Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, October 11, 2017

HAMIDAH TETAP SAMAN SADDIQ... KETUA ARMADA BARU SEDAR, PERTEMUAN DIATUR UNTUK KANTOIKAN DIA!!!



Pertemuan antara Syed Saddiq dengan Hamizura Osman telah berlangsung semalam di Cafe Hotel Hilton. Matlamatnya adalah untuk mendamaikan antara Datuk Hamidah Osman, bekas Naib Presiden PPBM yang telah mengisytiharkan diri keluar parti dengan Ketua ARMADA PPBM, Syed Saddiq.

Hamidah bagaimanapun, enggan bertemu Saddiq memandangkan Ketua ARMADA itu masih enggan memohon maaf, apatah lagi proses untuk menyaman Syed Saddiq masih ingin diteruskan.


Sesuatu yang menarik, berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Hamizura Osman, adik Hamidah, dalam pertemuan tersebut, Syed Saddiq telah mengakui, dia sebenarnya telah mendengar maklumat yang salah dari sebelah pihak.

Sekaligus membenarkan cakap-cakap sebelum ini bahawa di dalam parti yang diterajui oleh Mahathir tetapi dipresidenkan oleh Muhyiddin Yassin itu, wujud percanggahan dan perbalahan dalaman yang amat teruk.



Menurut Hamizura, dalam pertemuan tersebut, Syed Saddiq mengakui dia salah faham dan hanya mendengar cerita dari satu pihak ketika berlakunya kemelut PPBM di Perak. Sekaligus tuduhan konon kakaknya adalah parasit UMNO dalam PPBM adalah tuduhan rambang yang dibuat oleh satu pihak yang tidak senang dengan kehadiran Hamidah di dalam parti tersebut.

Kenyataan yang dibuat oleh beberapa portal berita pro-DAP seperti Malaysiakini yang mengatakan Saddiq dan Hamidah telah berdamai, dinafikan oleh Hamizura. Bahkan Datuk Hamidah dalam kenyataannya, menyatakan, cerita antara dia dengan Saddiq masih jauh dari selesai. Malah proses menyaman Saddiq kerana menfitnahnya menerima rasuah dari UMNO juga tetap diteruskan. Apatah lagi, Saddiq sendiri enggan memohon maaf kepada Hamidah dan Hamizura setelah menfitnah dan membuat tohmahan ke atas mereka.





Penafian yang dibuat oleh Hamizura, kemudiannya menarik perhatian para penyokong PPBM. Beberapa pihak secara terang-terangan mendesak agar Saddiq yang mengakui dia hanya mendengar fitnah dan kemudian memanjangkannya agar dipecat dari parti. Manakala beberapa pihak pula mempersoalkan pertemuan tersebut dengan menyifatkannya sebagai tidak mendatangkan sebarang keuntungan kepada parti, sebaliknya memberi kredit kepada orang lain memandangkan Hamidah dan Hamizura telah dilabelkan sebagai 'SAMPAH' oleh Dr. Mahathir.

Barangkali sedar, pertemuan yang diatur oleh seorang ahli PKR yang rapat dengan Hamizura-Hamidah serta pernah terlibat dalam pembohongan tandatangan Deklarasi Rakyat suatu ketika dahulu, hanya memalukannya, Syed Saddiq kemudiannya mengeluarkan satu kenyataan.


Katanya, sepatutnya pertemuan itu hanya melibatkan tiga orang tanpa wakil-wakil media. Perbincangan itu juga sepatutnya diadakan secara tertutup. Dan apabila Hamizura menggunakan rujuan kepada Majlis Presiden/MPT, menurutnya, sukar untuk dia berbincang secara terbuka kerana dia terikat dan tidak boleh mendedahkan apa yang berlaku dalam MPT.

Saddiq kemudiannya menyalahkan pengaturan media di lokasi. Dek kerana kehadiran wakil-wakil media itu, perbincangan mereka tidak berjalan lancar.



Walaupun pada peringkat persetujuan, tiada terma 'tiada wakil media' namun setelah pengaturan pertemuan tersebut nyata sebenarnya bertujuan untuk memperlekehkannya, Syed Saddiq terpaksa menyalahkan media. Alasan klise bagi seorang ahli politik amatur!

Biarpun portal pro-DAP berusaha untuk membuktikan pertemuan tersebut berjaya, hakikatnya portal pro-DAP itu juga mendedahkan sesuatu iaitu, pertembungan, pergaduhan dan perpecahan dalam PPBM antara kem Mahathir dengan kem Mahyuddin kerana politik cas-keting.


Tuesday, October 10, 2017

SYED SADDIQ!!! NAK LARI MANA? SPRM MINTA BUKTI RM5 JUTA TU!!!



Sebelum ini, Syed Saddiq dalam usaha dan untuk membuktikan dia adalah aset penting, sehingga ada pihak dari UMNO dan Pejabat Perdana Menteri mahukannya, telah mendakwa, dia cuba disogok RM5 juta untuk keluar dari PBBM dan seterusnya mengeluarkan kecaman-kecaman terhadap Mahathir dan anak-anaknya.

Konon-kononnya, Syed Saddiq enggan untuk bersetuju dan dalam sidang media yang sepatutnya dibuat sebagaimana yang diarahkan, dia bertindak membongkar perbuatan keji itu. Sambil memaksa-maksa air matanya agar mengalir di pipi, Syed Saddiq mengungkapkan yang dia tidak mungkin akan durhaka dan mengkhianati parti yang sama-sama ditubuhkannya. 

Untuk seketika, para penyokong Parti Cap Bunga mempergunakan hujah dan tuduhan yang dibuat oleh Syed Saddiq. Tiba-tiba sahaja nama 'H' muncul dan popular. Tun Dr. Mahathir pun turut campurtangan sekali mempopularkan nama berkenaan.

Namun setakat itu sahajalah. Desakan demi desakan, bahkan laporan kepada SPRM telah dibuat terutama oleh bekas Naib Presiden PPBM, Hamidah Osman agar Syed Saddiq bertanggungjawab dengan kenyataannya sendiri. Malangnya, sehingga ke hari ini, Syed Saddiq atau mana-mana pemimpin PPBM buat-buat pekak dan tuli. 

Semalam, SPRM menggesa Syed Saddiq menghantar bukti-bukti yang konon dimilikinya tentang cubaan sogokan dan rasuah bernilai RM5 juta. 

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil berkata, Syed Saddiq perlu bertanggungjawab untuk menyerahkan sebarang maklumat tentang rasuah membabitkan pemimpin-pemimpin parti bagi membolehkan Suruhanjaya itu bertindak. 

Shamsun dilaporkan memberitahu media semalam bahawa SPRM bukannya tahu semua perkara sebaliknya memerlukan bantuan serta kerjasama dan maklumat daripada masyarakat awam untuk menyiasat sebarang kes rasuah.

"Kami tidak tahu semua perkara yang berlaku kerana kami mempunyai kakitangan yang terhad jumlahnya. Orang ramai selalu fikir, kami ni macam Superman, tahu semua perkara. Sebaliknya, kami memerlukan input daripada masyarakat bagi membolehkan sebarang tindakan diambil," katanya. (RUJUK SINI) 

Syed Saddiq seharusnya mula sedar bahawa gejala rasuah ini sebenarnya sudah lama diperkatakan dan ditentang oleh rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan, agama, bahasa mahupun fikrah politik. Perjuangan menentang rasuah bukan hanya didominasi oleh pakatan pembangkang sahaja. Apatah lagi, telah terbukti pada zaman Najiblah, jerung-jerung rasuah, mula diheret ke muka pengadilan tanpa berselindung di bawah karpet sebagaimana yang dilakukan pada zaman Mahathir.

Seharusnya dia mengambil kesempatan ini, kalau benarlah dia cukup anti dengan rasuah... KECUALILAH, kalau dia juga seorang pelakon anti-rasuah tetapi sebenarnya dia mencintai dan merupakan salah seorang pengamalnya sebagaimana idola-idolanya sendiri.

PAS-UMNO KERJASAMA... MAKIN BIRULAH MATA PAN, BERCACINGLAH MATA DAP DAN PKR!!!



Bekas Timbalan Presiden Pas Datuk Dr Nasharudin Mat Isa berpendapat kerjasama antara Pas dan UMNO dilihat semakin cerah dan akan memberi manfaat kepada Malaysia sejajar dengan konsep wasatiyyah atau kesederhanaan.

Menurutnya, Pas dan UMNO tidak perlu bergabung tetapi mengadakan kerjasama demi kestabilan politik dengan mengetepikan perbezaan masing-masing.

"Saya optimis kerjasama tersebut dapat menyatupadukan orang Melayu dan rakyat Malaysia ke arah sebuah negara yang aman damai. Saya masih berpegang kepada kaedah kerjasama itu untuk berbincang dan merancang masa depan politik dan melihat sesuatu demi kepentingan negara," katanya.

Nasharudin yang merupakan Pengerusi Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) berkata demikian ketika menjawab soalan seorang peserta yang ingin tahu tahap wasatiyyah diamalkan Pas-UMNO selepas menyampaikan syarahan umum bertajuk 'Gerakan Kesederhanaan Global: Membina Jambatan dan Menghapuskan Halangan Menerusi Kesederhanaan' di Wisma Putra di sini, hari ini.

Katanya perkembangan hari ini menyaksikan Pas yang dipimpin oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memiliki nada yang berbeza dalam isu kerjasama PAS-UMNO berbanding kepimpinan sebelumnya, yang sudi membuka jalan perbincangan kepada Barisan Nasional (BN).

"PAS tidak perlu sertai UMNO dan sebaliknya. Tetapi apa yang penting kedua-dua parti perlu bekerjasama mencari formula terbaik demi kebaikan kedua-dua belah pihak," katanya.

-- BERNAMA


Monday, October 9, 2017

LIM GUAN ENG.... MANA LAPORAN RM305 JUTA YANG DIJANJIKAN?



Ketika DAP sedang kuat berkempen untuk Perhimpunan Rakyat pada 14 Oktober ini dengan berslogankan anti rasuah, anti kleptokrasi, anti GST, anti 1MDB dan anti kezaliman, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof pula mengingatkan Lim Guan Eng yang sedang berhadapan dengan dua pertuduhan rasuah dan salahguna kuasa, tentang Laporan Kebolehlaksanaan Terowong Dasar Laut yang telah dijanjikannya. 

Laporan bernilai RM305 juta itu sepatutnya telah pun diserahkan kepada Kementerian Kerja Raya untuk menukarkan 'projek terowong kepada jambatan ketiga'. April lepas, Lim Guan Eng meminta tempoh selama 6 bulan lagi setelah cakap-cakap besar dan angkuhnya terbukti cubaan untuk menutup penipuan dan pemerdayaan. 

"Saya telah beritahu dia, Kementerian tidak boleh meluluskan (projek) ini hanya berdasarkan surat dua muka surat dan telah meminta mereka menghantar kajian kebolehlaksanaan dan rekabentuk lengkap tentang tiga batang jalan dan terowong yang nilai fi konsultansinya sahaja RM305 juta," kata Fadillah. (RUJUK SINI) 

Di sebalik pelbagai janji yang ditabur, sehingga kini Lim Guan Eng tidak menghantar walau satu pun kajian yang dikatakannya sudah 83% siap itu. Laporan itu sepatutnya telah disiapkan pada penghujung tahun lepas sebelum Lim Guan Eng meminta penangguhan sehingga Mac dan kemudian 6 bulan lagi. 

"Saya rasa pelik kerana projek tersebut telah pun dianugerahkan pada April 2013," kata Fadillah lagi. Walau bagaimanapun, tiada satu pembinaan pun telah dibuat atau dimulakan memandangkan laporan bernilai RM305 juta itu belum disiapkan. 

Sesuatu yang amat menarik sebenarnya!


Ketika di Sabah, SPRM sedang mengheret beberapa orang pemimpin utama sebuah parti politik kerana terlibat dalam penyelewengan dana yang sepatutnya digunakan untuk kemudahan infrastruktur masyarakat luar bandar, di Pulau Pinang pula, Lim Guan Eng dan DAP sedang sibuk untuk cuba mengalihkan perhatian dengan menukarkan diri mereka sebagai PENYELAMAT MALAYSIA tanpa mahu menyebut ke mana dana-dana rakyat telah dihilangkan tanpa projek-projek bernilai tinggi itu dilaksanakan. 

Keadaan yang sama juga berlaku di Sabah apabila pemimpin-pemimpin berkenaan sibuk melaung-laungkan anti-Rasuah dan anti penyelewengan, dan konon-kononnya mereka berjuang mahu menyelamatkan rakyat Sabah, namun ternyata mereka tidak mampu menjawab, mengapa lebih RM100 juta yang sepatutnya digunakan untuk masyarakat luar bandar Sabah, berada dalam simpanan mereka. 


ERIC SEE-TO BUKTIKAN TONY-RAFIZI PENGECUT BACUL DALAM CABARAN DEBAT 2 LAWAN 1!!!



Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Eric See-To kepada Rafizi Ramli memberikan tempoh selama 3 hari kepada Rafizi Ramli untuk memujuk Tony Pua bagi sesi perdebatan berhubung isu Projek Terowong Dasar Laut yang bernilai RM6.34 bilion. 

Tony Pua sebelum itu, telah menolak untuk berdebat dengan Eric See-To dan melabelkan See-To sebagai 'Nobody' yang tidak layak berdebat dengannya. See-To kemudiannya membalas dengan menunjukkan dan membuktikan bahawa Tony Pua adalah bekas rakan kongsi yang pernah meminta pinjaman peribadi kepadanya sebanyak RM100,000 beberapa tahun lepas ekoran masalah kewangan syarikatnya.

Keengganan Tony Pua untuk berdebat dengannya, mengundang tempelakan daripada See-To. See-To kemudiannya mencadangkan regu utama Tony iaitu Rafizi Ramli untuk menggunakan INVOKE bagi penganjuran debat terbuka antara mereka bertiga. 

Rafizi Ramli sebelum ini cuba mengelak daripada berdebat secara langsung dengan See-To. 'Serangan-serangan' yang dilakukan oleh See-To kepada Rafizi menerusi media sosial, khususnya Twitter dan Facebook, berhadapan dengan halangan apabila Rafizi Ramli bertindak menghadang akaun See-To daripada menjawab, menyoal mahupun membalas reaksi setiap muatnaiknya.

Dan See-To bukannya seorang yang dihalang oleh Rafizi Ramli daripada mengakses akaun media-media sosialnya. Ramai yang lain turut terkena ulah yang sama, hanya semata-mata Rafizi Ramli mahu membuktikan yang setiap persoalannya tidak dapat dijawab oleh sesiapa pun.

Dalam cabarannya, See-To berkata, sekiranya pujukan Rafizi Ramli masih gagal menarik Tony Pua untuk berdebat dengannya, dia mencabar Rafizi pula untuk berdebat dengannya berkaitan GST, MRT, industri penerbangan dan pelaburan Tabung Haji yang sering diputarbelitkan oleh Naib Presiden PKR yang turut dikenali sebagai PEMBOHONG TERUNGGUL itu.

Ramai sebenarnya yang menantikan acara perdebatan antara Tony Pua, Rafizi Ramli dengan Eric See-To setelah Timbalan Pengarah Komunikasi BN itu kerapkali menyerang dan menyebabkan Tony Pua apatah lagi Rafizi Ramli malu dengan pembohongan mereka sendiri. 


Jawapan awal yang diberikan oleh Tony Pua serta reaksi awal Rafizi Ramli, membuktikan, Tony Pua dan Rafizi Ramli itu hanya berani berkokok di luar gelanggang tetapi tidak berani apabila ada individu yang mahu berhadapan dengan mereka. Walaupun alasan yang diberikan ialah 'NOBODY' atau pun buat-buat pekak bodoh dan hanya memberi reaksi kononnya hendak berdebat dengan orang yang setaraf sehaja, sudah cukup untuk membuktikan betapa gementar dan takutnya Rafizi Ramli serta Tony Pua. 

Selama ini, mereka akan cepat menggelarkan orang lain sebagai pengecut apabila cabaran debat mereka tidak dijawab, tetapi sekarang, apabila mereka sendiri dicabar untuk berdebat menggunakan isu yang mereka sendiri bangkitkan dan menjadi kegemaran, mereka pula tiba-tiba bertukar menjadi bacul. 

Cabaran 2 lawan 1 yang dibuat oleh See-To sepatutnya dipergunakan sepenuhnya oleh Rafizi dan Tony Pua. Selama ini pun kedua-duanya sering bergabung, malah seringkali digambarkan sebagai pasangan yang bijak dan berkarisma. Cabaran oleh See-To itu sepatutnya digunakan oleh kedua-duanya untuk membuktikan mereka benar-benar bijak, berkarisma, angka-angka dan fakta-fakta yang diberikan selama ini adalah tepat dan tidak boleh diragui lagi.

Malangnya, Rafizi dan Tony Pua memilih untuk menjadi PENGECUT!!!


KES RASUAH KKLW DI SABAH: ANAK SAUDARA SHAFIE APDAL PULA DIHERET SPRM!!!



Tulisan: ROZMI MOKHTAR

1. Malam tadi Dato' Mohd Azis Jamman anak saudara Shafie Apdal yang juga dulu bekas Ketua Pemuda Semporna yang kini Ketua Wira (Pemuda) Warisan diberi notis SPRM untuk hadir ke pejabat SPRM jam 10.30 pagi bagi siasatan kes rasuah projek KKLW.

2. Kenapa Mohd Azis Jamman ditahan? Beliau adalah antara individu yang menerima projek KKLW ketika Shafie Apdal sebagai Menteri KKLW. Yu Sin Kong taukeh Sin Kong Contructions Sdn Bhd adalah pembayar rasuah tetapnya. Jadi tidak hairan jika Sin Kong yang direman 5 hari akan membuka mulutnya. Menurut sumber Azis Jamman juga pernah menerima hadiah kenderaan mewah 'Hummer' dari seorang kontraktor yang rapat dengan Shafie Apdal yang pernah mencetuskan kontroversi di Sabah.

3. Jadi Azis Jamman Ketua Warisan ini jangan berlagak sombong dan mendabik dada berlagak suci, SPRM ada maklumat yang kamu fikir mereka tak tahu. Masuk dalam siasatan dan reman kamu akan tahu apa itu 'siasatan SPRM'. Penyokong Warisan yang tidak kenal siapa Azis Jamman berhenti untuk memfitnah SPRM dan kerajaan kononnya ini serangan politik. Rasuah tetap rasuah tak kira siapa.

4. Siapa seterusnya? Norhartaty Rahmat bekas TSUB KKLW yang ditahan reman 6 hari pastinya membuka mulut. Jadi eloklah bekas SUSK KKLW Dato' Karim, Dato' Dr Najmil, Dato' Jaujan (Bekas SUPOL Kini Naib Presiden Warisan), Haji Hamid Apdal (Projek Air), YB Datuk Yusof Apdal (Adun Lahad Datu- banyak projek elektrik) bersiap sedia membantu siasatan. Namapun siasatan macam-macam boleh berlaku. Bagi Dr Najmil dan Dato' Karim kita yakin mereka menerima arahan Shafie Apdal sebagaimana Norhartaty dan kini perlu membuktikan kesetiaan mereka untuk mendedahkan salahlaku Shafie Apdal. Captain M akan kupas ini kemudian.

5.  Jika SPRM melakukan siasatan kepada 350 projek KKLW projek bekalan air (170 projek), jalan raya (163 projek) dan bekalan elektrik (17) anggaran kos kira-kira RM7.5 bilion pastinya ramai pihak terlibat. 60 syarikat yang pernah terlibat dengan tender terhad pastinya kepanasan.

Antara Projek Kroni Shafie Apdal disiasat SPRM

6. Semalam SPRM mengesahkan menyiasat Projek pembinaan loji air lebih RM45 juta di Semporna tidak dapat berfungsi disebabkan sungai cetek yang mengakibatkan sumber air tidak mencukupi. Malah, struktur loji itu dibina dua kali selepas yang asal dirobohkan apabila didapati tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan. Ini cara Shafie Apdal nak menghabiskan peruntukan!

6. Projek itu ialah Projek Menaiktaraf Loji Air Sungai Intan, Pemasangan Dan Menaiktaraf Paip Air Bagi Mengatasi Masalah Bekalan Air Di Daerah Semporna, Sabah dengan kos RM47,721,333.00 diberi kepada proksi Shafie Apdal, WILAYAH KAYA SDN. BHD.

7. Penulis  sebelum ini sudah mendedahkan kegagalan projek ini pada 26 Oktober 2016 dalam entri bertajuk ;

("SHAFIE BONGKAK DI PARLIMEN TAPI DIA LUPA BAHAWA DIA SONGLAP RATUSAN JUTA DARI DANA KKLW...") . Termasuk projek solar yang dikatakan gagal.

8. Begitu juga dengan kegagalan projek bekalan air ke Pulau Gaya bernilai RM 93 juta yang dilapor media tahun lalu turut menjadi perhatian SPRM. Kasihan penduduk Pulau Gaya yang menjadi mangsa sepatutnya projek itu siap tahun 2015.

9. Adalah dijangkakan siasatan SPRM ini bakal berakhir berakhir menuju kepada Shafie Apdal. Shafie jangan sombong. Jika Shafie Apdal boleh berlagak dengan kes Jabatan Air Negeri Sabah kerana peruntukan yang disalurkan kepada Jabatan itu beliau masih boleh secara teknikalnya bersilat namun dengan Skandal KKLW penyelewengan RM1.5Bilion ini Shafie Apdal pasti tidak akan terlepas! Kuncinya Norhartaty Rahmat sudah direman. Peter Anthony 'tukang bawa beg duit' Shafie pun dah masuk kandang.

10. Kita hari ini menunggu keputusan untuk reman Mohd Azis Jamman. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Syabas SPRM.

Ini SPRM zaman Tan Sri Dzulkifli Ahmad bukan zaman Tan Sri Abu Kassim kawan Shafie Apdal itu.

Friday, October 6, 2017

UMNO-BN SELANGOR WAJIB PERKENALKAN MUKA-MUKA BARU DI KALANGAN PROFESIONAL, KATA KHIR TOYO!!!



Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Khir Toyo berkata UMNO memerlukan muka-muka baru yang terdiri daripada golongan profesional untuk bertanding dalam PRU akan datang sekiranya mahu memenangi semula Selangor. 

Menurutnya, UMNO terutama sekali UMNO Selangor telah dicemari dengan reputasi buruk dan langsung tidak menarik minat generasi baru pengundi. 

Untuk tujuan tersebut menurutnya, calon-calon kali pertama haruslah terdiri daripada golongan profesional seperti ahli perniagaan, doktor, jurutera dan sebagainya untuk dibawa masuk bagi menarik minat pengundi sekaligus membantu memulihkan semula imej UMNO.

"Kita perlu memulihkan UMNO dari luar. Kita perlukan profesional untuk memperbaiki UMNO. Kita perlukan ikon-ikon dari luar untuk disuntik ke dalam parti. Kita perlu memberikan peluang kepada mereka sekarang. Ini sahajalah cara yang ada untuk memulihkan UMNO sekarang," kata Dr. Khir Toyo. (RUJUK SINI)

Cadangan yang diberikan oleh Khir Toyo itu sudah pasti akan menaikkan kemarahan sesetengah pemimpin dalam UMNO terutama sekali di Bahagian-Bahagian memandangkan Ketua-Ketua Bahagian dan Cawangan dipilih dari kalangan akar umbi. Ditambah pula dengan budaya pemilihan dalam UMNO sendiri yang seolah-olah menutup ruang kepada golongan terbabit untuk turut menyumbang kepada parti biarpun pada masa yang sama, Bahagian dan Cawangan gagal dalam membantu kemenangan Parlimen, mahupun PDM masing-masing. 

"Hakikatnya, kita memang memerlukan muka-muka baru, agenda baru untuk Selangor dan kita tidak boleh terus bersikap seperti sebelum ini."

Sebelum ini, Dr. Khir telah menggesa Barisan Nasional untuk menyenaraikan calon-calon berpotensi untuk jawatan Menteri Besar Selangor dan menunjukkan kepada orang ramai, bukan sahaja sebagai iltizam dan azam penuh Barisan Nasional untuk memperbaiki pentadbiran negeri yang menjunam prestasinya di bawah Azmin Ali, bahkan untuk membuktikan UMNO-BN benar-benar serius untuk memenangi kembali Selangor dari tangan Pakatan yang diketuai oleh DAP dan berproksikan Azmin Ali, PKR.

Bekas Menteri Besar Selangor itu juga berkata, persepsi umum bahawa BN kekurangan pemimpin-pemimpin yang kuat di Selangor adalah disebabkan sehingga ke hari ini, BN masih 'malu-malu' untuk menampilkan calon-calon mereka, apatah lagi menamakan calon Menteri Besar.


 
Blogger Templates