Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, May 14, 2017

MANUSIA TIDAK BERMARUAH SEPERTI GUAN ENG, MENGATA ORANG LAIN SEBAGAI TIDAK BERMARUAH?!!!



Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, selain merupakan suspek kes rasuah dan salahguna kuasa yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, 3 orang Exco Kerajaan Negeri Selangor dari PAS seharusnya melepaskan jawatan mereka, sekiranya mereka bermaruah.

Kata Lim Guan Eng lagi, ketiga-tiga Exco tersebut perlu membuktikan bahawa mereka bukanlah oportunis. Lebih menarik lagi ialah, suspek rasuah dan salahguna kuasa yang cuba mengelak daripada dibicarakan dengan pemanipulasian undang-undang ini cuba pula mengaitkan UMNO untuk menyandarkan hujahnya itu.

Lim Guan Eng merujuk kepada kenyataan seorang pemimpin UMNO Selangor yang mengatakan PAS tidak bermaruah sekiranya terus membenarkan ketiga-tiga Exco tersebut bergayut pada jawatan mereka.

"Sekiranya ini pun tidak boleh faham. Itu menunjukkan pemimpin Pas yang lain sudah keliru dan sesat dan kalau UMNO pun cakap mereka tidak bermaruah dan oportunis.

"Pas mesti tunjuk bahawa UMNO tidak bercakap benar, bahawa Pas bermaruah dan letak jawatan kalau tidak apa yang UMNO cakap tu (benar), PAS oportunis dan tidak bermaruah langsung," katanya pada sidang media selepas Majlis Pemberian iInsentif Teksi dan Bas sekolah bilangan 2 tahun 2017 di Seberang Jaya semalam. (RUJUK SINI)

Ironinya, Lim Guan Eng yang sedang berhadapan dengan kes rasuah dan salahguna kuasa serta penyelewengan, lancang lidahnya mengata PAS tidak bermaruah. Dia sendiri bukan sahaja enggan melepaskan jawatan atau bercuti sementara kesnya dibicarakan, sebaliknya berusaha dengan apa cara sekalipun untuk tidak dibicarakan dengan pelbagai alasan. Antara alasan yang digunakan sekarang ini dan diperjuangkan oleh para peguamnya ialah untuk mengiktirafkan Akta SPRM sebagai tidak berperlembagaan.... TERUSKAN BACAAN DI BULETIN 247


EKORAN DILUCUTKAN KELAYAKAN, DAP SEDANG BERTUNGKUS LUMUS SELAMATKAN STATUS KERAKYATAN MALAYSIA BEKAS ADUN PUJUT MENERUSI PEMANIPULASIAN MAHKAMAH!!!



DAP telah berazam untuk membawa kes DUA KERAKYATAN ADUN Pujut yang dilucutkan kelayakan, Dr. Ting Tiong Choon ke mahkamah. Dengan kata lain, mereka mahu memaksa negara ini melupakan undang-undang sendiri demi kepentingan DAP.

Atau dalam bahasa yang lebih mudah, mereka mahu Malaysia menerima apa-apa sahaja yang dilakukan oleh DAP walaupun mengimport subversif ke dalam negara sama ada menerusi propaganda kekerasan mahupun menerusi propaganda psikologi.

DAP telah melakukannya dengan cara yang paling halus selepas kegagalan projek ganas pada tahun 1969. Penentangan secara terus ke atas Perlembagaan Malaysia khususnya Perkara 3, Perkara 152 dan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia, selain pemanipulasian Perkara 8 dan Perkara 11 Perlembagaan Malaysia, akan hanya memusnahkan DAP sendiri.

Justeru DAP memilih kaedah yang paling halus, yang paling mudah lolos tanpa disedari.


Sokongan DAP kepada Chin Peng dengan membawanya balik, kononnya Chin Peng adalah kelahiran Malaysia dan ada jasa baktinya kepada negara ini, sekalipun Chin Peng tidak pernah mendaftar sebagai rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia, sebaliknya bercita-cita besar untuk menjadi 'Mao' Tanah Melayu menerusi kempen Empayar Besar Nanyang Komunis Seberang Laut, merupakan salah satu daripada usaha mencabar dan merendah-rendahkan kewibawaan pihak berkuasa negara ini.

Begitu jugalah dengan Lim Lian Geok, pengasas Jiao Zhong yang merupakan salah satu komponen dalam Dong Zhong, yang dilucutkan status kewarganegaraannya pada tahun 1964 kerana kempen kebencian vernakularnyanya terhadap Melayu dan Bahasa Melayu.

DAP beria-ia mahukan kerakyatan Lim Lian Geok dikembalikan dengan alasan, Lim Lian Geok adalah seorang yang banyak berjasa kepada negara ini. Jasa yang dimaksudkan oleh DAP ialah, PENDIDIKAN VERNAKULAR memandangkan Lim Lian Geok adalah seorang guru yang sangat pekat dengan kiblatnya kepada Negara China!


Sedar bahawa perjuangan SUPREMACY CHAUVINIST tidak akan terhasil melalui apa yang mereka telah mereka lakukan, DAP menukar taktik. Taktik terkini yang mereka lakukan ialah dengan memecah belahkan kelompok majoriti iaitu Melayu-Bumiputera.

Hasilnya, kelompok Melayu-Bumiputera yang disokong oleh DAP akan mengangguk dan mengiakan apa-apa sahaja yang dikatakan oleh DAP termasuklah campurtangan DAP dalam hal-ehwal umat Islam seperti Akta Mahkamah Syariah (Akta 355).


Dua hari sudah, ADUN Pujut dari DAP Dr. Ting Tiong Choon telah dilucutkan kelayakannya oleh DUN Sarawak ekoran dia memiliki dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Australia.

Undang-undang Malaysia secara tegas telah menyatakan, mana-mana rakyat Malaysia yang memiliki kerakyatan asing, maka secara automatik kerakyatan Malaysianya akan gugur (Perkara 24 Perlembagaan Persekutuan). Hak tersebut adalah HAK EKSKLUSIF KERAJAAN PERSEKUTUAN.

Bagaimanapun, dalam kenyataan membela perlanggaran undang-undang itu, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen cuba menuduh pihak lain, sama seperti Dr. Ting Tiong Choon iaitu memiliki kerakyatan berganda.


Salah seorang yang menjadi mangsa tuduhan Chong Chien Jen adalah, ADUN Batu Kawah Prof. Dr. Sim Kui Hian. Chong Chien Jen mempersoalkan status kewarganegaraan Presiden SUPP itu walaupun sebenarnya, Sim tidak mpernah memohon kerakyatan Australia dan merupakan pengundi seperti Tiong Choon.

Situasi Dr. Sim tidak seperti Dr. Ting kerana selepas habis belajar dan tamat latihan berkaitan kardiologi, dia terus balik ke Sarawak dan bekerja di hospital kerajaan iaitu Pusat Jantung Sarawak. Dia kemudiannya meletakkan jawatan untuk melibatkan diri dalam politik sepenuh masa. Dr. Sim juga tidak pernah memohon taraf PR (penduduk tetap) apatah lagi kewarganegaraan Australia semasa di negara itu.

Begitu juga dengan seorang lagi 'mangsa' tuduhan Chong Chien Jen iaitu Wong Soon Koh yang merupakan pihak pertama mempersoalkan status kerakyatan Dr. Ting sehingga akhirnya dilucutkan kelayakannya selaku ADUN. Wong yang juga merupakan Presiden UPP, juga tidak pernah memohon status penduduk tetap atau kerakyatan mana-mana negara sing.


Dr. Ting dalam cubaannya untuk membela diri berkata, dia telah dibawa balik ke Malaysia oleh TalentCorp. Bagaimanapun, satu lagi pembohongan DAP dikesan di situ memandangkan TalentCorp tidak boleh membawa balik mana-mana 'bekas' rakyat Malaysia yang telah memiliki kerakyatan negara lain.

Melihat kepada situasi yang sedang berlaku, SPR tidak boleh disalahkan kerana terlepas pandang status kerakyatan Dr. Ting memandangkan DAP kelihatan bersungguh-sungguh mengimport calon-calon hantu yang mereka rasakan boleh memenangkan mereka. Apatah lagi DAP juga kerapkali terkenal dengan pemanipulasian undang-undang menerusi barisan peguam yang juga merupakan pemimpin-pemimpin DAP.

Tindakan dan ikrar DAP untuk membawa kes perlucutan jawatan ADUN Dr. Ting sebenarnya tidak lain dan tidak bukan hanyalah cubaan untuk mengekalkan dua kerakyatan warganegara Australia itu sekaligus mencabar Perlembagaan Malaysia, khususnya Perkara 24.

Dr. Ting bukannya kes terpinggir. Bagaimana pula dengan bekas pemegang-pemegang status Penduduk Tetap (PR) negara lain yang kini telah menjadi Ahli Parlimen atau ADUN seperti Tony Pua, Elizabeth Wong, Hannah Yeo dan sebagainya?

Sikap yang ditunjukkan oleh para pemimpin DAP, sebenarnya membuka ruang yang lebih untuk berasa curiga, SIAPA SEBENARNYA PARA PEMIMPIN DAP yang MALU MENJADI RAKYAT MALAYSIA, MENENTANG SEGALA-GALANYA TENTANG MALAYSIA, MEMBURUK-BURUKKAN MALAYSIA DI LUAR NEGARA dan sebagainya.


Friday, May 12, 2017

LHDN RAMPAS WANG RM126 JUTA MILIK KAWAN BAIK MAHATHIR SEBAB LARI CUKAI!!!!



Antara sebab utama Mahathir mahu menggulingkan Najib dan UMNO adalah kerana kepentingan dan keuntungan kroni serta proksinya telah dicantas dan diganggu oleh Najib.

Mahathir pernah mengadu memohon simpati daripada para penyokongnya, kawan-kawannya tentang ramai kawan-kawannya yang 'diganggu' oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri. (LHDN)

Bagi Mahathir, kawan-kawannya tidak boleh disentuh dan diganggu langsung. Mereka adalah kelompok istimewa yang bukan sahaja mendapat pelbagai keistimewaan yang tidak dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia malahan rakyat Malaysia perlu menanggung dan memastikan mereka sentiasa untung besar.

Salah seorang kawan baik Mahathir yang juga rakan kongsinya dalam syarikat jet selain merupakan salah seorang dalam kelompok SUPER BUMIPUTERA ciptaan Mahathir adalah Lee Kim Yew ( Tan Sri).

Lee Kim Yew terkenal kerana pemilikannya ke atas kawasan perumahan mewah Country Height. Dia juga terkenal kerana kerap meminjamkan jet peribadi mewahnya kepada Mahathir.

LHDN telah menyita wang milik Pengerusi Eksekutif Country Heights merangkap pemilik saham terbesar, Lee Kim Yew bernilai RM126 juta!

RM126 juta adalah cukai, penalti dan faedah kerana cubaan melarikan cukai yang dilakukan oleh Lee Kim Yew. Adalah dipercayai, Lee telah menyimpannya dalam simpanan tetap di sebuah bank milik asing dan mempunyai kaitan dengan cubaan melarikan cukai sebanyak RM22.5 juta oleh anak syarikat milik penuh Country Heights, Country Heights Sdn. Bhd dari tahun 1997 dan 1998.

Lee Kim Yew dalam satu kenyataan menyatakan dia bersetuju LHDN menyita simpanan tetapnya itu untuk penyelesaian cukainya.

Itulah yang sebenarnya diperjuangkan oleh Mahathir di sebalik pelbagai retorik yang cuba ditimbulkannya dan para penyokongnya.

Rakyat bagi Mahathir dan puak-puak dia ialah golongan yang wajib membayar ufti kepada mereka dengan apa cara sekalipun kerana mereka adalah golongan istimewa yang tiada tolok bandingannya di dunia ini!

Itu baru seorang... bagaimana dengan yang lain-lain... yang kuat menyalak kepentingan mereka dirampas oleh Najib?

MAHFUZ OMAR BETUL-BETUL TINGGALKAN PAS POKOK SENA... AHLI-AHLI PAS PILIH PULAUKAN ATAU UNDI CAP BUNGA!!!!



Ketika masyarakat yang leka dengan politik negara besar biji mata kerana ADUN Pujut dari DAP, Dr. Ting Tiong Chong dilucutkan kelayakannya sebagai ADUN kerana memiliki dua kewarganegaraan, cerita PAS putus tahaluf siyasi dengan PKR juga tidak kurang menarik.

Beberapa kenyataan dapat kita baca sama ada menerusi portal mahupun media konvensional membabitkan perkembangan politik di Selangor, baik melibatkan DAP yang sebelum ini benci sangat dengan PAS, mahupun PKR yang turut berhadapan dengan penentangan keras terhadap Azmin Ali yang memimpin sebuah kerajaan negeri yang mereka sifatkan sebagai KARTEL MIN.

Perkembangan dalam UMNO juga tidak begitu menarik apabila semakin ramai yang berang dengan sikap sabotaj, mula mengeluarkan dan mendedahkan beberapa nama yang mereka katakan sebagai penyokong kuat Cap Bunga tapi masih berada dalam UMNO untuk mendapatkan peruntukan UMNO bagi membunuh UMNO sendiri.

Sebenarnya PAS juga berhadapan dengan masalah yang lebih meruncing. Walaupun kelihatan tenang di permukaan, hakikatnya di bahagian bawahan sedang bercelaru dan kacau bilau.


PAS Kedah misalnya sedang menghadapi krisis sokongan yang sangat bahaya walaupun para pemimpinnya cuba menafikan hakikat berkenaan.

Ketiadaan pemimpin yang berkaliber selain kewujudan parasit-parasit yang dahulunya kenyang dan mewah semasa sepenggal PAS perintah Kedah, menjadikan ahli-ahli bawahan seperti anak ayam kehilangan ibu.

Maka soksek-soksek di media-media sosial seperti WhatsApp tentang gerakan pulaukan PRU akan datang dengan tidak keluar mengundi di kalangan ahli-ahli PAS semakin kuat dan keras.

Malahan menerusi SISTEM BISIK-BISIK yang dijalankan oleh jentera propaganda dan kempen Cap Bunga pula dilihat berjaya mewujudkan sentimen, 'kalau boleh jangan keluar mengundi. Kalau nak mengundi, pangkah BERSATU'.

Keadaan tersebut dapat dikesan di Pokok Sena, kawasan kubu kuat Mahfuz Omar yang merupakan YDP PAS Pokok Sena yang sedang 'dicutikan'.

Pada 11 Mei 2017 antara jam 10:00 sehingga 12:00 tengah malam, satu ceramah pasca muktamar PAS telah diadakan di Lepai, Kampung Telok, DUN Bukit Pinang yang berada dalam Parlimen Pokok Sena.

Lebih tepat lagi di Markas UPU, Kampung Telok.


Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Firdaus Salleh yang merupakan Setiausaha PAS Kawasan Pokok Sena.

Yang datang cuma seramai 30 orang yang merupakan ahli-ahli PAS Pokok Sena dan PAS Cawangan Bukit Pinang. Kelibat Mahfuz langsung tidak kelihatan.

Pokok Sena hanyalah sedikit cerminan daripada apa yang berlaku dalam PAS di Kedah. Impian PAS untuk menawan sebanyak mungkin kerusi DUN di Kedah, akan terjejas kerana kewujudan puak-puak parasit dan ketiadaan langkah-langkah lebih berkesan untuk menangani perbuatan Cap Bunga menawan dan menjarah ahli-ahli PAS Kedah sendiri.

Thursday, May 11, 2017

PUTUS SUDAH KASIH SAYANG... PAS CERAIKAN PKR TALAK TIGA SECARA RASMI!!!!



Majlis Syura PAS akhirnya telah membuat ketetapan yang ditunggu-tunggu oleh banyak pihak sekaligus mengenepikan segala segala spekulasi yang dibuat semenjak beberapa sayap. PAS mendesak parti itu memutuskan hubungan dengan PKR.

Hari ini PAS secara rasmi telah memutuskan kerjasama politik atau tagaluf siyasi dengan parti yang ditubuhkan untuk mendewakan Anwar Ibrahim itu.

Keputusan tersebut memberi kesan yang besar kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana sekurang-kurangnya terdapat 3 orang Exco Kerajaan Negeri yang merupakan wakil rakyat PAS.

Ketiga-tiga wakil PAS tersebut adalah Iskandar Samad, Ahmad Yunus Hairi dan Zaidi Abdul Talib

Hari ini juga DAP yang sebelum ini bercakap besar kononnya mereka boleh mentadbir Selangor dengan PKR tanpa PAS berkata, mereka tidak ada masalah untuk bekerja dengan ketiga-tiga orang Exco PAS itu selagimana ketiga-tiga mereka masih tidak lagi daripada rangkakerja dan manifesto tabg digunakan pada PRU tahun 2013.

Menurut Teng Chang Kim, buat masa ini tiada keperluan untuk membubarkan 'kabinet negeri' memandangkan PRU semakin hampir.

Beberapa hari lepas Menteri Besar Selangor Azmin Ali juga mengatakan barisan kepimpinan negeri tidak akan berubah memandangkan mereka mendapat mandat daripada rakyat pada PRU lalu. Dengab kata lain, PAS menang banyak kerusi kerana pengundi yakin dan memberi undi kerana PAS berada dalam pakatan bersama-sama DAP dan PKR.

Untuk itu, Azmin menolak cadangan daripada Pemuda PAN yang mendesak agar pentadbiran negeri segera dirombak selepas pada 30 April lalu, PAS menyatakan akan memutuskan hubungan dengan PKR.

Ada benarnya juga 'rayuan' Azmin Ali dan Teng Chang Kim agar pentadbiran negeri tidak dibubarkan atau dirombak buat masa ini sehinggalah PRU. Pastinya banyak kerja yang perlum dan belun diselesaikan lagi. Berilah peluang kepada pentadbiran negeri Selangor untuk 'selesaikan' kerja2 mereka.

Yang pasti seperti kata Iskandar, PAS akan bertanding di sekurang-kurangnya 45 kerusi DUN, manakala Teng Chang Kim pula berikrar, DAP akan menghalang cita-cita PAS itu dengan sebarang cara termasuklah dengan menarik Noh Omar dan UMNO Selangor dalam pergelutan itu.


DAP DAN PERSATUAN SYARIKAT PERKAPALAN TUNTUT NAJIB KEMBALIKAN POLISI KABOTAJ UNTUK KEKALKAN KEUNTUNGAN MEREKA!!!



Apabila Najib mengumumkan penghapusan Polisi Kabotaj yang dicipta dan diwujudkan oleh Dr. Mahathir beberapa bulan sebelum dia menjadi Perdana Menteri Malaysia, beberapa pihak mulai melenting dan mengungkit tentang kerugian yang mereka hadapi setelah sekian lama mereka mengaut keuntungan berbilion ringgit dengan mensabotaj rakyat Sabah dan Sarawak.

Orang yang paling kuat melenting adalah Chong Chien Jen, Pengerusi DAP Sarawak. Chong Chien Jen menunjukkan perubahan sikap dan pendirian luar biasa. Ini adalah kerana dia merupakan antara orang yang paling kuat menentang polisi berkenaan. DAP secara keseluruhannya kuat menentang polisi itu berdekad-dekad sebelum ini bahkan memasukkannya di dalam manifesto mereka.

Satu lagi pihak yang marah dengan pengumuman keputusan Najib itu adalah Persatuan Perkapalan Malaysia.

Pengerusinya, Oii Lean Hin berkata, sebahagian daripada 6 buah syarikat perkapalan tempatan mula bercakap hendak berpindah ke Singapura kerana persaingan. Menurut mereka, selepas penghapusan tersebut, mereka tidak boleh lagi bersaing dengan syarikat-syarikat dari Singapura.

Agak aneh alasan yang diberikan. Dalam satu keadaan, dikatakan takut kerana tidak boleh bersaing dengan syarikat-syarikat dari Sungapura tetapi pada masa mahu berpindah ke Singapura sebagai ugutan kepada Kerajaan Malaysia agar menurut kehendak mereka.

Oii berkata, dia tidak boleh memberikan angka yang tepat tetapi margin keuntungan ke Sabah dan Sarawak 'hanyalah' 8 sehingga 10%.

Dengan kata lain, itulah penambahan minima harga dan kos yang perlu ditanggung oleh rakyat Sabah dan Sarawak selama Polisi Kabotaj diperkenalkan oleh Mahathir pada tahun 1980.

Penentangan yang ditunjukkan oleh Persatuan Perkapalan Malaysia dan Chong Chien Jen adalah semata-mata kerana keuntungan yang terjejas. Mereka tidak peduli dengan rakyat atau harga barang kerana yang mereka pentingkan adalah keuntungan peribadi.

Oii juga mengatakan pihaknya tidak meminta kerajaan untuk memberikan mereka insentif bagi membolehkan mereka terus berniaga sebaliknya MEMBIARKAN SYARIKAT-SYARIJAT PERKAPALAN di Malaysia untuk terus mengaut keuntungan kerana tindakan Najib menghapuskan polisi berkenaan mengancam keuntungan mudah mereka.

37 tahun adalah tempoh keistimewaan yang diwujudkan oleh Mahathir untuk mereka. Tetapi sekarang mereka masih meminta lagi agar rakyat terus ditekan dan dizalimi dengan polisi yang hanya mengekalkan keuntungan buat mereka.

Maka tidak hairanlah mengapa sebahagian besar kelompok yang dahuluinya sangat elit, mengaut dan menjarah wang negara dengan rakyat diwajibkan menanggung mereka, menjadi penyokong kuat Mahathir untuk menentang Najib Abdul Razak.

SEPATUTNYA SEMAKIN TUA, SEMAKIN BERANI UMNO SINGKIRKAN ULAR-ULAR KEPALA DUA DALAM PARTI ITU!!!!



Hari ini umat UMNO bakal membuat himpunan mega di Bukit Jalil. Dari serata pelusuk negara, mereka memasuki Bandaraya Kuala Lumpur bagi tujuan berkenaan.

Mujur juga mereka tidak menggunakan pendekatan PKR atau DAP yang lebih suka menunjuk ramai di jalan-jalanraya. Kalau tidak, sudah pasti Bandaraya Kuala Lumpur sesak teruk hari ini.

Walau apa tarikh penubuhan UMNO sekalipun, parti yang asalnya ditubuhkan hasil gabungan pemikiran dan musyawarah lebih 200 orang pemimpin Melayu daripada pelbagai fikrah politik kecuali Mokhtaruddin Laso dari Komunis yang memulaukannya, di Jalan Dewan Sulaiman dan kemudian ditubuhkan secara rasmi di Istana Serene, parti politik yang banyak mencorakkan perjalanan negara ini, tetap menarik perhatian sekutu apatah lagi musuh.


Dengan angka lebih 3 juta keahliannya, UMNO adalah parti terbesar dalam negara ini walaupun ada pihak yang mengatakan jumlah berkenaan sepatutnya sudah dikurangkan kerana sebahagian ahlinya telah masuk parti baru Mahathir iaitu Cap Bunga.

Beberapa hari lepas, parti yang asalnya merupakan Sayap Agama UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1951, PAS, membuat Muktamar tahunan dan pemilihan.

Beberapa usul penting telah dibuat. Malahan yang membabitkan kerjaya ramai pemimpin serta ahli di Selangor turut dibuat sekaligus menimbulkan gegak gempita yang besar.

Ironinya yang lebih bergencok dengan usul yang diterima sebulat suara tetapi masih belun diputuskan oleh Majlis Syura PAS adalah UMNO sendiri.


Tidak salah untuk UMNO meraikan berita berkenaan tetapi tidak salah juga UMNO merendahkan sedikit ego dan kebaikan hati tidak terbatas sehingga akhirnya kebaikan tersebut memusnahkan UMNO dari dalam seperti wujudnya manusia pemburu kuasa dan kedudukan dengan sebahagian daripada mereka sekarang ini berada dalam parti Cap Bunga.

PAS melakukan rombakan bahkan memetisejukkan sebahagian daripada prmimpin-pemimpin popular mereka termasuklah Mahfuz Omar dan pemimpin-pemimpin lain dari Kedah.

Sedangkan UMNO pula terus memberi tempat kepada ular kepala dua, bahkan memujuk ular-ular yang boleh mematuk pada bila-bila masa dengan mengekalkan mereka pada jawatan dan kedudukan sekarang.

Seharusnya pihak tertinggi UMNO perlu lebih berani bertidak terhadap ular-ular kepala dua yang makan peruntukan dan memberikan pelbagai gambaran salah demi kelangsungan sikap oportunis mereka.


Sampai bila UMNO perlu terus memberi peluang dan tempat kepada golongan ular kepala dua ini sedangkan pada masa yang sama berhempas pulas untuk mencari alasan demi alasan menutup kekurangan dan kelemahan akibat perbuatan golongan terbabit.

UMNO secara dasarnya sudah tua. Sudah banyak penyakit walaupun pada tahun 1988 telah bertukar rumah dan dari semasa ke semasa bertujar juga batang tubuh pemimpinnya. Namun warisan 'KEPIMPINAN MELALUI TELADAN' yang merupakan salah satu daripada program Dr. Mahatgir paling berjaya, mewariskan ramai pengganti-pengganti kepimpinan UMNO yang bersifat ular kepala dua.

Dan seharusnya para pemimpin UMNO membuang tanggapan bahawa ahli atau penyokong atau orang ramai, tidak tahu apa-apa!
 
Blogger Templates