Social Icons

Pages

BULETIN 247

Featured Posts

Saturday, January 25, 2020

SKANDAL TABUNG HAJI: MUJAHID BAGI ALASAN KENAPA BELI MAHAL MENYEBABKAN PAKATAN KENA JUAL MURAH HARTA-HARTA UMAT ISLAM ITU!!!



Apabila Najib Razak mempersoalkan tentang rasional pelupusan lebih 76% aset Tabung Haji melibatkan tanah perladangan, menteri yang paling banyak cakap, paling angkuh, paling banyak alasan, tiba-tiba diserang sawan bisu.

Hampir dua minggu, pertanyaan tentang rasional penjual 76.2% ladang-ladang milik TH Plantation yang selama ini memberikan pulangan yang baik kepada pencarum dan penceposit Tabung Haji, langsung tidak berani dijawab oleh Mujahid Yusof, orang yang paling memberikan sokongan besar kepada DAP dan Lim Guan Eng menerusi pengambilalihan harta-harta Tabung Haji bernilai lebih RM19.9 bilion atas alasan Tabung Haji rugi selama ini.



Penjualan 14 anak syarikat Tabung Haji Plantation (THP) yang memiliki ladang kelapa sawit seluas 79,975 ekar membuatkan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Asyraf Wajdi mendesak agar Mujahid segera meletak jawatan kerana telah mengkhianati pendeposit dan pencarum Tabung Haji sekaligus mengkhianati umat Islam di Malaysia secara keseluruhannya.

Kata Asraf, di bawah Akta Tabung Haji, menteri bertanggungjawab, bukan Perdana menteri. Justeru sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam dan umat Islam di mana Tabung Hajinjuga berada di bawah bidang kuasanya, Mujahid perlu bertanggungjawab bagi kejahatan dan pengkhianatan yang telah dilakukan ini.


Asyraf Wajdi juga turut berkata, pihaknya akan membuat laporan polis dan SPRM kerana tindakan penukaran jurunilai baru yang kemudiannya memkan penyusutan nilai harta-harta THP itu bagi membolehkan pembeli-pembeli dari syarikat-syarikat bukan Islam dan bukan Bumiputera membeli dengan harga murah yang telah ditentukan oleh jurunilai baru yang dilantik kerajaan.

Jurunilai baru itu telah menyusutkan nilai dari RM380 juta menjadi RM170 juta sahaja!


Sebelum ini,  Mujahid tak tahan diserang dan didesak bertalu-talu berhubung penjualan harta-harta THP itu di Dewan Rakyat menerusi proses yang dikenali sebagai pencairan aset anak-anak syarikat Tabung Haji menerusi syarikat tujuan khas (SPV) yang diwujudkan oleh Lim Guan Eng.

Mujahid menjadi emosi dan akhirnya mengeluarkan perkataan 'TAHI' sehingga dia didesak menarik balik perkataan itu kerana dianggap menghina Dewan Rakyat, apabila dia terus didesak menamakan individu yang mengetuai SPV tersebut memandangkan SPV itu bertindak seperti penjajah dan penjahanam harta umat Islam di Tabung Haji.

Hari ini, Mujahid cuba lepas tangan dengan menyatakan dia tidak campurtangan dan semua keputusan tersebut dibuat oleh THP sendiri, seolah-olah akta Tabung Haji sudah tidak wujud dan THP dan TH sudah menjadi syarikat sendirian berhad. Malah lebih menarik lagi bila dia memberikan alasan, pengurusan Tabung Haji lama dan Kerajaan BN telah membeli tanah-tanah tersebut pada harga mahal, membuatkan Pakatan dan pengurusan yang baru terpaksa menjual dengan harga murah!!! (RUJUK SINI)

Tabung Haji dan anak-anak syarikatnya mengalami kerugian besar sebaik-baik sahaja Pakatan Harapan mengambilalih kerajaan Malaysia. Pertukaran kerajaan dari Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan menyaksikan semua bidang perniagaan dan perolehan Tabung Haji selama ini merudum jatuh ke tahap paling menghinakan. Bursa saham, pasaran modal serta hartanah yang merupakan bidang pelaburan utama Tabung Haji yang memberikan pulangan tinggi kepada pencarum dan pendeposit telah jatuh teruk menyebabkan susut nilai ketara pada semua aset dan pelaburan Tabung Haji.

Untuk mengelakkan daripada dikecam, pengurusan Tabung Haji yang baru serta Kerajaan Pakatan menerusi Mujahid cuba meletakkan kegagalan itu kepada Kerajaan Barisan Nasional.


Ini dapat dilihat ketika hibah 1.25% diberikan kepada pencarum dan pendeposit sekaligus merupakan hibah yang paling rendah dalam sejarah Tabung Haji terutama selepas aset-asetnya dirampas oleh SPV yang diciptakan oleh Lim Guan Eng.

Antara alasan yang diberikan ialah, TH dan kerajaan Barisan Nasional menyorok kerugian berjumlah RM10 bilion pada tahun 2017. Pada November 2018, Pakatan mengumumkan TH mengalami defisit sebanyak RM4.1 bilion kerana BN memberikan hibah dan dividen tinggi kepada pencarum dan pendeposit selama 4 tahun berturut-turut.

Defisit tersebut dikesan dalam audit khas yang dibuat oleh syarikat audit PWC yang baru mendapat job berkenaan walaupun Jabatan Audit Negara tidak mengesan sebarang defisit seperti yang ditemui oleh PWC selepas mereka dilantik Lim Guan Eng.


#######



SKANDAL PERLUPUSAN ASET THP: PENGKHIANATAN KEPADA 9.4 JUTA PENDEPOSIT TABUNG HAJI 

Pada sebelah petang tadi, saya dan rakan-rakan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah mengadakan satu sidang akhbar bagi mengulas isu penjualan anak-anak syarikat milik TH Plantation Berhad (THP) kepada syarikat swasta.

(a) Selaku salah seorang pendeposit di Lembaga Tabung Haji (TH), penjualan tanah-tanah yang dilakukan oleh THP,  sebuah syarikat subsidiari TH dengan 73.84% pegangan saham di dalam THP perlu diberi perhatian serius kerana ia melibatkan kepentingan ekonomi bagi 9.4 juta pendeposit. 

Transaksi penjualan dua anak syarikat milik penuh THP iaitu Bumi Suria Ventures Sdn Bhd (BSV) dan Maju Warisanmas Sdn Bhd (MW) dengan harga jualan sebanyak RM170 juta kepada syarikat swasta, TAMACO Plantation Sdn Bhd amat mencurigakan. Semakan kami mendapati 5 pengarah TAMACO adalah Lim Sing Hua, Lim Chun Leng, Lim Wai Foong, Lim Chun Hsiung dan Lee Ban Loong

Semakan nilai buku (Book Value) bagi kedua-dua BSV dan MW pada tahun 2017 adalah RM380 juta. Dengan harga jualan yang dipersetujui di antara THP dan TAMACO iaitu RM170 juta tunai, THP sanggup menelan 'kehilangan' RM210 juta jika nilaian buku 2017 digunapakai. Namun apabila THP menukar jurunilai dan memakai kaedah penilaian baru pada tahun 2018, nilaian tersebut menurun kepada RM122 juta. Situasi ini membangkitkan persoalan mengapakah jurunilai ditukar dan apakah asas andaian yang digunapakai bagi menurunkan nilai buku BSV dan MW?

(b) Saya dan rakan-rakan juga turut membangkitkan persoalan akan keperluan syarikat-syarikat BSV dan MW ini dijual tatkala harga Buah Tandan Segar (BTS) dan Minyak Sawit Mentah (CPO) berada di paras tinggi dan stabil jika dibandingkan dengan harga tahun 2018 dan 2019. 

Semakan di dokumen THP yang difailkan di Bursa Malaysia sendiri menyatakan bahawa lebih 75% tanah ladang milik BSV dan MW telah ditanam pokok sawit dan profil umur pokok adalah diantara 5 hingga 11 tahun. Sumber yang sama juga menyatakan bahawa kadar pengeluaran (yield) sawit di ladang-ladang ini berada di dalam trend menaik.

Alasan yang difailkan di Bursa Malaysia bahawa penjualan ini adalah sebahagian dari program rasionalisasi kewangan THP dengan merendahkan jumlah hutang semasa THP, adalah tidak masuk akal!

Semakan pada Laporan Tahunan THP tahun 2018 mendapati, Hutang & Pinjaman THP berjumlah RM1.24 bilion dan RM1 bilion daripadanya adalah Sukuk yang dilanggan oleh TH sendiri.

Sekiranya THP mengalami kesukaran untuk menyelesaikan komitmen hutang yang dijadualkan, THP boleh berunding kembali dengan TH untuk penstrukturan semula bayaran kembali Sukuk atau meminta bantuan kewangan dari TH dan Kementerian Kewangan (MOF) seperti amalan yang biasa sebelum ini. 

Tuntasnya, penjualan BSV dan MW ini menimbulkan banyak persoalan dan diragui justifikasinya. 

Justeru, saya dan rakan-rakan Pemuda UMNO mengemukakan 3 TUNTUTAN iaitu:

1. YB Menteri di JPM, Dato Dr Mujahid Yusof Rawa tidak boleh lagi menyepi dan harus tampil mengambil tanggungjawab bagi pihak 9.4 juta pendeposit sebagaimana dikehendaki dalam Akta Tabung Haji berkenaan dengan perlupusan aset-aset THP ini.

2. THP harus segera menghentikan penjualan baki 11 anak syarikat yang memiliki ladang-ladang sawit atau pihak Pemuda UMNO meneliti untuk mengambil tindakan injunksi mahkamah oleh pendeposit TH.

3. Pemuda UMNO telah membuat laporan Polis dan seterusnya selepas ini kepada SPRM untuk segera menyiasat  keputusan menukar jurunilai dan kaedah nilaian yang menyebabkan nilaian syarikat-syarikat yang menjadi pemilik ladang-ladang sawit bernilai ini hilang sebanyak RM210 juta.

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

24 Januari 2020

Monday, January 20, 2020

SERANGAN DI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KOTA KINABALU MENCETUSKAN PERSOALAN TENTANG KEWIBAWAAN PDRM DAN KESELAMATAN DARI ANCAMAN ASING DI SABAH!!!!



Pilihanraya Kecil Parlimen Kimanis telah pun berakhir dengan kemenangan kepada calon UMNO-MUAFAKAT NASIONAL, Muhammad Alamin dengan majoriti yang lebih besar berbanding yang diperolehi oleh calon terdahulu, Anifah Aman yang dipaksa melepaskan kerusi tersebut oleh calon WARISAN yang kalah lebih besar kali ini.

Selalunya selepas pilihanraya, masalah-masalah yang wujud dan timbul sepanjang kempen akan dilepaskan dan dilupakan. Ibarat biduk berlalu kiambang bertaut. Politik Malaysia walau sehangat dan sekontroversi mana sekalipun, tidak akan menyebabkan berlakunya pertumpahan darah sepertimana yang berlaku di Filipina.


Bagaimanapun, kumpulan PTI yang pro PAS SEMENTARA SABAH (PSS) yang sangat dibenci dan ditentang oleh warga asal Sabah, terus menyimpan dendam. Mereka melihat salah seorang Exco Pemuda UMNO yang agak agresif berkempen di kalangan golongan muda di Kimanis tentang BAHAYANYA PSS kepada warga Asal Sabah malah PSS akan menjadi warga Asal Sabah sebagai PTI manakala PTI pula berlagak menjadi tuan.

Alasan kononnya Exco tersebut mengoyak gambar Shafie Apdal merupakan alasan paling cikai memandangkan yang dikoyakkan itu adalah flyers yang kebetulan wajah Shafie Apdal berada di atasnya.

Sabah dan pendatang asing dari Filipina adalah masalah besar yang seolah-olah tidak wujud jalan penyelesaiannya. Ditambah pula dengan sikap pro-PTI yang ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri Sabah di bawah Shafie Apdal selain amalan assobiyah yang amat menebal, menjadi warga Asal Sabah dan rakyat Malaysia amat terancam dengan pendatang yang lebih agresif dan tidak segan-segan melakukan jenayah walaupun di tempat awam dan terbuka seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.



Apa yang berlaku di KKIA petang semalam, turut ditonton oleh sebilangan pelancong dari luar yang sudah pasti beranggapan bahawa itulah perangai orang Sabah, walaupun sebenarnya mereka bukan orang Sabah!

Bayangkanlah seandainya 600,000 orang seperri yang dikatakan oleh Ajis Jamman, akan diberikan PSS. Walaupun Ajis berkata, PSS bukanlah jaminan warganegara tetapi udang-undang warganegara pula mengesahkan ia adalah permulaan kerana selepas 5 tahun memegang PSS, mereka boleh memohon pemaustautin tetap. Selepas tempoh pemastautin tetap, mereka layak memohon kewarganegaraan Malaysia.

Dan sepanjang memegang PSS itu juga, mereka akan beranak pinak. Sudah tentu anak pinak mereka juga perlu dilakukan sesuatu oleh kerajaan negeri khususnya. 

Menyedarkan warga asal Sabah tentang bahaya PSS, akan mengancam kelangsungan PTI dari Filipiina yang mengakui mereka adalah pemilik sah Sabah menerusi Kesultanan Sulu yang telah pun lenyap dan muflis. 

Justeru tidak hairan mengapa mereka sangat berdendam dan sanggup menghantar rombongan samseng anak-anak kecil memburu dan menanti Exco Pemuda UMNO itu di KKIA.


Ia samalah seperti kejadian lanun-lanun Kiram cuba tunjuk hebat dengan membunuh 8 orang pegawai dan anggota polis dalam Tragedi Tanduo. Yang membuat serbuan di KKIA semalam juga adalah dari puak yang sama. Dan yang menariknya, mereka juga menyokong Ketua Menteri Sabah yang sama!

Kalau Kompleks Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu boleh diceroboh dan serangan dilakukan sesuka hati oleh golongan PSS-PTI itu, tahap keselamatan keseluruhan Sabah sememangnya boleh dipertikaikan dan dipersoalkan.

Apatah lagi selepas beberapa jam serangan tersebut, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu yang berasal dari Semporna berkata, polis masih belum menerima sebarang laporan berhubung insiden berkenaan meskipun klip-klip video tentangnya sudah pun tular di media sosial.





Yang menjadi tandatanya kini, bagaimanakah tindakan PDRM berdasarkan laporan yang dibuat oleh EXCO Pemuda UMNO berkenaan terutama sekali ancaman bakar bunuh yang turut melibatkan seorang pegawai polis berpangkat ACP selain kejadian serangan di KKIA?

Atau akan disenyapkan dengan harapan, masyarakat akan mudah melupakannya apabila wujud banyak isu lain? Apakah isu keselamatan seperti ini akan dikompromi dengan isu-isu politik?

Friday, January 10, 2020

RAKAMAN SUARA LATHEEFA KOYA SEBENARNYA NAK TUTUP PENGKHIANATAN BESAR-BESARAN MELIBATKAN PEMIMPIN PAKATAN, YANG BERJAYA DIRAKAMKAN BADAN PERISIKAN NEGARA, KAN?



Pendedahan yang dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya membabitkan 9 rakaman suara kepada media dan awam atas alasan kepentingan awam, ternyata memberikan impak yang sangat besar kepada negara walaupun sebenarnya pendedahan tersebut bertujuan untuk terus menekan Najib Abdul Razak dan isterinya, Rosmah Mansor ketika Peguam Negara, Tommy Thomas dan pendakwaraya ad-hoc Sittambaram dalam kes perbicaraan 1MDB dan SRC International kelihatan kebuntuan sehingga memerlukan bantuan hakim untuk menangguhkan perbicaraan bagi membolehkan mereka mencari hujah-hujah baru yang lebih baik.

Namun, pendedahan menerusi sidang media yang dibuat oleh Latheefa Koya akhirnya menjadi back-fired apabila komuniti perundangan di negara ini sendiri terutama sekali dari kalangan yang dikenali sebagai penyokong Pakatan mahupun yang rapat dengan Mahathir, mengecam tindakan Latheefa yang mencari publisiti murahan bagi mewujudkan persepsi negatif terhadap Najib Razak dan Rosmah Mansor, sekaligus cubaan mempengaruhi perbicaraan-perbicaraan kes mereka.

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Latheefa Koya dan media-media pro-Pakatan untuk menjustifikasikan tindakan sembrono Latheefa Koya dan SPRM, banyak pihak melihatnya sebagai usaha-usaha terdesak yang bukan sahaja untuk mengenakan Najib Abdul Razak, tetapi yang lebih besar lagi ialah meruntuhkan integriti badan-badan perisikan negara seperti Cawangan Khas dan MIO ATM. Pada masa yang sama, turut bertindak sebagai penyelamat atau pelindung kepada rakaman-rakaman rahsia lain yang jauh lebih merbahaya berbanding skandal 1MDB dan SRC International yang membabitkan para pemimpin DAP, contohnya!


Kalau rakaman perbualan antara Najib dan isterinya, atau rakaman perbualan antara Najib dengan Putera Mahkota UAE wujud, bagaimana pula dengan rakaman suara antara Tony Pua, Tong Koii Ong, Ho Kay Tat dengan Justo atau dengan Clare Rewcastle-Brown?

Tidak mustahil, rakaman mereka juga ada dalam simpanan tetapi tidak pernah disiarkan kepada awam sepertimana yang dilakukan oleh Latheefa Koya membabitkan rakaman antara Najib Razak dengan Rosmah!


Apakah sebenarnya penyiaran rakaman suara yang dibuat oleh Latheefa Koya dan SPRM itu sebenarnya bertujuan untuk mengalihkan perhatian daripada pengkhianatan yang jauh lebih besar dan lebih merbahaya dari pengetahuan rakyat Malaysia?

Bekas Pegawai Khas Lim Guan Eng yang tidak pernah berani disaman oleh DAP, Razali Abdul Rahman pada tahun 2011 yang membuat pelbagai pendedahan tentang niat dan kegiatan jahat DAP, telah menimbulkan kegemparan di dalam DAP. Malahan DAP terlalu kelam-kabut untuk memburuk-burukkan Razali Abdul Rahman yang kononnya membuat pelbagai pendedahan tersebut kerana kononnya telah masuk UMNO. (RUJUK SINI).


DAP terutama sekali Lim Guan Eng yang akan segera menggunakan sistem perundangan negara untuk membuat saman fitnah, langsung tidak menyaman Razali Abdul Rahman walaupun bekas pegawai khasnya itu menyebut secara terang-terangan 'fitnah' yang dikatakan oleh DAP.

Pakatan dalam usaha merompak aset-aset berharga yang membabitkan masyarakat Melayu-Bumiputera dan Islam, seringkali menggunakan alasan 'RUGI', ' PENYELEWENGAN', dan sebagainya bagi membolehkan mereka melakukan rompakan secara besar-besaran seperti yang kita dapat lihat menerusi kemelut yang melanda Tabung Haji, LTAT, Khazanah, Sime Darby, Felda dan banyak GLC lain yang sebelum 9 Mei 2018, mencatatkan keuntungan dan berdaya saing.

Pada masa yang sama, pendedahan yang dibuat oleh Latheefa Koya itu juga bertujuan untuk menghancurkan terus integriti dan kewibawaan pasukan keselamatan dan perisikan negara seperti Cawangan Khas dan MIO.

Maka tidak mustahil jugalah, perkara yang sama, sedang dilakukan oleh Pakatan untuk mengalihkan tumpuan memandangkan rakyat Malaysia majoritinya terlalu sukakan sensasi dan tidak dapat berfikir secara waras dan bijaksana.

Monday, January 6, 2020

1BESTARINET, CONTOH TERBAIK MAHATHIR SANGGUP BERBUAT APA SAHAJA DEMI KRONINYA!!!



Salah satu punca yang dikatakan mengapa Maszlee Malik dipecat adalah kerana 1BestariNet yang dimiliki oleh YTL. Isu 1BestariNet milik YTL ini bukan baru-baru ini sahaja diperkatakan, malahan seawal 2015 lagi, 1BestariNet telah dipertikaikan kerana banyak sebab dan isu. Cuma agak menarik kerana kalau diperhatikan, DAP LANGSUNG TIDAK SENTUH TENTANG 1BESTARINET dan pemiliknya, tidak sebagaimana Tony Pua dan Lim Guan Eng bersungguh-sungguh dalam isu 1MDB.

15 Mac 2019, hasil dapatan PAC membolehkan beberapa portal termasuklah Sabahkini2 mendedahkan tentang keuntungan besar yang diperolehi oleh 1BestariNet sebanyak 21,350% daripada bayaran bil Internet 30Mbps sebanyak RM19,000 setiap buah sekolah di seluruh negara, menyebabkan kerajaan kerugian besar selama 8 tahun berturut-turut.

Sabahkini2 mendedahkan:


Kerugian besar dalam perbelanjaan yang tidak berpatutan untuk projek substandard rakyat ini bukan hanya menyebabkan kesusahan di pihak kerajaan sejak 8 tahun yang lalu, tetapi juga secara tak langsungnya telah menghapuskan sama sekali industri-industri kecil dan sederhana tempatan dalam bidang pendidikan Malaysia, sekaligus melenyapkan ribuan peluang pekerjaan. Sehingga hari ini, YTL masih terus kekal memonopoli perbekalan rangkaian internet berkelajuan rendah (30Mbps) ini kepada sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran.


1Bestarinet berjaya melepasi tapisan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) pada Mac 2015 dan kekal menjadi pembekal rangkaian internet dengan harga yang terlalu tinggi kepada Kementerian Pelajaran, walaupun perkhidmatan perisian e-Pembelajaran tersebut sudah agak ketinggalan zaman.

Baru-baru ini, seorang kakitangan Kementerian telah tampil untuk mendedahkan skandal 1Bestarinet yang mengakibatkan suatu implikasi kewangan yang buruk dan berterusan untuk sekian lama.


Sejak dilantik 2011 siapa boleh menghentikan YTL untuk fasa yang seterusnya? menamatkan mereka bermakna kerajaan perlu membayar pampasan besar. Maka sambung dan terus sambung sejajar dengan perjanjian untuk projek 15 tahun.

Pelaksanaan fasa 1 yang teruk sebenarnya sudah boleh ditamatkan. Bagaimanapun kerana YTL mempunyai 'kabel' yang besar KPM tidak dapat menyingkirkan mereka malah memberi lagi sambungan projek ke fasa seterusnya. Fasa seterusnya YTL lebih bijak dengan memastikan tiada perlanggaran kontrak dalam 1Bestarinet.

Walau bagaimanapun, sekiranya analisis ke atas kos dilakukan dengan betul, hakikatnya benar-benar mengejutkan! Harga yang dikenakan adalah terlalu tinggi serta tidak sepadan dengan perkhidmatan yang diberi. Ia semakin menjadi jelas selepas inventori produk akhir diaudit.


Adalah sangat tidak logik jika difikirkan bagaimana persetujuan boleh dicapai dengan harga yang setinggi itu.

Menurut sumber itu lagi, fasa kedua kontrak itu yang meliputi tempoh antara Jun 2016 hingga Jun 2019, bersetuju untuk membekalkan perkhidmatan Internet untuk pengguna akhir pada kadar caj sebanyak RM130 sebulan bagi setiap Mbps kepada makmal komputer di sekolah-sekolah. Ini bermakna bahawa pada 6Mbps, setiap sekolah akan dicaj RM782 sebulan, untuk 10Mbps pula setiap sekolah dikenakan caj RM1,304 dan untuk 15Mbps sebanyak RM1,955.


Penetapan harga yang terlalu tinggi ini membolehkan YTL mengaut keuntungan mudah sebanyak RM300 juta setahun, hanya dengan membekalkan perkhidmatan talian internet pada tahap sekadarnya kepada makmal komputer sekolah-sekolah di seluruh negara.

Tidak cukup dengan harga terlalu tinggi (berbanding kadar caj khidmat jalur lebar biasa), sekolah-sekolah terbabit juga dibekalkan dengan khidmat jalur lebar 30Mbps melalui rangkaian khusus, dengan alasan untuk mengekalkan talian agar sentiasa bersambung, pada kadar caj yang amat mahal iaitu RM19,000 sebulan, semata-mata untuk makmal komputer sekolah sahaja.

Perkhidmatan ini sebenarnya boleh diperoleh dengan kos yang jauh lebih rendah iaitu kira-kira RM89 sebulan daripada pembekal yang biasa, YTL jelasnya telah berjaya meyakinkan kementerian untuk menerima model talian khusus dengan syarat tahap perkhidmatan mestilah sentiasa pada kadar 99%, seperti yang biasa ditawarkan oleh syarikat-syarikat pembekal mega yang lain, untuk kegunaan di makmal komputer sekolah yang tidak pun beroperasi 24 jam.

YTL menjana pulangan 21,350% lebih banyak daripada apa yang sepatutnya diperoleh oleh pemain-pemain industri itu bagi jumlah penggunaan yang sama, dan ini sahaja pun sudah membolehkannya mengutip lebihan caj sehingga RM100 juta.

Kontrak fasa ke-2 yang berjumlah lebih daripada RM1.5 bilion untuk tempoh 3 tahun, sentiasa menjadi rahsia yang tersimpan rapi antara YTL dengan Kementerian, dengan bantuan klausa dalam kontrak yang menyatakan bahawa pendedahan tentangnya akan memberi kesan terhadap rahsia negara. Dengan taktik sebegini, tidak hairanlah kontrak yang meragukan ini sentiasa tersimpan kemas daripada pengetahuan umum sejak sekian lama. Menteri Pendidikan Dr Mazlee sudah tentu tidak akan berani mendedahkannya kerana kes YTL bermula di zaman Tan Sri Muhyiddin lagi. Mereka menggelar projek ini projek 'Anak menantu'.

Walaupun sentiasa dikritik kerana perkhidmatan yang kurang memuaskan dari segi sambungannya, YTL sentiasa mempertahankan 1Bestarinet dengan mengatakan bahawa platform e-Pembelajaran yang disediakan oleh syarikat itu adalah berfaedah kepada guru dan pelajar, dan sekiranya ia dibatalkan, maka seluruh sistem pendidikan akan runtuh bersama.

Untuk platform e-Pembelajaran yang dinamakan Frog Virtual Learning (VLE) ini, Kementerian membayar RM1,668 sebulan untuk setiap sekolah dan institut perguruan, yang berjumlah 10,556 buah semuanya. Daripada jumlah itu, lebih kurang 2,000 buah sekolah adalah sekolah terpencil yang memerlukan satu lagi program tambahan yang dipanggil Frog Aparatus, melibatkan tambahan kos sebanyak RM450 sebulan hanya disebabkan terpaksa menggunakan sistem VSat dan bukannya 'wireless tower' seperti yang lain.


Komponen Frog VLE ini sahaja, sudah menyebabkan kerajaan untuk membelanjakan lebih daripada RM650 juta, semata-mata ke atas sesuatu yang jarang sekali digunakan oleh pelajar dan tidak pun diketahui oleh kebanyakan ibu bapa.

Apabila audit dijalankan, terdapat banyak penemuan menakjubkan mengenainya. Di sinilah terbongkarnya angka-angka yang mengejutkan.

Selepas 8 tahun beroperasi, projek Frog VLE yang merupakan portal web dalam talian sepenuh masa yang membekalkan pelajar dengan 828 buku PDF, yang mana 576 daripadanya adalah koleksi percuma buku teks daripada Kementerian Pelajaran dan Projek Awam Percuma Gutenberg. Selebihnya adalah tawaran semasa yang ada di pasaran di mana pelajar perlu pula membayar caj tambahan untuk mendapatkan buku dalam talian.

Ianya bertambah menarik, lebih-lebih lagi apabila Frog VLE secara berterusan mendakwa bahawa mereka memberikan khidmat pendidikan bertaraf dunia berdasarkan pada jumlah video pendidikan yang disediakan. Benar, memang terdapat 6,785 video yang disediakan, namun semuanya adalah daripada koleksi yang memang percuma termasuklah daripada EduNation and Khan Academy.

Hakikat yang sememangnya tidak boleh diterima adalah bahawasanya video-video ini disediakan sebagai halaman khusus dengan pautan dari Google Youtube. Dengan kata lain, bahawa perkhidmatan ini sememangnya boleh didapati dengan percuma oleh sesiapa pun, namun YTL telah berjaya mengenakan caj langganan yang keterlaluan terhadap Kementerian Pendidikan menerusi pakej bermuslihat yang dipanggil Frog VLE.

Frog VLE juga menyediakan alat penulisan yang membolehkan guru untuk memberi galakan kepada pelajar untuk menulis dalam bentuk blog, sebagai memenuhi indeks prestasi utama. Selama 8 tahun berjalan, program ini telah merekodkan lebih daripada 45 ribu buah blog baru yang dicipta. Walau bagaimanapun, apabila dilihat secara terperinci, hanya 1,200 daripadanya yang lengkap, iaitu 2.6% daripada jumlah keseluruhan. Selebihnya yang lain hanyalah halaman-halaman percubaan yang dibuat oleh pelajar sepanjang waktu latihan.


Adakah 1Bestarinet akan menjejaskan sistem pendidikan jika ianya dimansuhkan? Sudah pastinya, tidak. Jumlah caj berlebihan yang dikenakan ke atas program ini adalah terlalu besar dan sepatutnya boleh disalurkan untuk kegunaan yang lebih baik dalam bahagian dan aspek-aspek lain di sekolah yang sebenarnya lebih memerlukan. Ini termasuk sekolah daif di Sabah dan Sarawak yang menelan RM1bilion untuk menyelesaikannya.

Beranikah kerajaan menamatkan kontrak YTL dan 1Bestarinet yang sudah pasti menguntungkan kroni tetapi tidak memberi manfaat kepada rakyat susah di luar bandar? Keuntungan YTL dengan pulangan 21,350% baik untuk rakyat ke?


Rakyat benar-benar berharap bahawa Malaysia Baharu akan bertindak lebih adil dan bahawasanya MyCC, SPRM serta pihak-pihak berwajib yang lain akan meneliti perkara ini secara lebih serius. Ini semua boleh dimulakan dengan meminta salinan kontrak 1Bestarinet daripada pihak Kementerian. Semoga keadilan tertegak untuk Malaysia.

Kegagalan projek pertama terus memaksa YTL membolot untuk fasa seterusnya. Memandangkan YTL telah keluarkan wang maka projek diteruskan. Difahamkan terdapat salinan lebih 230 muka surat perjanjian yang ditandatangani oleh Menteri Pendidikan pada waktu itu iaitu Muhyiddin Yassin yang kini merupakan Menteri Dalam Negeri dan Presiden PPBM.

Blog Minda Rakyat pula mendedahkan:


Penipuan yang dimaksudkan ini adalah skandal terbesar yang melandai Kementerian Pendidikan Malaysia, iaitu projek 1Bestarinet. 1Bestarinet bukan sahaja telah menyedut kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang sepatutnya menjadi tunjang belakang generasi masa hadapan, malah ia juga telah membunuh semua pemain-pemain industri pendidikan tempatan, dalam sebuah skim yang telah menguntungkan pelbagai pihak, termasuk pegawai-pegawai dalam KPM sendiri.

Kontrak pembekalan 1Bestarinet telah pun menjadi kontroversi mulai 2015 apabila sekumpulan guru-guru mengatakan portal Frog Asia dan bekalan Internet disekolah disifatkan sebagai daif.


Ekoran ini, satu persidangan jawatan kuasa kira-kira wang Negara (Public Accounts Committee) telah diadakan pada 13 Mac 2015, sempena persidangan ke-13 Parlimen, pada penggal ketiga, dan dipengerusikan oleh Datuk Nur Jazlan Mohamed. Malangnya prosiding yang berlangsung selama 2 jam ini tidak menyoalkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kos kepada KSU KPM ketika itu, iaitu Tan Sri Dr Madinah Mohamad, dan kesannya, kontrak 1Bestarinet dapat diteruskan lagi pada Jun 2016 untuk selama 3 tahun.

Namun baru-baru ini, kami menerima satu sumber berkaliber yang sanggup menampil kehadapan untuk menerangkan butiran kos dan kandungan kontrak Fasa ke-2 1Bestarinet yang bermula pada Jun 2016, secara lisan. Beliau menerangkan bahawa kontrak ini tidak melanggar sebarang perjanjian bekalan. Dalam erti kata lain, apa yang dijanjikan, telah disampaikan.





Walau bagaimanapun, apabila kos kontrak dipersoalkan, butir-butiran yang sangat mengejut dimaklumkan. Pada fasa 2 projek ini, sumber kami menerangkan bahawa kerajaan telah setuju dengan bekalan daripada YTL pada kadar RM130 sebulan untuk setiap sekolah, bagi setiap Megabit sesaat (Mbps) yang dibekalkan kepada pusat sumber, atau makmal komputer, atau bilik guru, atau ketiga-tiganya sekali. Ini bermakna, sekolah yang kecil akan terima bekalan 6Mbps pada kadar RM783, sekolah sederhana besar akan terima 10Mbps pada kadar RM1,304, dan sekolah besar akan terima 15Mbps pada kadar RM1,955.

Untuk khalayak ramai yang menggunakan perkhidmatan jalur lebar dirumah dan pejabat, sudah pasti bahawa kadar yang dikemukan diatas ini adalah sangat keterlaluan. Tambah pula, jalur lebar yang kecil ini sudah semestinya tidak cukup untuk menampung 40 orang murid yang menggunakan secara serentak dalam makmal. Oleh itu, pihak kami terus melakukan penyelidikan dan penyiasatan pada tarif-tarif telco dan celco ketika itu. Jika di congak, pada tahun 2016, pakej TM Unifi untuk bisnes sekali pun adalah dalam sekitar RM4 sebulan untuk setiap Mbps yang dibekalkan. Oleh itu, harga yang dikenakan oleh YTL Communications kepada KPM adalah lebih daripada 30 kali ganda harga pasaran biasa. Bermakna, syarikat YTL telah memakan untung lebih daripada RM300juta atas angin untuk bekalan Internet yang daif untuk sekolah.

Sumber kami terus menjelaskan beberapa perkara dalam kontrak yang membimbangkan, iaitu sekolah yang mendapat jalur lebar berdedikasi sebanyak 30Mbps menggunakan sambungan fibre dan dijaminkan perkhidmatan lebih daripada 99% dikenakan kadar RM19,000 sebulan setiap sekolah.
Ini adalah lebih daripada 213 kali ganda daripada apa yang sepatutnya dibelanjakan oleh kerajaan. Jumlah ini sangat mengejutkan, dan tidak hairan lah apabila pihak YTL dan KPM mengatakan bahawa butiran kontrak ini boleh menjejaskan keselamatan Negara, kerana ianya penuh dengan tipu muslihat.

Dalam bekalan ini, YTL telah berjaya meraihkan atas angin lebih daripada RM100juta tambahan daripada tabung KPM.

Dalam kontrak ini, terdapat beberapa klausa untuk perkhidmatan yang diberi jaminan sambungan lebih daripada 99%. Biasanya, jaminan seperti ini adalah khusus untuk pusat data dan pelayan, ataupun untuk pelayan syarikat-syarikat yang pendapatan hakikinya bergantung kepada kesinambungan Internet.

Namun untuk sekolah, perkara ini tidak masuk akal, kerana Internet disekolah tidak diguna pakai pada waktu malam sebagai satu contoh, dan juga jika bekalan Internet terputus sekali pun, ianya tidak akan menjejaskan apa-apa kecuali kelas dalam makmal komputer ketika itu, memandangkan bilik darjah semuanya tidak dibekalkan dengan Internet pun.


Baiklah, jika kita berfikir bahawa YTL adalah bukan pemain telco dan oleh itu kadar harganya tidak berpatutan, akan tetapi mungkin mereka adalah pemain pendidikan digital yang hebat, oleh itu harga kontrak masih dapat diberi justifikasi.

Sumber kami terus menerangkan perincian kandungan 1Bestarinet yang dinamakan Frog VLE.
Mengikut sumber ini, kadar RM1,668 sebulan dikenakan kepada 10,556 sekolah dan institut perguruan, dan untuk sekolah di pendalaman, sebanyak tambahan RM450 dikenakan juga untuk menggunakan aparatus Frog.

Daripada kadar harga perisian Frog VLE untuk sekolah yang menjangkau kos melebihi RM650juta ini, terdapat 828 judul buku PDF dalam talian dimana 576 judul adalah buku teks percuma yang dibekalkan oleh KPM kepada YTL, dan selebihnya adalah judul berbayar yang dibekalkan oleh dua penerbit tempatan.

Lebih mengejutkan adalah sebanyak 6,785 buah video pendidikan yang disediakan daripada koleksi yang ditarik pautannya daripada Youtube.

“Disini, jelas menunjukkan bahawa bukan sahaja tiada sebarang video baharu yang disediakan, malah hostingnya juga adalah melalui Youtube sahaja, yang sememangnya percuma”, jelas sumber kami.

Justeru, 1Bestarinet mengenakan bayaran langganan untuk Google Youtube yang kebiasaannya percuma.

Selain itu, Frog VLE memberi justifikasi bahawa ramai guru-guru dan murid-murid yang menggunakan platform ini untuk membangunkan bahan. Menurut sumber kami, terdapat lebih daripada 45ribu blog yang telah dibangunkan dalam Frog VLE oleh sekolah-sekolah Malaysia sepanjang 8 tahun beroperasi. Namun apabila diberikan perincian yang lebih mendalam, hanya 1,200 blog disifatkan sebagai lengkap, dan selebihnya adalah sekadar projek cubaan murid-murid ketika membuat latihan dalam makmal. Tegas sumber ini, hanya sebanyak 2.6% daripada 45ribu blog ini adalah hasil kerja yang lengkap setelah 8 tahun Frog VLE beroperasi.

Pada asasnya, Frog VLE dan bekalan Internet oleh YES, YTL Communications Sdn Bhd, telah mengenakan kadar kos perkhidmatan yang melampau, dan oleh itu, Kementerian Pendidikan, dan seterusnya, Kerajaan Malaysia, terpaksa membayar untuk satu perkhidmatan yang kos sebenarnya jauh lebih rendah. Untuk kontrak Fasa 2 ini, sejumlah lebih darioada RM1.5billion telah pun diikat janji. Jumlah ini bukan sekadar lebih baik diguna pakai untuk sektor pendidikan yang memerlukan, malah boleh mendapatkan kesan yang positif jika diagihkan dengan saksama untuk kegunaan sekolah dan murid-murid Malaysia.


DAN TIDAK HAIRANLAH APABILA MASZLEE DENGAN PANTAS DIUTUS SURAT OLEH MAHATHIR SUPAYA MELETAK JAWATAN APABILA KEPENTINGAN YTL DALAM 1BESTARINET DISENTUH!!!


Sunday, January 5, 2020

BERHENTILAH BERBOHONG, MASZLEE MALIK... KAU MEMANG DIPECAT DAN DIHINA OLEH MAHATHIR SERTA PARTI KAU SENDIRI!!!



Para penyokong Maszlee Malik terus melakukan propaganda untuk memuliakan Maszlee Malik. Atau dalam bahasa yang lebih mulus, untuk mensucikan Maszlee Malik selepas bekas Menteri Pendidikan itu dimalukan kerana dipaksa meletak jawatan oleh Dr.Mahathir yang dijulang, diampu dan dibodeknya.

Dan seperti biasalah, apabila ada pihak menjulang, tidak kurang jugalah akan wujud kumpulan lain yang masih tidak berpuas hati setakat Maszlee Malik meletak jawatan sahaja. Mereka beranggapan, tindakan Maszlee Malik 'menyerahkan jawatan' sebagai Menteri Pendidikan sebagai tidak cukup. 

Sebaliknya, mereka mahu terus memalukan Maszlee Malik semahu-mahunya. Mereka mahu Maszlee Malik dipakukan dalam keranda politik dan ditalkin buat selama-lamanya. Mereka mahu Maszlee terus berundur, letak jawatan sebagai Ahli Parlimen dan meninggalkan terus dunia politik yang bukan kerjayanya, bahkan dia tidak mempunyai akar umbi mahupun jentera propaganda yang boleh menyokongnya. 

Terlalu ketara apabila cubaan Maszlee untuk menampilkan dirinya sebagai hero dan konon-kononnya sangat bernilai kerana tidak dipecat atau disuruh meletakkan jawatan, dikantoikan oleh portal-portal berita Pro-Pakatan sendiri.

Pendedahan yang dibuat oleh Malaysiakini yang diketahui pro-DAP khususnya menunjukkan yang Maszlee Malik telah diarahkan sendiri oleh Dr. Mahathir agar melepaskan jawatan kerana terlalu kecewa dengan prestasinya selaku Menteri Pendidikan, lebih-lebih lagi apabila Maszlee Malik mengacau ganggu kepentingan kroninya dalam isu 1Bestari Net selain desakan dan tekanan dari Don Zong dalam isu tulisan Jawi dan DAP secara keseluruhan prestasinya. (RUJUK SINI)


Dan lebih menarik lagi ialah, Mahathir kembali berperangai lamanya... memecat orang yang tidak disukainya sama ada ketika dia berada di luar negara atau orang itu berada di luar negara. Itulah yang berlaku kepada Maszlee Malik yang dipecat ketika sedang seronok bercuti bersama-sama keluarganya di Amerika Syarikat.

Portal pro-PH mendedahkan yang Mahathir telah mengutuskan surat 17 perenggan kepada Maszlee Malik pada 27 Disember 2019 yang antara lain adalah memaksa Maszlee Malik meletakkan jawatan. Pendedahan tersebut tidak lama selepas Maszlee Malik pulang ke Simpang Renggam untuk memberitahu dan berbohong kepada keluarga, rakan-rakan dan penyokong-penyokongnya tentang pemecatannya. 

Seperkara yang Maszlee terlupa ialah, dia tidak tahu kedudukannya sendiri. Kalau sudah Perdana Menteri dan Pengerusi parti sendiri pun tidak pertahankan dia selain memandang rendah kepadanya, sepatutnya Maszlee Malik sedar lebih awal. 

Sedangkan Azmin Ali dari PKR yang dikaitkan dengan video semburit pun, dipertahankan oleh Mahathir malahan tiada sepucuk surat pun diutuskan supaya Azmin meletakkan jawatan, berbanding Maszlee, seharusnya Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berasa sangat malu dan terhina. 


Sebenarnya jauh lebih baik Maszlee Malik turut meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Simpang Renggam daripada terus berusaha memujuk hatinya sendiri dengan berbohong kepada orang ramai terutama sekali pengundi-pengundinya di Simpang Renggam. Apatah lagi, dengan jawatan sebagai Ahli Parlimen itu, Maszlee boleh membuat tuntutan yang jauh lebih baik dengan jawatan tinggi di IPTA sebagai pertukaran dengan jawatan Ahli Parlimen Simpang Renggam yang disandangnya. 

Namun, seandainya kita amat-amati, apa yang berlaku kepada Maszlee bolehlah dianggap sebagai kifarah. Sebelum ini, bukan main lagi dia menghentam Najib sampai tak ingat dosa dan pahala. Niat dia masuk politik pun sudah jauh menyimpang. Dalam satu forum, dia beritahu, salah satu sebab dia masuk politik adalah untuk menjatuhkan Najib dan BN. Bukan kerana rakyat, jauh sekali untuk memperbetulkan dasar pendidikan sebagaimana yang didakwanya memandangkan selama 20 bulan memegang jawatan Menteri Pendidikan, dia hanya menjalankan dasar-dasar yang ditinggalkan oleh Kerajaan Najib Razak dengan sedikit pengubahsuaian pada jenama dan nama. 

Tentu ramai yang masih ingat, hari pertama dia memegang kuasa, perkara pertama yang dia lakukan adalah memberhentikan langganan Utusan Malaysia ke sekolah-sekolah di seluruh Malaysia dan insitusi-institusi pengajian di bawah Kementerian Pendidikan. Alasannya, akhbar tersebut milik UMNO. 

Bagaimana pula dengan pemecatan ramai tenaga kerja di IPTA-IPTA untuk digantikan dengan kawan-kawannya dari IKRAM? Maszlee langsung tidak berasa bersalah dengan ribuan orang yang kehilangan kerja. Malahan dia cukup berbangga kerana dapat mengangkat supremacy DAP menerusi Pakatan Harapan. (RUJUK SINI)

Benci Maszlee kepada UMNO dan Najib mengatasi segala-galanya. Malah benci dia kepada orang Melayu terkandung jelas dalam klip video yang mana dia menghina orang Melayu sebagai penerima BR1M walaupun sebahagian besar penerima insentif tersebut bukan Melayu dan bukan Bumiputera. Dia mempersenda-sendakan orang Melayu, kononnya tanpa BR1M, orang Melayu tak boleh hidup seolah-olah kejayaannya dalam bidang akademik, tidak setitik pun ada jasa Melayu menerusi UMNO dan dasar-dasar BN sebelum dia menjadi Menteri Pendidikan. 

Dalam usahanya untuk membodek dan mengampu DAP terutama sekali Lim Guan Eng dan Tony Pua, Maszlee pernah kata, dia mahu masukkan isu Skandal 1MDB dalam silibus sekolah. Walaupun ianya langsung tidak kena-mengena dengan pendidikan tetapi Maszlee Malik cukup berbangga kerana dia dapat mengembangkan pembohongan dan putar belit Lim Guan Eng serta Tony Pua dalam usaha memburuk-burukkan Najib Razak. Maszlee Malik langsung tidak peduli sama ada cerita itu sahih atau tidak. Selagi ianya keluar dari mulut Lim Guan Eng, Tony Pua dan Mahathir Mohamad, Maszlee Malik akan terima bulat-bulat. 

Bagaimana pula dengan kenyataannya bahawa Kementerian yang diterajuinya gagal dalam melaksanakan janji Pakatan sendiri seperti PTPTN yang menjadi modal kempen masa PRU-14? (RUJUK SINI). Bukankah untuk menutup kelemahan dan kegagalannya, dia menyalahkan Najib dan menuduh Najib telah menghabiskan serta merompak wang negara sehingga Pakatan gagal melunaskan janji-janji mereka sendiri? 

Malahan, Maszlee sendiri mendakwa, cincin Rosmah yang dibeli dengan harga berjuta-juta ringgit menggunakan wang rakyat. Begitu juga dengan beg tangan berjenama Hermes serta jenama-jenama lain, semuanya Rosmah Mansor beli dengan merompak wang rakyat.



Apa yang berlaku kepada Maszlee Malik sekarang, kalau dia seorang yang beragama Islam, pasti dia akan merenung dirinya kembali serta kesilapan-kesilapan, sama ada perbuatan atau tutur katanya sebelum ini. 

Tapi kalau dia seorang yang menyamar atau menganggap dirinya sebagai seorang Islam, lebih-lebih lagi dengan fikrah Wahabi, mungkin dia tak rasa bersalah sedikit pun. Sebab golongan berkenaan, lebih suka menyalahkan orang lain berbanding dirinya. Malahan sanggup pula menipu dan memutarbelitkan fakta sebenar. 


SELEPAS PRK KIMANIS, SPR BOLEH BUAT PENGAKUAN, MEREKA SILAP DAN SALAHGUNA KUASA PADA PRU-14 LALU BAGI BOLEHKAN MAHKAMAH BATALKAN KEPUTUSAN PRU-14 DAN PRU SEMULA!!!



Rupa-rupanya masih ramai yang tak faham mengapa Anifah Aman, bekas Ahli Parlimen Kimanis mengambil tindakan undang-undang terhadap SPR dan mempertikaikan keputusan mahkamah mengadakan semula PRK Kimanis.

Calon Pakatan-Warisan yang juga merupakan calon WARISAN untuk PRK Kimanis, Karim Bujang telah menyaman Ahli Parlimen BN yang menang pada PRU-14 lalu, Anifah Aman. Dia mendakwa Anifah dan BN menang kerana telah merasuah pengundi.

Dalam perbicaraan, Karim Bujang kalah. Mahkamah memutuskan kemenangan Anifah Aman langsung tidak ada kaitan dengan merasuah pengundi. Justeru, mahkamah mendapati tiada sebarang asas untuk membatalkan keputusan PRU-14 Kimanis.

Malahan Karim Bujang diarahkan membayar kos gantirugi sebanyak RM105,000 kepada Anifah Aman.

Selepas keputusan mahkamah itu, Karim Bujang menyaman pula Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Dia mendakwa, SPR buat salah laku semasa PRU-14 yang menyebabkan dia kalah dan Anifah Aman menang.

Disebabkan SPR di bawah kawalan Kerajaan Pakatan, manakala Pengerusi SPR pula adalah lantikan politik Pakatan dan sebelum dilantik sebagai Pengerusi SPR pun, dia merupakan penyokong tegar Pakatan, malahan sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk Pakatan, maka tidak hairanlah selepas disaman Karim Bujang, SPR pun mengaku, mereka telah buat salah laku semasa PRU-14.

Bila sudah ada pengakuan daripada SPR itu, maka mahkamah tidak ada alasan lain melainkan memutuskan bahawa keputusan PRU-14 Kimanis adalah dibatalkan dan PRK perlu diadakan semula.

Bukan itu sahaja, SPR juga diarahkan membayar kos ganti rugi RM100,000 kepada Karim Bujang, calon Warisan-PH.

Menariknya, SPR kata mereka tidak akan merayu keputusan mahkamah. Malahan SPR juga mengarahkan PRK diadakan semula.

Secara tidak langsung, seandainya Pakatan terutama sekali Mahathir mahu mendapatkan mandat majoriti dua pertiga Parlimen, seharusnya kes di Kimanis boleh dijadikan precedence.

Saman sahaja SPR untuk 222 kerusi Parlimen atau setidak-tidaknya 98 kerusi yang telah dimenangi UMNO-PAS. SPR di bawah Pengerusinya, Art Harun pasti akan mengaku telah melakukan salah laku pada PRU lalu, sekaligus mahkamah akan membatalkan keputusan pada 9 Mei 2018 dan membolehkan 98 kerusi Parlimen berkenaan dipertandingkan semula.

Undang-undang di bawah Pakatan Harapan kan boleh diubah-ubah sesuka hati. Undang-undang di tangan Pakatan. Pakatan tu sendiri adalah undang-undang.

Untuk kerusi-kerusi yang dikuasai Pakatan sahaja, PRK tidak perlu diadakan, sebaliknya kalau berlaku kematian wakil rakyat Pakatan, penggantinya adalah wakil dari parti yang menang itu sahaja.

PRK atau pengundi semula hanya berkuatkuasa untuk Muafakat Nasional sahaja... itulah undang-undang baru di Malaysia Baharu!


Saturday, January 4, 2020

LIM GUAN ENG DAH BAGI 'HINT'... JAWATAN MENTERI PENDIDIKAN, PERLU DIBINCANGKAN DENGAN DAP TERLEBIH DAHULU!!!



Kementerian Pendidikan adalah kementerian kanan dan kementerian utama. Dari kementerian inilah nanti, dasar serta hala tuju negara melibatkan generasi baru akan dibentuk. Nak jadi apa Malaysia ini, Kementerian Pendidikanlah yang akan menggubahnya.

Sebab itulah, DAP dan Lim Guan Eng gila sangat dengan Kementerian Pendidikan. Sama seperti gilanya Lim Guan Eng untuk mengawal Kementerian Kewangan!

Perletakan jawatan Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan sebenarnya tidak memberikan impak yang besar kepada DAP kerana walaupun DAP menerusi wakilnya, Teo Nie Ching hanyalah berjawatan Timbalan Menteri tetapi kuasa serta gelagat Teo Nie Ching menunjukkan dia lebih berkuasa dari Maszlee Malik.


Dan Teo Nie Ching juga bukannya bersendirian. Di belakangnya adalah Kementerian Kewangan yang dikuasai oleh Lim Guan Eng dan Tony Pua. Justeru tidak menghairankan bagaimana Kementerian Kewangan di bawah Lim Guan Eng, memintas kuasa Kementerian Pendidikan dalam penyaluran wang negara kepada kolej-kolej Cina persendirian milik Dong Zong serta sekolah-sekolah vernakular Cina yang juga berada di bawah Dong Zong.


Maka, tidak hairan jugalah bagaimana Dong Zong begitu besar kepala dan menganggap, PERLEMBAGAAN DONG ZONG jauh lebih penting dan lebih besar berbanding Perlembagaan Persekutuan Negara Malaysia. (RUJUK SINI)

Jawi dan Khat telah dijadikan sebagai umpan provokasi oleh pihak-pihak tertentu dalam Pakatan Harapan sendiri. Satu pihak mengumpan, dan satu pihak lagi - sudah tentulah DAP dan Dong Zong - akan menyahut sambil menyerang semahu-mahunya selain memperlekehkan tulisan Jawi sekaligus memperlekehkan Bahasa Kebangsaan selain mempertikaikan kedudukan agama Islam.



Kita dapat melihat sendiri bagaimana reaksi penyokong-penyokong DAP yang mengatakan tujuan mereka menentang Jawi adalah 'bimbangkan Islamisasi'. Dengan kata lain, mereka menggambarkan anak-anak mereka belajar mengenal tulisan Jawi melibatkan tulisan Jawi pada wang kertas Malaysia dan pada jata negara, boleh menyebabkan anak-anak mereka terpengaruh dan akhirnya memeluk agama Islam. (RUJUK SINI) dan  (SINI)

Keghairahan DAP untuk menunjukkan mereka berkuasa serta tiada sesiapa pun yang dapat menghalang atau menyekat mereka, terserlah dalam banyak isu-isu yang melibatkan pendidikan, khususnya melibatkan hubungan antara kaum.



Walaupun DAP seringkali mengaku dan mendabik dada kononnya mereka tidak rasis tetapi hakikatnya apa yang dilakukan oleh DAP terutama menerusi tindakan Lim Guan Eng, menjelaskan tentang matlamat sebenar DAP membumihanguskan negara ini, terutama sekali yang melibatkan teras Melayu-Bumiputera.

Menerusi Kementerian Kewangan, semua aset-aset serta penjana ekonomi dan kewangan Melayu-Bumiputera telah dihancurkan, gerakan seterusnya adalah menerusi pendidikan. Perjuangan mengutamakan UEC dan sekolah-sekolah vernakular aliran Cina mengatasi sekolah-sekolah aliran kebangsaan, sedang dipergiatkan - tidak secara senyap-senyap, bahkan secara terang-terangan!


DAP menerusi Dong Zong telah membuktikan, kuasa mereka menentang apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kedudukan Bahasa Melayu dan Agama Islam, tidak boleh disekat oleh sesiapa pun. Walaupun DAP sebenarnya tidak bijak dan tidak halus atau beradab ketika memberikan alasan menjustifikasikan tindakan mereka, tetapi ketiadaan tentangan daripada masyarakat Melayu-Bumiputera terhadap niat jahat DAP itu, membolehkan DAP serta entiti-entiti yang berlindung serta mendapat bantuan kewangan besar darinya seperti Dong Zong, terus besar kepala dan menunjuk lagak samseng mereka.

Justeru apabila Lim Guan Eng menyatakan, DAP mahu berbincang tentang pengganti Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan, rasa-rasanya ramai yang sudah tahu apa maksud sebenar Lim Guan Eng dan DAP!

UEC dan SJKC!!!



 
Blogger Templates