Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, November 24, 2016

UNTUK TUTUP CERITA MARIA CHIN DITAHAN KERANA PENEMUAN DOKUMEN SUBVERSIF, PUAK PAKATAN KATA KERAJAAN TAKUT DENGAN DEMONSTRASI MARIA CHIN!!!



Kalau diperhatikan kempen-kempen simpati untuk Maria Chin, yang pasti, gambaran diberikan ialah kerajaan sedang ketakutan kerana seorang suri rumah, ibu tunggal yang sudah tua menggerakkan gerakan mendedahkan kejahatan kerajaan, membuatkan kerajaan bertindak menggunakan undang-undang untuk mengurung dan menahannya.

Sekaligus membolehkan 'kejahatan' kerajaan terus ditutup. 

Dari Dr. Mahathir sehinggalah kepada para pemimpin DAP dan PKR, itu sahajalah modal mereka. 

Hakikatnya, intipan ke atas Maria Chin Abdullah telah dibuat lama oleh pihak berkuasa. Kaitan Maria Chin Abdullah dengan OSF dan George Soros telah diperakui sendiri oleh Maria Chin. 

Dan dia akhirnya ditahan selepas dokumen-dokumen yang membuktikan ancaman terhadap demokrasi berparlimen di negara ini, ditemu di dalam pejabatnya. 

Sekaligus menafikan tuduhan golongan terbabit bahawa Maria Chin ditahan kerana demonstrasi. Sebaliknya dia ditahan dan diletakkan di bawah SOSMA bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan tentang pembabitan dan kaitannya dengan agen asing untuk mengganggu gugat negara ini. 


"Penahanannya tiada kena mengena dengan demonstrasi BERSIH. Dia telah ditahan di bawah Seksyen 124 (c) Kanun Keseksaan kerana aktiviti-akviti yang mengancam demokrasi berparlimen," kata Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara. 

Menurut Ketua Polis Negara lagi, penahanan Maria di bawah SOSMA selama 28 hari adalah bagi membolehkan polis membuat siasatan dan mengambil keterangan sewajarnya dari dia, terutama sekali yang membabitkan dana dan pembiayaan BERSIH 2.0.

Pada 18 November lalu, sepasukan anggota dan pegawai polis telah menyerbu pejabat BERSIH dan menemui beberapa dokumen yang polis syaki sebagai pembabitan BERSIH dalam usaha mengancam demokrasi berparlimen di Malaysia, iaitu kesalahan yang tertakluk di bawah Seksyen 124 (c) Kanun Keseksaan.

Khalid turut menegaskan SOSMA boleh digunakan untuk menyiasat jenayah terancang, pemerdagangan manusia dan jenayah ke atas negara, dan tidak hanya terrorisme. 


"Orang ramai berkata, kerajaan berjanji akan hanya menggunakan SOSMA untuk teroris. Malangnya mereka keliru antara SOSMA dengan POTA (Akta Pencegahan Terroris)."

Menurut Khalid lagi, Maria Chin sendiri mengakui telah menerima dana daripada OSF yang dibiayai oleh George Soros. 

"Kita tahu apa itu OSF dan berapa banyak negara yang telah mereka gulingkan supaya mengikut cara mereka. Ini adalah tanggungjawab polis untuk memastikan, keselamatan negara tidak diancam oleh sesiapa pun. Kita tahu sejarah OSF. Kita telah mengambil langkah-langkah perlu agar negara ini tidak jatuh ke dalam tangan orang yang mahu menjahanamkan Malaysia," kata Khalid lagi. 

KHALID SAMAD HAMPIR KENA BELASAH DI PEKARANGAN DEWAN RAKYAT KERANA MULUT 'SIALNYA'!!!



Kecoh juga di pekarangan Dewan Rakyat apabila Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad cuba diserang oleh sekumpulan orang sebentar tadi.

Dan seperti biasa, tuduhan dibuat kononnya ia ada kaitan dengan pertengkaran antara Khalid Samad dan Tajuddin Abdul Rahman.

Gobind Singh Deo ketika di Dewan, telah membangkitkan persoalan mengapa orang yang cuba menyerang, mengugut dan cuba memukul, hanya dileraikan oleh pihak keselamatan Parlimen tetapi tidak diambil tindakan.

Dalam kejadian pagi tadi, pihak keselamatan berjaya menyelamatkan Khalid Samad dan menghalang kejadian lebih buruk. Bagaimanapun, difahamkan tiga orang anggota keselamatan tercedera dalam kejadian tersebut.

Dan Khalid Samad turut memberitahu, 'Badan saya tidak tersentuh sedikit pun!'.

Malah Khalid Samad menegaskan, 'Kamu nak terajang saya, kamu nak membelasah saya ke, saya tetap menjalankan peranan saya."

Khalid Samad juga memberitahu, salah seorang penyerangnya adalah 'ANAK PASIR SALAK'.... TERUSKAN BACAAN DI BULETIN 247


DAP MAKIN KALUT MENGHASUT SELEPAS BERSIH 5.0 GAGAL HALANG PEMBENTANGAN RUU355!!!



Lim Guan Eng dan DAP sedang seronok menyucuk selain menghasut parti-parti komponen BN, terutama MCA, MIC, GERAKAN dan parti-parti Bumiputera Sabah-Sarawak agar keluar dari BN kerana menentang RUU355.

Hari ini, dijangkakan pembentangan RUU355 akan dibuat oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Dua hari lepas, Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi telah mengumpulkan kesemua Ahli-Ahli Parlimen beragama Islam dari UMNO, PAS dan PAN untuk memberikan penjelasan serta penerangan tentang RUU355.

Hasilnya, lumayan walaupun ada soksek-soksek 'wakil DAP' dari PAN yang berpura-pura bangang dan tidak faham.

Politik kekal dengan gaya politik.

RUU355 sebenarnya memang EKSKLUSIF untuk umat Islam di Malaysia sahaja. Ia adalah pakej penaikan taraf sistem undang-undang syariah di negara ini.

DAP enggan menerima konsep bahawa ada undang-undang syariah dan sivil yang perlu dijalani oleh umat Islam di Malaysia. Mereka tidak menerima dan mengiktiraf undang-undang syariah kerana undang-undang tersebut meminggirkan firma-firma guaman mereka.

Namun yang terpenting, DAP mahu menunjukkan bahawa mereka adalah 'SAVIOUR' kepada masyarakat bukan Islam di negara ini, sekalipun yang ingin diselamatkan pula, langsung tidak terjejas dengan undang-undang yang akan dipinda atau ditambahbaik.

Apa yang disibukkan oleh DAP dalam URUSAN UMAT ISLAM di negara ini?

Dalam keadaan biasa, wakil-wakil DAP kelam-kabut cuba menunjukkan yang mereka pro-Islam termasuklah tidak segan silu hadir ke masjid pada musim bulan Puasa, berselendang bahkan bersongkok, malah cuba menggandingkan nama mereka dengan tokoh-tokoh Islam, tetapi apabila cubaan menaiktarafkan dan pembaikian undang-undang syariah di kalangan umat Islam, mereka menentang dengan keras, bahkan menghasut dan cuba menimbulkan kekacauan kononnya mereka memperjuangkan hak rakyat.


Umat Islam tertakluk kepada undang-undang syariah sama ada hudud, qisas dan sekurang-kurangnya takzir. Itu adalah amalan yang dilakukan oleh khalifah-khalifah Islam dari zaman Khulafa Ur-Rasyidin lagi. Walaupun di dalam al Quran terdapat hudud dan qisas tetapi syubhah memberikan 'keistimewaan' kepada Kerajaan untuk menggunakan takzir.

Hudud dan Qisas tidak boleh dilaksanakan secara sewenang-wenangnya memandangkan ia tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang sangat ketat. Bagaimanapun, sebarang masalah jenayah memerlukan hukuman selanjutnya bagi mengawal maslahat umat. Justeru, ketiadaan hudud dan qisas tidak bermakna, bebaslah si pelaku yang bijak memanipulasikan undang-undang dengan bantuan peguam. Sebaliknya mereka perlu berhadapan dengan undang-undang takzir dan sivil.

Itu yang berlaku di Malaysia.

Bukan Islam ada undang-undang sivil yang mana sudah tentu mereka tidak mahu tertakluk di bawah undang-undang takzir atau syariah. Mereka sudah tentu tidak mahu berasakan yang mereka telah DITAKLUK OLEH ISLAM - sepertimana yang cuba dipersepsikan oleh DAP sepanjang parti tersebut wujud.

Justeru, apa yang harus mereka takutkan sekiranya RUU355 hanya melibatkan umat Islam?

Bab cuba mendapatkan publisiti murahan dengan menggambarkan mereka pro-umat Islam, mereka boleh melakukannya dengan mudah. Tetapi dalam bab RUU355, mereka menentangnya, malah menghasut agar kekacuan menerusi BERSIH 5.0 dibuat semata-mata supaya rakyat bangkit melawan RUU355?


Tuesday, November 22, 2016

MALU AKIBAT TERKANTOI MENIPU, LIM GUAN ENG MENGAMUK SAMPAI SURAT KHABAR PRO DIA PUN, DISERANG!!!



Lepas satu suratkhabar, satu lagi suratkhabar menjadi mangsa serangan Lim Guan Eng. Daripada akhbar-akhbar berbahasa Cina yang kuat menyokong DAP dan Lim Guan Eng sehinggalah akhbar milik MCA seperti The Star yang juga banyak menyokong DAP, menjadi mangsa serangan terbaharu Setiausaha Agung DAP itu. 

Dalam perkembangan terbaharu, Lim Guan Eng dan ramai ahli-ahli politik DAP kecuali Tony Pua sedang memperhebatkan serangan ke atas The Star. 

Tajuk The Star tidak menyatakan 'Penang. Under Water.' Sebaliknya, hanya 'Under Water'.

Gambar yang digunakan dirakamkan di Grik, Perak, tetapi banjir turut melanda Pulau Pinang dan Kedah dan negeri-negeri lain, jelas tertera pada muka hadapan akhbar berkenaan.

Selain itu, turut dilaporkan ialah satu kematian di Pulau Pinang akibat limpahan air sungai yang disebabkan oleh banjir, tetapi Lim Guan Eng kelam-kabut menyatakan, berita tersebut adalah fitnah kerana kematian tersebut bukannya akibat banjir. Dia berkata, mangsa mati akibat lemas di sungai dan kematian tersebut tidak bermana mati akibat banjir walaupun limpahan air sungai tersebut adalah disebabkan oleh banjir. 

Lim Guan Eng seperti keseluruhan DAP dan para penyokong mereka, cuba memutarbelitkan kenyataan. Apabila sudah tidak mampu memutarbelit, maka serangan agar akhbar dan sumber berita tersebut dibuat secara menggila. 

Adakah penafian Lim Guan Eng bahawa mangsa yang lemah akibat banjir tersebut bermakna, mangsa masih hidup? Dia faham ke tidak dengan kata-katanya sendiri?

Aneh juga, tiba-tiba sahaja Lim Guan Eng dan DAP menjadi begitu sensitif dengan berita-berita yang disiarkan oleh akhbar sedangkan berita-berita dari akhbar-akhbar yang sama jugalah yang mengeluarkan banyak berita-berita negatif tentang Kerajaan Pusat dan Najib Abdul Razak, DAP dan Lim Guan Englah yang paling kuat bersorak.

Sekarang, Lim Guan Eng marah apabila perkara yang sama terkena ke batang hidungnya?

Adakah DAP akan mengumpulkan para panglimanya untuk melakukan serangan besar-besaran ke atas The Star yang merupakan milik MCA dalam usaha mengalih perhatian daripada masalah banjir di Pulau Pinang yang masih tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan Negeri sehingga kini setiap kali hujan lebat? Sedangkan semasa cuba mencari kuasa dahulu, janji DAP ialah, masalah banjir di Pulau Pinang akan diselesaikan dalam tempoh yang paling singkat.

Untuk rekod, sekarang ini Lim Guan Eng dan DAP menyerang semua akhbar aliran utama dalam minggu ini sahaja bagi versi-versi berbeza - Berita Harian, NST, Sin Chew, China Press dan The Star. 

Satu-satunya akhbar yang dia tidak serang adalah Buletin Mutiara yang mana Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyalurkan dana berjumlah puluhan juta ringgit dari dana negeri bagi menyebarkan pembohongan dan propaganda DAP. 

DAP dan Lim Guan Eng seringkali mendabik dada kononnya mereka memperjuangkan kebebasan akhbar dan maklumat... nah, inikah kebebasan yang diuwar-uwarkan?

Bayangkanlah kalau Lim Guan Eng sebagai Menteri Dalam Negeri!!!

MAHATHIR SALAHKAN KABINET KERANA KEPUTUSAN BAGI KONTRAK RM507.7 JUTA KAT KRONI SELEPAS DIDEDAHKAN KETUA AUDIT NEGARA!!!



Laporan Ketua Audit Negara 2015 (Siri 2) mendedahkan pada tahun 2001, Menteri Kewangan yang disandang oleh Mahathir waktu itu, telah membatalkan semua kontrak (15 kesemuanya) bagi menjalankan kerja-kerja pengorekan di pelabuhan-pelabuhan di negara ini. Sebaliknya kontrak yang bernilai RM507.77 juta diserahkan sepenuhnya kepada sebuah syarikat yang baru ditubuhkan pada Jun 2002, Malaysian Maritime and Dredging Corporation Sdn. Bhd. (MMDC).

Ketua Audit Negara dalam laporannya mengatakan, siasatan mendedahkan pada 10 Ogos 2002, Kementerian Kewangan memutuskan semua tender pengorekan muara sungai dengan tempoh konsesi 15 tahun sebelum itu telah dibatalkan dan Menteri Kewangan telah mengarahkan agar kontrak tersebut diberikan kepada MMDC.

Pemeriksaan Jabatan Audit juga tidak menemui sebarang dokumen berkaitan dengan perbincangan penilaian atau kajian mengenai keputusan di peringkat Kementerian Pengangkutan.

Mahathir telah menafikan peranannya dalam pemberian kontrak tersebut secara langsung kepada MMDC. Sebaliknya dia menyalahkan Kabinet. Menurutnya, Kabinet yang meluluskan pemberian kontrak tersebut.... TERUSKAN BACAAN DI BULETIN 247


ADAKAH PENCINTA-PENCINTA SOROS DAN MARIA CHIN AKAN BOIKOT HIMPUNAN SOLIDARITI UMMAH YANG SOKONG ETNIK ISLAM MYANMAR SABTU INI?!!!



Kekejaman dan pembersihan etnik di Myanmar melibatkan umat Islam, nampaknya tidak begitu mendapat perhatian daripada Kerajaan Malaysia mahupun sebilangan besar rakyatnya yang masih lagi memperkatakan tentang Demonstrasi BERSIH 5.0 dan Gerakan Baju Merah.

Malahan dunia pun turut memandang sepi akan perbuatan kejam tentera-tentera Myanmar yang mahu menghapuskan masyarakat Islam di negara tersebut.

Negara ini menjadi antara tempat pelarian warga Myanmar. Menariknya, golongan yang turut menzalimi etnik beragama Islam di Myanmar juga, turut masuk ke negara ini berbondong-bondong, malahan turut berjaya menempatkan diri mereka dalam industri tenaga kerja.

Manakala masyarakat Islam Myanmar yang masuk ke negara ini, kebanyakan daripada mereka bekerja sebagai pemungut sampah dan pencari barangan terpakai, malahan ada yang menjadikan kerjaya peminta sedekah sebagai punca pendapatan utama, memandangkan permintaan untuk tenaga mereka agak berkurangan.


26 NOVEMBER, Himpunan Solidariti Untuk Umat Islam Myanmar akan diadakan di pekarangan Masjid Negara.

Berbanding Demonstrasi BERSIH 5.0 atau pun Gerakan Baju Merah yang hanya untuk seronok-seronok atau demi kepentingan satu pihak, solidariti untuk masyarakat Islam Myanmar yang sedang ditindas, dibunuh, dirogol bahkan dihalau dari tanahair mereka sendiri, sepatutnya membuka mata kita tentang nasib yang bakal kita terima sekiranya kita turut mengambil sikap lama masyarakat Islam Myanmar.


Berbanding BERSOLIDARITI UNTUK MARIA CHIN dan BERSIH 5.0 yang sudah kita ketahui merupakan kepentingan DAP dan George Soros, lebih baik kita menyertai Himpunan Solidariti pada 26 November ni di pekarangan Masjid Negara. Solidariti untuk umat Islam jauh lebih baik berbanding bersolidariti untuk memastikan golongan seperti Lim Kit Siang naik berkuasa atau untuk memastikan Mahathir terus menggunakan wang rakyat Malaysia untuk kepentingan kroninya!!!


APABILA AHLI PARLIMEN BERASAKAN MEREKA LEBIH KEBAL DARI UNDANG-UNDANG!!!



Ahli Parlimen dipilih oleh rakyat menerusi pilihanraya. Fungsi utama mereka adalah membawa suara dan keperluan serta kehendak rakyat di kawasan yang mereka wakili. Daripada kepercayaan yang diberikan oleh rakyat, mereka mempunyai keistimewaan untuk menggubal undang-undang di Parlimen menerusi proses usul dan bahas serta undi.

Itu adalah fundamental keberadaan Ahli Parlimen.

Tetapi apa yang berlaku di Malaysia, amat kelakar!

Ahli-Ahli Parlimen berasakan mereka lebih teratas daripada semua orang di negara ini. Mereka berasakan, mereka bebas berbuat apa-apa. Malah mereka juga berasa mereka bebas merancang segala-galanya dan tiada apa-apa yang boleh menahan serta mencegah mereka, termasuklah undang-undang.

Semalam, beberapa orang Ahli Parlimen mempamerkan sikap dan sisi jelek mereka yang tidak selayaknya pada Ahli Parlimen. Dalam peristiwa semalam, dua orang Ahli Parlimen lelaki berbalas-balas makian semata-mata kerana seorang Ahli Parlimen wanita.

Hari ini pula, segerombolan Ahli Parlimen berarak dari Parlimen ke Bukit Aman untuk menuntut pembebasan Maria Chin daripada tahanan SOSMA hanya kerana Maria Chin adalah geng mereka!

Tahun lepas, gerombolan yang sama, berarak dari Parlimen ke Bukit Aman untuk menuntut pembebasan Rafizi Ramli yang juga geng mereka.

Bagaimanapun, perarakan yang sama tidak dibuat apabila Ahli Parlimen dari pihak yang bertentangan ditahan dan dilokapkan oleh polis.

Sebagai penggubal undang-undang, sewajarnya Ahli-Ahli Parlimen tersebut bersikap lebih matang dan bukannya bertindak sebagai pelakon pentas opera. Apatah lagi, Maria Chin ditahan di bawah undang-undang pencegahan keselamatan.

Keselamatan yang diperjudikannya pula adalah keselamatan negara.

Justeru sewajarnya, siasatan yang mahu dijalankan oleh pihak polis ke atas Maria Chin bagi tuduhan dan dakwaan menggunakan dana dan pihak asing untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih menerusi proses demokrasi, sewajarnya tidak diganggugugat oleh mana-mana Ahli Parlimen mahupun pihak politik.

Sememangnya dari zaman sebelum merdeka lagi, terdapat ramai orang politik yang menggunakan pihak asing untuk memenuhi keinginan dan cita-cita besar mereka. Kemuncaknya ialah pada tahun-tahun di mana komunisme dan sosialisme selain perang pengaruh antara Amerika Syarikat dan Russia, menyaksikan ramai orang atau macai politik, yang dikenakan tindakan di bawah undang-undang.

Begitu juga apabila ada khabar-khabar angin berkenaan seorang menteri kabinet diminta berpisah dengan isterinya yang dikesan sebagai ageni perisik pihak asing.

Apabila Ahli-Ahli Parlimen kononnya bersolidariti untuk membebaskan seseorang yang disyaki terlibat dengan pihak asing untuk menjahanamkan negara ini, sewajarnya mereka juga harus dikenakan tindakan yang sama...

Kurung mereka di bawah undang-undang pencegahan dan keselamatan. Dan memandangkan mereka adalah penggubal undang-undang, mereka harus dikenakan hukuman yang lebih ketat kerana potensi mereka sebagai talam dua muka serta agen perisik kepada pihak asing, jauh lebih besar dan bahaya!


 
Blogger Templates