Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, March 18, 2019

61 TAHUN NEGARA TERUK KERANA AMALAN KLEPTOKRASI, TAPI KERAJAAN PAKATAN HARAPAN SETIAP MINGGU JUAL ASET NEGARA.... DATANG DARI MANA ASET-ASET NEGARA TU?!!!



Sedap dengar pujukan Timbalan Perdana Menteri, Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, Kerajaan Pakatan Harapan adalah Kerajaan yang tidak berpengalaman. Justeru, rakyat perlu memberikan peluang kepada Kerajaan Pakatan Harapan untuk memperbetulkan segala kerosakan yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional sepanjang 61 tahun kewujudan sistem demokrasi di Malaysia.

61 tahun Malaysia telah dirosakkan oleh Barisan Nasional!

Kita tak perlulah menjuzuk-juzukkan setiap pentadbiran sepanjang 61 tahun itu. Namun persepsi yang cuba diwujudkan oleh Wan Azizah ialah sebelum 9 Mei 2018, Malaysia adalah sebuah negara yang sangat mundur, sebuah negara yang penuh korupsi manakala rakyatnya pula sangat kebuluran dan tidak mempunyai pekerjaan. Taraf hidup rakyat Malaysia sangat rendah berbanding negara-negara yang sama usia merdeka dan lepas dari cengkaman penjajahan seperti Malaysia.


Justeru, Kerajaan Pakatan Harapan yang perdana menteri sebenarnya adalah Lim Guan Eng, terpaksa melakukan sesuatu yang sangat drastik bagi memperbetulkan struktur negara ini hasil daripada pentadbiran Barisan Nasional.

Dari awal Pakatan Harapan mengambilalih pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Pakatan seperti anai-anai yang masuk ke dalam setiap khazanah negara, mengubah hierarki kepimpinan dan kemudian mengambil tindakan menjual serta melelong aset-aset negara, terutama yang berkaitan dengan Melayu, Bumiputera dan umat Islam.

Antara kempen agresif Pakatan Harapan adalah tohmahan kononnya pentadbiran Najib Abdul Razak telah menjual aset-aset negara terutama kepada China. Rakyat dimomok-momokkkan kononnya kalau Najib Abdul Razak terus disokong dan dibenarkan menjadi Perdana Menteri, Malaysia akan menjadi wilayah China, manakala rakyat Malaysia pula terpaksa memeluk akidah komunisme.


Serangan Pakatan Harapan turut tertumpu kepada 1MDB, salah sebuah organisasi pelaburan hartanah utama negara selepas Khazanah Nasional Berhad. Semua tentang 1MDB adalah buruk belaka. 1MDB juga didakwa menjadi poket wang yang menyalurkan wang songlap kepada Najib Abdul Razak. Namun akhirnya, Lim Guan Eng sendiri mengakui projek 1MDB seperti TRX, memberikan keuntungan besar kepada negara.

Ramai yang melihat dan menjangkakan, pentadbiran Lim Guan Eng akan menjual menara TRX itu.

FELDA dikatakan rugi dan muflis. FELCRA juga muflis dan rugi. Tabung Haji dikatakan telah dirompak dan rugi besar. Begitu juga dengan LTAT. Paling menarik ialah apabila Khazanah Nasional Berhad dikatakan rugi kesan daripada pelaburan pentadbiran yang lepas walaupun data-data yang dikeluarkan menunjukkan kerugian Khazanah mulai berlaku bermula pada 9 Mei 2018 dan terus rugi sepanjang Pakatan Harapan menjadi Kerajaan Persekutuan.

Hampir setiap bulan, ada-ada sahaja aset negara yang dijual oleh Kerajaan Pakatan Harapan.


Dua minggu lepas, bersungguh-sungguh Mat Sabu, Menteri Pertahanan menafikan dakwaan bahawa Boustead yang dimiliki oleh LTAT menjual Hotel Royale Chulan. Namun penafian orang yang tidak tahu apa-apa, akhirnya dimalukan oleh laporan berita antarabangsa tentang penjualan aset LTAT tersebut.

LTAT kehilangan banyak pelaburan dan perniagaannya selepas Pakatan Harapan menjadi Kerajaan. Antaranya termasuklah PharmaNiaga yang terlibat dalam pembekalan ubat-ubatan kepada hospital-hospital kerajaan. Selain itu, konsesi LTAT menerusi kamera-kamera dan sistem AES juga telah dirampas untuk diserahkan kepada syarikat-syarikat kroni.

Terbaru ialah penjualan dua menara Telekom Malaysia dan rancangan untuk menjual lebih banyak aset Telekom Malaysia (TM) atas alasan; pertama, kerana TM mahu mencairkan aset agar memiliki tunai lebih banyak dan kedua, tidak sanggup menanggung kos yang tinggi.


Sedap dengar cakap Wan Azizah yang mungkin tidak tahu apa-apa sebaliknya sekadar menggunakan naluri wanitanya. Tetapi rakyat sedang melihat, Kerajaan Pakatan Harapan yang dipenuhi oleh Menteri-Menteri yang menipu kelulusan, yang tidak tahu apa-apa tentang pentadbiran dan pengurusan negara, hanya teruja untuk menjual segala aset negara. Hampir setiap minggu, penjualan dilakukan dan Kerajaan Pakatan Harapan masih lagi memberikan alasan, HUTANG NEGARA!

Kalau benarlah 61 tahun pentadbiran Barisan Nasional sangat buruk, bagaimana agaknya selama 10 bulan ini, kerja Kerajaan Pakatan Harapan hanyalah menjual aset-aset negara? Dari mana agaknya datangnya semua sumber kekayaan dan aset-aset tersebut seandainya benar sepertimana yang diperkatakan oleh Kerajaan bahawa Pentadbiran Barisan Nasional selama 61 tahun telah menjahanamkan Malaysia?


No comments:

 
Blogger Templates