Difahamkan sepasukan anggota SPRM menahan ketua setiausaha sebuah kementerian itu kira-kira pukul 8 pagi Rabu.
Suspek yang berusia 59 tahun, ditahan di rumahnya di USJ Subang Jaya di sini.
Suspek disyaki menyalahguna kuasa dan kedudukan sejak 2010 untuk menerima rasuah. (RUJUK SINI)
Siasatan awal mendapati suspek menggunakan kuasanya untuk melantik kontraktor, pembekal dan penjual dengan memperolehi keuntungan sendiri.
Tidak lama sebelum ini, dua orang pegawai tinggi Jabatan Air Sabah ditahan dan didakwa kerana rasuah. Hasil penemuan di pejabat dan rumah kedua-dua individu tersebut amat memeranjatkan apabila wang tunai sahaja dianggarkan bernilai lebih RM50 juta tidak termasuk barangankemas dan emas, permata serta jam-jam tangan mewah.
SPRM kebelakangan ini mensasarkan pegawai-pegawai tinggi kerajaan sekaligus menjadikan beberapa pihak mula resah. Malah tidak bersetuju dengan fokus SPRM ke atas pegawai-pegawai kanan kerajaan.
Ramon Navaratnam, bekas hakim dan Pengerusi Asli Centre for Public Policy Studies berkata, SPRM tidak sepatutnya memberikan tumpuan dan menangkap pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang merupakan kelompok pelaksana sebaliknya terhadap ahli-ahli politik yang menurutnya melakukan lebih banyak rasuah. (RUJUK SINI)
Dan seperti biasa, alasan yang diberikan oleh Ramon Navaratnam adalah alasan-alasan klise yang hanya bersandarkan kepada sentimen tanpa sebarang bukti. Penangkapan dan pendakwaan pengamall rasuah di mahkamah memerlukan bukti bukannya sekadar persepsi, melainkan untuk dipolitikkan.