' - Che Mat

Rosli kini tinggal di rumah sewa selepas beberapa kali berpindah dan menetap bersama ibunya yang berusia 77 tahun.

Kata Rosli, paling menyedihkan apabila dikatakan ketua kampungnya tidak memberikan bantuan selepas permohonan zakat melaluinya dibuat pada tahun lepas.

BACA: RM1.7 juta sumbangan Projek Ihsan Tabung Haji seluruh negara

"Dia (ketua kampung) tidak mahu angkat tangan walaupun berselisih di tepi jalan. Dia seolah-olah tidak mahu melayan saya.

"Saya benar-benar mengharap wang zakat untuk meringankan beban kehidupan. Saya sudah memohon namun sehingga kini masih tidak ada sebarang maklum balas.


"Kenapa jadi begini? Saya rasa benar-benar layak untuk mendapat zakat dan keperitan hidup dengan bergantung kepada wang bantuan persekolahan, JKM dan kerja-kerja kampung dengan keadaan diri yang tidak sempurna benar-benar memeritkan," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Seri Hasan Malek berkata, Rosli perlu segera membuat aduan kepada pusat khidmat wakil rakyat di kawasannya.

Hasan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menjelaskan, Rosli juga tidak boleh terlalu mudah membuat dakwaan kepada ketua kampung tanpa mengetahui perkara sebenar mengenai status permohonan zakatnya.

"Dia (Rosli) perlu lihat kembali permohonannya, apakah ada masalah atau dokumen yang tidak lengkap di sana.

"Kita tidak pernah meminggirkan mana-mana penduduk yang susah, saya sendiri turun padang setiap minggu untuk bersama penduduk Kuala Pilah mengikut bahagian. Apa juga aduan akan saya lihat dan salurkan bantuan.

"Susah jika ada aduan yang terus ke media tanpa berbincang dengan pihak saya terlebih dahulu. Kita tidak mahu ada penduduk yang cakap terpinggir selepas kerajaan sendiri ada memberi bantuan melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)," katanya.


Dalam pada itu jelas Hasan, Rosli mungkin kurang bercampur dengan penduduk lain sehingga kesusahannya menjadi seolah-olah kes terpencil.

"Rosli mungkin tidak membuat aduan melalui ahli jawatankuasa kampung dan pegawai kawasan sendiri.

"Saya andaikan Rosli ini kurang hidup bermasyarakat namun kita akan kaji semula kes ini selepas menerima aduan, kita tidak mahu ada penduduk yang terpinggir," ujarnya.

Menurut laman Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), agihan zakat di negeri itu pada tahun 2013 adalah RM76,833,689.98.

Ia merangkumi agihan antaranya kepada amil, miskin,muallaf, fakir dan fisabillilah. (SUMBER)


6 comments:

Anonymous said...

Saya buka pejabat kebajikan OKU. Pejabat di tingkat 3. Mana2 OKU yg mau minta bantuan sila isi borang sindiri dan hantar sendiri pada saya, byhand ok. Kita mau pastikan hanya yg benar2 layak memohon

Anonymous said...

Kalau dia dah bekerusi roda macam tu kenapa pegawai sendiri x boleh datang...kau nak suruh dia pergi gerja ke mintak bantuan

Anonymous said...

Hasan Malek nie jenis mulut bercakap dulu, otak pikir kemudian, kerana lembap dan tiada keupayaan berfikir secara rasional...jadi mulut keluar apa hati nak cakap..

Anom 06.00am...mesej awak tuu pon Hasan Malek Tak Faham bila baca...

Hasan nak orang pie cari die...glamour sikit jer!!!

me&me said...

Assalamualaikum,

Saya terpanggil untuk memberi komen. Saya bukan penyokong Hasan Malek. Bagi saya Hasan Malek memberi kenyataan tanpa membuat kaji selidik. pelik juga dia masih menteri... Hmmmm... Saya bukan anti BN. Saya menyokong kerajaan Malaysia yang ada sekarang ini.

Saya sempat berbual dengan ADUN Pilah semasa kehadiran TV3 di kampung tersebut. Saudara Rosli hidupnya sebelum ini berpindah randah selepas mengalami kemalangan. Kini dia tinggal bersama ibunya di kampung. Setiap anak beliau menerima bantuan persekolahan sebanyak RM300 dari JKM. Manakala ibunya menerima bantuan dari JKM RM300 sebulan dan Baitulmal sebanyak RM200 sebulan. Rosli menerima dari PERKESO sebulan RM800. Tuan semua boleh membuat kiraan sendiri berapa sebulan beliau menerima bantuan. Pada saya, saya ingin menekankan bahawa ini bukan isu terpencil. Kerajaan BN telah memberi segala bantuan dan sektor kerajaan telah menjalankan tugas untuk membantu. Untuk maklumat tambahan, Pusat Zakat telah membiayai kos perubatan RM5,500 (one off) dan ada bantuan lain dari pusat zakat.

ADUN Pilah iaitu Dato' Norhayati ada memberi penerangan berhubung isu ini di TV3. Mungkin saya ada tersilap memberi maklumat. tapi secara kasarnya Rosli menerima bantuan dari Kerajaan.

Diharap admin boleh mendapatkan kesahihan maklumat saya ini melalui baitulmal, JKM dan pusat zakat.

Sekian terima kasih.

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Saya harap Hasan Malek perlu lebih peka dan bijak dalam menjawab soalan media. Jika tidak pasti, tangguhkan jawapan dalam kepala tu, amik fakta baru jawab soalan. Hasan Malek perlu bijak memberi jawapan kerana anda MENTERI!
Saya telah mendapat penerangan dari Dato’ Norhayati Omar ADUN Pilah berkenaan keadaan En Rosli. Keadaan Rosli, bukanlah seperti disangka. Berikut adalah bantuan yg diperoleh oleh beliau :
Anak En Rosli menerima bantuan persekolahan sebanyak RM300 yang diuruskan oleh pihak JKM.
Pusat Zakat memberi bantuan dengan membayar Kos rawatan selepas kemalangan sebanyak RM5,500.
Berikut adalah bantuan Bulanan:
PERKESO : RM800/sebulan
Baitulmal : RM300/sebulan
Ibunya juga menerima bantuan seperti berikut :
Baitulmal : RM300/sebulan
JKM : RM200/sebulan
Mengikut kiraan, En Rosli menerima bantuan sebanyak RM1,600 sebulan.
ADUN Pilah telah memberi penerangan berhubung keadaan En Rosli di TV3.
Sekian terima kasih.

Anonymous said...

kampung air hitam terachi kuala pilah rosli hamid luso tekan kono.....

 
Blogger Templates