Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, November 28, 2014

TIAN CHUA TUDUH ANIFAH AMAN KARANG CERITA DONGENG BERHUBUNG RASUAH RM100 JUTA DAN JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI!

Kenyataan yang dibuat oleh Anifah Aman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam berhubung cubaan merasuahnya RM100 juta dan jawatan Timbalan Perdana Menteri telah menimbulkan kekalutan di kalangan para pemimpin PKR. Anifah Aman bukan sahaja mendedahkan plot yang dirancang oleh Anwar Ibrahim dalam usaha menubuhkan Kerajaan 16 Sepember 2008 tetapi juga telah mendedahkan tentang modal besar yang digunakan oleh Anwar Ibrahim bagi mendapatkan jumlah yang mencukupi iaitu 40 orang Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak untuk tujuan berkenaan.

Tian Chua adalah salah seorang daripada yang terlibat dalam plot tersebut.

Pendedahan yang dibuat oleh Anifah Aman di mahkamah, segera menarik reaksi Tian Chua. Tian Chua seperti biasa menuduh Anifah Aman mereka-reka cerita tentang rasuah RM100 juta dan jawatan Timbalan Perdana Menteri hanya kerana Anifah Aman tidak dapat mengingati tarikh sebenar tawaran dibuat oleh wakil Anwar Ibrahim kepadanya. Dan pada masa yang sama, cuba pula menimbulkan persepsi berapa kerapkah Anifah Aman terlibat dengan rasuah sehingga tidak dapat mengingati tarikh-tarikh 'penting' seperti itu. (RUJUK SINI)

Kesungguhan Anwar Ibrahim untuk memujuk dan merasuah Ahli-Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak terserlah apabila dia mengutuskan rombongan untuk memujuk. Bagaimanapun, Ahli-Ahli Parlimen dari Sabah yang menjadi sasaran Anwar Ibrahim telah membuat 'rombongan sambil bekerja' di Taiwan, sekaligus melarikan diri daripada wakil-wakil Anwar Ibrahim.

Ini menyebabkan Tian Chua, Elizabeth Wong, Saifuddin Nasution diletakkan dalam satu kumpulan pemujuk yang akan menyusul rombongan Ahli-Ahli Parlimen Sabah itu ke Taiwan. (RUJUK SINI)

Tidak sahaja gagal, Tian Chua dan Elizabeth Wong kemudiannya perlakuan tidak senonoh yang kemudian pecah menyebabkan ketiga-tiga mereka dipanggil pulang ke Malaysia (RUJUK SINI). Mereka bukan sahaja gagal memujuk, malah menemui Ahli-Ahli Parlimen BN Sabah di Taiwan pun, mereka gagal.

Justeru penafian yang dibuat oleh Tian Chua sambil menuduh Anifah Aman sebagai seorang pengamal rasuah, sebenarnya mempunyai natijah yang amat besar kepada dirinya sendiri. Di sebalik penafiannya, Tian Chua bukan sahaja membenarkan cubaan rasuah yang telah dinafikan oleh Anwar Ibrahim dengan alasan berbelit-belit, tetapi juga mengesahkan bahawa cubaan merasuah Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk berpaling tadah dan menyokong Pakatan Rakyat, adalah benar, sekaligus menyebabkan Tian Chua kelam-kabut cuba membuat penafian dan memadan-mukakan Anifah Aman.

2 comments:

Anonymous said...

kalu ada bukti Emel, Video , rakaman mesti dedahkan..

Jenis2 BABI KAFIR ni mmg buat jahat tak mengaku punya.

Ingat kes YB Penang- Mamak Balik India..Semua BABI2 sokong mamak tersebut MENIPU.

Biula tunjuk Video, BABI tersebut terpaksa mengaku.

Tampa video - dia mampus NAK MENGAKU.
BABI mmg mcm tu. Menganut Kristian bukan mahu beragama & Ingat Tuhan,

Tapi mahu Jadi kaya & Hensem mcm mat Saleh (hidung Penyek)

Anonymous said...

Sebaiknya Anifah Aman saman fitnah budak Tian ni pulak, tapi kali ini pastikan jangan selesai luar mahkamah atau setakat minta dia mohon maaf saja. Saman sampai dia jatuh muflis baru padan muka dia.

 
Blogger Templates