Mahal kerana ia membabitkan bil bulanan Internet yang sudah tentu tidak mampu dimiliki oleh orang biasa dan dianggap sebagai bukan bahan keperluan. Malahan, ramai orang yang telefon mereka hanyalah telefon awam dan pejabat, bukannya telefon rumah apatah lagi telefon tangan.
Dengan menguasai hampir keseluruhan media menerusi cengkaman kuku besi Kementerian Dalam Negeri membabitkan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, hampir kesemua berita yang disiarkan hanyalah untuk mengagung-agungkan Mahathir. Dan walaupun perbuatannya menjarah menerusi proksi dan anak beranaknya diketahui ramai selain kaedah politiknya yang bukan sahaja kejam, tetapi juga menyalahgunakan undang-undang, namun tidak ramai yang berani membuat pendedahan atau memperkatakannya secara terbuka, sepertimana nasib yang diterima oleh Najib Abdul Razak.
Sesiapa yang berani menyanggah, sudah pasti akan bermastautin di Kem Tahanan Kamunting selama sekurang-kurangnya dua tahun tanpa dapat mencabar undang-undang tersebut. Malahan ramai daripada mereka juga yang berakhir di lokap dan penjara atas kesalahan jenayah yang dikenakan kepada mereka menerusi pelbagai gaya.
Lim Kit Siang kalau Allah Taala mendorongnya untuk berkelakuan jujur, sudah tentu dapat menceritakan apa yang dihadapinya. Tidak termasuk juga, bekas-bekas pemimpin UMNO yang merupakan saingan utama Mahathir.
Hampir tidak ada DEMOKRASI dalam kepimpinan Mahathir. Mahathir boleh berbuat apa-apa sahaja, termasuklah meminda Perlembagaan bagi mengurangkan kuasa DYMM Sultan-Sultan Melayu bagi membolehkan dia menjadi Maharaja. Mahathir juga mengubah Perlembagaan UMNO, bahkan mematikan UMNO Lama semata-mata untuk mengekalkan dia pada jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO tanpa dicabar oleh sesiapa pun, termasuklah jumlah kuota pencalonan dan bonus pencalonan untuk calon Presiden iaitu dirinya sendiri.
Di Parlimen, yang paling teruk dikenakan oleh Mahathir adalah PAS. Ramai pemimpin PAS, terutama sekali dari kalangan Pemuda yang terkena ulah dan kekejaman Mahathir. Mana-mana pemimpin senior PAS yang dilihat lantang menentang dan menelanjangkan Mahathir, anak mereka juga akan dijadikan sasaran sepertimana yang dikenakan ke atas Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila salah seorang anaknya dituduh sebagai anggota Kumpulan Militan Malaysia (KMM) yang menyebabkan Nik Adli dihumban ke dalam tahanan di Kamunting sebulan sebelum runtuhnya World Trade Centre di Amerika Syarikat pada 11 September 2001 dalam serangan terkenal 911.
Sekarang Mahathir tak malu bercakap kononnya Demokrasi Berparlimen zamannya dijunjung dan diangkat tinggi?
Dia nyanyuk atau Allah Taala telah menarik kembali ingatannya satu persatu atau kulit mukanya lebih tebal dari kulit salah satu haiwan dari kategori najis mughallazah?
Operasi Lalang, Operasi Kenari, Operasi seribu satu nama lain tu, bukankah turut melibatkan percakapan Ahli-Ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat yang kemudian dikenakan tindakan tutup mulut oleh Mahathir yang memegang turut jawatan Menteri Dalam Negeri sehingga dia meletakkan jawatan apabila indeks menunjukkan sokongan terus jatuh sekiranya dia kekalkan jawatan Perdana Menterinya?
Pembohongan jenis apakah manusia spesies lidah berbelit-belit ini? (RUJUK SINI)
Ternyatalah, Mahathir bukan sahaja MAHAZALIM dan MAHAFIRAUN, tetapi juga MAHA PEMBOHONG!!!!













