Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, November 5, 2016

PELAKSANAAN PERKHIDMATAN PESAKIT BAYAR PENUH ATAU FULL PAYING PATIENT MEMUNCULKAN MITOS, SUBSIDI PERUBATAN TELAH DIMANSUHKAN KERAJAAN!!!




(Amaran: Ini post panjang kerana jantung sedang berdegup kencang & jari2 bergerak sendiri menaip keypad dengan flight of ideas)
Bergegar seluruh kumpulan whatsapp saya & rakan2 dalam Medical Mythbusters Malaysia (M3) & MedTweetMy (MTM) apabila pekeliling mengenai Pelaksanaan Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (PPBP)/ Full Paying Patient (FPP) ini tersebar di media sosial semalam.

Penyebaran ini dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab & ingin menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat, apatah lagi Bajet 2017 bakal dibentangkan hari ini (Jumaat-21/10/2017) oleh Perdana Menteri.

Kesilapan di sini adalah terma Full Paying Patient atau Pesakit Bayar Penuh itu sendiri. Adakah ia bermakna SEMUA pesakit yang datang ke hospital kerajaan selepas ini perlu membayar sepenuhnya kos rawatan??? Tiada lagi bayaran RM1 yang begitu didambakan rakyat selama ini? TIDAK!!

Full-Paying-Patient (FPP) adalah satu "noun" merujuk kepada pesakit2 yang memilih perkhidmatan ini. Pesakit2 FPP akan membayar bayaran rawatan/pembedahan seperti sektor swasta di hospital awam. Pesakit2 lain iaitu Pesakit RM1 masih kekal seperti biasa, RAWATAN BUAT ANDA TIDAK BERUBAH!

FPP ini bukan perkara baharu. Ia telah ada sejak tahun 2007 lagi & bukannya baru nak dibuat. Rawatan RM1 tidak pernah terhapus pun sejak FPP diperkenalkan. Anda masih dapat rawatan RM1 sekarang bukan? Kelebihan FPP telah disenaraikan oleh sahabat saya Dr. Abdul Rahman Kadir dalam post beliau semalam.

Rakyat tidak tahu hakikat yang sebenarnya. Hakikat sebenarnya ialah ini adalah antara langkah bijak kementerian & kerajaan bagi memastikan kecukupan pakar di hospital2 awam. Rakyat juga yang selalu komplen rawatan lambat & doktor tidak cukup di hospital awam bukan? Antara penyebab utama, selain daripada pesakit yang melimpah ruah akibat bayaran yang ridiculously cheap (RM1) adalah kerana ketidakcukupan doktor & doktor pakar kerana ramai doktor & pakar berhijrah ke sektor swasta.

Now, jangan salahkan doktor kononnya tidak patriotik & mementingkan diri sendiri. Kerana jika anda di tempat kami, kami juga pasti anda melakukan perkara yang sama, iaitu keluar ke sektor swasta apabila mendapat tawaran. Anda tahu kenapa? Saya akan bagitahu perkara yang tidak ramai doktor akan suarakan kepada orang awam. Mari saya senaraikan antara sebabnya:

1. Beban kerja di hospital awam adalah tinggi. Selain tugas merawat anda, doktor2 pakar (Gred UD52/54/JUSA C/B/A) ini terpaksa melakukan tugas2 Pentadbiran juga termasuk mesyuarat, tugas meningkatkan kualiti & melakukan kajian/research/audit bagi menambahbaik perkhidmatan kepada anda & mengharumkan nama hospital, kementerian & negara. Ini belum lagi saya sebut mengenai mengetuai pelbagai jawatankuasa & tugasan menjaga Houseman di hospital awam.

2. Ini belum sebut beban komplen yang dibuat oleh rakyat yang tidak bersyukur. Suka sangat komplen. Hampir setiap minggu saya & rakan2 pakar menerima pelbagai surat komplen dari anda. Anda tahu bagaimana rasanya bila dapat komplen? Komplen secara rasmi, telefon hatta sepatah ayat di media sosial pun tetap kami kena jawab. Apatah lagi bila komplen ini kebanyakkannya TIDAK BERASAS? Malah ada yang DIBUAT-BUAT. Walaupun tidak berasas kami tetap kena jawab. Nak jawab kena mesyuarat, di panggil pihak atasan, mendapat amaran, kena tulis surat dan sebagainya. Jadi, STOP COMPLAINING, ANDA BUAT KAMI STRESSS TAU!

3. Pesakit terlalu ramai setiap hari akibat masalah kesihatan & gaya hidup tidak sihat hari ini. Bayaran semurah RM1 menyebakan ramai yang mengambil mudah & memandang rendah doktor2 di hospital awam. Sedangkan harga rawatan sebenar adalah mahal & murahnya itu adalah akibat tanggungan subsidi oleh kerajaan kita (lebih 95 peratus). (Jangan cakap pasal cukai pendapatan yang anda bayar, kerana kami juga bayar cukai & mungkin kami bayar cukai lebih tinggi dari anda).

4. Ramai doktor & pakar hospital awam berhijrah ke sektor swasta kerana tawaran pendapatan yang lebih lumayan (3-5 kali ganda). Gaji pokok Pakar di sektor awam adalah lebihkurang antara RM8-10 ribu & kami boleh dapat RM30 ribu sebulan di sektor swasta. Anda tidak mahu RM30 ribu dengan beban kerja merawat yang sama tetapi kurang beban kerja Pentadbiran & komplen2 daripada pesakit RM1 yang tidak bersyukur?? Jika anda waras & ada pilihan ini, anda sendiri pun akan menyertai hospital swasta.

FPP ini mengizinkan kami, pakar di hospital awam mendapatkan sedikit pendapat extra seperti rakan2 di sektor swasta. Kami juga ada keluarga, isteri/suami & anak2 seperti pesakit RM1 yang kami perlu tanggung. Kami juga manusia.

Rumusan & Kesimpulan saya mengenai FPP:
****************************************

1. Kos hospital awam adalah TIDAK BERUBAH & seperti biasa iaitu RM1 (ridiculously & insanely cheap)

2. STOP COMPLAINING. Setiap komplen tidak berasas akan mempercepatkan doktor2 keluar ke sektor swasta

3. FPP membenarkan anda memilih doktor pakar yang akan merawat anda

4. Masa rawatan pesakit lain TIDAK TERGANGGU kerana doktor pakar akan menggunakan masa di luar waktu bekerja biasa (lepas pukul 5ptg) bagi melakukan pembedahan/rawatan ke atas pesakit FPP)

5. Pesakit FPP mempunyai senarai pembedahan berbeza & tidak mengganggu rawatan pesakit RM1

6. FPP ini membenarkan doktor pakar kerajaan mendapat extra income & menggalakkan mereka untuk terus bekerja di sektor awam

7. Lebih ramai doktor & pakar di hospital awam bermakna rawatan bagi pesakit RM1 lebih cepat & lebih baik

8. FPP memberi peluang kepada anda yang berkemampuan di bandar2 kecil yang tiada hospital swasta bagi mendapatkan perkhidmatan hospital swasta di hospital awam yang berdekatan dengan tempat tinggal anda. Contohnya pesakit2 di Temerloh, anda boleh ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) apabila perkhidmatan ini ditawarkan kelak (InsyaAllah mulai 2017) & tidak perlu lagi ke Kuala Lumpur atau Kuantan.

9. FPP adalah antara langkah terbaik pihak kerajaan & kementerian bagi memastikan kecukupan pakar di hospital awam.

PS Post ini tiada kaitan dengan dasar2 atau polisi Kementerian Kesihatan Malaysia atau kerajaan Malaysia. Boleh baca kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia untuk kenyataan rasmi KKM.

#DrMahyuddin
Pakar Ortopedik Hospital Awam
#MedicalMythbustersMalaysia
#MedTweetMY


SURAT TERBUKA BALAS KEPADA SYED SADDIQ 'BUDAK SURUHAN PEMIMPIN NYANYOK'!!!



Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq menulis surat terbuka kpd DYMM SULTAN JOHOR menyanggah larangan demonstrasi jalanan.... TINDAKAN BELIAU DI SANGGAH SEORANG MAHASISWA UKM MOHD FARHAN ...

SURAT TERBUKA SEORANG MAHASISWA KEPADA KETUA PEMUDA PARTI BERSATU, SDR. SYED SADDIQ

Assalamualaikum W.B.T saudara,

Sebagai seorang rakyat dan orang muda sama seperti saudara, saya tertarik kepada surat terbuka yang ditulis oleh saudara kepada DYMM Tuanku Sultan johor. Sepintas lalu saya nampak saudara sebagai seorang anak muda yg berani,namun bila saya berfikir dgn masak sebagai ilmuan dan intelektual melayu,saya tertanya tanya apakah ini satu langkah yg bijaksana atau lebih berupa satu kebiadapan orang politik mencari publisiti atau mungkin juga ianya berupa tindakan terancang "orang tua" yg sengaja menggunakan "Budak Suruhan".

Bagi saya anak muda menulis surat terbuka kepada seorang Sultan Yg Memerintah dan menyanggah titah baginda secara terbuka dan "in public"ADALAH SATU KEBIADAPAN YANG NYATA.Ia bukan saja menyalahi adat malah boleh di tafsirkan sebagai penderhakaan dan percubaan mencari pengaruh kearah membenci dan menolak titah sultan.Saudara berhak menyembah pendapat,Tapi apabila ia dibuat secara terbuka bererti saudara cuba bermain politik sambil mengadu kekuatan dan pengaruh dgn SEORANG RAJA YG MEMERINTAH .. Kita tau PENGERUSI PARTI SAUDARA adalah seorang yg mempunyai rekod pernah menggunakan cara ini utk MENJATUHKAN seseorang dan hari ini saudara mewarisinya.

Di zaman politik tidak lagi menyanjungi kebiadapan dan tindakan barbaric dan sebaliknya menghargai kebijaksanaan,daya ilmu,diplomasi,kesopanan dan kesusilaan saya merasakan saudara bukanlah CERMIN Anak MUDA MELAYU yg berilmu dan bijaksana...Ini kerana:-

1) Tindakan saudara menulis surat terbuka sememangnya tindakan yang sengaja mengundang rasa tidak selesa rakyat kepada institusi kesultanan yang sepatutnya dihormati oleh rakyat.Justeru saudara punya niat MENGHASUT DAN MENDERHAKA..

2) Tindakan komentar yang dititahkan oleh DYMM Tuanku Sultan Johor adalah tindakan yang berpelembagaan dan tidak langsung dilihat salah di sudut undang-undang negara oleh kerana Sultan adalah ‘ De Jure head’ yang mempunyai hak untuk menitahkan segala apa yang difikirkan perlu oleh Baginda.Adalah silap kiranya saudara menganggap DYMM SULTAN JOHOR tidak memahami perlembagaan dan hak rakyatnya.Dan lagi besar silapnya jika saudara GAGAL MEMAHAMI maksud titah baginda.Ia menggambarkan saudara seorang Anak muda yang sangat cetek pemikiran serta sombong dengan sikap sendiri..

3) Tindakan saudara melalui surat terbuka ini tidak lari dengan skema kelakuan Tun Dr Mahathir yang menulis surat terbuka kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman yang akhirnya membangkitkan rasa benci rakyat kepada Tunku. Maka, tindakan saudara menyebabkan kami terfikir bahawa saudara menjadi boneka Tun M dlm menghala kemarahannya kpd DYMM SULTAN JOHOR.Sedangkan saudara tentunya tidak lupa FATWA Tun M tentang demonstrasi jalanan waktu beliau menjadi PM DAN MENTERI DALAM NEGERI.Saudara juga tidak harus lupa apa yg PENGERUSI PARTI saudara itu lakukan sewaktu beliau menjadi MENTERI PELAJARAN dgn memperkenalkan AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIV 1974.

4) Saya bersetuju bahawa Perlembagaan Persekutuan memberikan hak untuk rakyat untuk bercakap, berhimpun dan berpesatuan melalui perkara 10 perlembagaan. Tetapi, tindakan DYMM Tuanku Sultan Johor menyeru rakyat untuk tidak terlibat dengan demonstrasi jalanan adalah untuk mengelakkan kejadian-kejadian perhimpunan haram yang dilihat banyak mendatangkan kekacauan dan keadaan huru-hara seperti mana yang berlaku ketika perhimpunan Bersih sebelum ini.

5) Tindakan saudara menyentuh peruntukan perkara 10 perlembagaan persekutuan secara cetek,tidak menyeluruh ,adalah satu tindakan populis dan tidak berhemah..ia memalukan Komuniti ilmuan para siswazah khususnya SISWAZAH melayu Seharusnya peruntukan undang-undang ‘fundamental’ seperti ini perlu dikupas secara menyeluruh agar maksud undang-undang itu dapat difahami secara tuntas. Perkara 10 perlembagaan persekutuan sememangnya memberikan hak kepada rakyat untuk bercakap,berhimpun dan berpesatuan seperti yang dipetik oleh saudara melalui peruntukan perkara 10 (1)(a), 10 (1)(b) dan 10 (1)(c). Namun begitu peruntukan perlembagaan melalui perkara yang sama juga memperuntukan sekatan-sekatan yang boleh diambil terhadap hak-hak yang disebut di dalam peruntukan perkara 10 melalui perkara 10 (2),10 (3) dan perkara 10 (4) apabila hak yang diberikan itu didapati mengancam ketenteraman,keselamatan serta melanggar prinsip moral. Sudah pasti saudara juga sedar dan tahu akan asas perhimpunan BERSIH yang jelas memperjuangkan LGBT yang melanggar prinsip moral di negara ini.

7) Seharusnya, sebagai seorang rakyat yang berlatar belakangkan pelajar undang-undang serta seorang rakyat Bangsa Johor, saudara melihat komentar DYMM Tuanku Sultan Johor ini sebagai keperluan untuk difikirkan oleh rakyat tambahan pula saudara adalah figura yang mempunyai populariti dalam kalangan masyarakat. saudara telah menyentuh perkara skandal rasuah berskala besar dan salah guna kuasa. Disini saya mohon saudara Saddiq menjawab dalam kadar segara iaitu bagaimana anak2 Pengerusi Parti saudara Tun Mahathir iaitu Mirzan, Mokhzani dan Mukhriz boleh menjadi multi-billionaire dalam masa yang bagitu sengkat. Bagaimana pula Pemimpin parti rakan kongsi saudara bergelumang dgn kes rahsuah di Mahkamah .Bagaimana pula senior dalam Pakatan saudara berkali kali di hukum di Mahkamah kerana MEMFITNAH ..Jikalau saudara enggan menjawab soalan ini maka saya rasa saudara Saddiq tidak layak untuk menasihati YAM Sultan Johor mengenai isu rasuah dan salah guna kuasa. Saya juga memperingatkan Saudara Syed Saddiq agar beristiqamah dalam setiap tindakan dan tidak terburu-buru mengikut telunjuk individu tertentu yang sudah sekian lama mempunyai masalah dengan institusi kesultanan terutamanya Sultan Johor. Tindakan saudara Syed Saddiq ini telah mencerminkan bahawa cengkaman Tun Dr Mahathir telalu kuat keatas dirinya sehinggakan rasa hormat dan kesetiaan kepada Kesultanan Johor mampu dikorbankan.

Hormati dan lindungilah sistem Raja Berpelembagaan, Demokrasi Beparlimen di negara ini. Sedarlah bahawa keegoan dan ketaksuban manusia seperti saudaralah yang telah menamatkan riwayat pemerintahan islam di Libya, Mesir yang akhirnya mendatangkan kekesalan sepanjang hayat kepada rakyat di sana. Sedarlah tindakan perhimpuan BERSIH 5 yang kononnya ingin mendesak Perdana Menteri Meletak Jawatan adalah sekada tajuk cerita tetapi plot dan skripnya telah dirancang dan di ambil melalui skrip karangan orang yahudi seperti Gene Sharp dan lain-lain agar pemerintahan melayu islam di bumi ini dapat dihentikan.

Farhan Khairuddin 
Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan

MAHATHIR SURUH LUPAKAN TENTANG GEORGE SOROS, TAPI TUMPUKAN UNTUK GULINGKAN NAJIB DAN KERAJAAN!!!



Kata Mahathir, cerita-cerita tentang George Soros membiayai beberapa entiti yang selama ini membangkitkan pelbagai isu, sebenarnya tidak lebih daripada sekadar untuk merencatkan demonstrasi jalanan BERSIH 5.0 yang akan berlangsung pada 19 November nanti.

Minggu lepas, dokumen-dokumen yang dibocorkan, menunjukkan Open Society Foundation milik George Soros membiayai beberapa organisasi tempatan sebagai sebahagian daripada program mempengaruhi keputusan PRU akan datang. Antara yang dibiayai oleh Soros termasuklah BERSIH, Merdeka Centre, Malaysiakini dan Majlis Peguam.

Maria Chin Abdullah, pemimpin utama BERSIH mengakui, kumpulannya telah menerima geran sebanyak RM70,000 daripada OSF antara 2010 dan 2011.

Mahathir berkata, keutamaan sekarang adalah menjatuhkan Perdana Menteri, Najib Abdul Razak, bukannya mempersoalkan dana pembiayaan BERSIH. Bahkan dia meragui yang Soros pernah memberikan sumbangan kepada kumpulan tersebut.

"Semuanya adalah tuduhan semata-mata. Saya rasa ini adalah modus operandi mereka untuk menghalang demonstrasi itu," katanya (RUJUK SINI)

Mahathir merupakan orang pertama yang mendedahkan tentang perbuatan dan penglibatan George Soros dalam menghancurkan ekonomi dan sistem kewangan Malaysia dan beberapa buah negara rantau ASEAN pada penghujung tahun 1990-an.

Walaupun pada masa yang sama, punca sebenar keruntuhan ekonomi, kewangan, perbankan dan pasaran saham Malaysia diletakkan pada amalan Korupsi, Kronisme dan Nepotisme (KKN), terutama sekali melibatkan projek-projek awam yang semuanya dikawal dan diserahkan kepada kumpulan yang rapat dengan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang digelarkan sebagai 'SUPER BUMIPUTERA', namun Mahathir tetap menyalahkan George Soros sehingga menggelarkan lelaki Yahudi itu sebagai PENYANGAK MATAWANG. (BACA SINI) dan (SINI)

Hanya kerana ketakutan dan kebimbangan kekacauan di Indonesia melibatkan kaum dan agama sahaja, membuatkan beberapa usaha dilakukan termasuklah oleh Suqui dan Dong Zhong yang akhirnya memberikan kemenangan dan pengekalan jawatan serta kerajaan Mahathir pada tahun 1999.

Kini Mahathir yang sudah pun diserang penyakit nyanyok, kembali bercakap tentang George Soros. Tetapi nadanya sudah terbalik. Seolah-olah dia mahu memberitahu betapa betulnya George Soros yang menterbalikkan tuduhannya bahawa Malaysia sebenarnya hampir ranap kerana perbuatan Mahathir yang menggasak wang rakyat menerusi projek-projek penswastaan mega yang hanya memberikan keuntungan kepada kroni, manakala rakyat pula terpaksa menanggung beban tersebut seumur hidup walau sesiapa pun yang naik jadi Perdana Menteri.


Friday, November 4, 2016

PROPAGANDA KARTEL UNTUK NAIKKAN HARGA GAS SUDAH BERMULA... ADAKAH KPDNKK SEKALI LAGI AKAN TUNDUK KEPADA MEREKA?!!!



Ketua Setiausaha KPDNKK telah mengumumkan bahawa berita yang disebarluaskan oleh media-media berbahasa Cina yang kemudian dipungut oleh cai-cai Melayu DAP untuk menakutkan masyarakat pengguna, sekaligus menimbulkan pembelian panik dan implikasi rantaian yang membolehkan mereka mengaut untung besar, sebagai palsu.

Media-media berbahasa Cina kembali mengulangi taktik untuk menimbulkan kepanikan di kalangan masyarakat pengguna sepertimana yang mereka lakukan dalam isu minyak masak, apabila melaporkan kerajaan akan menaikkan harga gas memasak sekaligus akan menyebabkan rakyat semakin marah kepada kerajaan.


Kartel-kartel yang menguasai barangan asas dan keperluan di negara ini tahu apa yang harus mereka lakukan. Dan mereka juga tahu, KPDNKK serta pihak berkuasa tidak akan boleh berbuat apa-apa, sekalipun orang-orang besar kementerian termasuklah Menteri membuat pengumuman yang bercanggah dengan apa yang mereka mahukan.

Penyusutan barangan di pasaran dan kalau mahu, perlu dibeli pada harga lebih tinggi daripada kebiasaan, merupakan senjata yang paling ampuh untuk melawan pihak berkuasa. Pihak berkuasa pula sekadar terkapai-kapai membuat pengumuman di hadapan media dan wartawan. Dan selepas itu, keadaan kembali berpihak kepada kartel.




Setakat aduan demi aduan yang dibuat, bahkan pengguna menggunakan media sosial seperti FB untuk menyebarluaskan masalah penyusutan barangan pengguna, namun setakat ini, belum ada lagi tindakan yang benar-benar tegas dapat menahan aktiviti kartel.

Malahan lebih malang lagi, berita-berita tentang penyeludupan bahan bersubsidi Malaysia ke negara jiran seperti gas memasak dan minyak masak, turut tersebar dengan meluas, sekaligus menampakkan kelemahan pelbagai agensi penguatkuasaan kerajaan dalam membendung kegiatan ini.


KSU KPDNKK telah membuat pengumuman yang gas memasak tidak akan dinaikkan harga. Namun yang pasti ialah, harga akan dinaikkan walaupun tidak mendapat kebenaran. Dan akhirnya apabila kenaikan harga tidak terkawal, kerajaan khususnya KPDNKK akan bersetuju dengan kenaikan tersebut.

Akhirnya yang akan dipersalahkan adalah Najib Abdul Razak...

Yang kaut untung besar adalah kartel-kartel serta sebahagian daripada kakitangan awam yang bekerjasama dengan kartel.

Terlebih untung lagi adalah DAP yang mungkin mendapat laba besar daripada kenaikan tersebut, memandangkan mereka lebih seronok menyalahkan kerajaan tetapi tidak berani langsung bercakap agar penguatkuasaan dan pengekangan ke atas kartel-kartel dibuat!


DI JAKARTA, TUNJUK PERASAN ANTI-AHOK YANG MENGHINA AYAT AL QURAN, DI MALAYSIA, TUNJUK PERASAAN BELA PENGHINA AL QURAN AKAN DIADAKAN!!!



Berita besar melibatkan tunjuk perasaan anti-Ahok, Gabenor Jakarta yang berbangsa Cina dan telah menghina ayat-ayat al Quran, kurang malah seolah-olah cuba disembunyikan oleh portal-portal berita utama di Malaysia yang pro-DAP dan PKR.

Hari ini, umat Islam Jakarta malah dari luar kawasan, berhimpun secara besar-besaran di tengah-tengah Bandaraya Jakarta untuk demokrasi tersebut. Malah ada yang telah meninggalkan wasiat seolah-olah mereka sudah bersedia untuk berhadapan dengan perang terakhir. (RUJUK SINI)

Ahok atau nama sebenarnya Basuki 'Ahok' Thahaja Purnama merupakan seorang Cina Kristian Indonesia dan berjawatan sebagai Gabenor Jakarta. Dia telah mencetuskan kemarahan kumpulan dan komuniti Islam Indonesia apabila dia membuat komen tentang ayat al Quran dalam Surah Al-Maidah sewaktu membuat lawatan di wilayah Pulau Seribu pada September lepas.

Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan arahan agar rakyat Malaysia di Jakarta tidak mengunjungi beberapa tempat di Jakarta yang dijangka diadakan tunjuk perasaan besar-besaran selepas Solat Jumaat hari ini. Antara tempat-tempat tersebut termasuklah Balaikota dan Masjid Istiqlal.

Indonesia pernah menyaksikan rusuhan berdarah antara kaum yang terburuk pada tahun-tahun 1990-an. Masyarakat Cina Jakarta pernah menjadi buruan dan dibunuh serta diganasi pada Mei 1998. Puluhan ribu orang Cina dibunuh hanya kerana sentimen penguasaan kapital dan aset oleh masyarakat tersebut menjadikan mereka seperti maharaja pada zaman Suharto sedangkan pada masa yang sama, masyarakat pribumi pula lebih ramai tinggal di rumah-rumah kotak.


Nama-nama seperti Bob Hasan dan Liem Sioe Leong (kedua-duanya berbangsa Cina) dianggap sebagai penyedut peluh dan darah rakyat pribumi Indonesia untuk mencapai kekayaan luar biasa di bawah pentadbiran Suharto. (RUJUK SINI)

Kejadian tersebut hampir berjangkit ke Malaysia tetapi pihak berkuasa Malaysia berjaya mengekangnya walaupun pada masa yang sama, reformasi secara besar-besaran berlangsung di Malaysia pada setiap minggu menuntut Mahathir meletakkan jawatan dan pendedahan tentang kroni-kroni Cinanya yang melahap harta-harta negara menerusi konsesi dan kontrak-kontrak tidak munasabah dalam apa yang Anwar Ibrahim gelarkan sebagai KKN (Korupsi, Kronisme, Nepotisme).

Demonstrasi besar-besaran anti-Ahok ini mungkin akan mengulangi tragedi pada Mei 1988. Justeru, pihak berkuasa Indonesia telah menugaskan lebih 18,000 orang anggota polis untuk demonstrasi di Jakarta.

Itu cerita di Jakarta, Indonesia. Macam mana pula dengan Malaysia?

Watak-watak seperti Ahok boleh dilihat dengan mudah. Malah mereka begitu bebas mengeluarkan sebarang kenyataan dan kemudian meminta maaf atau 'menarik kembali artikel' selepas terkantoi. Cabaran ke atas Perlembagaan Malaysia dan pihak polis dibuat pada hampir setiap masa.

Menariknya, walaupun terdapat peruntukan tertentu termasuklah hukuman mati bagi penentang Perlembagaan Malaysia yang disimpulkan sebagai memerangi Yang Di-Pertuan Agong, mereka masih lagi tetap melakukannya.


Apakah kerana Kerajaan Malaysia yang lebih cekap menangani masalah ini secara matang, atau sebenarnya golongan berkenaan berasa selamat kerana PDRM, khususnya telah menjalankan tugas dengan cekap dan cepat sehingga memberikan kepercayaan bahawa apa yang berlaku di Jakarta, tidak mungkin akan berlaku di Malaysia... walaupun pada masa yang sama, PDRM terus dikecam, difitnah dan diperlekeh-lekehkan malah dicop sebagai 'ANJING UMNO'?

Atau pun bahagian perundangan dan keadilan di Malaysia lebih memihak kepada mereka sehingga menyaksikan mereka yang melanggar Akta Perhimpunan Aman pula dianugerahi pampasan ratusan ribu ringgit dan penguatkuasa undang-undang serta Kerajaan Malaysia dipersalahkan?

Kita mengharapkan dan berdoa, negara ini terus aman dan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum, bahasa, adat budaya dan agama, bertoleransi sepertimana masyarakat Melayu-Bumiputera bertoleransi ketika pemberian warganegara dan hak-hak mengundi serta politik kepada kaum imigran pada tahun 1957 dahulu.

Justeru janganlah ada yang cuba-cuba mengganggu gugat apa yang telah dibina oleh pengasas-pengasas Malaysia moden sepertimana yang cuba dilakukan oleh sebilangan individu di negara ini dewasa ini.



Thursday, November 3, 2016

DEMI ALIHKAN CERITA GEORGE SOROS GODFATHER MEREKA, DAP BUAT CERITA, NAJIB JUAL MALAYSIA KEPADA CHINA!!!



Baik Malaysiakini, mahupun SUARAM apatah lagi DAP, pembiayaan daripada George Soros cuba disembunyikan dengan pelbagai cerita lain, termasuklah cerita kononnya Najib mahu menjual Malaysia kepada China. Tidak cukup dengan itu, menerusi siaran berbahasa Cina, negara China pula diistinbathkan sebagai sebuah negara penjajah dan Malaysia dikatakan akan berhadapan dengan kemarahan luar biasa Amerika Syarikat.

Secara tiba-tiba sahaja, golongan yang mahu meruntuhkan apa-apa sahaja yang ada di negara ini yang bertunjangkan kepada Perlembagaan Malaysia, menjadi warganegara yang amat prihatin dengan nasib negara.


Berita kejayaan Najib membawa masuk pelaburan bernilai lebih RM141 bilion, benar-benar mencabar kewibawaan pembangkang yang telah berusaha sedaya upaya agar tiada satu pelaburan dan FDI pun masuk ke negara ini.

Menggunakan wang yang dibiayai oleh OSF, George Soros mahupun NDI, hampir setiap masa dan apa-apa sahaja ruang digunakan bagi tujuan tersebut.

Sehinggakan Guan Eng yang perbuatannya memburuk-burukkan Malaysia dirakamkan menerusi video pun, bercakap tentang kedaulatan negara. Seolah-olah Pulau Pinang bebas daripada sebarang pelaburan dari negara China.


Anehnya, Lim Guan Eng sendiri berkuntau dan berkungfu bagi menepis pendedahan tentang RM305 juta yang dibayar hanya untuk mendapatkan laporan kebolehlaksanaan terowong dasar laut yang kini sudah pun dibatalkan tetapi wangnya ghaib entah ke mana.

Begitu juga dengan penjualan tanah-tanah selain hartanah di serata Pulau Pinang kepada pihak dari China.

Cubaan mengalihkan isu sedang giat dilakukan. Keagresifan mereka menentang campurtangan asing sepertimana yang mereka tunjukkan dalam isu RM2.6 bilion dan 1MDB. Dengan bantuan Cap Bunga, mereka cuba menimbulkan persoalan kononnya Najib tidak membawa masuk pelaburan sebaliknya hutang.

Sedangkan hakikat sebenarnya ialah, mereka sangat resah kerana pendedahan DC Leaks dan Wikileaks tentang pembiayaan George Soros yang diketahui menghancurkan banyak negara menerusi gerakan subversif yang diterjemahkan dalam bentuk demonstrasi jalanan yang kononnya aman, dan pada masa yang sama menggunakan pelbagai entiti dan agensi untuk meruntuhkan kepercayaan rakyat terhadap negara.



MALAYSIAKINI DIBIAYAI SOROS... KALAU TAK BERANI NAK BERTINDAK, TAK PAYAHLAH NAK CAKAP BERKOBAR-KOBAR!!!



Setiap kali BERSIH hendak mengadakan demonstrasi, setiap kali itulah juga akan terdedah bahawa BERSIH yang kini diterajui oleh Maria Chin Abdullah menerima dana daripada George Soros. Dan setiap kali itulah juga, nama Malaysiakini juga turut dikaitkan sekali kerana portal berita tersebut sememangnya dibiayai oleh George Soros menerusi yayasannya. Malah pemilikan George Soros dalam Malaysiakini adalah 29%. (RUJUK SINI)

Cerita-cerita tentang Malaysiakini dibiayai oleh George Soros bertujuan untuk meranapkan negara ini, sudah lama kedengaran.

Anehnya, selain daripada ikrar kononnya siasatan akan diadakan, kutukan terhadap golongan atau individu tertentu yang menggunakan dana asing bagi meranapkan pentadbiran dan pengurusan negara ini, kemudian ditambah pula dengan serangan peribadi ke atas pemimpin-pemimpin kerajaan, dari awal pendedahan tentang Malaysiakini dengan George Soros, belum ada tindakan yang paling konkrit melibatkan pihak berkuasa dan kerajaan ke atas portal tersebut.



Bahkan Malaysiakini dan para wartawannya begitu bebas termasuklah berada dalam Perhimpunan Agung UMNO, malah dibela pula oleh seorang ahli MT sehingga membolehkan wartawan Malaysiakini itu bebas melaporkan apa-apa sahaja berita yang diherotkan oleh editornya.

Dari semasa ke semasa, Malaysiakini terus mencipta tajuk-tajuk berita yang provokatif serta memberikan persepsi negatif kepada negara sepertimana yang ditunjukkan di bawah.


Sampai bila sebenarnya cakap-cakap sahaja yang kedengaran? Sampai bila sebenarnya tindakan hendak dilakukan?


Apakah kerana Majlis Peguam di negara ini yang turut menerima dana daripada George Soros membuatkan tindakan lebih tegas gagal dilakukan? (RUJUK SINI)

Keselamatan negara bukannya bersifat bermusim sebaliknya sepanjang masa. Jadi, eloklah berhenti bercakap berkobar-kobar sebaliknya bertindaklah!!!

Itu pun kalau betul-betul beranilah...

Kalau tidak, lebih baik diamkan diri seperti selalu!
 
Blogger Templates