Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, February 8, 2017

ADAKAH UMNO-BN AKAN ULANGI KESILAPAN 1999 APABILA TUNDUK KEPADA DESAKAN DONG ZHONG DEMI UNDI CINA?!!!



Semakin hampir pilihanraya umum, semakin banyak kad-kad perkauman dilemparkan ke medan demi mendapatkan sokongan dan mengekalkan pengaruh.

Dong Zhong kita tahu bekerja untuk siapa dan apa objektif sebenar kewujudan mereka. Dari awal penubuhannya lagi, Dong Zhong yang mengelolakan sekolah-sekolah persendirian aliran Cina, lebih Cina dari China, bahkan tidak mahu menerima hakikat, mereka bukan lagi di Tanah Besar China tetapi sudah berada di Dunia Melayu, jauh dari negara leluhur, bahkan jauh daripada budaya asal.

Hanya toleransi Dunia Melayu yang adakalanya lebih suka menyusukan beruk di hutan daripada anak sendiri, membolehkan imigran daripada tanah leluhur yang letaknya di dunia asing, mampu hidup dan menghidupkan budaya serta resam mereka tanpa sebarang gangguan.

Untungnya Dong Zhong di Malaysia ialah mereka tidak sahaja dibenarkan wujud, bahkan suara mereka juga mendapat tempat dalam media, bahkan menjadi modal sebagai umpan pilihanraya.

Dong Zhong selain mengelolakan sekolah-sekolah vernakular Cina, turut mengelolakan peperiksaan UEC yang menurut mereka lebih tinggi nilainya daripada peperiksaan yang dikendalikan oleh Kerajaan Malaysia.

Dalam perkembangan terbaharu, Dong Zhong menuntut agar Kerajaan Malaysia mengiktiraf UEC dan mendesak agar para penuntut UEC hanya diwajibkan mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu dan 6 matapelajaran wajib lain, adalah menerusi sukatan UEC.

Dengan kata lain, mereka tidak mahu mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Moral / Agama Islam dan Sains. Sebaliknya kelima-lima matapelajaran tersebut digantikan dengan matapelajaran yang terdapat dalam sukatan UEC. (RUJUK SINI)

Alasannya, UEC diiktiraf oleh beberapa buah universiti dunia termasuklah Oxford. Jadi, UEC perlu diterima pakai.

Yang Dong Zhong tidak dapat terima pula ialah, SPM bukan sahaja diterimapakai oleh IPT di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Kenapa pula mereka tidak bersungguh-sungguh untuk menjadikan SPM sebagai teras utama UEC kalau benar mereka mahukan UEC diiktiraf?

Sudah tentu kerana ego dan kesombongan mereka, selain sikap suka memandang rendah pihak lain selain daripada kelompok mereka!

Pastinya, akan ada pemimpin-pemimpin dari kalangan UMNO yang akan menjadi mata dan mulut bagi kelompok UEC ini dengan alasan undi-undi Cina yang sangat penting untuk kemenangan pada PRU akan datang.

Tidak mustahil juga, akan ada kelompok Melayu dan rakyat Malaysia sendiri yang cukup kuat menyokong desakan UEC kerana kononnya tidak mahu malu dengan beberapa universiti asing yang mengiktiraf UEC dan kononnya agar Malaysia tidak ketinggalan, sedangkan pada masa yang sama mereka tidak melihat kepentingan pendidikan nasional yang mendapat pengiktirafan sebulat suara daripada dunia luar!

Pemimpin-pemimpin terdahulu telah MELAKUKAN BANYAK KESILAPAN BESAR dalam usaha mereka untuk mengekalkan kuasa dengan mempertaruhkan pelbagai teras utama negara ini sehingga akhirnya menjadi kacau bilau seperti hari ini.

Ketiadaan ketegasan oleh generasi terdahulu dan kesannya seperti yang dipertontonkan kepada generasi masakini, jelas menunjukkan SISTEM DI NEGARA INI MUDAH DIPERKOTAK-KATIKKAN DAN DIPERMAIN-MAINKAN!!!


Tuesday, February 7, 2017

PAKATAN PKR-PAS-CAP BUNGA BAKAL DITUBUHKAN UNTUK LAWAN UMNO-BN SEBELUM BERGABUNG DENGAN DAP-PAN SEHARI SELEPAS KEPUTUSAN PRU-14 DIUMUMKAN!!!



Khabarnya ada perkembangan terbaharu dalam usaha PKR dan Cap Bunga mengelak PAS daripada menentang mereka dalam pertandingan tiga penjuru.

PAS telah meletakkan syarat yang amat berat kepada PKR dan Cap Bunga sekiranya mahu bekerjasama dengan PAS iaitu, mesti memutuskan semua bentuk hubungan dengan DAP.

Berdasarkan apa yang berlaku pada tahun 2008, selepas PRU-12, tiada sebarang ikatan atau bentuk kerjasama antara PAS-PKR-DAP, tetapi apabila berlaku kemelut perebutan jawatan Menteri Besar Perak dan kegagalan Ngeh Kor Ham untuk menjawat jawatan tersebut, meskipun DAP telah memulaukannya selama lebih dua minggu, menyaksikan PAS menjadi penentu.

Sokongan dan kesanggupan PAS untuk bersama-sama DAP dan PKR membolehkan Pakatan Rakyat yang dikuasai dan diperintah oleh DAP berkuasa penuh di Perak. PAS hanya diberikan jawatan Menteri Besar Perak yang bukan sahaja tidak berkuasa, malah untuk bercakap pun memerlukan keizinan dan tunjuk ajar daripada Ngeh-Nga.

Keadaan yang sama, kelihatan bakal berlaku dan sedang dirundingkan melibatkan beberapa orang pimpinan tertinggi PAS dengan Cap Bunga dan PKR.

PKR seperti yang diketahui amat bimbang kehilangan pegangan ke atas Selangor. Manakala Cap Bunga pula sedang mencari-cari pangkalannya walaupun dikatakan Cap Bunga amat kuat di Kedah dan Johor.

Apakah kita akan menyaksikan kerjasama PKR-PAS-Cap Bunga menjelang PRU-14 bagi menumbangkan UMNO-BN manakala DAP dan PAN pula akan berganding bahu memecahkan dominasi orang Melayu terutama ahli-ahli UMNO agar mengundi pakatan PKR-PAS-Cap Bunga berbanding simbol dacing Barisan Nasional?

Besar kemungkinan itulah yang akan berlaku memandangkan rundingan tersebut sedang dibuat secara giat.

Taktiknya ialah, kerjasama tersebut adalah untuk PRU-14 sahaja. Sebaik-baik sahaja keputusan diumumkan, perolehan daripada pilihanraya tersebut bagi setiap parti akan dikumpulkan dan dicampurkan dengan perolehan pakatan DAP-PAN.

Mukhriz  - bukan Muhyiddin - akan menikmati sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen Melayu PKR-PAS-PAN untuk menjawat jawatan tertinggi. Manakala Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng pula akan bertindak sebagai 'RESIDEN INGGERIS' yang memegang semua kepentingan di negara ini kecuali hal-ehwal orang Melayu dan agama Islam.

Sandiwara-sandiwara politik ini akan menjadi semakin aktif menjelang PRU-14!


LOMPAT SI KATAK LOMPAT? TIDAK, SEBALIKNYA ZAID ADALAH SERAMPANG DUA MATA UNTUK DAP DAN CAP BUNGA MENGHANCURKAN PAS DI KELANTAN!!!



Tidaklah menggemparkan pun apabila Zaid Ibrahim, bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu yang pernah digantung kerana politik wang, yang juga bekas calon PKR Hulu Selangor beberapa hari selepas masuk parti tersebut, kemudian berasakan dia terlalu hebat sebagai calon Timbalan Presiden PKR, tetapi gagal di tangan Azmin Ali, selepas itu mengambilalih sebuah parti daif dan menjadi presiden sebelum sedar dia tidak mempunyai pengikut dan akhirnya terkontang-kanting sebelum cuba menonjolkan diri menerusi kenyataan media.

Akhirnya Zaid Ibrahim melihat DAP sebagai tempat untuk dia bangkit semula di dalam politik. Apatah lagi DAP memang mencari macai-macai Melayu yang boleh digunakan untuk skru Melayu sebagaimana yang dinyatakan oleh Hew Kuan Yau yang mahu mempromosikan calon DAP Melayu Batu Kitang dalam PRN Sarawak yang baru lepas.

Keyakinan bahawa DAP akan menang besar, ditambah pula cita-cita DAP untuk bertanding dan menguasai Parlimen Kota Bharu, dilihat oleh Zaid Ibrahim sebagai peluang terbesar dan terbaiknya untuk kembali mendaki tangga politik semula. Zaid amat berkeyakinan dia adalah calon DAP terbaik untuk Parlimen Kota Bharu yang kini disandang oleh PAS menerusi Takiyuddin Hasan.

Kali terakhir DAP bertanding di Parlimen Kota Bharu adalah pada tahun 1990 di kerusi DUN Padang Garong.

Kali terakhir DAP meletakkan calon-calonnya di Kelantan dan Terengganu adalah pada tahun 1980-an.

Selepas tahun 2008, terutama selepas kejayaan DAP menambah kerusi di Sarawak, DAP menjadi kepala pakatan pembangkang. DAP mula membuat pelbagai tuntutan untuk memperbesarkan lagi kedudukan parti tersebut berbanding PAS dan PKR. Kemuncak daripada cita-cita tinggi DAP itu ialah perselisihan faham akibat RUU355 dengan PAS yang akhirnya menyaksikan DAP menerajang PAS keluar dari Pakatan.

Semenjak itulah, DAP menerusi PAN yang merupakan parti serpihan PAS tajaannya, memburuk-burukkan PAS dan kepimpinannya. Apabila Mahathir menyertai kem DAP menerusi partinya, Cap Bunga, PAS dan kepimpinan Abdul Hadi Awang kekal sebagai sasaran utama mereka.

PAS dan Abdul Hadi Awang dikatakan telah menjadi macai Najib Abdul Razak. Walaupun tuduhan tersebut dilihat amat melampau, tetapi ia bertujuan untuk merendahkan moral para pengikut PAS yang diketahui totok dan tegar agar mengalihkan sokongan daripada PAS kepada PAN dan DAP sendiri.

Apatah DAP selama dua penggal sudah terbiasa dengan sokongan yang diberikan oleh PAS sekaligus membolehkan Lim Guan Eng mendabik dada kononnya DAP adalah sebuah parti yang hebat, manakala bapanya, Lim Kit Siang pula tanpa segan silu menyatakan DAP dan dia sendiri bukannya anti-Islam walaupun perbuatan mereka bertentangan.

Kehadiran Zaid Ibrahim di dalam DAP sebenarnya tidak lebih daripada sekadar mahu merobek-robekkan kekuatan PAS di Kelantan dan Terengganu. Zaid Ibrahim tidak mempunyai pengaruh dan kekuatan di dalam UMNO.


Cap Bunga yang dipengerusikan oleh Mahathir sendiri pun tidak berminat untuk menambat Zaid Ibrahim memandangkan kerugian yang bakal mereka perolehi, apatah lagi Cap Bunga juga sebenarnya berhadapan dengan konflik yang sama seperti yang terdapat di dalam UMNO iaitu PEREBUTAN JAWATAN DAN PENGARUH.

Kenyataan sinikal Mahathir tentang katak yang melompat melibatkan Zaid itu sebenarnya tidak lebih daripada sekadar melepaskan rasa leganya kerana sekurang-kurangnya Cap Bunga mempunyai 'orang hubungan' di Kota Bharu apabila Zaid berada di dalam DAP.


Thursday, February 2, 2017

LIM GUAN ENG ANGIN BILA TENGKU ADNAN CADANGKAN PULAU PINANG JADI WILAYAH PERSEKUTUAN TANPA SEDAR, PULAU PINANG DIPAJAK DARI SULTAN KEDAH!!!!



Kelam-kabut sungguh Lim Guan Eng apabila Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Mansor mencadangkan agar Pulau Pinang, Langkawi dan sebahagian Melaka dijadikan Wilayah Persekutuan serta diletakkan di bawah pentadbiran Putrajaya secara langsung. 

Sudah tentulah, 'PENJAJAH' seperti Lim Guan Eng akan benar-benar tercabar dengan kenyataan sebegitu. Dia yang merupakan bukan anak tempatan Pulau Pinang, malah tidak peduli pun dengan sejarah Pulau Pinang selain status Pulau Pinang yang masih tergantung dengan Kedah, menolak cadangan tersebut mentah-mentah. 

"Kita tidak akan menyerahkan negeri kita. Ini tidak boleh diterima. Kita akan memberitahu Adnan, "Tidak, pu yao dan mudiathu," kata Lim Guan Eng yang menterjmahkan perkataan 'tidak' kepada perkataan Mandarin dan Tamil dalam satu sidang media di pejabatnya di Komtar hari ini. 

Tidak cukup dengan itu, Lim Guan Eng juga menggelarkan Tengku Adnan sebagai 'penakluk' yang berkata, kementerian Tengku Adnan sepatutnya mendapatkan pandangan daripada negeri-negeri yang 'terjejas' sebelum mengumumkannya kepada orang awam. 

Tengku Adnan dilaporkan membuat kenyataan tersebut dalam temubualnya di stesen radio BFM89.9 semalam.

Kata Lim Guan Eng, tindakan menjadikan Pulau Pinang sebagai salah satu Wilayah Persekutuan merupakan perbuatan pelik dan sumbang. Rakyat Pulau Pinang katanya tidak akan gembira kerana negeri mereka akan pupus. Malah kenyataan dan cadangan Tengku Adnan itu lebih merupakan kepada perbuatan menghasut. 

"Anda telah mengancam integriti penyatuan Pulau Pinang dalam Malaysia. Anda mahu mengeluarkan Pulau Pinang. Saya tidak mahu menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang yang terakhir. Akan terdapat Ketua Menteri lain selepas saya. Saya tidak mahu menjadi pembelot dan pengkhianat," kata Lim Guan Eng.

Pulau Pinang merupakan sebahagian daripada negeri Kedah sehinggalah dipajak oleh Francis Light pada tahun 1786. Manakala bahagian Seberang Perai di tanah besar pula telah dipajak oleh Francis Light pada tahun 1800. Keseluruhan pajakan Pulau Pinang termasuklah Seberang Perai yang dijelaskan oleh British kepada Kerajaan Negeri Kedah adalah 10,000 dolar. Apabila Pulau Pinang dimasukkan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, Pulau Pinang membayar pajakan kepada DYMM Sultan Kedah pada kadar 18,800 dolar setahun. 

Bagaimanapun, pajakan tersebut tidak dibayar oleh Pulau Pinang, sebaliknya yang membayar adalah Kerajaan Malaysia. Secara tidak langsung, Kerajaan Malaysia sebenarnya adalah pemajak negeri Pulau Pinang bukannya Lim Guan Eng dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang!

Status Pulau Pinang sebagai sebuah negeri berdaulat, masih lagi kabur kerana perjanjian dengan DYMM Sultan Kedah. 

Jadi, yang Lim Guan Eng nak memekak dan berlagak seolah-olah dia adalah pemilik negeri Pulau Pinang, di mana asasnya? 

Mana yang lebih baik, menjadikan Pulau Pinang sebagai salah sebuah Wilayah Persekutuan selain Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan atau pulangkan Pulau Pinang kepada Kedah?

Dia sedar ke tidak, dia tu siapa?


GUAN ENG BALAS DENDAM KEPADA PAS MENERUSI TIMBALAN PRESIDEN PAS SENDIRI?!!!



Di sebalik keseronokan para pentaksub Mahathir dan penyokong Cap Bunga apabila PAS menyatakan persetujuan untuk 'bekerjasama' dengan Cap Bunga dan akan membincangkan perkara tersebut secara lebih lanjut setelah jawatankuasa teknikal dibentuk, lain pula cerita yang didengar dari satu lagi pihak yang merupakan tok pekong Cap Bunga iaitu DAP!

Lim Guan Eng yang sepatutnya sudah digantung tugas dan tidak dibenarkan menjalankan tugas-tugas berkaitan Ketua Menteri Pulau Pinang dan yang berkaitan dengannya kerana berhadapan dengan tuduhan rasuah dan salahguna di mahkamah, sedang cuba mempertahankan bapanya dan partinya daripada mendapat malu.

Ancaman untuk menyaman Presiden PAS, Abdul Hadi Awang masih belum direalisasikan walaupun pada masa yang sama, DAP masih berterusan cuba menggilap imej mereka sebagai bukan anti-Islam.

Apa yang dilakukan oleh DAP itu, mudah dibaca. DAP mahu menanam kepercayaan di kalangan orang ramai terlebih dahulu bahawa mereka sebenarnya bukan anti-Islam. Dan apabila melihat gelombang kepercayaan ramai bahawa DAP memang bukan anti-Islam, maka barulah saman akan dibuat.

Namun, bagi yang mengikuti perkembangan kerjaya politik Lim Guan Eng, sudah tentu tahu, sebenarnya yang benar-benar sakit hati, bukannya Lim Kit Siang tetapi Lim Guan Eng. Lim Guan Eng cukup terkesan apabila dia bakal diheret ke penjara kerana kesalahan rasuah dan salahguna kuasa.

Walaupun Lim Guan Eng dan para penyokongnya cuba menggambarkan kononnya apa yang berlaku kepada Lim Guan Eng sebenarnya tidak lebih daripada konspirasi politik semata-mata, hakikatnya para peguam Lim Guan Eng sendiri terpaksa bertungkus-lumus mencari sisi-sisi teknikal yang boleh dimanipulasikan sebagaimana yang dibuat dalam setiap kes saman fitnah membabitkan Lim Guan Eng. Mereka tidak mencari fakta tetapi technical fault yang lebih mudah dimanipulasikan dan kemudian kemenangan berpihak kepada Lim Guan Eng.


Dendam Lim Guan Eng kepada PAS sama banyak seperti dendam dan kemarahannya kepada UMNO. Walaupun PAS mungkin akan berlembut dan kemudian bekerjasama dengan Cap Bunga, terutama menerusi pembabitan dan pengaruh Tuan Ibrahim Tuan Man yang kelihatan tidak sebulu dengan Nik Amar, malahan Presiden PAS sendiri, tetapi faktor tersebut akhirnya akan menjadikan Lim Guan Eng semakin besar kepala.

PAS mungkin ada helahnya yang tersendiri apabila menghantar Tuan Ibrahim Tuan Man untuk berbincang dengan Mukhriz Mahathir. Apatah lagi selama ini pun, Tuan Ibrahim Tuan Man kerap benar menunjukkan 'warnanya' dalam banyak kenyataan serta sikapnya yang bertentangan dengan Presiden.

Namun yang pasti, kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penerangan PAS Terengganu, Mohd Nor Hamzah akan membuatkan Lim Guan Eng dan juak-juaknya semakin marah.

Mohd Nor dalam satu kenyataannya berkata, berbanding Lim Guan Eng, Abdul Hadi Awang tidak memiliki rumah yang berharga jutaan ringgit sama ada 'terdapat kolam renang atau tidak' sepanjang dia menjawat jawatan Menteri Besar Terengganu. Sebaliknya Hadi hanya memiliki dua buah rumah kayu untuk kedua-dua orang isterinya dengan Laut China Selatan sebagai 'kolam renang' mereka.

Bukan itu sahaja, sepanjang tempoh sepenggal menjadi Menteri Besar Terengganu, baik Presiden PAS itu mahupun ahli keluarganya tidak didakwa melakukan jenayah atau rasuah.


Wednesday, February 1, 2017

WOI TONGONG!!! CAJ PERGIGIAN NAIK UNTUK KELAS PERTAMA DAN KEDUA SAHAJA.. KAU KELAS MARHEIN KEKAL SERINGGIT DAN PERCUMA, NAK MEMEKAK BUAT APA?!!!



1. Ini cerita lama yg berdarah kembali. Jika kalian masih ingat tentang viral kenaikkan caj RM 1 pada hujung tahun lepas, ianya menjadi kecoh seketika. Kemudian Kementerian Kesihatan memaklumkan tiada kenaikkan caj untuk kelas ke 3. Yang hanya terlibat adalah kelas 1 & 2. Ini pun melibatkan 1.6% rakyat Malaysia. Nitizen berasa tenang caj RM 1 tidak dinaikkan. Namun mereka tidak perasan makluman tentang caj pergigian, fisiotherapi, radioterapi dan onkologi yg bakal berubah.

2. Sebelum saya jelaskan lebih lanjut, suka sy nyatakan tentang sejarah Fi perubatan. Ianya pada mulanya diperkenalkan sebagai Akta Fee 1951. Segala caj perubatan diperkenalkan ketika itu. Kemudian akta ni diganti kepada Perintah Fi 1982. Caj yg dikenakan dikekalkan. Hanya berubah adalah nama.

3. Kemudian terdapat beberapa pindaan Perintah Fi pada tahun 1994, 2003 & 2014. Kesemua pindaan ini hanya melibatkan caj wargaasing. Tidak melibatkan caj warganegara.
4. Maknanya sejak merdeka lagi caj ini kekal hingga kini.

5. Saya hadiri meeting kewangan pada tahun lepas. Walaupun peringkat hospital, namun saya faham status kos kesihatan secara keseluruhan.

6. Untuk makluman, Jika anda merujuk penyata kewangan Kementerian Kesihatan Malaysia tahun 2015, hasil yg diperolehi oleh pihak kementerian hanyalah RM 560 juta. Sedikit peningkatan dari tahun sebelum nya iaitu sebanyak RM 120 juta (dari RM 440 juta). Majority kenaikan hasil ini adalah dari perkhidmatan dan bayaran perkhidmatan.

7. Apa maknanya? Maknanya telah terdapat peningkatan secara significant dari segi perkhidmatan kesihatan kerajaan.

8. Sekarang kita lihat kos kementerian Kesihatan perlu tanggung. Untuk perbelanjaan mengurus tahun 2015 sahaja RM 21.7 billion. Jika anda lihat tahun-tahun sebelum ini, peningkatan kos hampir RM 1 billion setiap tahun.

9. Berbaloikah dengan kenaikkan hasil hanya RM 120 juta dengan kos rawatan meningkat sebanyak RM 1.1 billion setiap tahun?

10. Itu baru perbelanjaan mengurus. Belum lagi perbelanjaan2 lain. Perbelanjaan Perkhidmatan dan bekalan untuk tahun 2015 misalnya, kos yang terlibat adalah RM 8.6 billion.

11. Saya ada sertakan kutipan hasil negara tahun 2015 menurun dari 2014 walaupun pada ketika itu GST telah dilaksanakan. Semua tahu hasil negara rendah adalah ketidak tentuan ekonomi global - (Sumber : Jabatan Audit Negara)



12. Saya percaya kutipan hasil negara juga mencabar untuk tahun-tahun berikutnya.

13. Dengan kadar populasi rakyat yg makin meningkat - kos kesihatan rakyat juga meningkat tetapi hasil negara menjadi rendah. Bagaimana nak membantu rakyat?

14. Hari ini diviralkan tentang caj pergigian. Untuk makluman semua, Pekeliling penangguhan itu betul. Namun caj yg dikatakan itu tidak ada kesahihannya. Saya sudah merujuk kepada bahagian hasil, namun belum memperolehi pekeliling terkini.

15. Saya selaku berada dalam lapangan ini berasa keharusan Kementerian menaikkan caj rawatan berkenaan. Jika boleh caj RM 1 juga perlu dinaikkan. Adalah tidak masuk akal dgn caj RM 1, pesakit dapat pelbagai kemudahan subsidi kesihatan yg amat tinggi.

16. Saya mengambil contoh, jabatan saya perlu membeli set nephrostomy dgn harga RM 500 setiap satu. Pesakit memerlukan 2 set. Pakai tak sampai 3 hari, dah tercabut. Dan kami pasang yg baru. Walaupun telah diterangkan tentang penjagaan, masih lagi tercabut. Dan kami pasang lagi. Berapa banyak kerugian yg kita tanggung hasil dari sikap tidak menghargai?

17. Salah satu mendidik rakyat mengenakan caj pada kesihatan. Lakukan seperti negara luar. Baru masa itu rakyat tahu erti nikmat bersyukur.
18. Saya pernah mengutarakan tentang kenaikkan caj ini sebagai satu kewajaran

..

#Kesimpulan

1. Caj perubatan untuk warganegara tidak pernah berubah sejak merdeka.

2. Kutipan hasil Kementerian kesihatan hanya setengah billion. Namun kos lebih dari RM 20 billion. Dan kenaikka kos tahunan adalah sebanyak RM 1 billion. Di samping kutipan hasil negara tidak menentu.

3. Kerajaan adalah agensi yang menguruskan harta rakyat. Bukan agensi cari duit bagi subsidi pada rakyat. Kerajaan tidak berfungsi jika tidak mendapat sokongan rakyat terutama kewangan. Give and take.

4. Kenaikkan caj perubatan adalah sgt di sokong.

5. Ada pihak mewar-warkan yg negara mengalami kekangan kewangan. Mereka gembira sebab memperoleh milage politik yg sedikit. Tapi apabila sudah tahu masalah kekangan kewangan negara, mereka juga marah bila caj perubatan di naikkan. Wajarkah mereka ini dinobatkan sebagai manusia?

Dr. Aznil Hisham.

RUJUK JUGA:



SEBAB NAK SAMAN HADI AWANG, KIT SIANG DAN DAP CUBA TONJOLKAN DIRI SEBAGAI PEJUANG UMAT ISLAM!!!



Selepas gertakan untuk menyaman Presiden PAS berhubung kenyataan, Lim Kit Siang dan DAP anti-Islam, parti yang kuat menentang RUU355 itu berusaha bersungguh-sungguh untuk menunjukkan betapa seriusnya mereka mengambil berat tentang kebajikan orang Islam, bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia.

Tiada lagi cakap-cakap tentang perlunya orang Islam menerima LGBT sebagai salah satu budaya hidup secara langsung dari DAP.

Tiada juga cakap-cakap tentang perlunya orang Islam di negara ini perlu memansuhkan kebencian mereka kepada golongan yang mahu murtad dan kemudian menentang Islam.

Bahkan tiada juga kempen agresif lagi membabitkan isu bapa membawa anak-anak memeluk Islam dan kuasa mahkamah syariah yang sebelum ini menjadi kempen utama DAP untuk menaikkan sentimen serta menakut-nakutkan golongan bukan Islam.


Sebelum ini, rungutan tentang suara azan terutama pada waktu subuh, bahkan bacaan tahrim yang dikatakan mengganggu tidur orang sekeliling, dibuat secara terang-terangan. Ada Ahli Parlimen DAP yang bukan main marah malah menentang pembinaan masjid di kawasannya yang dikatakan menyusahkan penduduk kerana setiap Jumaat jalan jadi sesak.

Tetapi selepas Presiden PAS menyanggah kata-kata Lim Kit Siang malah menuduh Lim Kit Siang dan DAP sebagai anti-Islam, segala-galanya terus berubah.

Dengan muka tak malu, DAP dengan dibantu Exco Agama Islam Pulau Pinang yang merupakan ADUN PKR mendabik dada kononnya peruntukan untuk sekolah-sekolah agama rakyat di Pulau Pinang telah dinaikkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh DAP.


Hakikatnya, wang peruntukan tersebut disalurkan oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri hanya sekadar jadi tukang penyampai.

Exco berkenaan turut menafikan azan telah dihentikan di Pulau Pinang walaupun hakikatnya yang dipersoalkan ialah mengapa sekarang ini, suara azan dipertikaikan walaupun pada masa yang sama, dentuman mercun dan bunyi gendang tarian singa atau tarian naga, tidak dikomplen atas alasan toleransi. Para penyokong pula seperti biasa, membenarkan kata-kata Exco walaupun pada masa yang sama, mereka tidak menafikan bagaimana umat Islam diketepikan dan dianaktirikan di bumi Pulau Pinang. Retorik-retorik yang dibuat oleh pentadbiran Lim Guan Eng terutama sekali yang terbaru, 'penghapusan GST 6%' digembar-gemburkan di sebalik hakikat bahawa pentadbiran yang sama telah menaikkan kadar pelbagai cukai termasuklah cukai tanah dan pintu di Pulau Pinang.


Lim Kit Siang terkesan secara langsung, cuba membuktikan dia tidak pernah meremeh-remehkan umat Islam. Momokannya konon Najib bekerjasama dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk menghalang warganegara beberapa buah negara bermajoriti Islam daripada memasuki negara kuasa besar tersebut, diperbesar-besarkan. Malahan DAP merancang untuk mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Besar Amerika Syarikat untuk membuktikan mereka bersimpati dengan umat Islam.


Tidak cukup dengan itu, DAP menerusi Nga Kor Ming turut mengusulkan agar mereka dibenarkan mengaudit kewangan Tabung Haji, sekaligus memperlihatkan sikap 'ambil berat' mereka terhadap kebajikan umat Islam walaupun pada masa yang sama, DAP sebenarnya mahu campurtangan dalam hal-ehwal agama Islam dan umatnya - sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum 2008.

Semuanya hanya semata-mata untuk membuktikan DAP dan Lim Kit Siang tidak anti-Islam walaupun sebelum ini urusan Islam dan umatnya amat digemari oleh DAP dan Lim Kit Siang yang bukan beragama Islam untuk dicampuri!!!

 
Blogger Templates