Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, February 12, 2015

WALAUPUN MUNGKIN TIDAK PERCAYA, JANGAN PERLEKEHKAN SOLAT HAJAT, WAHAI NUR JAZLAN!!!!



Ahli Parlimen Pulai, Nur Jazlan Mohamad merangkap Pengerusi PAC barangkali tertelan tahi menyebabkan zat-zat tahi telah meresap dalam otaknya. Dek kerana itulah, terlucut kata-kata yang tidak sepatutnya diucapkan oleh orang beragama Islam yang perlu menjaga lidah dan mulutnya, paling tidak.

Kenyataannya benar-benar mencabar umat Islam walaupun Nur Jazlan sendiri adalah pemimpin UMNO, berbangsa Melayu dan seharusnya beragama Islam.

Jangan bongkak sangat bila kata solat hajat yang dilakukan oleh para pendokong Anwar Ibrahim, tidak akan mengeluarkan Anwar Ibrahim dari penjara. Kalau dah kuasa Allah Taala, kalau sudah diperkenankan, segala-galanya menjadi.

Samalah seperti kemenangannya di Pulai. Walaupun PKR dan PAS mengadakan solat hajat sepanjang musim pilihanraya untuk memenangi kerusi tersebut, kuasa Allah Taala telah memberikan kemenangan kepada Nur Jazlan. Jangan pandang kepada 'kegagalan' solat hajat PAS dan PKR di Pulai tetapi pandang dan renungkanlah permohonan mereka yang dipanjatkan kepada Allah Taala, iaitu memberikan kemenangan untuk golongan yang benar-benar mahu menjaga Islam.

Walaupun Nur Jazlan mungkin kurang peduli dengan kemaslahatan Islam dan umat Islam, tetapi parti yang dianggotainya, yang menjadi asbab kepada kemenangannya, membolehkan dia berada pada jawatan itu.

Begitu jugalah dengan masuknya Anwar Ibrahim dalam penjara.

Jangan ingat kerja Allah Taala itu sehala dan selaras dengan akal kita sebagaimana yang kerap ditanggapi oleh sebahagian besar peguam yang kagum dengan jawatan dan pengetahuan mereka. Setiap yang Allah Taala jadikan, ada punca, ada sebab dan ada hikmahnya.

Mungkin Nur Jazlan melihat solat-solat hajat didirikan oleh para pendokong Anwar Ibrahim, tetapi Anwar Ibrahim tetap didapati bersalah serta dipenjarakan, maka keimanan dan kepercayaannya kepada Allah Taala sedikit menurun. Namun, Nur Jazlan barangkali tidak pernah mendengar bagaimana doa dipanjatkan sehingga dia tidak dapat melihat bagaimana Allah Taala mengabulkan permohonan hamba-hamba-Nya dengan hikmah-Nya.

Setiap kali solat hajat dibuat, setiap kali itulah juga, doa memohon agar kebenaran ditunjukkan, diselamatkan orang yang dizalimi, dibalasankan golongan penzalim, ditenggelamkan kebatilan dan dinyatakan siapa yang bersalah, akan dialunkan dengan penuh kesyahduan. Berapa ramai yang mengaminkannya.

Allah Taala mengabulkan permohonan tersebut. Anwar didapati bersalah. Mahkamah membuat keputusan Anwar telah meliwat Saiful Bukhari berdasarkan bukti-bukti dan fakta-fakta yang disediakan oleh pihak pendakwa. Walaupun hudud tidak dilaksanakan di negara ini, hukuman takzir membolehkan Anwar diperosokkan ke dalam penjara selama 5 tahun.

Nur Jazlan sepatutnya tidak takabbur!

Ayat 26 Surah Ali Imran yang antara lain maksud ayat adalah:

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."


12 comments:

Anonymous said...

Sebagai seorang muslim, saya tidak melihst apa2 kontroversi daripada kenyataan hur jazlan!!!!!!

Yang salah tetap salah....sebab itu kena masuk penjara. Kalau kita hendak solat hajat untuk petunjuk Allah bukan untuk bebaskan anwar yang didapati salah.

Ingatlah.....kesemua 5 orang hakim itu adalah orang islam dan tahu yang betul dan salah

Anonymous said...

Jazlan... ckp biar berlapik
Saya pun x suka Anwar
X suka PR
Bnyk sgt bengkang kengkoknya

Tp cara kamu ckp tu Jazlan
Berpada2lah....
Jgn tunjuk sgt kejahilan kamu dlm agama




Mat Umno Pendang

sesejuk mata memandang said...

Kuasa Allah adalah segalaNya an doa serta hajat umatNya tidk pernah diabaikan cuma bila masa setiap yang kita mohon dari Allah akan diperkenankan cepat atau lambat bergantung kepada hajat dan tujuan.

Sebaliknya jika Anuar mahu cepat dilepaskan seharusnya beliau lah berdoa bermunajat kerana dizalimi pemerintah (ikut kata penyokongnya)
Allah maha mendengar menhetahui setiap rintihan dan perbuatan umatnya malah dalam kes Anuar Allah akan perkenankan doa dan hajat pengikutnya sekiranay ANuar jujur dan bertaubat, maka paling cepat pun Anuar permohonan hajat pengikut Anuar akan dikabulkan setelah anuar slesai menjalani hukuman atas perbuatan dosanya. Ameen

Anonymous said...

Tuhan selesaikan masalah "kun fayakun" ajer. Ingat cerita Firaun, musuh yg ditakuti dan cuba dihapusnya dgn pelbagai usaha, dibesarkan dan dibiayai dlm istananya sendiri.
Sipa tahu, boleh jadi AI diberi hidayah, benar benar taubat jadi pemimpin hebat yg jadi asbab penyatuan semua bangsa bangsa M'sia, bawa kemakmuran bahkan mungkin juga jadi asbab Islamnya pemimpin pemimpin DAP dan bukan Islam lainnya kat M'sia ni. Ingat cerita Nabi Yunus a.s. mcm mcm usaha dakwah dibuat, tak menjadi, tp bila ditinggalkan pulak umatnya beriman.
Wa makaru wa makarAllah wAllahu khairulmakirin.

Anonymous said...

Tak apa. Aku akan buat solat hajat utk Allah menimpa bala keatas Nur Jazlan dan keluarganye yg begitu takbur. Dia ingat dunai ni dia punya.

Anonymous said...

Pembangkang ckp mcm longkang
Tp klu cara jazlan ckp ni...
Patutlah kena bangkang
Dah 2x5 mcm org PR
mcm longkang

Anonymous said...

Anwar zalimi diri sendiri
Mohon betulkan yer

Itu baru kena dek undang2 dunia
Mati nanti.. lg dasyat
Hrp2 Anwar bertaubat
Allah Maha Pengampun

Anonymous said...

Solat hajat untuk kebaikan, kemakmuran..bukan utk dipohon bala.

Anonymous said...

Gayanya jauh betul.kita dari matlamat hidup sebenar. Orang yang kita sanjung tidak akan sampai masa kita pergi, begitu juga dgan org yang kita kutuk,sampai masa.kita pergi juga,tidak sesiapa mampu menolong kepada ALLAH yang satu tempat memohon, bukannya dua atau tiga. ALLAH itu satu

Anonymous said...

Asal mcm nie selalu .. tiap kali ada kelebihan nak ambil hati rakyat ada je kenyataan songsang dari ahli bn.. entah apa2 ... baik diam.

Anonymous said...

Pada saya, kenyataan nur jazlan jika dipandang dari sudut agama, bukan dari pandangan org awam, mmglah tidak salah. Hanya kuasa Allah yg boleh mengatur segala galanya. Tidak pada makhluk. Walau bagaimanapun, ayat nur jazlan ini tidak sesuai dituturkan dikhalayak awam kerana boleh menimbulkan polemik. Dilihat dari sudut konteks ia digunakan, mmg salah. Kesimpulannya, bangang betul nur jazlan ni. Dari ckp bende2 yg merugikan, baik ko senyap la bahalol.

Anonymous said...

Aku mengharapkan nur jazlan tersalah ayat. Mungkin dia nak cakap "solat hajat pun x berguna andai doa kita itu berbentuk kebatilan"

Cuma bersangka baik..

 
Blogger Templates