Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, January 6, 2017

KAJI SELIDIK BUATKAN NETIZEN MEMAKI HAMUN BARISAN NASIONAL DAN NAJIB ABDUL RAZAK!!!



Barangkali sudah terdesak sangat apabila trend langsung tidak menyokong dan berpihak kepada mereka. Lantas pakar strateginya memikirkan jalan dan kaedah yang lebih baik untuk menaikkan sentimen dan kemarahan orang ramai terhadap Kerajaan, khususnya Barisan Nasional dan UMNO. 

Reaksi daripada netizen menunjukkan, mereka menuduh Barisan Nasional dan Kerajaan yang membuat kajiselidik tersebut.

Di Facebook, netizen memberikan reaksi negatif berhubung panggilan daripada nombor telefon 03-78902700 yang pemanggilnya memperkenalkan diri sebagai 'CPI (Centre of Policy Initiatives) Call Centre'.

Panggilan tersebut kononnya dibuat untuk menjalankan kaji selidik tentang parti politik mana yang menjadi pilihan untuk diundi pada PRU akan datang.

Tuduhan telah dibuat kononnya, CPI adalah sebuah badan kajiselidik kerajaan yang sudah terdesak untuk mengetahui jumlah sokongan yang akan diterima pada PRU. UMNO, BN bahkan Najib Abdul Razak dimaki hamun tanpa mereka mengetahui siapa atau apa sebenarnya CPI.

Parti mana yang akan diundi nanti adalah rahsia. Para pengundi berhak mengundi sesiapa pun atau mana-mana parti pun. Membuat pertanyaan seperti itu, hanyalah meningkatkan kemarahan dan kebencian selain menimbulkan persepsi negatif, terutama kepada kerajaan dengan dakwaan, kerajaan sedang ketakutan. 

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa HANYA TERDAPAT SATU SAHAJA CPI yang aktif menjalankan kajiselidik di Malaysia sekarang ini. CPI tersebut dipelopori oleh INVOKE. 


INVOKE adalah ialah NGO yang diketuai oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli serta Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen. Melalui program I-CPI, INVOKE berkempen untuk Barisan Rakyat (PKR, DAP dan Cap Bunga).

Ramai netizen yang telah menerima panggilan CPI, beranggapan ia adalah panggilan daripada black-ops Barisan Nasional. Apatah lagi trend menyalahkan segala-galanya kepada UMNO dan Najib, membuatkan kaedah seperti ini mudah digunakan untuk melakukan fitnah dan menimbulkan persepsi serta tuduhan negatif kepada kerajaan. 


BILA KENA BATANG HIDUNG SENDIRI, LIM GUAN ENG MAHU MAHKAMAH ISYTIHAR UNDANG-UNDANG RASUAH TIDAK BERPERLEMBAGAAN!!!



Lim Guan Eng dan 'pasangannya', Phang Li Koon hari ini telah menfailkan usul untuk mengisytiharkan Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 sebagai tidak berperlembagaan. 

Phang menerusi peguamnya, V.Sithambaran, telah menfailkan usul tersebut dua hari lepas, manakala Guan Eng melakukannya menerusi pasukan guamannya yang diketuai oleh Gobind Singh Deo hari ini. 

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail telah menetapkan 6 Februari untuk mendengar usul tersebut dan menegaskan, dia mahu perkara berkenaan diselesaikan sebelum perbicaraan rasuah ke atas Lim Guan Eng dan Phang Li Koon bermula pada Mac. 

Menurutnya, Akta tersebut sudah wujud lama. Begitu juga dengan Seksyen 62. Ia tidak boleh ditukar sesuka hati memandangkan mahkamah hanya menginterpretasinya sahaja. Bagaimanapun hakim memberikan peluang kepada pihak Guan Eng dan Phang Li Koon untuk menfailkan usul tersebut 

Seksyen 63 memperuntukkan, orang yang dituduh perlu menghantar laporan pembelaan kepada pendakwaraya dan akan dijadikan sebagai sebahagian dairpada bukti untuk pembelaan. 

Hadhariah kemudiannya memberikan pasukan pembelaan dan pendakwa tempoh sebulan untuk menfailkan kenyataan dan dokumen-dokumen berkaitan untuk usul tersebut. Pada masa yang sama, dia turut menegaskan, kes rasuah melibatkan Lim Guan Eng dan Phang Li Koon telah berlarutan selama lebih 6 bulan. 

"Kita nampaknya hanya bercakap, bercakap, bercakap.... saya rasa lebih baik kurangkan bercakap. Saya mahu perbicaraan ini dimulakan secepat mungkin. Jadi di sini saya tegaskan bahawa tarikh perbicaraan pada Mac tidak boleh ditukar," katanya lagi. 

Gobind memberitahu wartawan kemudiannya bahawa seksyen berkenaan menuntut kenyataan pembelaan sebelum perbicaraan bermula yang mungkin bertentangan dengan hak perlembagaan individu untuk tidak membuka mulut. 

Sebelum itu, Hadhariah turut bertanya kepada pasukan pendakwaraya yang diketuai oleh Timbalan Pendakwaraya Masri Mohd Daud sama adalah 13,000 dokumen dalam 35 ikatan untuk kes tersebut telah disiapkan dan diserahkan. Menurutnya, tiada sebarang perkembangan tentang perkara itu semenjak dia mengambilalih kes berkenaan pada November lalu. 

Masri kemudiannya memberitahu, dokumen-dokumen tersebut telah disiapkan dan telah pun diserahkan kepada pihak pembelaan, tetapi tidak kepada hakim memandangkan pihak pendakwa tidak mahu menimbulkan prejudis kepada hakim. Hakim bagaimanapun, menolak kenyataan tersebut. 

"Saya tidak mempunyai sebarang prejudis. Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Saya hanya bertanya memandangkan dokumen-dokumen tersebut telah tertangguh sekian lama. Saya tidak melihatnya, jadi saya bertanya," kata Hadhariah. 

Gobind mengesahkan dia telah menerima kesemua dokumen berkenaan. Hadhariah kemudiannya mengingatkan kedua-dua belah pihak yang dia tidak akan bertoleransi untuk menangguhkan kes. 

Hari ini adalah pengurusan kes dua dakwaan rasuah yang melibatkan Lim Guan Eng dan satu dakwaan rasuah melibatkan Phang Li Koon. Kedua-dua tertuduh tidak hadir di mahkamah tetapi diwakili oleh peguam-peguam mereka. 

Lim Guan Eng didakwa menggunakan kedudukan jawatannya untuk mendapatkan rasuah bagi dirinya dan isterinya, Betty Chew dengan meluluskan permohonan oleh Magnificent Emblem untuk menukar status tanah pertanian kepada kediaman semasa mesyuarat jawatankuasa perancangan negeri pada 18 Julai 2014.

Guan Eng juga didakwa telah menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah dengan membeli sebuah rumah daripada Phang pada harga RM2.8 juta yang merupakan harga di bawah pasaran sebenar pada 28 Julai 2015. Harga pasaran bagi rumah tersebut adalah RM4.27 juta. 

Phang Li Koon pula didakwa di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat dengan Lim Guan eng pada 28 Julai tahun lepas dalam urusan pembelian rumah di Jalan Pinghorn daripadanya dengan harga RM2.8 juta, harga di bawah pasaran di mana Lim telah dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan. 

Kes melibatkan Phang Li Koon akan didengar serentak dengan kes Lim Guan Eng. 

Perbicaraan bagi kes tersebut telah ditetapkan pada 27 Mac sehingga 31 Mac, 10 April sehingga 14 April, 24 April sehingga 28 April, 15 Mei sehingga 19 Mei, 29 Mei sehingga 2 Jun, 13 Jun sehingga 16 Jun dan 17 Julai sehingga 21 Julai.



TAK BERANI TAKUT DILONDEHKAN TUNKU AZIZ, KIT SIANG MEMILIH UNTUK SAMAN MEDIA YANG MENYIARKAN KENYATAAN TUNKU AZIZ!!!



Yang mencabar dan membuat pendedahan adalah Tunku Abdul Aziz tetapi Lim Kit Siang memilih untuk menyaman Utusan, NST dan mana-mana media massa serta elektronik yang menyebarkan 'berita palsu' tentang pakatan rahsianya dengan Mahathir. 

Alasan yang diberikan oleh Lim Kit Siang ialah, dia tidak berminat hendak berurusan dengan orang yang disifatkannya telah hilang kehormatan, kredibiliti dan tidak layak dihormati seperti Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim. 

Pada 3 Disember, Tunku Abdul Aziz telah mendakwa wujudnya pakatan rahsia antara Kit Siang dan Mahathir untuk mengangkat Mukhriz sebagai Perdana Menteri dan Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri sekiranya Pakatan menang PRU-14 nanti.

Serentak dengan itu, Tunku Aziz turut mencabar Kit Siang dan Mukhriz untuk membuat akuan bersumpah bagi menafikan tuduhan tersebut atau menyamannya sekiranya tuduhan itu adalah fitnah. 

Justeru, apabila Kit Siang memilih hanya untuk menyaman media kerana menjadi pengantara tetapi TIDAK BERANI LANGSUNG MENYENTUH TUNKU ABDUL AZIZ yang pernah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi DAP selama 3 tahun dari 2009 sehingga 2012, adalah sesuatu yang amat menggelikan hati.

Timbul persoalan, mengapa Kit Siang lebih berminat untuk mengenakan media yang hanya melaporkan tuduhan Tunku Abdul Aziz, tetapi langsung tidak berani untuk berhadapan dengan Tunku Abdul Aziz. (RUJUK SINI)

Adakah satu kesalahan bagi media untuk melaporkan sebarang tuduhan yang dibuat oleh mana-mana pihak terhadap DAP?

Mengapa DAP terlalu takut dengan sebarang laporan atau tuduhan negatif yang dibuat oleh sesetengah pihak kepada mereka terutama sekali yang membabitkan batang tubuh Kit Siang dan anak lelakinya, Lim Guan Eng?

Sedangkan pada masa yang sama, mereka pula bebas membuat sebarang tuduhan ke atas orang lain, terutama sekali UMNO dan para pemimpinnya, khasnya Najib Abdul Razak. Media telah dipergunakan oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng untuk menghalalkan sebarang tuduhan ke atas pemimpin UMNO dan UMNO sendiri. 

Tindakan Najib Abdul Razak menyaman Malaysiakini kerana dua artikel fitnah, bukan sahaja dikecam oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, bahkan beberapa aktivis dan pro-DAP bukan main lagi menuduh Najib cuba menyekat dan menyerang kebebasan media.

Tetapi dalam kes Lim Kit Siang, semua yang lantang bersuara itu, tiba-tiba sahaja senyap sunyi!

Sebelum ini, Lim Guan Eng telah menyerang media-media berbahasa Cina dan mempersoalkan mengapa akhbar-akhbar tersebut enggan menyiarkan kenyataannya, bahkan mempersoalkan mengapa berita tentang dirinya tidak diletakkan pada muka hadapan akhbar masing-masing.

Pengarang Sin Chew kemudiannya mengeluarkan kenyataan dan memberitahu Lim Guan Eng, dia tidak mempunyai hak untuk menentukan siapa atau apa yang harus disiarkan oleh akhbar tersebut.

Kit Siang sendiri, setahun lepas telah bersungguh-sungguh menyatakan, dia akan menyaman Ketua Penerangan PAS kerana mendakwa DAP telah diberikan RM1.2 bilion sebagai pertukaran mendapatkan kemudahan pangkalan laut di Port Dickson kepada Israel sekiranya DAP memenangi Kerajaan Pusat pada PRU-13. (RUJUK SINI)

APABILA SOTONG RAFIZI TERLEBIH TEPUNG, SUBSIDI FELDA KEPADA PENEROKA PULA DIKATAKAN SONGLAP!!!



Rafizi Ramli sebenarnya malu besar!

Bukan hanya malu kerana hujah-hujahnya dipatahkan dengan mudah oleh pasukan Komunikasi Strategi BN tentang MRT, tetapi juga malu apabila fitnah yang cuba dibuatnya ke atas FELDA dipatahkan dengan mudah.

Namun Rafizi Ramli bertepatan dengan gelaran 'SOTONG', tidak pernah putus asa untuk terus mencuba melakukan fitnah. Dia mencari jalan bagaimana hendak memanipulasi sesuatu isu, sekaligus membuatkan khalayak terlupa tentang KESIPUAN yang dialaminya kerana dia telah dibuktikan baghal!

Begitulah dalam isu terbaru serangannya ke atas FELDA.

Untuk menambahkan sensasi bagi membuktikan kebenarannya, Rafizi Ramli telah membuat laporan polis atas segala tuduhan yang dibuatnya ke atas FELDA.


Menurutnya, dia mempunyai dua perkara asas yang menyokong laporan polisnya:

(1) FELDA telah mengalami kerugian bernilai berbilion ringgit pada tahun 2913 dan 2014. 'Kerugian' ini adalah terhasil daripada program-program kebajikan untuk para peneroka dan juga kos besar untuk penanaman semula yang telah meningkat dan untuk aset bagi masa hadapan.

Rafizi bagaimanapun, tidak pula membuat laporan polis mengapa FELDA membuat untung RM5.7 bilion pada tahun 2012!

(2) Kerugian FELDA bernilai RM193 juta untuk program perumahan.

Katanya, “Saya akan serah laporan kewangan, laporan audit dan juga jawapan Parlimen mengenai Felda yang ada pada saya.”

“Dalam laporan kewangan tahun berakhir 2014, audit menghapus kira RM193 juta daripada projek perumahan Felda.

“Pasti ada penggelapan dana. Saya mahu pihak berkuasa siasat pegawai Felda, pemilik dan mereka yang menyerahkan tender projek.”

Macam dah tak tahu nak buat apa-apa tetapi Rafizi perlu menunjukkan dia seorang yang bijak dan bermata tajam. Dia memilih satu baris di dalam seksyen perbelanjaan dalam akaun dan kemudian membuat kesimpulan, program perumahan FELDA adalah RM193 juta.

Baginya ini adalah satu perbuatan SONGLAP!

Sedangkan yang dikatakannya SONGLAP itu, bagi orang yang faham prinsip perakaunan, ia adalah subsidi yang diberikan oleh FELDA bagi program perumahan untuk peneroka.


Najib Abdul Razak sebelum ini telah mengumumkan, 20,000 buah rumah akan dibina untuk generasi kedua FELDA dan akan dijual di bawah harga pasaran. Bab itu, mungkin Rafizi Ramli tidak baca atau barangkali dia buat-buat buta.

Menurut laporan terkini, sebanyak 8,570 unit telah pun dibina dan diserahkan sekaligus menunjukkan S&P dengan peneroka FELDA telah pun ditandatangani.

Kos sebenar setiap unit rumah tersebut adalah RM125,000 tetapi telah dijual pada harga RM90 ribu, sekaligus mewujudkan perbezaan kerugian sebanyak RM35,000.

Kos tersebut tidak sahaja untuk rumah tetapi juga fasiliti-fasiliti lain di kawasan tersebut seperti padang permainan, surau, kawasan perbandaran, jalan, saliran, kumbahan, lampu dan sebagainya.

Ditanya siapakah yang akan menanggung kos prasarana rumah Perumahan Generasi Baru Felda (PGBF) sedangkan RM90,000 itu adalah harga kos, Razali Ibrahim, Timbalan Menteri yang diberikan tugas berkenaan FELDA berkata pihak kerajaan dan Felda akan menanggungnya.

“Kerajaan yang (akan) tanggung… banyak yang kerajaan tanggung dalam bab-bab ini.

“Selama ini pun banyak perkara tetapi sebab pengiktirafan kepada sokongan mereka, tak salah untuk Felda tanggung prasarananya sekali,” kata beliau lagi.

Ini bermaksud, sebaik-baik sahaja kontrak untuk perumahan tersebut telah dibuat dan harga jualan telah dikenalpasti, FELDA perlu memperuntukkan kerugian yang akan mereka hadapi. Jadi RM193 juta untuk tahun 2014 dan jumlah tersebut meningkat pada tahun 2015 adalah munasabah.

Hanya SOTONG TERLEBIH TEPUNG seperti Rafizi sahaja yang akan menganggap bantuan dan subsidi untuk perumahan bagi peneroka FELDA sebagai satu kerugian yang terhasil daripada SONGLAP dan kemudian membuat laporan polis.


Thursday, January 5, 2017

HARAP-HARAP KENYATAAN MENTERI KPDNKK IBARAT AHLI SIHIR PENUH SAKTI, LEPAS KELUAR KENYATAAN, ESOK HARGA BARANG PUN MERUDUM JATUH!!!



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menasihatkan peniaga supaya tidak menaikkan harga ikan berikutan kekurangan bekalan ketika musim banjir. 

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata walaupun ia tidak termasuk dalam kategori barang kawalan, kementerian akan tetap memantau harga ikan supaya tidak membebankan pengguna. 

"Kekurangan bekalan ikan dalam keadaan cuaca tidak menentu tidak dapat dielakkan kerana bencana yang berlaku menjejaskan aktiviti nelayan. Masih ada peniaga yang menjual pada harga berpatutan, ...kecuali tiada apa bencana berlaku tiba-tiba harga naik, kita akan siasat," katanya. 

Beliau berkata demikian selepas melancarkan kempen 'Ong Mali' Tesco Malaysia sempena Tahun Baru Cina di Kepong Village Mall hari ini. 

Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata harga barang kawalan sempena Tahun Baru Cina kali ini dijangka diumumkan pada 18 Januari ini. 

Sementara itu, beliau menjelaskan bayaran 20 sen untuk setiap beg plastik yang dicaj kepada pelanggan akan dimanfaatkan untuk program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang membabitkan alam sekitar. 

"Kutipan itu akan dimasukkan ke dalam akaun khas dan diberi kembali kepada pengguna melalui inisiatif CSR. Namun apa pun program yang dilakukan mesti mendapat kelulusan jawatankuasa ahli lembaga, termasuk KPDNKK," katanya. - BERNAMA

PERLANTIKAN SEBAGAI PAKAR STRATEGI DAP BUKTIKAN DAP ADALAH BOSS PKR!!!



Perlantikan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution sebagai Pakar Strategi DAP yang bekerja sebagai Penasihat kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Tugasnya ialah menangani isu-isu kaum Melayu dan Islam di Pulau Pinang selain memastikan strategi DAP meluaskan pengaruh di kalangan orang Melayu-Islam di seluruh Malaysia.

Secara tidak langsung, Zairil Khir Johari dan Mat Sabu yang sebelum ini ditugaskan untuk menangani masalah sokongan Melayu kepada Lim Guan Eng dan DAP di Pulau Pinang, telah gagal dalam menjalankan tugas mereka.

Pulau Pinang sedang mengalami perubahan yang sangat besar termasuklah komposisi kaum. Kawasan-kawasan yang dahulunya merupakan majoriti Melayu, kini telah ditukar. Perkampungan-perkampungan Melayu telah dimusnahkan bagi memberi laluan kepada pembinaan rumah-rumah pangsa yang bernilai lebih RM600 ribu, yang sudah pasti tidak akan mampu dimiliki oleh orang Melayu Pulau Pinang.

Suara-suara lantang masyarakat Melayu dan India Pulau Pinang selain pendedahan demi pendedahan rancangan kotor DAP di bawah Lim Guan Eng, telah menyebabkan satu strategi baru diperlukan bagi menangani masalah tersebut.

Saifuddin Nasution dianggap orang yang paling layak untuk mengatur strategi tersebut bagi pihak Lim Guan Eng dan DAP memandangkan Saifuddin sendiri adalah orang Melayu, pernah berada dalam saf kepimpinan UMNO yang sudah tentu dibekalkan dengan taktik dan maklumat untuk menangani setiap masalah mikro orang Melayu, selain turut pernah berada di dalam PAS dan seterusnya PKR di mana keseluruhan kemenangan dan keberadaannya di dalam politik adalah bertunjangkan orang Melayu.

Berbanding Mat Sabu dan Zairil Khir Johari, Saifuddin Nasution mempunyai akses yang lebih besar memandangkan dia adalah Setiausaha Agung PKR.

Tahniah buat Saifuddin Nasution yang telah menjawat jawatan Pakar Strategi DAP walaupun pada masa yang sama, dia adalah Setiausaha Agung PKR. Bekerja untuk dua parti yang berlainan, bukanlah sesuatu yang asing kepada Saifuddin Nasution!


ANAK MENANTU MUHYIDDIN YASSIN PUN KAYA-RAYA DENGAN PROJEK DAN KONTRAK KERAJAAN!!!



Penulis: MICHAEL LUNDANG

Anak sulung Muhyiddin, Fakhri Yassin pernah dikaitkan dengan Panama Papers dengan dua entiti Syarikat iaitu di British Virgin Islands. Pengerusi Eksekutif Syarkat Thriven Berhad itu membentuk Akila Way Limited BVI pada 11 Mac 2004 ketika berumur 28 tahun. Ia dibuat selepas lima tahun berkhidmat sebagai penganalisis pelaburan di Hwang DBS selepas menamatkan pengajian beliau dalam bidang Ijazah Ekonomi Perniagaan dari Universiti London. Akila Way dibentuk melalui WBC Limited, syarikat berpangkalan di Wan Chai, Hong Kong. Sepuluh tahun kemudian, Fakhri menubuhkan Farsight Plan Investments Ltd pada 4 Jun 2011.

Pada tahun 2015 anak Muhyiddin Yassin iaitu Fakri Yassin telah membeli syarikat hartanah Mulpha Land bernilai lebih RM 130 juta dan menggunakan dua syarikat iaitu Teladan Kuasa Sdn Bhd dan Ketapang Capital Sdn Bhd menguasai majoriti saham Mulpha Land. Mulpha Land dinamakan semula sebagai Thriven Berhad dan kemudian menjadi pengerusi eksekutif di syarikat yang tersenarai awam dan memiliki 33.86 peratus pegangan saham dalam Thriven dan menjadi Pengarah di dua hospital Health Management International di Singapura (Mahkota Medical Centre dan Regency Specialist).

Selain kekayaan anak Muhyiddin Fakhri Yassin, kekayaan anak menantunya Datuk Adlan Behran. Muhyiddin bukan setakat menyapu RM 4 bilion projek BESTARI NET YTL yang dilihat menghadapi kegagalan, Muhyiddin turut membolot projek BIOMETRIC SYSTEM' RM 912 juta buat syarikat yang diterajui menantunya Adlan Behrang di Nexbis Sdn.Bhd. Sistem Pengkalan Data Biometrik Warga Asing dan Sistem Sekuriti Nasional Nexcode (National Enforcement And Registration Biometric System (NERS) selama 12 tahun ini bermasalah ketika melaksanakan sistem ini sehingga menjadi isu semasa negara.

Muhyiddin bercuti ke Eropah tatkala parti beliau dalam keadaan kucar kacir dan menghadapi kemelut dalaman. Dengan kes Anina Saadudin yang disingkirkan daripada jawatan ketua sayap wanita parti, Ketua Srikandi dan diikuti oleh pengikut Mukhriz Mahathir yang menyerang Anina habis-habisan tetapi dalam masa yang sama Mukhriz menuduh pihak luar melaga-lagakan kepimpinan parti. Terkini Ezam Mohd Nor yang keluar daripada PPBM, kurang 3 bulan selepas penyertaannya dan lain-lain lagi.

Di samping itu, Muhyiddin sudah lama mempunyai hubungan sulit dengan Nika Gee Siew Yee, isteri kepada Peguam Stanley Clement Augustin. Muhyiddin banyak membantu Nika Gee Siew Yee memenangi projek Kompleks Sukan Kampung Pandan. Mahathir juga menyedari hubungan di antara Muhyiddin dan Nika sudah lama terjalin sejak Muhyiddin berkhidmat di Kementerian Pertanian lagi.

Semestinya skandal ini akan menjadi igauan besar buat Muhyiddin dan keluarganya serta terus terpahat dalam ingatan orang ramai. Ianya juga akan menjadi bualan orang ramai kerana isu skandal ini melibatkan pemimpin atasan PPBM.

Nota: 
COPY AND PASTE dari FB

 
Blogger Templates