Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, June 5, 2016

KESIAN CALON-CALON UMNO-BN DI KUALA KANGSAR DAN SUNGAI BESAR, MEREKA TIDAK DAPAT UNDI CINA!!!



Dari tahun 2008 sehingga sekarang, harapan besar dan tinggi terus dihadirkan oleh para pemimpin Barisan Nasional tentang undi dan sokongan daripada masyarakat pengundi berbangsa Cina. Mujur juga mereka tidak begitu teruja dengan PRU tahun 1999 yang menyaksikan, BN hampir kehilangan kuasa di tangan barisan pembangkang kalau tidak kerana saat-saat akhir hasil 'campurtangan' dan rundingan besar antara Presiden UMNO yang pada waktu itu adalah Perdana Menteri Malaysia dengan Suqui dan Dong Zhong.

Campurtangan Suqui dan Dong Zhong akhirnya menyaksikan Barisan Nasional masih mengekalkan kuasa dengan dua pertiga majoriti di Parlimen tetapi UMNO sendiri kehilangan terlalu banyak kerusi. Namun yang lebih menyedihkan ialah apabila Dasar Pelajaran Kebangsaran, akhirnya mengalah kepada kehendak Pendidikan Vernakular yang menyaksikan pemerkasaan sistem pendidikan SJKC.

Tahun 2008 bermulalah, Tsunami Cina yang menyaksikan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Abdullah Badawi kehilangan lebih banyak kerusi kerana para pengundi terutama sekali pengundi Cina beralih arah sokongan, daripada MCA, GERAKAN, SUPP dan sebagainya kepada DAP. Malahan MIC juga hampir hancur berkecai dengan menjadi parti politik paling minoriti di dalam Barisan Nasional.

Para pemimpin MCA yang menang pula, sekadar  mewakili Parlimen yang mengandungi majoriti pengundi-pengundi Melayu.

PRU-13, dengan keyakinan penuh bahawa Pakatan Rakyat yang mengandungi DAP-PKR-PAS akan berjaya merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional, mereka keluar mengundi beramai-ramai. Jumlah undi pengundi muda mereka sangat ramai. Keaktifan mendaftarkan anak-anak muda Cina yang layak membuang undi menghasilkan keputusan-keputusan luar biasa menerusi penterjemahan majoriti yang diperolehi oleh pemimpin-pemimpin heavy-weight DAP seperti Lim Guan Eng, Teresa Kok mahupun Lim Kit Siang yang mencuba nasib di Gelang Patah.

Walaupun berjaya menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional, malahan mengurangkan jumlah pegangan kerusi berbanding tahun 2008, Pakatan yang diketuai oleh DAP tetap gagal merampas Putrajaya.

Siri pilihanraya kecil selepas itu, menyaksikan pola yang masih tidak berubah. Namun pada tahun 2015, apabila berlaku pergeseran antara DAP dan PAS sehingga menyaksikan tertubuhnya Parti Amanah Negara (PAN), pola mulai berubah.

Pilihanraya Negeri Sarawak yang baru berakhir Mei lalu, menyaksikan perubahan keputusan yang amat menggembirakan peimpin-pemimpin Barisan Nasional. Para pemimpin parti komponen yang mempunyai kaitan dengan pengundi-pengundi Cina, membuat kesimpulan mudah tetapi amat melucukan, kononnya para pengundi Cina telah kembali kepada Barisan Nasional.

Hakikatnya, para pengundi Cina ramai yang tidak keluar mengundi. Tanpa pengundi Cina, maka DAP akan lenyap. Dan tanpa pengundi Cina juga, menyaksikan DAP yang megah dalam PRN 2011, terpaksa menelan hakikat bahawa mereka kehilangan 5 kerusi DUN kepada Barisan Nasional Sarawak.

Kini, PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar pula tiba. Di Sungai Besar, pengundi-pengundi Cina terutama sekali di DUN Sekinchan, membentuk jumlah pengundi sebanyak 31%. Manakala di Kuala Kangsar, jumlah pengundi Cina pula hanya 24%. Jumlah pengundi di Sungai Besar adalah seramai 42,837 orang, manakala di Kuala Kangsar pula adalah seramai 33,450 orang.

Beberapa isu yang membabitkan Lim Guan Eng yang menjadi kekaguman masyarakat pengundi Cina muda di negara ini, telah mula terdedah. Lim Guan Eng sehingga ke hari ini, gagal menjawab dan menerangkan tentang pembabitan Phang Li Koon, individu utama dalam skandal dan penyelewengan tanah di Pulau Pinang dengan pentadbirannya, mahupun dirinya sendiri.


Kuala Kangsar telah 'bersuara' pada PRU lalu apabila jumlah yang keluar mengundi, agak rendah. Lebih ramai yang memilih untuk menjalankan urusan seharian berbanding memberikan perhatian kepada PRU.

Di Sungai Besar, jumlah yang dijangka tidak akan keluar mengundi juga, agak ramai memandangkan keterujaan terhadap PRK sangat rendah. Tidak ada lagi sambutan atau ceramah besar-besaran semasa Ng Suee Lim mengekalkan jawatannya selaku ADUN Sekinchan.

Jadi, kalau ada yang berkata, undi Cina akan berpihak kepada Barisan Nasional, rasa-rasanya pihak berkenaan sedang melamun atau syok sendiri. Sama ada pengundi-pengundi 31% itu akan memberikan undi kepada PAN atau pun mereka tidak akan keluar sepertimana yang berlaku dalam PRN Sarawak.

Lebih baik kekalkan pemikiran dari awal lagi bahawa calon-calon UMNO-BN tidak akan mendapat undi walau satu pun daripada 31% dan 24% di Sungai Besar dan Kuala Kangsar walaupun kempen-kempen dan kerja-kerja mempengaruhi pola pengundian perlu terus dilakukan serta dilipatgandakan.

Jangan ulangi keyakinan palsu calon DUN Sungai Rapat pada PRU-13 lalu apabila, seronok melihat pengundi-pengundi Cina memenuhi majlis jamuan makan tetapi akhirnya kalah dengan undi mereka yang berpihak kepada PAS yang pada waktu itu merupakan sekongkol utama DAP.


Saturday, June 4, 2016

KEMATIAN MENANTU TPM, KEBIADAPAN RBA TURUT MEMPENGARUHI FACEBOOKER MELAYU YANG KECEWA!!!



Kalau tengok netizen bergaduh di Facebook, dan mereka pula pernah terlibat dalam 'perang politik', jangan hairan dan tidak perlulah campur tangan kerana semuanya berkisar tentang DUIT.

Tetapi apabila mereka menyertai RBA untuk mengutuk, mencerca dan mentertawakan kematian individu terutama sekali yang ada kaitan dengan pemimpin UMNO-BN sepertimana yang berlaku kepada menantu Timbalan Perdana Menteri, itu menandakan pengaruh wang telah membuatkan mereka beralih kiblat semata-mata untuk mendapatkan perhatian, sekaligus menyambung semula nyawa mereka.



Segala pendidikan agama yang selama ini mendidik kita agar menghormati berita kematian, sepertimana kita disunatkan berkata, 'Innalillah hi waninna ila hirroji'un' setiap kali menerima kematian walaupun daripada musuh kita yang paling kita benci, nampaknya telah tercampak hilang entah ke mana.

Keseronokan kerana pihak musuh meninggal dunia, bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana mereka telah diajar dengan sikap itu semenjak dari lahir lagi.


Yang anehnya, orang Islam atau mengaku Islam pula yang terikut-ikut dengan kebencian kaum RBA yang diketahui hanya bertuhankan wang, atas alasan PERJUANGAN!

Kalau begini punya PERJUANGAN, nampak gayanya Islam di Malaysia hanya tinggal nama, sedangkan roh, tuntutan dan keseluruhan ajarannya telah ditelan oleh kepentingan WANG dan DUIT serta perhatian Facebook!!!


MACAM TAK ADA KERJA... AMBIL GAMBAR CURI-CURI DI HOSPITAL DAN VIRALKAN DENGAN CERITA PALSU SENSASINYA!!!



Barangkali memang tak ada kerja kut?

Atau pun gel beranggapan bahawa akaun palsu yang menggunakan profil mengelirukan tidak akan membuatkan dia dikesan oleh pihak berkuasa?

Seronok barangkali untuk mendapatkan perhatian daripada netizen kerana menjadikan kakitangan hospital sebagai bahan menarik untuk disensasikan, membuatkan individu yang menggunakan nama samaran sebagai Laksh Yah masuk ke hospital, mencuri-curi gambar dan kemudian menviralkannya.

Silapnya individu tersebut ialah, dia tidak menyangka bahawa dia dan perbuatannya telah dirakamkan oleh CCTV. Dia bukan sahaja terkantoi kerana mengambil gambar tetapi kerana skodeng kakitangan hospital



Difahamkan, pihak Hospital Kuala Lumpur telah menulis surat kepada individu tersebut supaya tampil membuat aduan rasmi tetapi tidak dihiraukan.

Memandangkan perbuatannya itu bukan sahaja menjatuhkan reputasi dan maruah kakitangan HKL, sebaliknya mengandungi unsur-unsur fitnah, HKL telah memanjangkan kes tersebut dengan membuat laporan kepada PDRM.

Tak ada kerja cari kerja... tak ada masalah, cari masalah...


Itulah orang kata, masuk ke hospital biarlah kerana berpenyakit tetapi jangan sesekali CARI PENYAKIT...

Punyalah banyak kerja di luar sini, segala mat imigran boleh senang-senang dapat duit tiga empat ribu sebulan, awak pula, bakal makan nasi bungkus dalam sel penjara.

Tak ke bongok semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripada pengguna FB!!!


MAMPUS KAU, GUAN ENG!!! TEMBELANG 'SONGLAP DUIT' DALAM PROJEK TEROWONG DASAR LAUT, TERDEDAH DAN DILAPORKAN KEPADA SPRM!!!



Mengapa Kerajaan Negeri Pulau Pinang terlebih bayar sehingga 5 kali ganda daripada kadar standard gazet untuk kajian?

Saya merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Exco Pulau Pinang, YB Lim Hock Seng pada 1 Jun 2016 di mana dia sekali lagi mengesahkan bahawa jumlah keseluruhan kos untuk kajian kebolehlaksanaan dan perincian rekabentuk untuk projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang bernilai RM6.34 bilion selain 3 projek jalan yang berkaitan adalah RM305 juta.

Dalam kenyataannya, Lim Hock Seng memperincikan setiap kos laporan kena dua komponen utama iaitu Terowong Dasar Laut Pulau Pinang dan 3 batang jalan. 

Saya sangat terkejut kerana laporan kajian kebolehlaksanaan dan perincian rekabentuk untuk 3 batang jalan itu sendiri telah memakan kos sebanyak RM208.8 juta. 

Sebagaimana Kerajaan Negeri sebelum ini telah menyatakan kos untuk tiga batang jalan tersebut adalah bernilai antara RM1.85 bilion sehingga RM2 bilion, ini bermakna kos kebolehlaksanaan dan perincian rekabentuk adalah antara 8% sehingga 11 % daripada jumlah kos projek pembinaan tersebut. 

Ini sahaja sudah bertentangan dengan kadar fi yang digazetkan dan dipersetujui oleh Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Jurutera Malaysia di bawah Akta Pendaftaran Jurutera 1967 di mana kadar konsultansi kejuruteraan bagi projek melebihi RM1 bilion adalah antara 2.28% (minima) dan 2.54% (maksimum) daripada kos pembinaan.

Maklumat yang diberikan oleh Exco Pulau Pinang dalam kenyataan medianya merupakan petunjuk paling jelas yang Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membayar lebih 5 kali ganda lebih tinggi untuk laporan bagi ketiga-tiga batang jalan tersebut berbanding kadar fi yang telah ditetapkan. 

Pemeriksaan ke atas ringkasan perakaunan yang telah diaudit dan diserahkan kepada SSM oleh syarikat pelbagai guna yang digunakan untuk membuat laporan tersebut menunjukkan, keuntungan yang dibuat adalah RM64.5 juta daripada jualan RM51.8 juta. 

Saya mendapati, ini adalah keuntugan yang sangat tinggi sedangkan sumber pendapatan tunggal syarikat ini ketika penyerahan laporan akaun mereka hanyalah daripada pembayaran oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membuat laporan kebolehlaksanaan dan perincian rekabentu. 

Malahan keuntungan tersebut jauh lebih tinggi berbanding kombinasi lebihan pendapatan dari tahun 2013 dan 2014 Kerajaan Negeri Pulau Pinang. 

Oleh kerana itu, saya membuat laporan ini untuk meminta SPRM dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM untuk menyiasat sekiranya wujud rasuah atau elemen-elemen salahguna dalam kes ini. 

Selain itu, laporan saya juga didorong oleh sesi panas baru-baru ini dalam sesi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang baru berakhir di mana ADUN PKR telah menumbuk meja dan berkata beliau mendapati ia sukar untuk mewajarkan kos laporan untuk projek Terowong Pulau Pinang.

ADUN PKR itu menuntut penjelasan, mengapa laporan PAC Negeri tentang Projek Terowong Dasar Laut telah dua kali ditunda. 

Memandangkan projek ini merupakan projek mega pertama Kerajaan DAP Pulau Pinang yang telah menganugerahkan dan menandatangani perjanjian pada tahun 2013 yang boleh meningkatkan kos kepada RM20 bilion daripada wang rakyat Pulau Pinang kesan daripada peningkatan nilai tanah yang diberikan dan akan diberikan kepada syarikat yang terpilih dan projek itu sendiri yang memasukkan konsesi selama 30 tahun yang perlu ditanggung oleh rakyat, saya menyeru pihak-pihak yang berkaitan untuk menyiasat tanpa berat sebelah, takut atau gentar.

Datuk Huan Cheng Guan
Naib Presiden
Parti Cinta Malaysia

PRO-MAHATHIR CUBA ALIHKAN 3000 UNDI DI KUALA KANGSAR UNTUK PASTIKAN CALON UMNO-BN TERBARAI!!!



Sehingga ke hari ini (pada ketika artikel ini ditulis), Hamidah Osman atau lebih dikenali sebagai Kak Midah masih tidak memberikan sebarang komen berhubung pencalonannya sebagai 'proksi kumpulan pro-Mahathir atau PROTUN' dalam PRK Kuala Kangsar.

Walaupun dikatakan juga yang bekas ahli Pemuda UMNO, Syed Rosli Jamalullail cuba mencari ruang dan sela untuk 'buat duit' sebagai wakil pengacau yang menawarkan penarikan diri pada saat-saat akhir dengan jumlah pampasan tertentu, yang pasti, individu berkenaan yang menimbulkan kekecohan di FB kerana memaki hamun dan mencaci nista serta mencarutkan calon UMNO-BN Kuala Kangsar, sebagai tiada sebarang kepentingan dan keperluan. Kalaupun benar dia akan bertanding, kebanyakan pengundi di Kuala Kangsar akan menolaknya mentah-mentah kerana dia bukanlah calon yang dikenali.

Namun di Kuala Kangsar, cakap-cakap tentang kumpulan PROTUN yang tidak mencari kemenangan, tetapi sekadar mahu mengalahkan calon UMNO-BN, cukup kuat. Dikatakan gerakan tersebut, akan menyelinap masuk menerusi Wanita dan Pemuda UMNO untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 3000 undi yang membolehkan calon UMNO-BN kalah tipis sama ada kepada calon PAN mahupun PAS.

Tujuan tersebut adalah untuk memalukan Najib, sekaligus mahu membuktikan bahawa 'skandal-skandal' yang melanda Najib selama ini, telah menjadi penyebab kepada penolakan calon UMNO-BN di Parlimen Kuala Kangsar.

Tugas tersebut digalas oleh Kak Midah. (RUJUK SINI)

Maka yang dipersoalkan di Kuala Kangsar, adakah Kak Midah benar-benar mempunyai pengaruh dan berkemampuan untuk melakukan pengalihan sokongan, memandangkan Kamelia Ibrahim yang dikatakan sangat kuat sehingga mencalonkan dirinya sendiri sebagai calon BEBAS pada PRU lalu sebelum dipecat oleh UMNO, hanya meraih jumlah undi yang membuktikan bahawa Kamelia Ibrahim bukan sesiapa (hanya berjaya memperolehi 447 undi), sedangkan pada waktu itu Kamelia Ibrahim adalah Timbalan Ketua Wanita UMNO Malaysia dan Ketua Wanita UMNO Kuala Kangsar.

Kak Midah pula sekadar Ketua Wanita UMNO Gopeng dan bekas ADUN Sungai Rapat yang tidak rapat dengan Parlimen Kuala Kangsar.

Adakah Kak Midah berkemampuan untuk melakukan sentuhan magis sepertimana ketika UMNO merampas Perak dari DAP-PAS-PKR pada tahun 2009 atau dia sekadar bernostalgia tentang kemasyhurannya ketika menjadi Exco Kanan Perak dan Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia?

Payah... tetapi yang pastinya, PRU lalu, ramai pengundi Parlimen Kuala Kangsar yang tidak keluar mengundi pun!


Friday, June 3, 2016

NEGARA MISKIN, RAKYAT MALAYSIA SENGSARA YER? MAI DAH, BULAN PEMBAZIRAN DAN BULAN KEMBONGKAN TEMBOLOK!!!



Sepatutnya, Ramadhan yang bakal tiba tidak beberapa hari lagi, disambut dengan penuh semangat mujahadah, bukannya SEMANGAT MENTEKEDAGHAH. Sepatutnya juga Ramadhan yang datang sebulan dalam setahun, membolehkan kita BERMUHASABAH dan memperbaiki diri, bukannya BERJUADAH dan mengembongkan tembolok serta perut.

Sayangnya, Ramadhan di Malaysia adalah PESTA MAKANAN BESAR-BESARAN. Di sana sini, kita akan dapat melihat pesta juadah yang barangkali kalau dikumpulkan setempat, bakal menjadi pesta makanan terbesar dunia.

Bagus dari segi ekonomi kerana kerancakan urusniaga, membolehkan wang berputar di dalam negara. Malangnya, pada masa yang sama, keperluan terhadap ibadat puasa itu sendiri telah ditinggalkan kerana terlalu gelojoh untuk MENTEKEDAGHAH.

Kenyataan oleh Menteri Pertanian dan Asas Tani bahawa bekalan makanan negara sepanjang Ramadhan adalah mencukupi, SEBENARNYA kalau kita benar-benar orang Islam, akan berasa malu kerana kita selaku rakyat Malaysia telah gagal dalam mengerjakan ibadah puasa sepanjang Ramadhan menurut kehendak agama.

Dalam suasana dan tohmahan yang dibuat oleh pembenci dan penafi bahawa negara ini sedang mengalami kehancuran ekonomi serta rakyatnya sedang miskin teruk, tempahan untuk berbuka puasa di hotel-hotel mewah, boleh dikatakan penuh. Begitu juga dengan di restoran-restoran mewah.

Bulan puasa, tetapi rakyat Malaysia kebanyakannya mengisi tembolok seolah-olah mereka menyempurnakan nafsu kerana marah akibat 'dipaksa' berpuasa.


Dan lebih menyedihkan lagi ialah, pada bulan puasa inilah, umat Islam di Malaysia akan melakukan pembaziran makanan besar-besaran. Beratus ribu tan makanan terbuang, akan dilupuskan dan ditukarkan sebagai bahan organik.

Sedangkan pada masa yang sama, roh puasa itu sendiri meminta agar kita menghayati kesusahan, kesukaran selain menahan hawa nafsu, semakin dijauhi dan dilupakan.

Pesta Ramadhan adalah PESTA MAKANAN. Baik di rumah, mahupun di restoran-restoran, apatah lagi di hotel-hotel mewah, malahan di masjid-masjid dan surau pun, makanan juga berlambak-lambak.

Nikmat dan kelebihan ini seringkali dilupakan dan diabaikan oleh umat Islam Malaysia yang tidak tahu bersyukur, malahan banyak pula merungut dan mengutuk kerana mereka 'sengsara'.

Tunggulah nanti pada hujung Ramadhan, Lagi pembaziran akan dilakukan. Malaysia akan menyambut AidilFitri seolah-olah itulah matlamat hidup mereka. Dan selepas Aidil Fitri mereka kembali merungut serta mengeluh betapa KENAIKAN KOS TELAH MENYEBABKAN MEREKA MISKIN!!!


Wednesday, June 1, 2016

DEMI MELINDUNGI DONGENGAN JAMBATAN KETIGA DAN KERETA KABEL LIM GUAN ENG YANG LAPAR DUIT RAKYAT, MALAYSIAKINI SENSASIKAN BERITA ANAK TIRI PM!!!



Portal Malaysiakini memang diketahui menyokong dan menyebelahi DAP dalam apa juga keadaan. Apabila DAP khususnya Lim Guan Eng dalam keadaan tertekan dan tidak dapat menjawab sebarang soalan yang ditanya kepadanya, khususnya melibatkan penyelewengan wang rakyat Pulau Pinang, Malaysiakini akan cuba mencari jalan untuk mengalihkan isu dan cuba membuatkan para pembacanya terlupa kepada masalah yang sedang menimpa Lim Guan Eng dan DAP.


Malaysiakini semalam memilih untuk menyerang dan membuat fitnah terhadap keluarga Perdana Menteri membabitkan anak tirinya, Riza dan Nooryana. Persepsi yang cuba diwujudkan oleh Malaysiakini ialah, Riza berjaya melarikan diri dari Amerika Syarikat di mana FBI, CIA, Patriot Act, AMLA dan sebagainya sedang memburunya kerana pembabitannya dalam wang 1MDB.


Walaupun tidak berasas dan hanya bersandarkan kepada fitnah dan tohmahan semata-mata, Malaysiakini terpaksa 'menebalkan muka' dengan mencipta cerita kononnya Riza meninggalkan majlis walaupun ucapan Perdana Menteri belum habis. Sedangkan terlalu ramai saksi yang melihat Riza serta Nooryana berada di dalam majlis tersebut sehingga selesai.

Berita yang cuba disensasikan itu sebenarnya melindungi sensasi sebenar yang untuk tidak diperkatakan membabitkan Lim Guan Eng. 


Lim Guan Eng seperti yang diketahui, telah menghantar surat kepada Perdana Menteri untuk Jambatan Ketiga Pulau Pinang selepas menggugurkan cadangan pembinaan Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang belanja tiga kajiannya bernilai RM305 juta telah 'HANGUS' begitu sahaja. 

Selepas Jambatan Ketiga Pulau Pinang, Lim Guan Eng bercerita pula tentang Link Ketiga yang membabitkan kawasan utara Seberang Perai/Bagan Ajam. Menurutnya, kewujudan Link Ketiga itu akan lebih menyenangkan memandangkan kawasan lain di Seberang Perai mempunyai jambatannya sendiri. 

Bagaimanapun, hakikat sebenar tidak menyokong langsung teori Lim Guan Eng. 

Link Ketiga yang diusulkan membabitkan Bagan Ajam ke Jambatan Pulau Pinang mempunyai jarak yang sama antara Bangsar dengan KLCC iaitu lebih kurang 10.6 kilometer atau lebih kurang 11 minit pemanduan. 


Bagan Ajam juga mempunyai jarak yang hampir sama dengan Jambatan Pulau Pinang Kedua.

Malahan, kesan daripada sistem lebuhraya yang cekap telah menghubungkan Bagan Ajam ke Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Pulau Pinang Kedua dan pada ketika Kuala Lumpur dilanda kesesakan teruk, jumlah masa yang diambil dari Bagan Ajam ke kedua-dua jambatan tersebut jauh lebih singkat. 

Lebih menarik lagi, populasi Pulau Pinang hanya 700,000 berbanding Singapura yang mempunyai 6 juta penduduk. Lim Guan Eng mahukan Jambatan Ketiga, perkhidmatan feri dan kereta kabel untuk menghubungkan tanah besar dengan bahagian pulau manakala Singapura hanya mempunyai dua jambatan.

Oleh kerana itu, trafik dan trend pertumbuhan penduduk perlu dikaji secara teliti sama ada Link Ktiga perlu diwujudkan sedangkan trafik di Jambatan Kedua Pulau Pinang pun tersangat rendah manakala Jambatan Pulau Pinang telah dilebarkan menjadi 6 lorong hanya pada Ogos 2009.

Jambatan yang dikehendaki oleh Lim Guan membabitkan kos berpuluh-puluh juta ringgit hanya untuk pemeriksaan dan penyelenggaraan setiap tahun, sedangkan perolehan Pulau Pinang tahunan (tanpa jualan tanah kerajaan) hanyalah lebih kurang RM200 juta ke RM300 juta setahun.

Jadi, disebabkan kebodohan Lim Guan Eng yang sedang berusaha menghilangkan sebahagian besar lagi wang rakyat Pulau Pinang itulah, maka Malaysiakini selaku portal 'rasmi' DAP perlu mensensasikan berita-berita fitnah membabitkan Perdana Menteri dan 1MDB biarpun sanggahan tentang fitnah terhadap 1MDB telah dibuat oleh pelbagai pihak termasuklah di kalangan pemain media antarabangsa. 


 
Blogger Templates