Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, February 2, 2015

KETUA PEMUDA MCA YANG BEBAL TAHAP CENGKADAK KULUP. PATUTLAH MCA GHUYUB!!!



Chong Sin Woon yang menggantikan Wee Ka Siong sebagai Ketua Pemuda MCA, rupa-rupanya tidak cukup cerdik dan tidak cukup faham mantiq yang dibuat oleh Menteri Pertanian, Ismail Sabri membabitkan pemboikotan ke atas 'peniaga-peniaga Cina' sehingga melabelkan Ismail Sabri sebagai SANGAT RASIS!

Fahamnya barangkali Cina itu bermaksud dia dan puaknya, padahal secara jelas dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Ismail Sabri, para peniaga Cina yang dimaksudkanya adalah DAP!

Dan barangkali juga Chong Sin Woon tidak pernah belajar dari sejarah.

Pilihanraya 1969 menyaksikan MCA kalah teruk apabila turut bermain dan berkongsi sentimen yang sama dengan DAP. Kerusi-Kerusi bandaran yang ditandingi oleh MCA, kesemuanya kalah teruk dan selepas 1969, MCA tidak pernah bangkit semula. Kebanyakan kerusi Parlimen dan DUN yang dimenangi oleh MCA di seluruh negara adalah dengan bantuan para pengundi Melayu-Bumiputera dan India. MCA sudah terlalu lama kehilangan sokongan daripada orang Cina sendiri.

Namun masih ramai pemimpin MCA yang tidak tahu hendak meletakkan PRIORITY bagi menjamin kemenangan calon-calon mereka. Chong Sin Woon sekalipun turut bergelar SENATOR, ternyata lebih seronok bergabung dengan DAP menyerang apa-apa sahaja kenyataan yang dilihat secara luaran sebagai serangan ke atas Cina.

Bukankah Cina juga merupakan masyarakat pengguna di negara ini? Dan bukankah Cina juga merupakan majoriti peniaga di negara ini? Bukankah Cina yang menguasai bidang pengedaran dan pemasaran barangan serta perkhidmatan pengguna? Malah bukankah begitu ketara, Cina yang menjadi majoriti menyalahkan Kerajaan kerana kenaikan harga walaupun sebenarnya yang menaikkan harga adalah para peniaga mereka sendiri?

Mengapa Chong Sin Woon dan para pemimpin yang SEOTAK dan SEAKAL dengannya tidak memikirkan perkara tersebut sebaliknya terperangkap dengan mainan politik RASIS gaya DAP?

Apakah ego sebagai Cina terlalu besar, sehingga Chong Sin Woon terpaksa menafikan yang MCA bekerjasama dengan UMNO dan MCA mendapat tempat kerana sokongan daripada UMNO? Apakah susah untuk MCA terima bahawa orang Cina sendiri telah lama mencampakkan MCA bukan kerana MCA menjadi BUDAK SURUHAN UMNO tetapi kerana MCA kalah di kerusi-kerusi bandaran di tangan DAP? Apakah buta sudah mata Chong Sin Woon untuk melihat DAP menghina MCA kerana MCA hanya boleh menang dengan undi Melayu, bukan dengan undi Cina walaupun MCA adalah sebuah pertubuhan atau parti berorientasikan Cina? Apakah bodoh sangat Chong Sin Woon untuk menyedari fakta bahawa dengan 62% daripada keseluruhan rakyat Malaysia, MCA perlu mengikut arus jikalau hendak menang, bukannya bergantung kepada 15% komposisi Cina di Malaysia yang hampir keseluruhan mereka menjadikan DAP sebagai parti agungan mereka?

Sepatutnya Chong Sin Woon memenangi hati pengundi Melayu terlebih dahulu bagi memudahkan mereka memenangi kerusi-kerusi yang ditandingi dengan melakukan tekanan ke atas para peniaga Cina yang secara terang-terang berpihak kepada DAP, bukannya menyertai mereka untuk kelihatan menekan Melayu bagi memastikan DAP berkuasa!!!

Apa bebal sangat Ketua Pemuda MCA nih?


BILA TNB NAK TURUNKAN TARIFF ELEKTRIK? SETAKAT BEKUKAN KENAIKAN, TAK GUNA!!!



TNB ketika memberikan kewajaran mengapa Kerajaan perlu akur dengan kenaikan tariff elektrik menjadikan kenaikan bahan api sebagai alasan utamanya. Pada ketika itu, tidak pula TNB menyatakan bahawa TNB terlalu bergantung kepada arang batu, sebaliknya minyak dan gas.

Namun penurunan harga minyak dunia dan Malaysia sendiri sudah menurunkan harga untuk penggunanya sebanyak dua kali pada kadar yang besar, TNB masih juga tidak menurunkan tarif elektrik. Cuma beberapa minggu lepas, TNB menyatakan bahawa kenaikan tarif ditahan sementara menunggu harga bahanapi 'kembali stabil'.

Eh, pelik juga alasan yang diberikan. Masa harga minyak mentah dunia naik beratus ringgit setong, tak pula digunakan alasan 'tunggu harga stabil', sebaliknya tarif dinaikkan juga walaupun rakyat menyatakan bantahan.

Sekarang, semua pandangan terarah kpada TNB yang masih mendiamkan diri. Pembekuan kenaikan tarif elektrik TNB telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 20 Januari 2015 dalam intervensi Bajet 2015.

Banyak pihak yang mengeluh tentang 'caj-caj tersembunyi' pada bil domestik TNB. Walaupun cuba berselindung dengan menyatakan TNB memberikan elektrik percuma kepada pengguna di bawah RM20, rasa-rasanya kebanyakan yang mendapat kemudahan tersebut adalah pendatang asing yang lebih banyak bergelap daripada menggunakan lampu serta tidak mempunyai banyak barangan elektrik keperluan isi rumah bagi memudahkan mereka berpindah apabila diserbu.

Berbanding penduduk tempatan terutama di kawasan bandar, bil berharga RM20 merupakan impian yang tidak akan kesampaian, sekalipun yang digunakan di rumah sekadar lampu kalimantang, sebuah peti sejuk dan sebuah mesin basuh.

Bila lagi TNB benar-benar mahu menjalankan tanggungjawab sosial, memulangkan kembali keuntungan berlebihan kepada para pelanggannya yang bukan sahaja setia tetapi tidak mempunyai pilihan lain? Tak sudahnya, walaupun telah diswastakan, TNB masih menggunakan mulut dan lidah Perdana Menteri untuk membela mereka sedangkan mereka yang bergaji ratusan ribu ringgit dalam TNB, sunyi sepi!!!

Masa harga minyak naik, kalut TNB nak naikkan tarif. Bila harga minyak turun, TNB terus jadi pondan mandom yang disuruh mengaku dia jantan ke betina!!!


KERANA KEBAL UNDANG-UNDANG MALAYSIA, TERESA KOK SEKALI LAGI MEMBUAT HASUTAN DAN FITNAH MENERUSI KLIP VIDEO TAHUN BARU CINANYA TERBARU!!!



Dengan menampilkan Cynthia Gabriel, Hew Kuan Yau, Nurul Izzah, Khalid Samad dan A. Samad Said serta LO-SI-MA atau Kilat Xia, Teresa Kok sekali lagi menjadikan Rosmah Mansor dan Najib Abdul Razak serta apa-apa sahaja yang berkaitan dengan 1Malaysia sebagai bahan jenaka dan sindiran untuk memberikan persepsi bahawa ORANG MELAYU BODOH, ORANG MELAYU BANGANG dan ORANG MELAYU KUAT BERANGAN-ANGAN dengan semuanya hendak jadi nombor satu - 1Malaysia, Kedai Rakyat Satu Malaysia, 1MDB - sedangkan semuanya gagal!



Dengan TAG 'DUIT TAK ADA', Teresa Kok menerusi penyiaran klip video yang dilancarkannya cuba menggambarkan bahawa rakyat Malaysia semakin miskin walaupun Tahun Baru Cina sudah hampir dengan tahun ini adalah Tahun Kambing yang membawa maksud kemakmuran.

Namun yang paling menarik ialah tentang kesengajaan fitnah yang dibuat oleh Teresa Kok dan kawan-kawannya menerusi isu CINCIN BERLIAN, main golf, jet peribadi dan membeli belah secara mewah di seluruh dunia.

Walaupun secara jelas, klip video tersebut ditujukan kepada Rosmah Mansor dan Najib Abdul Razak, kali ni, Teresa Kok yang masih berhadapan dengan kes HASUTAN menerusi klip video Tahun Baru Cina tahun lepas, tidak lagi berani menggunakan nama Rosmah Mansor dan Najib Abdul Razak kecuali nama LO-JI-MA dan AH JIT.

Aneh juga, kenapa agaknya Teresa Kok tidak memasukkan sekali elemen kekayaan para pemimpin DAP yang menggondolkan bukit bukau di Kelantan sehingga menyebabkan banjir lumpur. Dengan keuntungan pembalakan bernilai ratusan juta ringgit tetapi hanya RM10,000 yang disumbangkan, manakala rakyat Pulau Pinang dengan dana daripada Kerajaan Persekutuan telah diserahkan kepada NGO pro-DAP Kelantan dan sekolah-sekolah Cina serta Husam Musa, kononnya itu duit DAP.

Tidak juga Teresa Kok mahu memasukkan elemen kenaikan cukai pintu, cukai tanah, surcaj air dan pembaziran pentadbiran Lim Guan Eng yang berjumlah berbilion-bilion Ringgit walaupun dengan berani menyatakan, 1MDB rugi RM40 bilion.

Apa yang ditakuti tentang penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri dahulu, kini telah menjadi kenyataan. Akta Hasutan dan tindakan undang-undang ke atas orang seperti Teresa Kok, nampaknya tidak dapat dilakukan berbanding ke atas pemimpin-pemimpin dan marhein-marhein Melayu-Bumiputera.

Buktinya, kes Teresa Kok dari tahun lepas, masih belum selesai-selesai!!!


BENARKAH KEWUJUDAN SABOTAJ PRODUK MAKANAN MELAYU-BUMIPUTERA DI PASARAN UNTUK WUJUDKAN PERSEPSI NEGATIF SELEPAS DESAKAN TURUNKAN HARGA SEMAKIN KUAT?



Produk-produk IKS yang kebanyakannya diusahakan oleh pengusaha Melayu-Bumiputera sedang berhadapan dengan masalah disorok dan harganya dinaikkan. Dengan kuantiti di pasaran mulai dikurangkan secara berperingkat-peringkat, pemborong menaikkan harga setiap produk tersebut manakala produk bukan Bumiputera-Melayu pula, direndahkan sedikit harganya menerusi penyerapan GST di mana lebihan bayaran dikembalikan oleh kerajaan kepada pengilang dan penjual.

Persepsi akan ditimbulkan iaitu pengusaha-pengusaha Melayu-Bumiputera terlalu tamak untuk menaikkan harga dan mengaut keuntungan besar, sekaligus menyebabkan para pembeli akan beralih mendapatkan produk yang lebih murah dan rendah harganya.

TESCO dan hypermarket sudah pun memperlihatkan pengurangan produk IKS. Manakala pusat borong seperti NSK pula tidak langsung mengambil atau menyediakan ruang untuk produk-produk Melayu-Bumiputera. Apabila ditanya, jawapan yang diberikan adalah.... TERUSKAN BACAAN DI BULETIN 247


TAUKEH THE EDGE NAFI MANIPULASI RINGGIT UNTUK KAUT KEUNTUNGAN BERBILION RINGGIT MACAM SOROS TAHUN 97 DAHULU!!!



Ahli perniagaan dan pemilik The Edge Media Group Datuk Tong Kooi Ong (gambar) hari ini menafikan tuduhan yang beliau membuat taruhan terhadap ringgit bertujuan menjatuhkan nilainya bagi mengaut keuntungan peribadi seperti didakwa beberapa blog di Internet.

Dalam satu kenyataan, pengerusi eksekutif kumpulan itu mengatakan, beliau sedang mengenalpasti mereka yang bertanggungjawab menulis di blog tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. 

Katanya, sekiranya beliau benar-benar didapati terlibat dalam aktiviti spekulasi matawang, Bank Negara Malaysia pasti menyedari tuduhan yang dibuat terhadapnya itu dan sudah menghubunginya.

"Saya dengan sekeras-kerasnya menafikan tuduhan itu. Saya tidak pernah sekali-kali melakukan 'short position' ke atas ringgit," katanya merujuk istilah bermaksud transaksi yang dilakukan pelabur apabila menjangkakan nilai ringgit akan jatuh. 

Melalui "short position", pedagang dan pelabur matawang akan memperdagangkan ringgit kepada US dollar ketika nilai ringgit dijangka jatuh. Mereka kemudiannya akan membeli balik ringgit pada nilai yang rendah ketika ia makin menyusut dan mengaut keuntungan yang tinggi.

"Saya seorang penganalisis ekuiti, selain usahawan yang sudah lama bertapak. Saya seorang pelabur nilai.

“Saya tidak pernah memintas mata wang atau ekuiti. Saya memperoleh dan membina syarikat, mewujudkan nilai bagi pemegang saham dan mewujudkan pekerjaan melalui idea dan inovasi. Rekod saya boleh buktikan semua ini.

"Saya yakin Bank Negara akan sedar jika terjadi jenayah kejam seperti didakwa. Bank Negara tidak menghubungi saya dan saya jamin akan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan Bank Negara sekiranya bantuan saya diperlukan pada bila-bila masa," kata Tong.

Beliau menyifatkan tuduhan yang dibuat itu satu "pembohongan berniat jahat dan fabrikasi" yang "di luar batas kesopanan manusia". Tuduhan itu dibuat di dua blog iaitu malaysianexpose.wordpress.com dan kronismemahathir.wordpress.com baru-baru ini.

"Buat masa ini saya belum dapat memastikan individu yang bertanggungjawab mereka pembohongan berniat jahat itu terhadap saya, dan apa niat mereka. Saya akan mengambil tindakan undang-undang sebaik dapat mengenal pasti mereka," katanya.

Blog tersebut memetik sumber Bank Negara mendakwa, Tong membuat "short position" berjumlah AS$1.4 bilion ke atas ringgit melalui proksi sejak Ogos tahun lepas hingga Januari tahun ini.

 Tetapi Tong berkata, mustahil untuk "memecahkan Bank Negara" atau "menghancurkan ringgit" ringgit kerana rizab pertukaran asing negara berjumlah lebih AS$110 bilion, sementara akaun semasa negara ini berada dalam lebihan.

 "Pinjaman bukan ringgit sangat rendah. Saya pernah menyatakan hal ini dalam ucapan dan artikel saya," katanya mengenai keadaan kewangan Malaysia.

 Tong berkata "hampir setiap mata wang di dunia" jatuh berbanding dolar AS dan sebahagian sebabnya ialah pengukuhan ekonomi AS dan jangkaan kenaikan kadar faedah.

 "Di samping itu, banyak negara di rantau ini dan juga Eropah mengalami susut nilai bagi mata wang mereka dan menurunkan kadar faedah bagi menggalakkan pertumbuhan," katanya.

 Ringgit jatuh ke tahap paling rendah sejak krisis kewangan 2008 di tengah-tengah suasana hutang negara yang tinggi dan harga minyak dunia yang rendah.

 Tong berkata beliau juga menyokong saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan mereka yang mensabotaj ekonomi negara mesti dibawa ke muka pengadilan.

 "Sebagai rakyat Malaysia, saya juga menentang pensabotaj ekonomi. Saya menyokong saranan perdana menteri yang pensabotaj ekonomi negara mesti dibawa ke muka pengadilan."

 Jumaat lalu, Najib memberitahu media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang kerajaan akan bertindak terhadap manipulator ringgit jika terdapat bukti terhadap dakwaan yang dibuat ke atas mereka. (SUMBER - TMI)


Sunday, February 1, 2015

BOIKOT PENIAGA CINA-DAP NAIKKAN HARGA: MENTERI MACAM ISMAIL SABRI INILAH YANG DIPERLUKAN, TAK BANYAK RETORIK TAPI BERTERUS-TERANG!!!



Memang ramai yang akan sakit hati dengan kenyataan terbaru Menteri Pertanian, Ismail Sabri yang sedang viral. Memang berterus-terang. Memang berani dan sememangnya memperkatakan benda yang dirasai oleh denyut nadi rakyat.

Sudah dua kali harga minyak diturunkan. Sudah beberapa kali juga Kementerian Pertanian menerusi Ismail Sabri memberikan isyarat bahawa Kementerian Pertanian akan melakukan sesuatu sekiranya golongan pemborong, pengilang, orang tengah dan peruncit tidak menurunkan harga makanan dan perkhidmatan, namun nampaknya 'amaran' yang diberikan oleh Kementerian Pertanian dan menterinya, tidak menakutkan mereka langsung.

Malah, berita-berita terbaru seperti lambakan padi dan beras yang berlaku di utara walaupun pada msa yang sama, terdapat permintaan tinggi untuk pengimportan beras dari negara asing kononnya untuk memenuhi keperluan dan permintaan domestik, membuktikan bahawa ada permainan tertentu yang sedang dilakukan oleh golongan yang amat berkuasa dalam pasaran makanan dan perkhidmatan itu.

Mungkin juga kerana KPDNKK yang pernah diterajui oleh Ismail Sabri dahulu, kini tidak lagi berfungsi dan seperti tidak wujud dan menterinya juga lebih banyak mendiamkan diri, maka golongan yang menguasai jaluran serta wilayah pemasaran dan pembekalan, berlagak seolah-olah mereka adalah kepala gangster yang memaksa para pengguna tunduk kepada kehendak mereka.

Maka disebabkan itulah juga, tiada sebarang penurunan harga barang makanan dan perkhidmatan yang ditunjukkan. Kalau harga makanan dan perkhidmatan tidak diturunkan, maka jangan haraplah surcaj api dan air juga akan diturunkan sebagaimana terbukti menerusi peningkatan surcaj air di Pulau Pinang pada kadar hampir 100% berbanding surcaj yang dikenakan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum digulingkan oleh Lim Guan Eng.

Teguran Ismail Sabri tentang ketidakpekaan serta kurangnya kesedaran di kalangan pengguna Islam tentang mutu makanan dan minuman di kedai-kedai makan atau restoran-restoran makanan segera seperti Kopitiam atau Old Town yang sudah beberapa kali terdedah bahawa kehalalannya ditarik balik atau diragui, memang tepat!

Selain KPDNKK, kuasa sebenar adalah pada pengguna sendiri. Kalau produk-produk Bumiputera kurang dibenarkan masuk ke pasaran oleh para pemborong dan pengedar dengan alasan takutkan persaingan, mengapa tidak para pengguna menggunaka kuasa mereka, menyekat pula produk-produk makanan berharga mahal dan MENGAJAR PUAK-PUAK INI agar menurunkan harga!!!

Mengapa hanya mereka sahaja yang pandai nak mengajar dan menekan? Sampai bila kita hendak rasa tertekan dan terancam?

Lim Guan Eng dan Rafizi Ramli serta Tony Pua kata para peniaga Cina akan menghentikan aktiviti perniagaan kalau harga yang mereka kenakan diancam, MAKA ELOKLAH KITA PULA TUNJUKKAN bahawa penutupan dan penghentian aktiviti-aktiviti perniagaan itu, AMAT DIALU-ALUKAN bagi membolehkan mereka yang tahu tanggungjawab sosial selain mencari keuntungan tanpa menyusahkan penguna, mengambilalih aktiviti perniagaan para peniaga Cina!!!

Jom kita tunjukkan kepada puak kiasu yang cuba menggunakan harga makanan dan perkhidmatan sebagai cara menaikkan kemarahan rakyat kepada kerajaan ini!!!!


PKR TARGET NILAI RINGGIT DIJATUHKAN SEHINGGA RM3.90 BERBANDING USD1.00 UNTUK JATUHKAN KERAJAAN!!!



Mungkin sudah ramai yang terlupa atau tidak tahu atau barangkali juga sengaja cuba memadamkan fakta sejarah 1997 ini. Namun sejarah tetap sejarah. Walaupun cuba digelapkan, ia tetap kekal sebagai suatu fakta yang tidak boleh diubah-ubah.

Kejayaan George Soros dan kumpulan penyangak matawangnya pada tahun 1997 bermula dengan serangan ke atas mata wang Britain iaitu Pound Sterling kemudian melarat ke Brazil dan Asia Timur. Thailand, Indonesia, Korea Selatan dan Malaysia adalah yang paling terjejas. Namun Asia jugalah yang berjaya mencari jalan menamatkan dengan China memulakan ikatan nilai matawangnya berbanding Dollar Amerika Syarikat. Langkah tersebut kemudiannya dituruti oleh Malaysia di bawah kepimpinan Mahathir, sekaligus mengakhiri penguasaan George Soros setelah tindakan mengikat matawang oleh Mahathir, menyebabkan Soros rugi berbilion-bilion Ringgit dalam perdagangan spekulasi matawang.

Namun ada satu lagi fakta penting yang tidak boleh ditinggalkan memandangkan fakta inilah sebenarnya yang lebih menghangatkan lagi serangan ke atas matawang rasmi Malaysia itu.

Semuanya ini bermula walaupun cuba digambarkan sebagai satu kebetulan atau drama yang dipentaskan oleh Mahathir setelah Perdana Menteri ketika itu mula mengambil serius tentang tuduhan yang dilemparkan ke atas Timbalannya. Dalam usaha mencari kepastian sekaligus membolehkan siasatan dijalankan secara bebas, Mahathir bercuti daripada jawatan Perdana Menteri dan menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada Timbalannya pada ketika itu.

Ternyata timbalannya masuk perangkap, sekaligus membenarkan segala tuduhan ke atasnya. Apabila Mahathir balik dari bercuti dan mengambilalih semula jawatan Perdana Menteri, beberapa panggilan telah dibuat ke atas individu-individu yang melemparkan tuduhan ke atas Anwar Ibrahim. Apabila Anwar Ibrahim mengetahui, dia mula kelam-kabut dan mula melakukan serangan serta desakan agar Mahathir segera melepaskan jawatan Perdana Menteri kepadanya.

Beberapa tindakan pantas yang dilakukan, termasuklah memasukkan Anwar Ibrahim ke dalam peti sejuk dan peneguhan MTEN untuk menangani masalah serangan ke atas pasaran saham dan matawang Malaysia, selain ikatan nilai Ringgit dengan Dollar Amerika Syarikat, kembali memulihkan ekonomi dan rejim kewangan Malaysia.

Kes liwat yang dilihat sebagai punca sebenar serangan matawang dan pasaran saham Malaysia, akhirnya dibicarakan. Kehangatan kes perbicaraan tersebut dengan tindakan tegas tanpa sebarang perlengahan dan permainan tunda-menunda, akhirnya memantapkan semula ekonomi dan kewangan Malaysia.


Tahun 2015 juga nampaknya keadaan yang serupa juga sedang berlaku. Dengan watak bernama Ong Tong Kooi yang merupakan 'Bendahari Anwar Ibrahim' mengambilalih tugas dan peranan George Soros, perjalanan ini mula didedahkan menerusi LANGKAH KAJANG yang akhirnya memecah belahkan PKR dan menggawatkan kepimpinan Negeri Selangor.

Walaupun Rafizi Ramli cuba menafikan dokumen LANGKAH KAJANG yang terkangkang, namun sehingga kini, Rafizi Ramli mahupun Saifuddin Nasution tidak berani langsung membuat laporan polis dan meminta polis menyiasat 'pemalsuan' berkenaan. Sebaliknya Rafizi Ramli sekadar mampu menyatakan yang dokumen tersebut palsu dan mentertawakannya tanpa sebarang penjelasan konkrit dan pada masa yang sama menunjukkan kelam-kabut dan ketakutannya.

Seperti yang anda dapat lihat, Fasa Ke-4 perancangan PKR dalam Langkah Kajang yang juga digunakan untuk menjahanamkan Malaysia, ialah dengan menurunkan nilai Ringgit menjadi RM3.90 bagi setiap nilai USD1.00. 'Kejayaan' menghuru-harakan Malaysia pada tahun 1997 dengan penurunan nilai Ringgit menerusi kadar dan nisbah RM4.80 kepada USD1.00, cuba dikembalikan bagi menyelamatkan Anwar Ibrahim daripada kes liwat yang membabitkannya. Namun kejayaan itu berjaya dikekang dengan tambatan Ringgit dengan Dollar pada kadar RM3.80 kepada USD1.00.

Idea yang sama, modus operandi yang sama, namun adakah kali ini Anwar Ibrahim akan berjaya memandangkan Bank Negara sendiri nampaknya lebih mementingkan polisi-polisi IMF dan Bank Dunia yang ditolak oleh Mahathir pada penghujung 1990-an?

Nilai Ringgit sekarang berbanding US Dollar adalah RM3.63!!!




 
Blogger Templates